Wednesday, January 30, 2013

Tips : Cara Nak Gemukkan Badan

Assalammualaikum..

    Hai semua. Aku dah tukar segala kekanak-kanakkan yang ada diblog aku ni. Kalau dulu ada monyet love-love bagai yang menari kat post title aku ni sekarang aku dah delete. Rasa semak pulak monyet tu haha. Terasa nak tukar blog 360 tapi aku malas nak adjust sana sini lagi. Malas. So aku biar aje,tukar mana yang aku rasa nak tukar.

   Balik pada tajuk,aku tersangat nak gemuk. Ya,aku kurus. Kurus sangat kot. Semenjak azali aku dari sekolah menengah sampai sekarang orang cakap macam2 kat aku "kau ni macam papan lah,sekeping je","kurusnye ko ni,makanlah banyak sikit" and bla bla bla bla. Kau tahu aku mula-mula sakit hati bila dengar semua tu & lama2 aku dah jadi lali. Lali dengan suara-suara sumbang tu.


   Ok macam-macam cara dah aku buat untuk tambahkan berat badan aku. Aku beli itu ini makan banyak mana pun still tak jalan. Give up weh. Sampai 1 tahap aku try herbalife. Alhamdulillah it works. Tapi sekarang aku dah tak guna sebab aku tak ikut sangat jadual dia sebab aku tak suka rules & mahal. Nak boleh ke beli 1 set tu aku boleh beli baju ke seluar ke selama berbulan-bulan. Orang macam aku ni memang aku kata mahal sebab aku student,duit depends pada parents tak pun duit yayasan aku. Somehow aku rasa membazir pun ada yelah beli benda tu semua. Bukan apa,baik beli something yang boleh puaskan diri kan. Maaf lah kalau ada yang tak setuju dengan aku.

    Sini aku share dengan korang cara aku tambahkan berat badan aku :

  • makan banyak nasi,roti & protein
Nilah syarat dia kalau nak gemuk. Makan banyak-banyak nasi,roti & protein. Tu sumber tenaga. Protein tolong tisu dalam badan kita tumbuh. 

  1. Kalau aku, aku makan telur rebus dengan kicap. Kadang-kadang aku makan 2 biji sekali gus. Tak pun kalau aku lalu aku makan telur separuh masak dengan lada sulah,kicap masin & blackpepper. Sedap oi. 
  2. Makan nasi banyak kali. Aku selalu makan nasi dalam 3-4 kali sehari. Kadang2 kalau tengah malam aku rasa lapar aku masak aje nasi goreng telur. 
  3. Aku selalu makan roti cicah air. Tak kisah roti apa pun

  • makan supplement
Supplement ni ade banyak sangat. Aku tak makan sangat pun supplement. Baik aku beli supplement untuk kulit & kesihatan. Haha

Aku ade makan jugak Cocoa Collagen Power Plus tu. Sangat membantu untuk naikkan selera makan disamping membantu untuk kecantikan. 
  • minum susu full cream
Yang ni paling aku suka & tak boleh tinggal. Kat umah aku mesti ada 3 kotak susu full cream cap Dutch Lady. Tak pun yang tepung tu. Sedap sangat. Depends la pada korang. Kadang2 aku join adik aku makan milo cereal dengan susu ni. Susu ni penting untuk badan kita. 

Bagi yang tak suka minum susu tu aku tak boleh nak kata apalah. Macam ijam,dia akan muntah bila minum susu. Saja aku minum susu depan dia kasi dia loya haha. Aku tersangat sukakan susu. 


  • minum air masak 
Amalkan selalu. Sangat2 penting. Sehari kalau boleh 1 botol besar tu. 
  • makan fastfood
Tips yang ni mungkin agak tak elok. Tapi membantu. Kalau aku,aku suka makan kentang,ayam goreng,burger,sosej tengah2 malam. Memang heaven gila lepas makan tu tido. Ok jangan tiru. Sungguh tak sihat. 
  • makan banyak sayur
Aku jenis yang tak suka makan sayur sangat. Aku memilih sayur. Tapi sayur sangat penting dalam diet seharian kita ye. Ingat tu.
  • jogging
Jogginglah sikit2 dalam sebulan sekali ke. Aku memang malas lah nak jogging bagai ni. 
  • jumpa doktor
Yang ni last choice. Aku jarang jumpa doktor sebab benda ni. Korang kalau rasa nak jumpa pegilah. Tanya pendapat dia & supplement apa yang seseuai untuk kita amik ok

    Aku rasa ni jelah kot yang aku buat untuk tambahkan berat badan aku. Kalau dulu berat badan aku 39kg je weh. Seriously sangat2 kurus. Sangat! Then bila aku cuba itu ini & amalkan apa yang aku buat kat atas ni sekarang berat dah sampai 45kg. Nafsu makan aku sangat kuat sekarang ni. Tak tahulah kenapa. Bahagia kot.Haha. Alhamdulillah syukur sangat even still tak ideal lagi. Bersyukur 


    Aku ada tanya ijam "kurus sangat ke saya ni". Then dia cakap "tak delah,ok je". Nampak tak nak jaga hati. Hihi. Ijam selalu cakap "kalau dah sayang tak kisah awak gemuk ke kurus ke yang penting hati awak". Tak kisahlah janji ada yang sayang. 

    To be honest,aku tak concern sangat pun dengan semua ni. Aku yakin ada hikmah. Bagi korang yang mengalami masalah macam aku,kalau ada mulut2 puaka yang berkata2 tu korang buat bodoh je tak pun jawab lah balik. Ala benda kecik je pun. Dah lumrah manusia ni tak pernah nak puas hati dengan orang lain. Mana reti nak tutup mulut.

    Tak payah nak rendah diri sangat lah kalau korang kurus. Lantak lah apa orang ak cakap. Yang penting kurus kita kurus yang sihat. Ok sayang. Dont worry much. Apa yang penting teruskan makan,kalau ada lagi yang bising2 kat korang lempar aje pinggan tu kat muka mereka tu ye. Jadi kejam sikit. 

siapa kita nak menilai seseorang tu. Mengutuk & mengata fizikal seseorang itu sama macam kita hina kejadian Allah. 

p/s : kurus aku pun ada yang sayang. Awak yang mengata tu kurang kasih sayang ya.Kesian

48 comments:

  1. akak pun kurus juga, even anak dah 3 berat still tak capai 45kg tau. Tak kisah pun kurus , asal sihat kan

    ReplyDelete
  2. nice tips. tp tips untuk kuruskan badan lak macam mana?:P

    ReplyDelete
  3. ishk aku ni dah laaa tak kurus ..ermmmm tengok dari tips ko ni, sebenarnya lebih kepada penjagaan kesihatan pon ade ..nak besarkan badan dalam masa yang sama nak sihat jugak ... :D

    ReplyDelete
  4. setiap orang tu berbeza dan beauty lies in the eyes of the beholder...x semestinya kurus tu x cantik di mata orang, dan x semestinya chubby tu x cantik di mata orang... ekekeke... got it?

    ReplyDelete
  5. kite nak kurus. makan banyak sikit cepat je lah naik. huhuuu

    ReplyDelete
  6. Tak nak gemuk nak kurus je. Haha hakikatnya berat fie 45kg je sekarang still fie rasa fie gemuk.

    ReplyDelete
  7. suka tips ni..sya pun nak gemuk. berat sekrg 37/38 kg..sya dah try minum appeton weight gain pun tak jalan and inche ijam sya pun kate dia tak kesah..

    *nmpak tak kat sini kita ada persamaan hihi

    ReplyDelete
  8. kite nk kurang kan sikit berat badan..maybe kerap mkn fastfood kot..specialy mcd.uhh !

    ReplyDelete
  9. kite lak chubby
    haha
    mkn byk sikit dah nek brat
    tension

    ReplyDelete
  10. org nk kurus..die bg tips gemok pulak..hahaha =_=

    ReplyDelete
  11. org nk kurus..die bg tips gemok pulak..hahaha =_=

    ReplyDelete
  12. membantu eh? nak try lah....thank u share tips2 kat atas tu....^_^

    ReplyDelete
  13. salam, ye saya ade jual UBAT untuk GEMUK tu dgn harga murah je, Rm50 untuk 90 biji ( bekal sebulan)

    Vitamin ni dipanggil vitamin B complex...sy n ramai kawan2 makan alhamdulillah naik berat badan.

    saya dulu 41 kg skarang da 47kg lebih, sebulan lebih je.sebelum ni dah bertahun2 usaha try macam2 tp x berkesan pun. sy suggest sape2 y nak naikkan berat try lah..
    boleh sms sy 013 4257476.atau tgk kat link ni https://www.facebook.com/VitaminBComplexNaikkanBeratBadan?ref=hl
    ade pic testimoni lagi

    CEPAT SLAGI STOK MASIH ADE!!

    ReplyDelete
  14. cuba try vitamin B complex- sy ade jual.dgn sy memang berkesan alhamdulillah, sebulan lebih naik 6kg- 013 4257476 :)

    ReplyDelete
  15. untungnya jiha,sy dah buat sparuh dari smua tu tapi x naik2 juga.ada rasa fedup dah..ada manusia lagi yg kata2,fuh..stres.haha

    ReplyDelete
  16. Bagi saya KURUS adalah satu kepuasan tapi jangan la sampai BMI tu TER'kurang... selagi BMI stabil selagi tu maintain untuk kurus... JUZ MY OPINIONNN jewww.. suami kurus & die xnk isteri gemukss.. hehehehe

    Jom ikuti saya :)
    http://rujukvitaminku.blogspot.com

    ReplyDelete
  17. Salam awak, saya pon cam awak gakk.. berat dulu 40kg tinggi 159cm, pastu amek herbalife 1 botol/seminggu je. tapi mmg berkesan naik 3 kg.. Smpai la skrg berat 42 43 kg.. pastu ade gak amek Shaklee Mealshake and Shaklee Bcomplex. Tak de pape jadi ponn.. hehee

    Nak gemuk dalam 50 - 55 kg boleh tak?? Cam senang je tips awak bagi ni.

    Tapi nak tawu gak yang susu tu nak kene minum brape kali sehari??

    Thanks for sharing. =)

    ReplyDelete
  18. Tinggi saye 151 je berat pulak 38 kg. Kurus sgt x ek? Nak berat 44 kg. Susah btl nk gemok. Xtahan dgr org ckp kite kuruss :(

    ReplyDelete
  19. sy pun kurus jgk. tinggi 157 berat 34 je. mmg ramai yg mgata. mulut org selama nya x bole tutup. sob2. walaupun dh try makan itu ini, susu weight gain, supplement n ubat cacing tp tetap x naik jgk. doc cakap punca nya dlu sy operate appendix, sama ada gemok pendek, atau kurus tinggi. so sy tgolong dlm kategori kurus tinggi. tp xpela sy bsyukur sbb xde pyakit =) alhamdulillah. sesiapa yg suka mgata org tu, kurus ke gemok ke, sbnarnya dia sdang mhina ciptaan Allah =)

    ReplyDelete
  20. Berat saye lpas brsalin mkin turun. Mkn bnyk pun tak naek2 brat bdan. 3ary lpas tmbang kat kd 41.9kg pg tdy tmbng smula kat kd tngl 39.8kg. OMG! Kurus nye. Terasa mcm zaman skolah la pulak. Selera mkn brtmbh brt tak tmbah2 tension nye! Klau la lemak bole trnfer dalme sye mntk trnsfer lemak org yg nak kurus tu.

    ReplyDelete
  21. Lpas brsalin brat sye turun bnyk sngt. 2ary lpas timbng kat kd brt 41.9kg rse seronok sbb naek 1kg. Pg tdy tmbng smula kat kd brat jdy 39.8kg. OMG! Terasa mcm berat zaman sekolh lh pulk. Selera mkn mmg brtmbh mkan tak hnti2 tpy still tak naek brt. Tension nye. Klau la lemak bole trnsfer sye dah mntk org yg nak kurus tu trnsfer lmak kat sye ney.

    ReplyDelete
  22. salam sekadar berkongsi pengalaman,sy pun kurus sgt2,tinggi 151 berat 35,36..see kurus kan..mcm2 pil dah ambik,supliment,herbalife hm xjln jgk,lasrly my fren knlkn stu pil ni,
    dalam 2mnggu sy naik 5kg dan smpai skrg total kenaikan 10kg ..brt sy trus naik . tp ingt bkn sbb ubt tu shj tpmsbb smgt sy mmg nk gjukn bdn,symdri xbiasa saraPan jd xprnah skip bgtu jga setiap meal.mcm tuan blog ni kata mkn roti membantu,btul tu,roti adlh salah satu mknn wajib sy,bygkn 1 bun pnjg roti sehari sy akn hbskanl shari sy akan mkn 5,6 kali,nasi 3kali dgn skop yg mmg blh kata bnyk..dan kalau nk stabilkan kshtn kta..jgn mls,workout..itu shj prkongsian crta sy..now nk kna jga mkn sbb dah tergendut pulak..huhu salam

    ReplyDelete
  23. Sama lah, saya pun kurus jugak. Berat badan 36kg je. Seriously! Bila jumpa org, mesti diorang ckp "Kurusnya, makan lah nasi banyak sikit" Urgh! Dah meluat dah orang ckp mcm tu. Dkt tv selalu iklan nak KURUSKAN BADAN tapi iklan GEMUKKAN BADAN takda pulak. Lol. Tapi ada jugak org tanya saya "Eeee kurusnya! Mcm mana nak jaga badan?" Aduhaiii. Jage badan apanya? Orang gila gila nak gemuk. Bila saya mkn bebanyak, pastu MESTI saya akan demam. Then kurus balik. -.- Menyampah! Sbb tu saya dah malas nak amek kesah. Nak kurus pun kurus lah, nak buat mcm mana. Haihhh.

    ReplyDelete
  24. rasa semangat baca blog ni hah. berat 35 kg tggi 157 cm umo 21 thn.gila kurus.kwn2 suma tego.terasa x pyh ckp la.kekadang trlepas jugak ckp kurus2 pun lawa jugak dari kau yg gemok tu. hah kua dh mulut puaka ni.emo emo..hee

    ReplyDelete
  25. Saya pun kurus jugak ramai yang kata saya ni papanlah ikan kering lah.. macam-macam. huihhh... sakit ati sungguh rasa macam nak tikan jea diorang semua. Heheheh... :P

    ReplyDelete
  26. Saya pun kurus jugak ramai yang kata saya ni papanlah ikan kering lah.. macam-macam. huihhh... sakit ati sungguh rasa macam nak tikan jea diorang semua. Heheheh... :P

    ReplyDelete
  27. @Nabilah Azuar

    http://www.shakleeproduct.com/category/set-shaklee/tambah-berat-badan/

    ReplyDelete
  28. Saya pun. Kurus sangat. Dengan ketinggian 150, berat 35/36.. Memang down sangat. Malu tau nak berdepan dgn org. Macam2 dah telinge nie duk tahan org cakap. "kurus macam playwood" "eh, nampak mcm baju je berjalan. Tuannye mane" dan macam2 lagi kate2 org lemparkan. Serius hati nie sampaikan lame2 dah tepu dah dgn kata2 public. Sabo ajolah mampu. Skg pun tengah proses nak naikkan berat badan sbb nak kawin. Nanti pakai baju pengantin xlawo sbb keding sangat. Hihi

    ReplyDelete
  29. Tips yang sangat menarik. Thanks untuk perkongsian.

    ReplyDelete
  30. sy plak tinggi 165 dgn berat 49..oh no makin trun lps operate apendik..rasa ssh sgt nk capai berat bdn dulu 65kg sbb skrg stress ngan keje n selera da xbrapa nk hado..hukhuk

    ReplyDelete
  31. Hk3 me too! I'm sooo skinny. Smpai ilang self confidence! Kdg2 jd cam down sgt sbb kurus cmni. Yg plg xbest.. Bf pon ejek gak. Sedihnye. Kdg2 da smpai tahap xnk jumpe sesaper sbb xde keyakinan. I'm 34 tp da mcm budak skolah. Da try mkn mcm2 ubt gak.. B complex ke aper ke sume da try. Ader satu mase aritu naek gak jap. Pastu tup2 demam. Terus gedebub jatuh berat bdn. Mmg xbley nk maintain. Kecewa! Smpai tahap kene jahit kt pinggang seluar jeans sbb berat bdn jatuh mendadak. Da xtau nk buat aper. Org jd xrespect sbb kiter kurus sgt. Org jd xyakin lak dgn keupayaan kiter. Haizz bayangkan I'm 156cm tp berat cuma 35kg skrg. Imagine. Kurusssss giler!!! Sedih! Stress! Malu! Da try pon sume kt ats bt nuthing happen. Could sambadi pls tell me whyyyyy.. Kalo nk share pape .. Pls email me yer. minicoopers181818@gmail.com

    ReplyDelete
  32. Sy dlu undrweight jgk..tgi mcm tiang.slepas ambk pil ginseng slere mkn brtmbh n berat naik dlm mse 3mgu.thnks pil ginseng ban kah chai...utk mklmt blh cntct sy 0179220156

    ReplyDelete
  33. Hai...sy dlu pn undrweight jgk..tgi pn mcm tiang..mle lh org pgl mcm2...slepas gne pil gingseng ban kah cai,slere mkn meningkat n berat pn brtambh dlm mase 3mgu..utk mklmt cntct je sy 0179220156

    ReplyDelete
  34. Hai...hmmm melihatkan cerita korang ni..rata-rata bwh 40kg. Sya yg 45/46kg ni pun ade org tegur kurus sgt... Xfaham btul.. Tp yg bab kalo dh syg..terima lah seadanya...kan..kan

    ReplyDelete
  35. berat saya 67.5kg.kurus sangat sebab umur saya 10 tahun..terima kasih sebab kerana beri tips ini dan saya cuba nak naik hinga 70-80kg ....

    ReplyDelete
  36. haha rata2 semua berat same dgan saye . harini berat saya 40kg besok 39kg mcmtu jela . dah cuba makan macam2 tapi tak jalan .. susu gain weight pn dah try . malu jgak org slalu tego knape krus sgt ? , diet ke ? , kurus kering... keding la hape la . nasib baik dulu saya aktif sukan n pipi chubby skit nmpak la gmuk skit pdahal berat alahai . lgpn susu memang feveret saya .. haha .. thanks sharing info

    ReplyDelete
  37. hai.. saya pun sama. gila nak gemuk juga . dah try weight gain semua tak menjadi pun. sedih sangat. now tinggi 156 , berat 45. Ni pun org selalu cakap "kenapa kurus sangat, tak makan ke ? " . kalau boleh nak berat dalam 50 kg. kita tak tahu dah nak makan apa untuk gemok. btw, kita akan try ikut tips ni. Terima Kasih :)

    ReplyDelete
  38. saya dulu pun kurus sgt2... sampai dah kawen dah ada anak still maintain!! adakah... tapi lepas amalkan ESP SHAKLEE.. rasanya ok lah kalau nak dibandingkan dengan dlu.. nak pakai suar jeans pun saiz 24 nak otter sana sini..
    p/s.. jemput ke blog sy eh... http://bbbamshopbizz.blogspot.sg/

    ReplyDelete
  39. Membantu sangat .. Nak try lha.. if ada lg tips berkaitan penjagaan dan kecantikkan badan , share lha ye.. hehe

    ReplyDelete
  40. Thanks for share this tips.. Nak try lha .. if ada lg tips about body please share ye.. tq .. ☺

    ReplyDelete
  41. beb nk trylah cara ni, nafsu mkn memang kuat tp gini jg..anak dah 2..
    dah cam budak sekolah...badan kurus...
    lg2 tips kalau ada

    ReplyDelete
  42. Nak gemuk atau nk kurus jom pm sy 0194178211

    ReplyDelete
  43. Pernah terbaca ade orang minum air nasik untuk tambah berat badan?
    Erk rasa tak lalu la pulak.. tapi boleh lah cuba.

    hehehee..

    Kurus sangat pon tak cantik, gemuk sangat pon x cantik..
    makan sihat, berat optimum, BMI ok, LDL ok, HDL ok, insyaAllah sihat.

    Salam perkenalan
    IbuCergas

    ReplyDelete
  44. Sy pun kurus.. berat dlm 41 tggi 154 cm.. penah ada waktu org slalu tny eh kurusnya..diet ke? Sori sy xdiet ok.. n sy akn reply mmg sy kurus pun. atau haah nnti blanjala sy makan :) hehe atau sy snyap je.. sbb malas dah nak layan kdg2 tu.. kdg2 org yg sama ckp byk kali.. ok fine sy tahu sy kurus.. no need to emphasize it many time.. rasa nk ckp mcmtu je kdg2.hihi.
    Tp alhamdulillah3 Allah xnilai kita based on tubuh kita kan.. org yg paling mulia yg paling bertaqwa.. bkn rupa paras kamu badan kamu harta kamu dan lain2.. bila sy terfikir ni sy jadi tenang skit. Dan dlm masa sama sy cuba byk mkn.. tp kalo dah xnk naik tu apakan daya kan.. huhu yg penting sy sihat!

    ReplyDelete
  45. Kerna kurus berat 38kg tinggi 151cm lah sy berada di sini... alhamdulillah bukan sy seorang saja rupanya kurus macam ni... tq

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Yang Wangi