Wednesday, March 27, 2013

Food Study Course - UPM

Assalammualaikum..

   Hai! Rindunya kat blog aku rasa dah lama aku tak bw & tinggal komen kat blog korang kan. Maaf sangat sebab aku terlalu bz dengan banyak benda. Semua orang tahu result spm dah keluar kan. So adik2 macam mana result engkau orang? Ok? Yang ok alhamdulillah & yang tak berapa ok tu still alhamdulillah & mungkin bukan rezeki kamu.

   Terlanjur tu, ada jugak adik2 junior aku zaman sekolah dulu bertanya kos apa yang ok buat diorang & kelayakan semua. Ada jugak yang tanya pasal kos aku sekarang ni. Ok sini aku jawab apa yang korang tanyakan tu.

Q1 : " kos akak banyak belajar pasal apa ye"
A : semua benda aku belajar. Dari memasak sampai lah kaji makanan & create produk sendiri.

Q2 : "susah x kak nak skor & maintain pointer?"
A : semua kos pun sama je dik. Mana2 kos pun kalau dah malas belajar & tak rajin memang tak dapat lah nak skor & maintain pointer. Setakat ni alhamdulillah aku boleh lagi bertahan maintainkan pointer aku. 2 sem lepas result aku jatuh teruk tersangat2. 

Q3: "akak memang kena belajar masak2 ke"
A : hanya ada 3 kali lab kitchen je. Tak payah risau sebab kauorang bukan major perkhidmatan makanan. 

Q4 : "bes x kak kos ni?"
A: Dik, dalam apa pun yang awak buat awak kena ikhlas & enjoy. Kalau tak sampai ke sudah pun awak takkan rasa seronok nak belajar. So far best sangat!




     To be honest, aku mula2 bukan suka pun kos aku ni. Yelah tak pernah terlintas dalam fikiran aku selama ni aku nak belajar memasak semua benda tu. But at the end aku tahu Allah dah rancangkan sesuatu yang hebat buat aku. Lama2 aku enjoy dengan apa yang aku amik sekarang ni.Aku dah nampak masa depan aku so aku bersyukur sangat dengan apa yang aku belajar sekarang.

    Seriously, when u do something u have to enjoy & excited. Banyak benda yang aku belajar bila aku amik kos ni. Terlalu banyak sangat ilmu yang aku dapat. Dari aku tak reti memasak langsung sampailah sekarang ni at least aku tahu nak buat chocolate lava tu macam mana, nak handle makanan ala carte macam mana, semua bendalah.

    Sem ni aku kena buat produk development. Yang mana aku kena create biskut yang balance dari segi nutritional value & calories dia. Kau banyangkan tiap2 minggu kau bermain dengan bahan2 yang sama tapi kena alert dengan setiap kandungan protein, carbohydrate,fat semua tu. Bukan senang tahu.

    Yang aku tahu sekarang ni UPM dah bahagikan fakulti aku kepada 3 kos & 2 department.

  • sains & teknologi makanan
  • pengajian makanan
  • perkhidmatan makanan
    Kos aku nama dia Pengajian Makanan yang mana major dia aku amik service bukan management. Almaklumlah aku paling tak suka subjek management yang membaca ni so aku lebih prefer more kepada subjek praktikal tapi penat sikitlah. Bukan sikit tapi banyak. Tapi kan seriously fun!

    So adik2 yang minat dalam bahagian masak boleh terus apply Bacelor Perkhidmatan Makanan, kalau minat teknologi makanan boleh pilih Food Tech & kalau minat service,management boleh amik kos macam aku. Sekarang ni aku tak berapa pasti nama kos kat fakulti aku sebab pecahan dia banyak jugak bila kau dah masuk sem 3 nanti. Kau kena pilih. Aku pun pening dengan sistem sekarang.


    Sekarang aku tengah bz sangat dengan final year projek aku. Jadi harap korang faham lah kalau aku tak update blog berkurun lamanya. 

    Adik2 lepasan spm & stpm tu, apa yang aku boleh nasihatkan ialah think wisely. Pilih bidang ikut apa yang korang minat bukan ikut kawan & kata2 orang lain. Ingat 1 perkara ni. "mana2 pun kau belajar universiti mana sekalipun tetap sama. Yang penting niat,restu ibu bapa & ilmu yang kita dapat tu nanti. Sangat berharga. So berhentilah dari terus bandingkan universiti mana yang paling bagus"

    Aku kasi korang tips sikit untuk pilih bidang untuk sambung belajar ni :
  • think,think,think- ikut kemampuan & minat
  • always refer mak ayah dulu- tanya pendapat
  • tanya senior- tanya berkenaan kos yang korang minat tu
  • survey- tengok & teliti kelayakan kos & universiti yang korang nak amik tu
  • doa - mohon petunjuk Allah supaya dipermudahkan urusan
  • jangan ikut kawan
  • letak pilihan UPU dengan baik & hati2
  • decide betul2
    Tu jelah. Aku doakan korang berjaya dalam menyambung pelajaran ye. Ingat,ilmu tu yang penting. Bagi adik2 yang keputusan kurang memuaskan tu jangan sedih & kecewa sangat. Peluang nak sambung belajar tu banyak & terbuka luas lagi. Allah Maha Mengetahui. Awak tak berjaya sekarang mana tahu akan datang awak akan lebih berjaya. Who knows. 

     
aku carry on produk biskut butter pegaga tu



Eh sebelum tu, aku nak buat sesi penghabisan stok rumpai laut ni. 



    Semoga produk biskut aku & group aku akan dapat A dalam final exam nanti. Amin. Siapa2 yang nak bertanya pasal fakulti sains teknologi makanan UPM ni jangan segan2 boleh tanya aku atau emel je najihahnurfarah@yahoo.com

9 comments:

  1. Dulu kawan sekolej ramai yg dekat food tech,diorg selalu buat food testing..so ktorg selalu menyibuk..harhahah

    ReplyDelete
  2. akk mcm suka tgk apa yg jihah belajar..

    ReplyDelete
  3. rumet akak dl amik food gak.. best giler diorg study.. byk mkn.. hahaha

    ReplyDelete
  4. tapi memang nampak interesting course ni... ^_^

    ReplyDelete
  5. ni macam dah boleh buka cafe dah ni :)
    nak amik kos tengok result dan minat kita.
    jangan ikut kawan.
    nanti dah separuh jalan nak tukar balik susah dah.

    ReplyDelete
  6. salam
    kalau sains and teknologi makanan belajar macam mane pulak

    ReplyDelete
  7. Hai sis ,saya minat la course ni .course ni ad kat mana je ek klau nak apply lepas spm ?
    Tq :D

    ReplyDelete
  8. Hi your junior here!! Now first year in food studies. Can you share some study tips? Thanks in advance

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi! Now you must be in 3rd year in food studies. I am first year student here. May i know how is the study? Is it interesting? I really wanna know!

      Delete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini