Hai! Terlebih rajin pulak aku nak up entry lagi. Kali ni aku nak cakap pasal perihal owner blogshop yang jual baju ni. Sebab sekarang ni aku tengah mencari dress so macam2 blogshop aku pegi tengok. Macam2 ragam ada. Pernah tak korang ada masalah bila nak proceed pembelian dengan barangan baju online ni? Aku adalah juga tapi tak selalu. Tapi lately ni aku ada kesan 1 2 owner blogshop yang agak tak berapa manner dalam menjawab pertanyaan customer.
- tengking customer
Aku fahamlah owner tu nak marah kalau customer yang sama tanya berulang kali & asyik cancel order. Tapi ini bertanya je pun "ada lagi x" tapi dibalas dengan "habis,cari dress lain". Terus hilang mood aku nak tengok2 dress lain kat blogshop dia. Potong stim nyah.
- tak tulis sold out
Mungkin owner terlepas pandang kot nak letak sold out. Kalau hampir keseluruhan dress/baju dia tak tulis sold out kat situ then bila customer tanya dia nak marah salah siapa? Terjadi jugak kat aku. Pun potong stim. Tak pasal2 aku yang dimarahnya. Lain kali kalau dah habis semua delete album tak pun tempek poster SOLD OUT besar2
- harga melampau2 mahal
Jenis aku suka banding2 dengan blogshop lain. Adalah 1 jubah ni aku berkenan sangat then aku survey memang majoriti yang jual harga dia RM50 - RM60. Bila yang murah tu dah sold out, aku trylah cari jubah yang sama tapi lain blogshop tapi malangnya harga yang dia letak melampau sangat tinggi. Ada yang aku tengok tu sampai 200++. Gila. Padahal dari segi material, pattern, colour semua sama.
Jangan lah kejam sangat. Kalau custom made tu aku boleh terima lah harga mahal sebab buat sendiri & pattern memang pattern sendirian berhad. Tapi kalau yang sama dengan orang lain tu tak ke mengundang persoalan & possibility orang nak beli tu nipis.
- penipu
Dalam caption tulis lain, tapi bila pm kata lain. Sampai hati tau buat customer macam tu.
Aku ni tengah mencari maxi dress/jubah online untuk wedding sepupu aku lagi 2 minggu. Tapi kebanyakkan yang aku nak beli semua nya sold out. So aku tak tahu blogshop mana lagi yang ada jual maxi dress/jubah yang cantik & harga berpatutan. Korang ada cadangan? Sila share dengan aku.
motif : saja |
tulaaa. kdg2 bengang dgn on9 shop yg gedik ayam cenggini. haishh sbo jek laa. beli je kt len. hbes cite. huhu
ReplyDeletepernah gak jadi mcm tu. lagi2 harga mahal. padahal kualiti nampak mcm sama jea
ReplyDeleteTak de lagi pengalaman camtu , lg pun jarang sesangat beli online hihi
ReplyDeleteZawara
ReplyDeleteyes.kita nih kalau sblm beli on9 mmg kena survey dulu sbb mmg ade owner yg jual harga melampau2 padahal owner lain ade je yg jual murah.
ReplyDeletenak cari dress cuba tengok dkt sini :
https://www.facebook.com/pages/Muslimah-Shoppers/109069359144252
Lia jarang order online tapi ada servey harga juga, memang ada yang kenakan harga mahal. Rasa melampau2 pulak.
ReplyDeletei dh serik beli online. tgk dlm gmbr mcm lawa bila sampai kualiti hancus. banned terus
ReplyDeletenamee pernah kena macam tu jihah. nak nak bilakita tanya pasal baju yg dah sold out ! then bila tanya DAH SOLD DAH SOLD OUT. kurang ajar betul. tskk.
ReplyDeletehye..gugucloset ada jual custom made..harga serendah rm75..siap kain n upah jahit..boleh refer dalam page atau page
ReplyDeletesuka beli kt poplook.com
ReplyDeleteade dress yg blh buat mcm jubah jgk. harga affordable dgn kualiti bagus.
service pon bagus.