Salam Jumaat semua! Hari ni aku eksited sebab aku nak balik umah. Sepupu aku kawin. Yippie. Setelah beberapa minggu tak balik umah, otak aku pun dah nak pecah dah rasa. Aku nak share dengan korang mostly apa perkara yang buatkan perempuan hilang mood & ganggu mood dorang. Jom cekidout :
- period
Macam biasalah perempuan kalau datang bulan angin tak tentu pasal. ada je yang tak kena. Perubahan hormon lah katakan.
- result exam/ test teruk
Kalau ok result happy lah kalau teruk gila teruk muka rasa macam nak nangis.
- gaduh dengan pakwe
Kadang2 perempuan ni bila gaduh dengan bf mesti effect study. Jenis aku tak suka campurkan hal personal dengan study aku so bila aku gaduh dnegan ijam aku bia lantak je. Tapi bila nak tidur mesti aku akan pikir balik. Nak2 kalau yang bergaduh teruk tu memang lah nak emo je kan
- kena hentam/marah dengan lecturer/bos
Ini aku agak selalu lah jugak. Bila kena marah & hentam dengan lecturer ke sape2 time present kompem mood aku akan down gila & aku terus tak de hati nak continue study on that day. Bila mood aku dah hilang semangat aku pun down. Contoh kalau "what are you trying to present about? Are you coming to my class or not?". Time tu terasa merah muka tahan perasaan.
- tak de duit
Yang ni pun problem jugak. Bila tak de duit mesti nak hilang mood jugak sebab nak shopping & beli apa2 terbatas. Haha.
- terlalu banyak kerja
Stress weh kalau terlalu banyak sangat kerja yang nak kena buat. Ya, ini juga mengganggu mood aku. Silap hari bulan angin monsun aku tiba2 datang semua orang aku nak marah. Opss!
- gaji lambat masuk
Ini aku selalu tengok kat kakak aku. Asal gaji lambat masuk mesti angin. Kalau sekali sekala tak pe ini selalu kot!
Kalau korang macam mana? Tapi biasanya aku sedaya upaya nak control marah & emosi bila datang time hilang mood ni. Semua orang pun macam tu kan. Cuma kadang2 sampai dah tak tahan nak marah ke nak control emosi memang time tu tak dapat bendung lah. Terus sembur je.
So, lelaki kalau agak2 kau tengok perempuan tu macam tak de mood je, jangan lah kau suka2 nak usik dia ke, nak main2kan dia ke nak buat lawak tak masuk akal ke. Nanti silap hari bulan kena sembur kena maki sentap pulak. Bukan lelaki je, perempuan pun sama. Yang lelaki kalau gf korang nampak dingin je tu paham2 lah. Ada something wrong lah tu. Ok then bye!
Kann? Satu lagi, bila tengah angin satu badan, ada je nak mengacau hidup. Naseb baik tak kena maki. hehehe.
ReplyDeletehihi. time pms tu betul. ihihihihi
ReplyDelete