Sunday, April 10, 2011

Tips Cemerlang Versi Cik Najihah

Assalammualaikum..


   Hai! Malam ni nak share sikit pasal tips cemerlang dalam exam versi daku sendiri. Bukan nak kate daku ni cemerlang sangat ke ape tapi alhamdulillah daku berjaya tempuh macam2 dugaan sehingga dapat menjejak kan tangan kaki ke peringkat universiti ini insyaAllah sehingga menggenggam segulung ijazah.

   Em act nak berjaya ni depends pada individual tu sendiri. Lain orang lain caranya belajar kan. Ada orang tu 24 jam mengadap buku je ade orang lain tak baca buku sangat pun boleh cemerlang. Tiba2 teringat zaman kegemilangan daku masa form 3 dulu masa PMR huhu. Masa tu bes gila. Eh jomlah proceed mengarut plak kan.

Study bila ada mood je. Em bercakap pasal study ni daku memang sedia maklum malas nak study. Daku bukanlah serajin yang disangkakan. Daku cuma study bila mood study tu betul2 ada. Kalau tak memang tak masuk langsung lah. Bila korang dah memang set nak study korang mesti kena betul2 study then bila dah rasa tak de mood/malas nak study daku akan tutup buku.hehe.Study bila tak de mood same je tak masuk jugak baik tak yah stduy kan ngee

Jangan terover study. Yang ni akan menyebabkan otak korang " bengkak". Maksudnye kalau asyik study tanpa henti mau jadi gile nanti tau. Bukan ape takut nanti akan terlalu stress. Bila dah stress mula lah macam2 masalah timbul.

Study diselang selikan dengan hiburan. Tak dinafikan ada sesetengah orang tu suka study dalam keadaan yang bising**err ada ke? Dan ada juga tidak tapi daku sure ramai yang tak boleh nak study dalam keadaan yang bising kan lagi2 kalau roomate buat bising ase nak lempang laju2 je kan. Contohnya macam dah 2 jam atau 1 jam dah study mesti otak pun dah penat kan. So amik masa untuk rehatkan otak dengan dengar lagu ke tak pun tidur jap. Jangan tidur terus sudah. Ataupun pasang lagu kuat2 ke.Opss make sure tak menggugat ketenteraman orang awam :)

Bangun pagi/subuh. Yang ni memang daku prefer untuk korang buat. Mujarab! Daku suka sangat3 study waktu ni sebab konpem masuk bila korang study. Masa tu suasana tenang sangat & tak de makhluk2 alam bernama manusia ganggu. Time ni lah korang gunakan untuk refresh balik otak korang. Daku jugak kureng suka dengan hobi "stay up" ni sebab bagi daku stay up ni memenatkan diri & otak. Yela pagi sampai ke petang dah kelas pastu nak stay up lagi memang bengkak lah otak kan. Tapi terpulang lah pada individu.

Banyakkan berdoa. Yang ini semua orang pun taukan. Banyakkan berdoa kepada Allah s.w.t  minta dipermudahkan urusan kite untuk semua perkara & mohon dikuatkan hati. 

Solat hajat. Ini sangat2 digalakkan.
Dari Abi Ad-Darda’ RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang berwudhu’ lalu diperelokkan wudhu’nya, kemudian dia menunaikan solat 2 raka’at dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa yang dimintanya, sama ada cepat atau lambat (Hadis Sahih Riwayat Imam Ahmad)

Dalam hadis yang lain Nabi bersabda, siapa yang ada hajat, solatlah dan baca doa Nabi Yunus (selama 40 hari):
لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنتَ ، سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
“Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.” (Surah Anbiya ayat 87)
Dalam hadis yang lain, bila ada hajat, solatlah 2 rakaat dan sujud (luar solat) serta bacalah doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali. Doa Nabi Yunus ini adalah ayat quran, maka hendaklah sujud diluar solat kerana ada larangan membaca ayat quran di dalam sujud semasa dalam sembahyang.

Credit to musleh

Buat nota kaki. Yang ni pun hobi daku jugak. Bila dah baca notes daku akan lipat test pad tu buat notes. Senang nak bawak kemana-mana. Bia la orang nak kate tunjuk rajin ke ape janji tu lah cara kite belajar.

Itulah sedikit sebanyak tips cemerlang dari daku.
Daku pun tak delah cemerlang mane tapi hanya usaha yang mampu je.
Semoga berjaya semua 

p/s : Daku tengah tension sebab kemalasan yang teramat nak study ni final nak dekat dah!
 


 
 

2 comments:

  1. i aggred with the first point. study bile ade mood je.
    good 1!

    ReplyDelete
  2. aah..kalau x de mood konpem x kan jadinye nak study
    hihi thanks

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini