Thursday, March 14, 2013

Bila Lelaki Diam :

Assalammualaikum..

   Sebelum aku sibuk sampai tak tengok langsung blog baik aku update sekejap. Rindu kat blog tak yah cakap memuncak gila. Bf korang ke husband ke ayah ke pernah tak tiba2 senyap & diam? Mesti ada sebab kenapa tiba2 berubah macam tu kan.

   Menurut aku, banyak kemungkinan kenapa lelaki diam ni sebab ijam pun kadang2 selalu jugak diam tiba2. Sampai aku pun dah boleh tahu kenapa.

  • marah
Lelaki kebanyakkannya kalau marah suka pendam. Bila pendam suka diam. Macam ijam lah jugak. Bila tiba2 keluar dengan dia senyap je. Aku yang bercakap sorang2 mesti ada benda yang tak kena dengan dia. Sama ada dia marah dengan aku atau pun dengan orang lain. 

Setahu aku lelaki ni payah sangat nak marah unless yang betul2 baran tu. Sebab tu dorang lebih prefer untuk berdiam kot. Tapi awas lelaki jarang marah ni kalau sekali dia dah marah naya nanti.


  • merajuk
Pun sama. Lain orang lain cara merajuk dia. Kalau ijam merajuk dia lebih suka diam & cakap sepatah2. Bila aku tanya "tadi kelas ok x?". Mesti dia akan jawab acuh tak acuh "em biasa je". Tak ramah macam biasa. Kat situ dah nampak. Kalau orang lain aku tak tahu lah pulak. Lelaki ni pelik sikit. Payah nak duga.
  • hobi
Jenis kalau lelaki yang memang penyenyap memang selalu lah diam kan. Nak2 lelaki pemalu. Susah sangat nak tengok dia banyak cakap. Kalau banyak cakap pun mungkin sesama kaum dia je.
  • sakit
Yang ni tanyalah betul2. Mana tahu kalau lelaki tu senyap je mungkin dia sakit. 
  • sembunyikan sesuatu
Lelaki suka berahsia nak2 dengan perempuan.Bagi aku lelaki suka sembunyikan sesuatu dari perempuan kalau bukan dengan orang yang dia betul2 rapat. Even ijam pun kalau aku tak tanya tak de nye dia nak bagitahu aku masalah dia. 

    Bagi aku lelaki ni memang payah nak diduga. Sama jugak perempuan. Lelaki mesti akan cakap benda yang sama. Cumanya lain persepsi. Korang tengok, sendiri nilai. Bye!


p/s : promotion rumpai laut dah habis. Alhamdulillah next time insha Allah akan ada lagi promotion

6 comments:

  1. biasanya sebab marah atau merajuk... ekekekeke...

    ReplyDelete
  2. lelaki ni klo mrh ke mrajuk ke mmg dye takkan ckp. huhu

    ReplyDelete
  3. ckp dri perspektif sndri...ada signifikan sendiri, tk semua mcm tu..

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Yang Wangi