Sunday, September 17, 2017

Review- Easy Mop. Tak Payah Baldi, Tak Payah Pulas



Assalammualaikum..

   Hai! Hari ni aku nak review pasal easy mop yang super duper senang ni. Zaman sekarang senang betul kerja, Semua benda dah dimodified canggih punya. Kau tinggal scroll, beli, bayar & guna je. Nampak tak betapa senang nya nak buat keje rumah sekarang, Nak-nak sekarang mostly perempuan tak ada masa nak buat keje rumah sangat. Macam aku. Makanya aku carilah benda yang menyenangkan  aku. Senang!

   Aku jumpa mop ni kat Lazada. Oleh sebab aku malas nak pakai baldi, nak pulas mop ape semua, aku belilah benda ni. Tak payah nak manual kerja. Tinggal spray, pastu mop je. Macam mana nak guna easy mop ni. Meh aku ajar kat bawah.



  1. Cabut bekas botol yang kecil yang transparent tu. Pastu isi lah air dengan sabun lantai yang kau suka. Isi agak-agak penuh pastu tutup dengan penutup dia. Oh ya. Masa aku memula beli dulu agak susah & ketat ok nak bukak. Hati-hati nanti patah pulak. Dah kena beli lain.

  2. Masukkan balik botol atau bekas yang kau dah isi air sabun tu kat dalam rumah dia sampai betul-betul ketat. Make sure ketat, nanti tumpah.





       3.Lekatkan kain microfiber yang berbulu tu kat mulut itik yang kat bawah tu.                  Paham? Kain tu Lazada ada bagi 2 set. Dia jenis yang pakai attach boleh cabut              macam kasut sekolah budak tu ha. Ala mesti kau paham punya, Sendiri explore            ok kalau tak paham.



        4.Masukkan mulut itik/base kat bawah tu kat bahagian bawah batang mop tu.                  Dia ada 1 insert atau punat yang kau kena tekan masa nak bukak base tu.


       5.Pastu, boleh lah start mop! Kau tekan yang kat bawah handle mop tu. Makanya,           sambil spray, sambil kau mop. Done!




          Senang kan? Aku suka sebab :
  • Kain microfiber dia senang gila nak basuh. Kau mop rambut ke habuk habuk ke, masa basuh tu senang nak tercabut. Lepas basuh kau keringkan macam biasa.
  • Masa mop, bersih gila! Tapi kau kenalah sapu dulu baru kau mop, Kalau tak sapu macam tak guna je, 
  • Volume bekas isi sabun tu tak luak sangat pun. Means mas kau spray, dia cover banyak tempat. Macam 180 darjah. Spray area dia pun besar. So, kau boleh agak la 1 kawasan umah kau bape kali kau nak refill. Macam rumah aku, kecil. So, tak payah refill, siap boleh mop 2 bilik lagi. 
  • Friendly user. Manual ada, kau baca & try error je, Senang & well done!
   So dah tak ada alasan nak kata malas mop rumah ok. Aku sangat recommend beli benda ni. Masa aku nak beli pun aku baca review dulu. Most of them kata highly rocommended. Makanya aku dengan murah hati beli. 

   Harganya murah je. Masa aku beli tu tengah promotion kat Lazada. RM29.90. Ikutlah kalau bertuah lagi murah. Next time aku review benda alah lain lagi yang aku beli & guna ok. Since it works very well untuk wanita bekerjaya macam aku yang agak malas ni. Haha, 

   Ok Bye!



Image result for easy mop lazada

Saturday, September 16, 2017

Kuasa Viral- Ambil Gambar, Rakam Video & Post!

Assalammualaikum..

    Hai semua! Aku kembali nak update macam-macam tapi biasalah tak kesampaian sebab sibuk nau nau. Ewah. Ok aku nak cerita pasal viral. Viral ape bende? Tipu kalau kau kata kau tak tahu. Mungkin korang sendiri pernah viralkan something kan.

    Sekarang ni banyak sangat kisah viral macam-macam. Contoh kau tengah makan, sekali ada nampak mak orang tengah pukul anak dia, Pastu dengan pantas, korang pun keluarkan handphone, pap, amik gambar, rakam video. Pastu masukkan dalam facebook Well done!

   Aku share dari pandangan aku. Sebenarnya viralkan something ni ada baik buruk dia. Tak salah nak viralkan kalau betul benda tu memang salah. Tapi kalau ikut trend, kalau nak buat acah-acah attention seeker tu aku rasa baik tak payah lah. Dapat apa? Paling tak pun dapat follower jela sebab ramai orang share kan.

   Zaman sekarang, budak darjah 1 pun dah boleh dapat smartphone. Budak kecik, tahu apa. Paling tak pun goggle sana sini, try sendiri pastu viralkan. Sekarang ni apa-apa pun nak viralkan dalam social media. Even benda simple pun nak viralkan. Kekadang rasa macam tak perlu sangat pun.

   Sikit hari lagi, mandi sambil bogel pun, rakam & viralkan. Jadi manusia, jangan terlalu ikut trend & pentingkan diri sendiri. Aku tak kata nak viralkan something tu salah, tapi berpada-padalah. Jangan sampai makan diri. Kau tak rasa ke bila kau viralkan sesuatu, kalau tersalah anggap dah boleh jadi fitnah, Dah dapat dosa free. Nampak tak.

     Lagi kuasa viral kalau pasal makanan, itu baguslah. Sekarang kan banyak sangat viral pasal makanan unik itu ini merata-rata tempat. Itu aku pun suka sebab aku pun suka travel pegi try makanan yang tengah viral & rasa sendiri. Kalau viral benda lain tu tengoklah, kau sendiri boleh nilai baik ke tak baik. Sekarang aku tengah taip ni pun jaga-jaga, ada yang memerhati haha,

    Kuasa viral, apa-apa pun boleh jadi, Silap hari bulan, kau nak bergurau nak kawan kau main tolak kepala, tapi orang salah anggap rakam video kata kau pukul orang. Amik kau. So, sendiri boleh fikir lah kan, Jumpa lain kali.




Image result for viral

 Bye!

Sunday, August 27, 2017

Pengajian Makanan- Apa Kau Belajar, Senang Dapat Kerja?

Assalammualaikum.

Hai! Tertangguh lama sangat aku nak buat post ni. Alhamdulillah lately ni aku dapat email banyak sangat yang tanya aku pasal kos yang aku amik masa aku belaja kat UPM dulu. Nampak tak aku capital aku punya u. Banggalah sikit belajar penat-penat kat sini tak nak tunjuk. Ah lantak.

Sini aku cerita sedikit sebanyak pasal kos aku ni. Tapi sebelum tu aku jawab dulu soalan yang agak frequent orang tanya.

1. "best tak belajar kos ni?"

Dik, kau belajar dekat mana pun, kalau kau tak enjoy memang sumpah takkan seronok punya. Dulu masa aku 1st belajar aku pernah nak tukar kos sebab aku tak berapa minat dengan some of the subjek dalam kos ni. Tapi terbantut. Sebab aku dapat klik dengan member yang sama-sama kene redah kos ni. Haha!

To be honest, kos aku belajar ni fun gila. Sebab include everything. Aku belajar memasak pun dari sini. Aku belajar pegang pisau betul-betul pun dari sini. Aku belajar macam-macam pun dari sini. Sumpah subjek kitchen paling best walaupun haram penat nak gila.

Apa lagi aku belajar? Nanti aku cerita.

2. "macam mana akak manage masa akak belajar?"


I dont fix my time to study. Aku bukan jenis book material punya person. Aku study bila aku rasa aku rajin. Bila aku rasa aku malas, memang aku tak study. Sebab apa, sebab aku tau kalau aku paksa study kompem takkan masuk punya. Ok tu, depends diri sendiri.

Lain orang lain cara belajar. Lain cara manage. So korang da masuk belajar baru tau macam mana nak handle masa belajar tu semua. Oleh sebab aku dapat member yang boleh tahan aktif jugak, aktif bejalan ok. Jadi, UPM pun dekat dengan mall, ade ktm, ade semua benda makanya masa belajar aku dah limit. Haha! Ok ni jangan tiru ok.

Kau kene fix kan masa kau. Kau kene balance kan bila masa kau study, bila masa kau nak berjimba, bila masa kau nak revise & bila masa kau nak leisure. Tu semua kena balance. Kau jangan pulak lebihkan masa kat entertainment compare dengan masa belajar. Memang kelaut lah.

3. " apa akak belajar dalam kos ni?"

Ok basically kos ni almost same belajar semua benda basic. Cuma, yang beza dengan kos lain yang ada kaitan dengan food course, minor major subjek. Belajar kos ni kau explore more pasal bidang makanan ni. It was fun!

Tapi to be honest, susah nak score. Like hello, aku dah study habis-habis ok tapi kenapa susah sangat nak score. Well, hello, nanti kau dapat test, final exam, soalan dia ciput je. Pastu kau tengok markah kat bawah, 20 markah kompem kau kene karang cerita. Fuh!

Semua subjek kos aku cover. Halal, hygiene, microb, food law, food act, chemical, semua benda! Best gila. Lagi - lagi kalau masuk lab. In whicb aku tak suka sebab penat & kena buat report. Lagi, jangan tiru perangai aku.

4. "kos ni sama tak dengan food tech & bla bla bla"


Well, zaman aku belajar dulu ramai yang compare kos food tech dengan food science. Like i dont care. Belajar jugak. So, kauorang tak payah la jadi macam orang-orang puaka yang suka compare-compare tu ok. Lepas grad, kau tak tentu pun dapat kerja dalam bidang kau ke tak. Mind your words ok dik. Tak payah kisah hal orang lain.

Food tech dengan food science tak ada beza pun. Kalau ada pun few subjek yang melibatkan lab atau praktikal je teori sama. Oh, orang food tech yang baca ni jangan buttheart ya. Sis cakap je.

Sekarang aku rasa fakulti food tech UPM pun dah banyak tukar subjek. So mungkin ada few subjek tak sama dengan zaman aku dulu. Tapi basic sama je.

5. "senang dapat kerja tak nanti kos ni?"


Senang ke tak tu, namanya rezeki dik. Lagi banyak kau usaha, insyaAllah senang je. Bab senang dpaat keje ke tak aku tak boleh nak jawab sebab tu semua rezeki masing-masing. Ada orang, perfom well masa belajar tapi kerja luar bidang dia. Ada orang, masa belajar asyik kene repeat, tapi rezeki kerja dia melimpah ruah.

Apa yang aku boleh cakap, zaman sekarang ni zaman susah nak dapat kerja. Really! So lepas korang belajar, mana yang ada peluang offer keje tu, pegilah dulu. Ambil experience dulu baru kau cari keje bidang kau. Start dari bawah.

Oh ya! Bila mintak keje, lepas grad, jangan terlalu choosy ya. Ya, memang sekarang majikan bayar sikit untum fresh grad, tapi tak payah lah tanam dalam otak tu, aku fresh grad nanti nak dapat/aim keje yang executive duduk ofis bawah aircond sambil goyang punggung. Please dont! Kena maki nanti.

6. "besar tak gaji keje bidang ni?"

Depends your majikan. Ada majikan yang willing nak banyak kau sebab ada experience & willing nak bagi kau peluang. Ada majikan yang sebaliknya. Dah masuk alam kerja nanti kau tahulah masam ke manis nanti.


Done. Pokok pangkal, tak kisah kos apa oun kau dapat dik, just learn & explore. Kompem mesti suka punya. Jangan cepat sangat nak tukar kos ikut kawan apa semua. Tu propa je.

Kalau ada mana yang aku tertinggal, nak tanya lagi, boleh pm tepi ok. Boleh email najihahfara@gmail.com atau najihahnurfarah@yahoo.com untuk tanya apa-apa lagi. InsyaAllah mana boleh tolong aku tolonglah. .



Well, tak delah nak kata diri hebat sangat nak nasihat tapi berguna jugalah turunkan tips sikit dari propa je lebih kan. Good luck!

Friday, August 18, 2017

Tips Pandai Masak-Edisi Redah Aje

Assalammualaikum.

Hai! Again, aku hilang lagi dari dunia blogging. Aku sibuk. Tambah lagi aku tak berapa sihat. Lately ni kesihatan merosot sikit. Entah sindrom rindu suami kot. Ewah. Ok lah hari ni rasa nak up post pasal tips pandai masak. Tapi ni edisi aku sendiri. Redah je. Jom baca.


  • Call/mesej mak
This is the frequent way that i used. Haha. Paling senang. Kekadang tengah keje tengah hari aku dah terpikir nak masak apa kat umah ye. Pastu mesej la mak, tanya nak masak itu ini macam mana. Pesen mak aku, dia mesej je senang. Pastu korang ikut sebijik macam yang mak cakap, pastu suka hati korangla nak tambah apa janji sedap!

Selalu aku mesej je. Bila tanya nak masak apa, aku ikut je apa mak aku suruh. Pastu tunggang terbalik kuali periuk ape ade hal. Yang penting sedap dimakan walaupun tak sama dengan masakan mak. Eh mestila, masakan mak paling sedap didonia ok. So dont worry, redah je.

  • Google
Ini lagi senang  tapi aku jarang buat sebab aku malas nak search. Kalau aku rajin je aku search la. Tapi selalunya kalau aku search, aku save pastu hilang melayang resepi aku. So, tak berapa effektif untuk aku yang lupa ni.

Google got everything. Semua benda engko klik je kat google terus keluar. Cara nak kurang kam masin ke apa. Try la! Sekarang pun banyak dah masakan yang jadi viral kat fb. Ape lagi, tiru jela. Simple.

  • Campak dengan bismillah
Orang kata, masak campak-campak ni yang paling senang & kompem jadi. Tapi jangan pulak kau main campam je segala benda yang tak berkaitan dalam masakan kau. Cirit padan muka. Sebelum nak masak tu, amalkan baca bismillah kompem jadi.

  • Try and error
Memasak ni takkan senang kalau kau tak cuba. At least, try je. Jadi tak jadi tu belakang kira. Aku dulu pernah fail semua jenis lauk masa mula-mula nak belajar masak. Aku masak kangkung goreng belacan, tetiba pahit gila sebab terlajak letak belacan. So, kau boleh belajar lepas ni nak masak, kurangkan apa yang patut.

Bab rasa tu, kena pandai-pandai la rasa. Kalau agak kurang masam manis tu tambah la apa yang patut. Lain orang lain rasa lidah dia. Kalau aku, asal lidah aku sedap memang sedap lah haha.

  • Beli buku masakan
Yang ni memang aku tak rajin. Jadi, aku memang tak banyak buku resepi. Kalau korang rajin, pegi borong buku masakan yang macam-macam ada tu. Pastu tiru sebijik macam dalam bulu kata. Kompem jadi.

  • Yakin
Last sekali bila nak masak kenela yakin dengan tangan. Yang penting selalu je try. Rajinkan diri masak. Kompem, lepas tu memang kau suka masak. Macam aku, aku ikut mood. Agak rajin, semua benda aku nak masak. Agak malas, aku goreng ikan bilis je. Masakan paling simple.

Itulah sedikit sebanyak tips aku. Nak kata aku pandai masak tu tak lah. Tapi orang kata, aku boleh hidup lagilah kalau ada barang basah kering kat dapur, makanya aku boleh lagi masak. Tapi konsep aku, ikut suka aku redah je.

Nak masak yang complicated sikit tu aku tak rajin. Makanya rajinkan diri korang ya. Oh lupa, yang dah kawin tu selalulah masak untuk suami. Seronok rasa bila kau masak, suami kau makan sampai licin lauk kau. Sedap tak sedap biarkan je. Haha.

Ok bye. Selamat mencuba

Friday, May 26, 2017

Stress Kat Tempat Keje- Handle Cara Aku

Assalammualaikum.

 Hai. Feh lama aku tak update blog. busy sangat dengan keje entah kemana hala tunggang terbalik. Sekarang aku terasa rajin pulak nak update blog since rindu jugak la nak blogging semula. Baru hari tu semangat berkobar nak start blogging balik, tapi malap sekejap eh!

Ok dah jom aku nak cerita pasal stress kat tempat keje. Sape je yang tak stress time keje kan. Mana-mana keje pun kompem akan stress punye. Percayalah. Tapi ada cara untuk handle stress tu macam mana. Sini aku share cara aku.


  • buat tak tahu
konsepnya, kau layankan aje ape keje yang mendatang. Kau kalau layan stress memang takkan settle punya. Sampai kesudah, last-last bad mood manjang. Tak syokla nak keje macam tu kan. Orang nak tegur kau pun jadi takut. Asyik moody je. Boring,

Makanya, selalu aku kalau stress aku buat tak tahu je. Keje still on, tapi buat- buat tak tahu je. 

  • take 10
Biasa aku kalau stress, aku stop keje, aku rest la for few minit dulu bagi longgar semua sendi kau, lapang otak kau, dalam 5 ke 10 minit, then baru sambung keje semula. Tapi janganlah sampai lama sangat kau take sampai colleagues kau nampak semacam je kau ni. Be genius ok. 

Masa take ni kau pegi lah minum dulu ke, makan kudapan biskut ke apa-apa jelah. Selalu aku akan menggeliat, makan biskut atau gula-gula. Kadang-kadang masa keje ni kita tak boleh terlalu nak straight sangat. Kene bagi badan kita ruang jugak untuk berehat. Gitu.

  • jangan paksa diri
Ini penting. Kalau kau rasa dah tak boleh handle sangat, betterlah voice up. Tak pun kau settle slow-slow dulu ikut mana urgent. Aku pernah sampai 1 tahap rasa give up macam nak tinggalkan je keje & balik umah tido. 

Cool. 

  • cool & relax
Kalau kau tak boleh rilex pun kau buat-buat cool je. Aku kompem, mesti semua pun akan settle. Percayalah. Yang penting relax bebeh. 

Tapi lain orang lain cara dia handle stress masing-masing. Depends la kat korang nak buat macam mana, Tapi jangan sampai terlalu overload sangat, stress sampai burukkan kesihatan & effect performance keje. Thats not cool bebeh.

Sempena esok nak puasa, aku nak ucapkan selamat berpuasa. Maaf ada salah silap sepanjang berblogging sama ada kenal secara nyata atau tak. Bye!

Thursday, April 20, 2017

Seksa PJJ- Laki Bini

Assalammualaikum.

Baru free nak update. Jom aku cite pasal PJJ. PJJ lepas kawin tau. Bukan masa bercinta. Feh. Aku cakap, PJJ lepas kawin memang totally lain macam pjj bercinta. Baru aku rasa macam orang lain rasa. Indah khabar dari rupa.

Kenapa?

  • Weekend husband & wife. 

    Aku dengan husband aku jumpa weekend je sebab tu je waktu yang kitorang ada untuk spend masa sama-sama. Aku kat johor, husband aku kat kuantan. Makanya, setiap minggu naik bas balik umah laki bini.

    Quite though! Dulu sebelum kawin cakap "ala, bolehnye pjj. Tak pe". Lepas kawin, rasa macam patah kaki sebelah. Jiwa pun tak ada. Yelah, dah ada suami. Bila suami tak ada, hilang lah jiwa raga sebelah. Amboi!

  • Cembeng
          Lepas kawin aku jadi lagi cembeng. Ke gembeng ke ape tah. Kuat nangis.        Walawei. Tak pernah pulak aku selalu nangis macam tu. Tiap kali nak hantar husband balik, nak balik umah masing-masing, kompem, aku melalak. Kadang-kadang bawak sampai tidur. Memang seksa. Baru nak biasakan diri kan. Tak payah nak kata mengada sangatlah.

Fragile sangat hati ni. Alahai.

  • Sakit
Bila dah jauh dari suami, bila sakit terasa sangat. Sebab tak ada orang nak tengokkan kita. Sakit sendiri, menangis sendiri, ubat sendiri. Tapi ape nak buat, kene kuat.

  • Mulut orang
Honestly, tak senang nak tutup mulut orang. Ingat dah kawin, mulut orang boleh senyap. Ini lagi hebat bunyi. "dah kawin kenapa duduk laki bini jauh", "sampai bila sorang ke sana sorang kesini", "buat ape kawin kalau duduk jauh". Feh! Makan dalam jauh sampai tulang belakang sentapnya.

Nasib baik dapat suami yang maha sabar & terlalu positif. Aku usaha bukan tak usaha untum dekat dengan suami, tapi tak ada rezeki lagi, nak buat macam mana. Kita bukan tuhan, yang doa sekejap terus makbul.

Jadi orang, kena lah jaga kata-kata. Sebab mulut tulah kita tak sedar, kita dah buat orang lain terluka. Esok lusa, kalau kena kat anak ke diri sendiri ke, baru kau tahu. Jadi, jaga-jaga.

  • Kos
Bila dah pjj, kos jangan cakap. Tu sebab naik bas je. Kalau naik kete, nangis tepi bucu salahkan jibby sebab minyak mahal. Sungguh, terpaksa berkorban dalam banyak benda. Kesian kat suami, kesian kat diri sendiri. Tapi dah rindu, apa pun redah je.

Memang. Pjj dari suami kene kuat kan semangat & hati. Tak senang. Ya, memang tak senang nak hadap pjj lepas kawin sebab kau dah ada suami, and perasaan tu lain gila dengan sebelum kawin.

Ada orang, pjj dia jauh beribu batu. Tu memang aku tabik double springla. Aku yang jauh bape jam ni pun, alhamdulillah masih lagi dapat jumpa weekend. Ada orang tu, sebulan 2 bulan sekali je dapat jumpa husband & wife.

Most of kawan aku pun pjj jugak. Sama macam aku, kena kentalkan hati sementara nak tungggu dapat peluang untuk tinggal bersama. Oleh itu, kenalah berkorban banyak benda. Sabar.

InsyaAllah Allah tu dah atur yang terbaik untuk kita. Cuma jangan putus doa je. Semoga aku & korang-korang yang tengah pjj dengan husband tu akan dapat stay sama-sama dengan husband 1 hari nanti.

Sabar. Sabar. Ok bye



Tuesday, April 18, 2017

Wajib Pakai- Honey Bee Venom



Assalammualaikum. 

Lama rasa tak share review produk kesihatan/kecantikan yang aku guna pakai. Sini nak share moisturizer yang paling best maha tiptop. Best gila. Tak tipu. Aku tengah guna. 




Aku dah lama cari bende ni sebab since aku tengok akak aku pakai muka cantik je tak berminyak. Muka aku masalah paling worst ialah berminyak. Sampai boleh perah jugakla. Aku rimas.

So aku cari bende ni susah betul nak jumpa kalau jual kat butik. Yang ada online. Aku simpan dulu lah angan-angan nak beli sebab leceh malas nak cari.

Alkisah masa aku nikah & sanding, MUA aku tepek benda ni dulu sebelum apply macam-macam benda kat muka aku. Guess what. Make up aku stay tak bercapuk langsung! And muka aku langsung tak berminyak for the whole day aku kawin tu. Wei best gila kau tak yah cakap la, sampai rasa tak nak cuci sampai bila-bila. Over!

So dari situ aku nekadla nak beli jugak. Alhamdulillah sampai sekarang aku pakai. Yakin nau nau aku keluar umah tak tepek bedak. Orang kata naked face gitu. Kalau dulu memang self confident jatuh menjunam kalau aku nak keluar tanpa bedak. Tapi sekarang, lantak kau lah.

Bila pakai kat muka sejuk je rasa. And kompem, muka kau takkan berminyak. Even kalau mekap pun, senang sangat nak cuci. So tak perlu risau kalau nak solat. Buang mekap, mekap balik.

Bila MUA dah pakai benda ni, and tengok hasil memang tiptop, aku pun tak segan dah. Merata cari sampai dapat. Tapi careful! Jangan tertipu terbeli dengan yanh fake punya. Aku beli dapat harga RM68 harga offer. Standard rege RM70+ gitula.

Mahal? Eleh beli produk cantik yang tak ketahuan hala selamat tu, beratus ringgit tak sayang pulak duit. Eh!

Ok bye.

Monday, April 17, 2017

Isu Cantik Instant

Assalammualaikum.

Hai. Terasa nak post pasal viral produk kecantikan local yang kene banned tu. Since kita orang malaysia eager sangat dengan kecantikan kan. Lagi-lagi yang instant jenis nak cepat nampak perubahan cantik dalam masa yang singkat.

Aku admit aku dulu pun eager kemain nak cantik nak kulit peloles macam orang lain. Yela dah tengok orang lain depan mata kulit peloles macam mozek kan. Licin halus je. Sape tak jeles kan. Aku sendiri pun pernah cuba nak beli produk-produk local yang macam ni tapi setiap kali nak beli, mesti aku tak beli. Paham tak? Tak paham tak pe. Continue baca.


Bukan nak menjatuhkan bisnes orang malaysia yang berniaga produk kecantikan ni, tapi engkorang sebagai pengguna ni kene bijak. Extra bijak. Jangan kelabu mata asal tengok iklan "putih licin dalam masa 24 jam" berbekalkan testimoni yang maha hebat, terus zap beli.

Dulu aku teringin nak beli jugak set kecantikan local produk, tapi aku cancel sebab tal ada duit. Mahal sangat. Aku jenis sayang duit aku. Haha. So aku burn niat, aku belanja duit aku ke tempat lain. Gitu.

Bukan produk kecantikan je. Yang jenis makan tu pun sama. Tu lagi lah. Kita nak pakai badan lama. Jangan sekarang syok gila kau sumbat semua produk minuman/makanan kesihatan  yang tak certified tu, end up badan semua dah tak boleh pakai. Nyesal tak sudah.

Penting. Kaji dulu.

Kita sebagai pengguna kena bijak. Bijak apa?

  • Baca isi kandungan ramuan dalam produk 
Bila dah bijak, kena rajin. Alah tak luaknye data kau nak kaji. Kau tahu, produk yang menjanjikan kesan yang kebabom dalam masa yang singkat, 80% sedikit sebanyak mesti ada kandungi chemical yang bahaya. Kalau kau lagi rajin, search for every single items yang terkandumg dalam produk tu.

Aku keje bahagian farmaseutikal, sedikit sebanyak aku banyak belajar pasal bende macam ni la. Yang melibatkan ramuan & kajian terhadap kandungan produk
 That wasnt easy man. Nak stabilkan produk baru perlukan masa yang lama untuk kita betul-betul boleh claim yang produk kita tu selamat untuk digunakan. Sebab ni melibatkan kesihatan manusia.

Aku keje dalam bidang ni pun was-was nak guna produl even dah verified by KKM, inikan produk yang tak tahulah betul ke tak proses R&D nye. Like seriously, kene betul-betul amik serious bab ni. Unless kau rela tadah je muka & badan kau jadi bahan eksperimen. Silap hari bulan, jahanam.

  • Memilih
Aku tak kata semua produk local bahaya. Since ada yang memang verified 100% selamat pun by KKM. Tapi bila jadi pengguna tu kita kene bijak lebih. Aku dah tengok testimoni banyak dari member-member aku yang ramai jugak pakai produk local since aku belajar lagi. Ya! Memang tak dinafikan cantik gila bak hang. Kulit baby kau tau.

Tapi rasa cuak jugak sebab ada yang aku tengok muka dorang ada yang burn, kulit nipis gila. Alasan, reaction between kulit dengan produk. Sedangkan, tengok dekat-dekat dah macam seksa sangat tahan sakit. See. Nak cantik punya pasal sanggup merana.

Kite bebas memilih nak pilih apa pun dalam hidup kite. Compare & use. Senang. Honestly aku bulan tak support nak guna local produk, tapi aku lagi sayang muka aku & aku amalkan konsep "biar lambat, asalkan tak merana".

So, choose wisely.

Nasihat aku, kalau nak guna produk yang agak halus samar-samar status selamat dia, better jangan pakai lah. Khutbah sikit kat diri sendiri supaya jangan senang sangat nak terpengaruh dengan cantik instant ni. Semua orang pun nak cantik ekspress. Tapi kesan dia long term. Sanggup ke?

Nak lagi jimat & kompem tiptop hasil dia, kau pakai natural ingredients je. Pegi google. Tak pun tu kat fb bersepah orang share. Pakai barang-barang yang ada kat dapur je. Lagi yakin & kompem selamat.

Nak cantik boleh, tapi biar berpada-pada. Jangan terlalu taksub. Nanti esok lusa muka breakout tahap jalan tar, jangan salahkan produk tu pulak. Sendiri tanggung.

Ok bye.

Sunday, April 16, 2017

Pengalaman Cari Kerja Lepas Graduasi

Assalammualaikum.

Hello hai semua. Hajat dihati nak update blog dari semalam. Tapi bawak ke hari ni aku tak updat lagi sebab laptop tak de. Rosak. Since lepas habis belajar, aku dah tak bukak laptop sangat & rosak macam tu je. So sad. Boleh request baru ni dengan husband. Eh.

Alhamdulillah aku dah 3 tahun kerja. Tapi dah pergi 3 company. Setahun 1 company. Kau ade? That was called experience yang aku takkan pernah lupa sampai bila-bila. Jom aku share pengalaman aku lepas grad untuk cari kerja.



1. Keep on searching vacancies at all job website


Start lepas aku grad, aku menganggur ade lah dalam sebulan lebih macam tu. Alhamdulillah tak lama. Tapi ada most of kosmate aku dah dapat kerja before grad lagi. Tapi aku syok duduk rumah amik lesen. Terkial-kial baru nak amik lesen. Kesian.

So, aku siapkan resume & bermulalah episod mencari kerja. Aku apply almost semua tempat yang berkaitan dengan bidang aku since aku tak bercadang nak kerja bidang lain. Konon time tu acah-acah setia dengan kos. Er.

Aku apply keje kat banyak tempat. Korang boleh search dari macam -macam website. Contoh - Jobstreet, indeed malaysia, monster, mau kerja & sebenarnya ada banyak lagi. Yang penting rajin.

2. Interview almost 10 times within a month


Haha. Aku apply banyam tenpat so ada lah yang call. Aku banyak pergi interview & dari situ 70% aku belajar dunia kerja ni macam mana sebenarnya. Orang kata kau pergi je interview mana-mana yang dapat untuk dapatkan pengalaman. Kau nak terima atau tak tu decision kau.

Yang selalu teman aku mak ayah aku la. Feh setia teman aku pegi interview jat macam-macam tempat. Yes alhamdulillah almost semua interview yang aku pergi semua dapat offer. Tapi tapi few of that aku tolak sebab ada banyak sebab. Sebab apa?

  • Tak ada transport
  • Kos sara hidup
  • Mak tak bagi
  • Jauh
Nak kerja ni kita kene ada restu dari ibu bapa. Baru syok nak kerja. Aku dulu mak aku decline most of offer yang aku dapat. Tapi ada yang aku tetap nak pegi jugak. Last minit, aku cancel offer sebab mak tak bagi. Masa tu rasa down gila sebab kau nak sangat pegi kat company tu. At last tak dapat, redha jelah.

3. Majikan merendahkan kau

Tu belum campur dengan majikan rendahkan kau. Rasa macam hina gila sebab kau tak pengalaman. Honestly dulu aku demand gaji aku RM1500 je. Ada degree tapi sebab susah sangat nak demand dengan 0 experience, aku letak basic rendah.

Kau jangan ingat lepas kau grad, berbekalkan transkrip pointer kau yang kebabom tu kau senang nak dapat keje. Oh tidak ya. Masa cari kerja ni, ada majikan sikit pun tak pandang ponter kau tapi pandang skill kau masa kau kene interview. 90% aku jamin!

So bermula dari situ aku belajar lah. Lepas dipertimbangkan, aku pun kejelah di sebuah company di Pasir Gudang for few months. Haha!

4. Kene susah dulu

Jangan expect kau terus dapat kerja sedap lepas kau grad. Aku bersyukur gila dapat kerja & tak menganggur lama sangat. Belajar lah bersyukur. Sekarang lagi pulak dengan kos sara hidup yang tinggi, lagi kau nak demand dengan kau yang  tak de pengalaman.

Relax la. Start je dari bawah dulu. Dah ada pengalaman kerja sikit-sikit, barulah kau boleh demand. Yang penting belajar.

5. Member yang mengeji

Tak kurang, ada jugak member yang belagak nak arwah. Kata "aku habis belajar je dapat keje jawatan exec". Pui. Jangan jadi macam tu ok. Kene tabah & kental. Aku dulu block aje. Alhamdulillah sekarang lagi senang dari beliau. Opss.

Kalau ikutkan sebenarnya ada  banyak lagi pengalaman aku tapi aku ringkaskan. Tak senang nak hidup untuk cari rezeki kau tau. Selama ni tau mintak duit kat mak bapak je. Dah kerja sendiri baru tau rasa nak lingkup hidup keje siang malam.

And bagi korang yang dah ada keje dengan jawatan yang terhormat tu, jangan pulak tunjukkan kebodohan diri sendiri. Jangan jadi macam "fresh grad, dapat offer exec tapi bengap". Bunyi kasar, tak pe biar sedar diri jangan hina orang bawahan. Lagi keji.

So untuk yang tengah cari kerja, adik-adik yang baru habis belajar, try not to be too demand & berlagak ok. Tak keji pun keje dari bawah. Try dulu baru tau.

Ok bye. Thanks for reading

Saturday, April 15, 2017

Hello, bloggers. I'm back!

Assalammualaikum..

   Hello! I am back! Rindu gila blogging. Aku tinggalkan dunia blog since lepas aku habis belajar & sebab masa tu blog aku ada masalah. Sumpah rindu nak berblog & rindu kawan-kawan blogging jugak. Aci tak aku nak continue balik hobi aku blogging since i have a lot of stories to share with you guys. Banyak gila!

   So, here we go.

1. Where did i go for the past 3 years ago?

Aku habis belajar then aku sibuk grad. Lepas tu aku sibuk cari kerja. And started from that, dah masuk alam kerja, aku langsung tak de masa nak blogging. Sampai sekarang. Tapi i've decided to come back on blogging since emosi tak berapa nak stabil lately ni. Ewah!

2. Apa aku buat sekarang?

Aku dah kerja. Alhamdulillah rezeki Allah tu luas. Lepas belajar menggangur tak lama pun then grab peluang kerja. Nak pengalaman orang kata. Amacam kerja? Nanti aku cerita di entry akan datang. Syok! Dengan kematangan yang lain daripada yang dulu.

3. Status blog?

InsyaAllah aku akan bagi blog aku naik balik macam dulu. Over sangat. Dulu dengan blog ni la aku dapat jumpa dengan ramai sangat orang & dapat belajar macam- macam. Jadi, tak salah lah nak teruskan. Hoyeh.

Orite. Kesinambungan aku sambung next entry since aku nak cerita macam-macam kat sini nanti. Guys, i'm back!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Yang Wangi