Sunday, March 17, 2013

Telekung Travel

Assalammualaikum..

    Hai. Sekarang ni aku tengah mencari telekung travel pulak untuk senang aku bawak kemana2. Aku ada survey kat fb. Jumpa & aku rambang mata. Cantik dan murah sangat. Aku rasa setiap orang kena ada 1 spare telekung travel ni. Sebab menyenangkan. Senang untuk dibawa kemana2 sebab kecik & senang nak lipat.

   Ada yang bertanya "sah ke solat kalau pakai telekung berwarna-warni?". Sini aku sertakan jawapan Imam Muda Asyraf tentang persoalan itu.


    Sebenarnya syarat dalam pakaian sembahyang adalah cukup dengan menutup aurat dan hendaklah pakaian itu bersih dari sebarang najis. Bukanlah telekung berwarna putih itu menjadi syarat sahnya sembahyang.
Andainya seorang wanita itu berpakaian baju kurung atau pakaian yang menepati syarat aurat, walaupun ianya berwarna warni, maka tetap sah solat mereka. Menurut Jumhur Ulama yang diwajibkan wanita dalam solat adalah memakai baju dan tudung kepala. Maka Ibnu Munzir berpendapat, “Jika kain yang dipakai cukup luas lalu ia menutupi kepalanya dengan kelebihan kain itu, maka ianya dibolehkan.
Aurat wanita ketika sembahyang sama sahaja seperti aurat wanita di luar sembahyang. Sepertimana batasan aurat wanita yang digunapakai oleh masyarakat di Malaysia dengan merujuk kepada pandangan Mazhab Syafie iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Berasaskan kepada pandangan ini, tidak semestinya telekung sahaja yang boleh dijadikan pakaian sembahyang. Baju kurung, jubah, blaus juga boleh dijadikan pakaian sembahyang walaupun ianya bukan berwarna putih.
sumber dari sini 

    Bagi student & wanita yang selalu keluar mana2 telekung travel ni sangat diperlukan. Nak2 student macam aku yang kadang2 kelas sampai pukul 7. Nak tunggu turn guna telekung lagi,nak kejar ke kelas lagi. Jom sini tengok




sejadah lace


telekung travel cotton
Ada banyak lagi koleksi kat situ. Banyak kaler dah habis memang hot selling betul. Nak tunggu restok untuk kaler yang minat. Selamat menjamu mata.

26 comments:

  1. Teringin la nak beli telekung warna-warni macam ni. Yang ada macam biasalah, color putih je. :)

    ReplyDelete
  2. serius cantik. kalau telekung lawa lg semangat nak sembahyang kan :)

    ReplyDelete
  3. menarik dan plg pntg mudah n mnyenangkan..

    ReplyDelete
  4. wah macam comel je ni?yup sokong2.tak kisah la warna apa2 pun, selagi tak mengganggu jemaah lain, suci dari sebarang najis dan menutup aurat.. tetap boleh digunakan untuk sembahyang :)

    lagipun bila dah berwarna warni, nampak cantik dan menarik lebih minat untuk orang mengerjakan solat :)

    tak gitu :)

    ReplyDelete
  5. kwn saya bg dulu telekung mcm ni, mmg nak guna tapi tak boleh sebab kecik and jarang sgt. if utk kanak2 sekolah rendah afdal utk diorg kot yg tu.. tp x tau laa kalau yang awk punya besar :)

    ReplyDelete
  6. Thanks sharing. Memang mencari tau. Sbb senang nak bubuh dalam handbag. Heee

    ReplyDelete
  7. telekung camni sgt perlu sbb x berat dan penuh bag untuk bwk pi mana2.

    ReplyDelete
  8. Salam daripada Zalora Malaysia,

    Kami sangat meminati blog anda dan cara penulisan anda menarik perhatian kami.

    Kami ingin bertanya adakah anda pernah membeli-belah di www.zalora.com.my ? Kami berminat untuk menjalinkan kerjasama bersama anda.

    Email kepada kami di zalorateam@zalora.com.my :)

    ReplyDelete
  9. asalkan pakaian kita tu menutup aurat bole je kan digunakan utk buat ibadah.

    ReplyDelete
  10. akak mmg ngah cri telekung mcm ni..

    ReplyDelete
  11. senang sgt kalau ada telekung mcm ni. ringan n senang nak lipat. :)

    ReplyDelete
  12. nk order blh lg ke?free postage ye?

    ReplyDelete
  13. nk order cmna ye?sy nk order telekung travel satin tuh. ni email sy ayienmizie@gmail.com

    ReplyDelete
  14. Slm..tlg email.saya minat kain sembahyang satin biru Muda Dan pink muda

    ReplyDelete
  15. Slm..tlg email saya cara bayaran . Saya nk warns biru Muda Dan pink muda

    ReplyDelete
  16. salam,
    macam mana nak oder ye??

    ReplyDelete
  17. salam.macam mana nk tempah?ni emel sy..(sumiey8@yahoo.com)request for more explaination
    tq

    ReplyDelete
  18. salam kak... kain telekung nipis tak? klu boleh nk tebal sikit , ada tak?

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini