Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Sunday, August 27, 2017

Pengajian Makanan- Apa Kau Belajar, Senang Dapat Kerja?

Assalammualaikum.

Hai! Tertangguh lama sangat aku nak buat post ni. Alhamdulillah lately ni aku dapat email banyak sangat yang tanya aku pasal kos yang aku amik masa aku belaja kat UPM dulu. Nampak tak aku capital aku punya u. Banggalah sikit belajar penat-penat kat sini tak nak tunjuk. Ah lantak.

Sini aku cerita sedikit sebanyak pasal kos aku ni. Tapi sebelum tu aku jawab dulu soalan yang agak frequent orang tanya.

1. "best tak belajar kos ni?"

Dik, kau belajar dekat mana pun, kalau kau tak enjoy memang sumpah takkan seronok punya. Dulu masa aku 1st belajar aku pernah nak tukar kos sebab aku tak berapa minat dengan some of the subjek dalam kos ni. Tapi terbantut. Sebab aku dapat klik dengan member yang sama-sama kene redah kos ni. Haha!

To be honest, kos aku belajar ni fun gila. Sebab include everything. Aku belajar memasak pun dari sini. Aku belajar pegang pisau betul-betul pun dari sini. Aku belajar macam-macam pun dari sini. Sumpah subjek kitchen paling best walaupun haram penat nak gila.

Apa lagi aku belajar? Nanti aku cerita.

2. "macam mana akak manage masa akak belajar?"


I dont fix my time to study. Aku bukan jenis book material punya person. Aku study bila aku rasa aku rajin. Bila aku rasa aku malas, memang aku tak study. Sebab apa, sebab aku tau kalau aku paksa study kompem takkan masuk punya. Ok tu, depends diri sendiri.

Lain orang lain cara belajar. Lain cara manage. So korang da masuk belajar baru tau macam mana nak handle masa belajar tu semua. Oleh sebab aku dapat member yang boleh tahan aktif jugak, aktif bejalan ok. Jadi, UPM pun dekat dengan mall, ade ktm, ade semua benda makanya masa belajar aku dah limit. Haha! Ok ni jangan tiru ok.

Kau kene fix kan masa kau. Kau kene balance kan bila masa kau study, bila masa kau nak berjimba, bila masa kau nak revise & bila masa kau nak leisure. Tu semua kena balance. Kau jangan pulak lebihkan masa kat entertainment compare dengan masa belajar. Memang kelaut lah.

3. " apa akak belajar dalam kos ni?"

Ok basically kos ni almost same belajar semua benda basic. Cuma, yang beza dengan kos lain yang ada kaitan dengan food course, minor major subjek. Belajar kos ni kau explore more pasal bidang makanan ni. It was fun!

Tapi to be honest, susah nak score. Like hello, aku dah study habis-habis ok tapi kenapa susah sangat nak score. Well, hello, nanti kau dapat test, final exam, soalan dia ciput je. Pastu kau tengok markah kat bawah, 20 markah kompem kau kene karang cerita. Fuh!

Semua subjek kos aku cover. Halal, hygiene, microb, food law, food act, chemical, semua benda! Best gila. Lagi - lagi kalau masuk lab. In whicb aku tak suka sebab penat & kena buat report. Lagi, jangan tiru perangai aku.

4. "kos ni sama tak dengan food tech & bla bla bla"


Well, zaman aku belajar dulu ramai yang compare kos food tech dengan food science. Like i dont care. Belajar jugak. So, kauorang tak payah la jadi macam orang-orang puaka yang suka compare-compare tu ok. Lepas grad, kau tak tentu pun dapat kerja dalam bidang kau ke tak. Mind your words ok dik. Tak payah kisah hal orang lain.

Food tech dengan food science tak ada beza pun. Kalau ada pun few subjek yang melibatkan lab atau praktikal je teori sama. Oh, orang food tech yang baca ni jangan buttheart ya. Sis cakap je.

Sekarang aku rasa fakulti food tech UPM pun dah banyak tukar subjek. So mungkin ada few subjek tak sama dengan zaman aku dulu. Tapi basic sama je.

5. "senang dapat kerja tak nanti kos ni?"


Senang ke tak tu, namanya rezeki dik. Lagi banyak kau usaha, insyaAllah senang je. Bab senang dpaat keje ke tak aku tak boleh nak jawab sebab tu semua rezeki masing-masing. Ada orang, perfom well masa belajar tapi kerja luar bidang dia. Ada orang, masa belajar asyik kene repeat, tapi rezeki kerja dia melimpah ruah.

Apa yang aku boleh cakap, zaman sekarang ni zaman susah nak dapat kerja. Really! So lepas korang belajar, mana yang ada peluang offer keje tu, pegilah dulu. Ambil experience dulu baru kau cari keje bidang kau. Start dari bawah.

Oh ya! Bila mintak keje, lepas grad, jangan terlalu choosy ya. Ya, memang sekarang majikan bayar sikit untum fresh grad, tapi tak payah lah tanam dalam otak tu, aku fresh grad nanti nak dapat/aim keje yang executive duduk ofis bawah aircond sambil goyang punggung. Please dont! Kena maki nanti.

6. "besar tak gaji keje bidang ni?"

Depends your majikan. Ada majikan yang willing nak banyak kau sebab ada experience & willing nak bagi kau peluang. Ada majikan yang sebaliknya. Dah masuk alam kerja nanti kau tahulah masam ke manis nanti.


Done. Pokok pangkal, tak kisah kos apa oun kau dapat dik, just learn & explore. Kompem mesti suka punya. Jangan cepat sangat nak tukar kos ikut kawan apa semua. Tu propa je.

Kalau ada mana yang aku tertinggal, nak tanya lagi, boleh pm tepi ok. Boleh email najihahfara@gmail.com atau najihahnurfarah@yahoo.com untuk tanya apa-apa lagi. InsyaAllah mana boleh tolong aku tolonglah. .



Well, tak delah nak kata diri hebat sangat nak nasihat tapi berguna jugalah turunkan tips sikit dari propa je lebih kan. Good luck!

Wednesday, March 27, 2013

Pengalaman Membeli Di Zalora Malaysia

Assalammualaikum..

    Hai kali ni aku nak review pengalaman aku membeli di Zalora Malaysia ni. Hari tu aku ada dapat voucher RM50 dari Zalora. So aku yang baru pertama kali nak membeli di Zalora ni kekok sikit sebab aku tak tahu procedure dia.

   Aku tak tahu nak beli apa last2 aku decide beli beg. Pengalaman aku membeli di sini :

  • senang communicate dengan team Zalora. Aku tanya macam2 pasal benda ni & dorang sangat membantu aku. Thanks Zalora!
  • pernghantaran sangat cepat! Semalam aku order hari petang dah dapat
  • sangat puas hati
  • kualiti barang (beg) sangat best & puas hati

    Kalau dulu aku ada baca entry yang mengatakan  Zalora ni ada problem macam2. Sekarang aku rasa dorang dah upgrade service dorang. Yey aku eksited sangat nak pakai beg dari Zalora. Thanks Zalora! Mungkin lepas ni aku akan shopping lagi di Zalora. 


Saturday, March 16, 2013

Perihal Owner Blogshop Baju Online

Assalammualaikum..

    Hai! Terlebih rajin pulak aku nak up entry lagi. Kali ni aku nak cakap pasal perihal owner blogshop yang jual baju ni. Sebab sekarang ni aku tengah mencari dress so macam2 blogshop aku pegi tengok. Macam2 ragam ada. Pernah tak korang ada masalah bila nak proceed pembelian dengan barangan baju online ni? Aku adalah juga tapi tak selalu. Tapi lately ni aku ada kesan 1 2 owner blogshop yang agak tak berapa manner dalam menjawab pertanyaan customer.

  • tengking customer
Aku fahamlah owner tu nak marah kalau customer yang sama tanya berulang kali & asyik cancel order. Tapi ini bertanya je pun "ada lagi x" tapi dibalas dengan "habis,cari dress lain". Terus hilang mood aku nak tengok2 dress lain kat blogshop dia. Potong stim nyah.
  • tak tulis sold out
Mungkin owner terlepas pandang kot nak letak sold out. Kalau hampir keseluruhan dress/baju dia tak tulis sold out kat situ then bila customer tanya dia nak marah salah siapa? Terjadi jugak kat aku. Pun potong stim. Tak pasal2 aku yang dimarahnya. Lain kali kalau dah habis semua delete album tak pun tempek poster SOLD OUT besar2
  • harga melampau2 mahal
Jenis aku suka banding2 dengan blogshop lain. Adalah 1 jubah ni aku berkenan sangat then aku survey memang majoriti yang jual harga dia RM50 - RM60. Bila yang murah tu dah sold out, aku trylah cari jubah yang sama tapi lain blogshop tapi malangnya harga yang dia letak melampau sangat tinggi. Ada yang aku tengok tu sampai 200++. Gila. Padahal dari segi material, pattern, colour semua sama. 

Jangan lah kejam sangat. Kalau custom made tu aku boleh terima lah harga mahal sebab buat sendiri & pattern memang pattern sendirian berhad. Tapi kalau yang sama dengan orang lain tu tak ke mengundang persoalan & possibility orang nak beli tu nipis. 
  • penipu
Dalam caption tulis lain, tapi bila pm kata lain. Sampai hati tau buat customer macam tu.

   Aku ni tengah mencari maxi dress/jubah online untuk wedding sepupu aku lagi 2 minggu. Tapi kebanyakkan yang aku nak beli semua nya sold out. So aku tak tahu blogshop mana lagi yang ada jual maxi dress/jubah yang cantik & harga berpatutan. Korang ada cadangan? Sila share dengan aku.

motif : saja
    

Friday, February 1, 2013

Peplum Seksi

Assalammualaikum..

    Sekarang memang bersepah orang jual peplum kan. Tinggal pilih je yang mana. Aku pun tengok bling2 je dengan design peplum kurung yang sangat cantik tu. Rasa nak grab 1 tapi pikir banyak kali.

     Hobi aku suka tengok orang pakai peplum. Kenapa? Sebab aku suka tengok cara dia suai padankan pakai peplum tu. Tak kisahlah kurung ke baju dia saja ke apa ke. Maaf aku kata sini kadang2 ada yang pakai tu tak sesuai sangat dengan mereka. Sebabnya :

  • terlalu ketat
  • nampak terlalu kurus
  • terlalu colour block
  • pelik
  • terlalu singkat



    Minggu maulidur rasul dulu aku ada jalan2 nak cari peplum yang jenis labuh punya tapi 1 pun aku tak berkenan. Aku suka compare harga kedai. Kalau dalam blogshop pun aku ada jugak compare. Ada tu aku tengok spesis kain,jenis,colour yang sama dijual dengan harga yang berlainan. Ada tu yang terlalu mahal bagi aku sedangkan aku tengok dengan blogshop lain sama je pattern & kualiti kain. Untung nak banyak je ye. Beragak lah sikit.

    Sekarang pattern baju kawin pun banyak jenis peplum ni kan. 1 of them yang aku pernah tengok pakai masa kawin blogger namee jelah. Memang stunning habis tengok dia pakai sebab dia tinggi kurus. Macam model. Memang cantik. Macam mana pulak dengan mereka yang plus size? Ada jugak blogshop yang offer peplum plus size ni.



    Aku adalah tengok 1 fashionista ni dia pakai peplum kurung. Bagi dia mungkin fashion tapi bagi aku yang memandang agak seksa sebab agak melekat baju tu dengan badan dia yang agak chubby. Maaflah. Jenis aku ni,aku suka tengok orang2 bergaya. Ada yang cantik tu memang aku like lah,kalau yang kureng tu aku komen dalam hati jelah. Kang terguris hati naya aku.

    Bagi aku,bagi mereka yang berbadan kurus macam aku its ok nak pakai sebab potongan peplum memang sesuai untuk orang kurus. Tapi kalau dah kurus tu jangan lah kau buat measurement lagi nak nampak kekurusan kau tu. Silap hari bulan orang hanya nampak baju bergerak je. Dan bagi yang berbadan besar tu kalau nak pakai peplum size kecil ni pikirlah banyak kali ya. Bukan apa,takut nanti sakit mata orang memandang.

    Kadang2 aku yang jadi malu gila bila baca entry/komen orang lelaki pasal pemakaian baju perempuan ni. Tak kurang ada yang tegur pemakaian peplum ni. Bak katanya "pakai tudung elok dah tutup dada tutup litup tapi tayang punggung. Lain hal punggung elok tertutup sudahnya pulak dada elok terbonjol". Siapa malu? Perempuan jugak. Hati2 lah ye.

nak cari yang macam ni

    Ukur baju dibadan sendiri. Tengah mencari peplum labuh yang simple & cantik. Nak tempah peplum kurung raya lambat lagi. Hehe. 

Monday, December 31, 2012

Jom Menggila Shopping Jubah Cantik & Murah Di Rinarezmi Closet

Assalammualaikum..

    Wah. Semalam aku update entry kawen namee terus mencacak trafik. Ooo korang suka kat namee eh. Hehe. Btw ramai yang puji dia. Cantik macam Maya Karin. Tapi Ijam kata macam Sabrina Ali. Eh?

    Ok lah kat dalam entry semalam aku ade cakap pasal Rinarezmi punye blog ade jual jubah. Tapi bukan jubah je tau. Ade banyak lagi jenis pakaian yang cantik2 contohnya macam skirts, shawl,kaftan,tops & macam2. Jom cuci mata tengok koleksi dorang yang aww aww tu.

Blogshop : Rinarezmi Closet

JUBAH










MAXI DRESS



TOPS



BOTTOM


    Kalau dah blink2 mata tu cepat2 pegi bukak blogshop atau fb dia & shopping. Yang bestnya Rinarezmi Closet ni offer free shipping & ada diskaun RM5 bila kita beli barang kat sini. Bukan senang nak ade blogshop yang ada free shipping. Ok then bye.

p/s : minggu exam kena kurangkan blogging. Thank u allah for the precious 'gift' for this 2012 which is U <3

Sunday, December 30, 2012

Wedding Blogger Cantik! Namee Roslan

Assalammualaikum..

    Hai. Semalam aku pegi wedding namee roslan. Blogger cantik tu. Kenal? Pada awal plannye aku nak pegi dengan kakak kesayangan ni Tina Kechik, tapi malangnya dia tak dapat pegi sebab ade hal katenye. So aku proceed plan lain pegi dengan kawan aku. Kawan eh. Haha.

   Ya, otw nak pegi umah Namee tu tak payah cakap susah sangat sebab aku sesat. Kau tahu hampir semua tol seremban tu aku masuk. Almaklumlah aku tukang tunjuk arah je, si driver ikut je. Last2 berhenti tepi jalan termenung. Otw nak pegi seremban kat highway tu pulak lah jem nye. Dah delay kat situ. Aku rasa perjalanan nak pegi wedding Namee lah perjalanan yang sangat adventure haha.

    At last lepas tanya pakcik shell, uncle petronas, apek kedai hardware, sampai lah jugak kitorang kat umah namee. Tapi dah lewat. Sampai2 terus jumpa Namee. Eksited gila sebab 1st time jumpa depan2. Weh sangat cantik lah beliau. Dan aku pun jumpe jugak blogger lain Nisa Kay, Yana Nanako, Pak Lan, Fad Ali & yang lain. Aku awkward gila babas sebab tak kenal dorang, tak penah jumpa, komen2 pon dalam blog je. So bisu lah. Haha. Jom cuci mata.
cantik

nisa, Namee & yana

with nisa kay.

her pelamin
at last. The beautiful bride, Namee

geng blogger lain



Last. Dah nak balik dah.

sempat jugak capture

1 lagi gambar aku pinjam dari Ujang punye fb. share ye ujang. Aku tak sempat nak amik gambar namee dengan husband dia sebab time tu macam kelam kabut.




    Semalam aku pakai jubah yang aku beli dari Rinarezmi Closet. Thanks Rinarezmi for the nice jubah.  Nanti next entry aku cite pasal blogshop dia ok. Btw jubah dia best. Sejuk, murah & selesa.


nampak macam orang preggy. Lantaklah

Tahniah sekali lagi buat Namee Roslan & husband. Kamu sangat cantik. Maaf tak banyak gambar di majlis sebab aku sampai dah lewat. Sedih gila. Maybe korang boleh tengok gambar2 lain di blog Nisa & blogger lain bila dorang update nanti ye

Monday, October 17, 2011

Bejimba jimba : I city + UPM + Mines = Kelas kau nyah!

Assalammualaikum..

CAUTION!! ENTRY BANYAK GAMBAR

   Hai semua. Baru sempat nak update. Daku tak sehat lah. Got heavy flu & fever. Em. Ok lah jomlah cuci mate dnegan gamba2 ni ye. Jangan muak suda.


my mum was like me rite hihi


just date with this kid having tutti fruti** x bes sebab tak banyak topping
   Sempat jugak pegi Ekspo Pertanian + Pesta Konvo kat Bukit Ekspo. Pastu pegi pulak book fair kat MAEPS. Sumpit ramai gile2.

sebok dok cari2 sayur

bonsai ni harge die RM2300. Waw!!
Kat book fair ni  novel twilight yang berpuluh2 tu boleh dapat rm10 je. Dasat woo. Sekali tengok orang beli 1 beg bagasi tu ha.
Bole pulak lepas test terus hangout dengan my sista kat Mines. Teman die karoke sebab die tengah sedih. Kesian die. So ape lagi. Sakan lah nyanyi haha

buat inai free sempena deepavali. Awesome!
sistas..lap u ol
rommate @ kosmate @ lil sista

meet my older sista aiza
no komen


at this time my tooth was very da sakit lo
Last but not least.

kiutkan tuan belon tu hihi

carilah kawan yang sanggup bersusah senang dengan kite bukan yang hanye ingin ketawa saje dengan kite. Hargailah mereka selagi ade disisi. Sayang semua!
p/s : demam tak kebah :(

Monday, January 10, 2011

Beli Shawl On9!!

Assalammualaikum...

Hai halo semua...
Pada petang yang indah ini daku nak berkongsi2 tentang shoping2 on9 ni ha..**peh ayat aku skema
Sekarang ni kan belambak2 org yang buat bisnes on9 kan,untung kau!
Ha daku lah salah seorang customer nye ..
Tapi daku cume beli inner shawl je,baju,seluar dan segala bagai tu daku kureng sikit sebab takut ter'OVER' size pulak kan naya jadi sarung bantal pulak nnt..huhuh...
Daku selalu try tengok kat fb je org2 promote macam2 jenis inner macam2 kaler**rabun da mata daku tengok warna banyak sangat..
Tapi sebelum nak beli tu tengok2 lah dulu jangan maen sebat je kang nak bayar tersedak pule..
tengok harga die dulu,postage,kualiti & yang paling penting buatlah dulu comparison antara semua owner..
ha kat sini daku share fb mereka2 yang tengah hot jual2 shawl + inner yang agak murah & reasonable lah

ok ini bagi peminat shawl sahaje..**bagi yang x berminat x pe...(^^,)


setakat ni mereka je lah yang daku suka tengok2 sebab harga pon murah..
kalau nak tengok lagi banyak pegi je kat fb daku x pun tu kat bloglist tepi tu ade jugak...

happy shopping semua!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini