Sunday, August 27, 2017

Pengajian Makanan- Apa Kau Belajar, Senang Dapat Kerja?

Assalammualaikum.

Hai! Tertangguh lama sangat aku nak buat post ni. Alhamdulillah lately ni aku dapat email banyak sangat yang tanya aku pasal kos yang aku amik masa aku belaja kat UPM dulu. Nampak tak aku capital aku punya u. Banggalah sikit belajar penat-penat kat sini tak nak tunjuk. Ah lantak.

Sini aku cerita sedikit sebanyak pasal kos aku ni. Tapi sebelum tu aku jawab dulu soalan yang agak frequent orang tanya.

1. "best tak belajar kos ni?"

Dik, kau belajar dekat mana pun, kalau kau tak enjoy memang sumpah takkan seronok punya. Dulu masa aku 1st belajar aku pernah nak tukar kos sebab aku tak berapa minat dengan some of the subjek dalam kos ni. Tapi terbantut. Sebab aku dapat klik dengan member yang sama-sama kene redah kos ni. Haha!

To be honest, kos aku belajar ni fun gila. Sebab include everything. Aku belajar memasak pun dari sini. Aku belajar pegang pisau betul-betul pun dari sini. Aku belajar macam-macam pun dari sini. Sumpah subjek kitchen paling best walaupun haram penat nak gila.

Apa lagi aku belajar? Nanti aku cerita.

2. "macam mana akak manage masa akak belajar?"


I dont fix my time to study. Aku bukan jenis book material punya person. Aku study bila aku rasa aku rajin. Bila aku rasa aku malas, memang aku tak study. Sebab apa, sebab aku tau kalau aku paksa study kompem takkan masuk punya. Ok tu, depends diri sendiri.

Lain orang lain cara belajar. Lain cara manage. So korang da masuk belajar baru tau macam mana nak handle masa belajar tu semua. Oleh sebab aku dapat member yang boleh tahan aktif jugak, aktif bejalan ok. Jadi, UPM pun dekat dengan mall, ade ktm, ade semua benda makanya masa belajar aku dah limit. Haha! Ok ni jangan tiru ok.

Kau kene fix kan masa kau. Kau kene balance kan bila masa kau study, bila masa kau nak berjimba, bila masa kau nak revise & bila masa kau nak leisure. Tu semua kena balance. Kau jangan pulak lebihkan masa kat entertainment compare dengan masa belajar. Memang kelaut lah.

3. " apa akak belajar dalam kos ni?"

Ok basically kos ni almost same belajar semua benda basic. Cuma, yang beza dengan kos lain yang ada kaitan dengan food course, minor major subjek. Belajar kos ni kau explore more pasal bidang makanan ni. It was fun!

Tapi to be honest, susah nak score. Like hello, aku dah study habis-habis ok tapi kenapa susah sangat nak score. Well, hello, nanti kau dapat test, final exam, soalan dia ciput je. Pastu kau tengok markah kat bawah, 20 markah kompem kau kene karang cerita. Fuh!

Semua subjek kos aku cover. Halal, hygiene, microb, food law, food act, chemical, semua benda! Best gila. Lagi - lagi kalau masuk lab. In whicb aku tak suka sebab penat & kena buat report. Lagi, jangan tiru perangai aku.

4. "kos ni sama tak dengan food tech & bla bla bla"


Well, zaman aku belajar dulu ramai yang compare kos food tech dengan food science. Like i dont care. Belajar jugak. So, kauorang tak payah la jadi macam orang-orang puaka yang suka compare-compare tu ok. Lepas grad, kau tak tentu pun dapat kerja dalam bidang kau ke tak. Mind your words ok dik. Tak payah kisah hal orang lain.

Food tech dengan food science tak ada beza pun. Kalau ada pun few subjek yang melibatkan lab atau praktikal je teori sama. Oh, orang food tech yang baca ni jangan buttheart ya. Sis cakap je.

Sekarang aku rasa fakulti food tech UPM pun dah banyak tukar subjek. So mungkin ada few subjek tak sama dengan zaman aku dulu. Tapi basic sama je.

5. "senang dapat kerja tak nanti kos ni?"


Senang ke tak tu, namanya rezeki dik. Lagi banyak kau usaha, insyaAllah senang je. Bab senang dpaat keje ke tak aku tak boleh nak jawab sebab tu semua rezeki masing-masing. Ada orang, perfom well masa belajar tapi kerja luar bidang dia. Ada orang, masa belajar asyik kene repeat, tapi rezeki kerja dia melimpah ruah.

Apa yang aku boleh cakap, zaman sekarang ni zaman susah nak dapat kerja. Really! So lepas korang belajar, mana yang ada peluang offer keje tu, pegilah dulu. Ambil experience dulu baru kau cari keje bidang kau. Start dari bawah.

Oh ya! Bila mintak keje, lepas grad, jangan terlalu choosy ya. Ya, memang sekarang majikan bayar sikit untum fresh grad, tapi tak payah lah tanam dalam otak tu, aku fresh grad nanti nak dapat/aim keje yang executive duduk ofis bawah aircond sambil goyang punggung. Please dont! Kena maki nanti.

6. "besar tak gaji keje bidang ni?"

Depends your majikan. Ada majikan yang willing nak banyak kau sebab ada experience & willing nak bagi kau peluang. Ada majikan yang sebaliknya. Dah masuk alam kerja nanti kau tahulah masam ke manis nanti.


Done. Pokok pangkal, tak kisah kos apa oun kau dapat dik, just learn & explore. Kompem mesti suka punya. Jangan cepat sangat nak tukar kos ikut kawan apa semua. Tu propa je.

Kalau ada mana yang aku tertinggal, nak tanya lagi, boleh pm tepi ok. Boleh email najihahfara@gmail.com atau najihahnurfarah@yahoo.com untuk tanya apa-apa lagi. InsyaAllah mana boleh tolong aku tolonglah. .



Well, tak delah nak kata diri hebat sangat nak nasihat tapi berguna jugalah turunkan tips sikit dari propa je lebih kan. Good luck!

No comments:

Post a Comment

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Yang Wangi