Monday, January 21, 2013

Social Network & Show Off- Riak

Assalammualaikum..

   Hai. bercakap pasal social network ni macam2 pesen perangan manusia yang ada kan. Adakalanya yang buat kita senang, adakalanya buat kita annoying & adakalanya mula2 buat kita suka & kemudian buat kita annoying. Kan.

    To be honest to be admit, aku agak kurang selesa dengan orang yang terlebih show off di laman sosial. Laman sosial semua lah contoh macam twitter, blog, fb. Contohnya :

  • terlebih show off relationship & bf/gf

Kadang2 aku berbulu jugak. Mostly budak2 yang baru nak up. Aku pun ade pakwe jugak tapi tak delah sampai nak penuhkan wall dengan ayat2 jiwang semua. Im not saying that im jeles or being hatred but think about others. Your friend was about 19++ & u keep on show off these thing. Mungkin ada orang yang iri hati dengki mana kita tahu kan. 

Aku dulu awal2 dah cakap kat ijam "sy jenis tak suka main post2 kat fb sangat pasal kita,maaf ye". Nasib lah ijam jenis yang macam aku jugak. Bak kata dia "ramainya friend awak,sy tak sampai 400 pun friend". Kelakar lah ijam. So beringatlah kita kalau nak romen ke romentik dengan pakwe makwe ya.

Tu adik2 yang sibuk canang2 "engaged","married" bagai semua tu. Si laki, hang da baligh ke belum? Even adik aku pun aku sound bila buat benda2 macam ni. Yang si remaja pulak boleh kata hari2 tukar status tu ha kejap kang in relation ship,esoknya single, lusa pulak married. Gila. Pasal ni pun aku pesan kat ijam aku tak suka. 
  • ibadah

Lately banyak yang macam ni kan. Kat twitter mostly. Aku bukan nak kata apa, tapi lama2 boleh jadi riak bila kita syok sangat bercerita pasal setiap ibadah yang kita buat. Orang lain yang baca pun boleh jadi tak senang. Kita beribadah bukan untuk di show off. Nak share apa ibadah yang kita buat tapi biarlah kena dengan caranya. Matlamat tak menghalalkan cara.

  • duit/harta

Yang ni paling bahaya. Lagi 1 apps 4square tu. Tak payahlah nak chek in "im at Maybank (keluarkan duit 10K nak shopping yaw)". Ha lepas tu ada orang yang dengaki dengan kau & tunggu kau tengok kau then rembat duit kau. Kau jugak yang putih mata nangis tak berlagu. Hati2. Nak check in check out boleh je tapi tengok tempat. Takkan dalam jamban pun nak check in. Naya

Kau dapat gaji 100K ke 15K ke tak payah lah nak buat statement bangga kat situ. Karang ada yang iri hati gigit jari kau.
  • muka



Tak semua orang cantik/kacak macam kau. Bila post gambar berjuta2 like. Bangga kan. Kat situ pun boleh jatuh riak. Mungkin akan ada yang kata "eleh kau jeles lah tu dia cantik banyak orang like,gambar kau 1 2 orang je like". Tak jadi kudis pun kalau ada yang kata macam tu. 

Kalau lah ada yang terlalu admire, boleh macam2 dia buat. Contoh sihir,santau,bomoh macam2. Dulu fb aku tu banyak gila album. Lepas tu bila aku masuk U aku delete semua album2 aku & gambar2 aku yang aku rasa tah ape2 tu. Tak tahu lah. Aku rasa tak secure. Fb ni sekarang dah makin advanced. Orang boleh hack,boleh curik, boleh ceroboh gambar kita account kita even kita private benda tu. Seram

Kita boleh bangga bila orang cakap "cantiknya u,rasa nak cium nak peluk","u sangat gojes dear". Namun kita takkan tahu apa yang disebalik orang tu nak buat kat kita. Mana tahu si lelaki buat gambar kita untuk melancap ke. Maaf agak lucah disini.
  • wedding

Ni lagi 1 trend kan. Dah kawin then cerita macam2 terlebih overload pasal husband/wife buat itu ini kat umah. Mungkin bagi orang lain boleh kata "aww sweetnya" tapi kita kena ingat tak semua orang kat luar tu suka dengan apa yang kita post & buat. Tak semua. Kadang2 post "merdunya suara imamku,suamiku cintaku" pun dah cukup buat orang rasa tak selesa kan. Jangan pulak kau post "malam ni habislah bini aku kerjakan". Itu hal dalam bilik tidur haram cakap.

Memang tak boleh nak puaskan hati semua orang tapi risiko besar. Buat ada yang dengki ke ape ke. Nauzubillah mintak jauh di buat macam2 kan. Sebolehnya kemanisan berumah tangga itu biarlah kita dengan pasangan kita je yang tahu. Kan lebih elok kan. Kadang2 orang yang terlalu show off semua benda tentang barang perkahwinan mereka pun orang boleh kata macam2. Mulut orang kan. Kita tak boleh nak tutup. Nak2 bagi mereka yang wedding gerand sangat tu. Apa pun sampai sekarang suka wedding Namee Roslan. Simple,elegan & tak perlu pre wedding semua
  • fashion

Dah bermacam2 fashion berjuta2 jenis pakaian dah yang ada kat malaysia ni sekarang. Macam yang Kak Aishah pun ada mention pasal "this is not muslimah,this is not hijab. Your shirt too tight". Betul bila aku tengok. Aku sendiri pun tak setara mana nak tegur orang salah ke apa tapi at least kita tahu benda itu salah & tak sesuai dijadikan fashion.

Like others said "nak berfashion boleh tapi biarlah menepati syarak". Like Oki Setiana Dewi said too "hijab itu pelindung bukan penghias". Mungkin ada yang tiru gaya2 hijabista semua tu untuk dapat pujian & desperate femes.Mungkin?



    Ok done. Maaf kalau entry ni buat kamu semua tak senang & terasa ke apa ke. Tapi untuk peringatan aku jugak. Aku pun ade instagram. Aku post macam2 gambar. Aku suka share apa yang aku baca dengan orang lain. Kalau ada yang dengki dengan aku tu biarlah dia. Malas nak amik port. Ya, aku pernah juga tershow off bagai semua ni tapi sendiri mau ingatlah perbetulkan balik semua. Ambil pengajaran

   Oh ya, aku tertarik dengan entry Kak Aishah Amin tentang instagram. Korang baca & korang nilai sendiri. Aku setuju 100% & more than that entry beliau. Kadang2 kita tak sedar apa yang kita buat tu sebenarnya salah. Sama2 lah kita betulkan. 

     Tak semua benda kita boleh show off di social network 

7 comments:

  1. yessss...finally!! akak suke entry ni.. klu msh ada xfaham, xtau la nk ckp acane.. psl relay tu, kanak² mmg suka show off.. nk berbalas post lak kt fb.. pastu dah status engaged..married bagai.. advance sgt..

    ibadah..tu pun akak setuju..tu pun msh ada kata kite iri hati dgn hikmah yg dia dapat.. motip?? dia yg xpaham sebenarnya..

    duit/harta..siap mnta pendpt kengkwn nk beli kete jenama mana satu.. pastu dh dpt kete, kemain hapdate kt pesbuk.. gaji naik pun post.. bonus msuk pun post.. LOL..

    muka.. siyesli yg ni kelakar.. macam² pesen diorg ltk.. muka bgn tdr, muka pas mandi, muka tanpa mekap, muka mekap doploh inci, muka mintak penampar.. hurmm.. ok, akak admit, dl akak gila gak ltk muka tah pape..

    wedding..laki masak bekpes, bangga post kt fb.. ok, bahagiaaa sgt.. xpe lagi.. ni gaduh laki bini pun nak ltk kt fb.. hey, org suke tau tak..

    fashion..lbh kpd dahagakan pujian..puji baju cntik, nak tanya mana beli..jenama apa..

    komen ni buleh buat entry x?? wakakaka...

    ReplyDelete
  2. pernah jugak la tershow off.. hehehe

    ReplyDelete
  3. kadang2 benda ni terikut2 orang. nampak org lain post macam tu, kita pun nak try. nak kena hati2 lah.

    ReplyDelete
  4. the best is...keep your private life private...lebih indah dan mudah gitu...

    ReplyDelete
  5. Yang tayang harta & tulis banyak sgt ibadah buat hari2 tu sgt annoying.

    ReplyDelete
  6. SETUJU sangatsangat. Semua nak ikut trend. And blablabla :) Love this !

    ReplyDelete
  7. Betul tu. Apa gunanya menunjuk-nunjuk dengan orang lain? Sedangkan kita dengan orang lain tak jauh bezanya pon.

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Yang Wangi