Thursday, May 30, 2013

Musibah & Dugaan

Assalammualaikum..

   

" Allah tidak akan menduga hambaNya lebih dari kemampuan mereka"

Doakan abah saya sihat macam dulu. I wasnt there during this hard time together with mama & my siblings. I was in the university fighting for my last presentation & final exam. This is very hard for me. Very hard. May Allah give me strength and make me stronger than before to face this. Allahuakbar

Thank u kepada semua kawan2 saya yang sentiasa bagi semangat kepada saya. Alhamdulillah terima kasih sangat2. 

Sunday, May 19, 2013

Wide, Thick & Long Halfmoon Shawl by Clara Hijab


Assalammualaikum..

   Ada tak sapa2 kat sana mencari shawl halfmoon yang besar,labuh,tebal & boleh tutup dada? Sini aku nak promote 1 online shop yang ada offer that kind of halfmoon shawl. Meh aku kasi cuci mata.


Beads 1

Inner : Orange
Blue

Inner : Pink

Inner : Turqoise

Inner : Purple

Beads 2


Inner : Orange

Inner : Light Pink

Inner : Turqoise

Beads 3 

Outer : Banana Leaf Green
Inner : Dark light green



Beads 4

Outer : Cream
Inner : Milk White
Outer :  Grey
Inner : Light grey

Outer : Dark red
Inner : Blood Red
Outer : Orange
Inner  : Light Orange

Material : very high quality chiffon
2 layer
Wide
Tak nipis, memang tebal
Sesuai untuk semua jenis occassion : Wedding, nikah, tunang, dinner
Price : RM 80 (including postage)

Whatsapp :  0182315662

Siapa yang berminat boleh terus contact mastura di no yang tertera. Tak pun klik terus pegi fb dia untuk tengok contoh pattern beads & warna yang lain. Ok. Kat bawah ni aku tunjuk contoh aku pakai shawl ni. Bila aku pakai memang senang nak gayakan untuk tutup dada sebab shawl ni lebar & labuh. Memang tak jarang konfem sebab material dia tebal.



Ada apa2 pertanyaan boleh terus pegi fb dia ok. Bye. 

p/s : Ya, aku lah muka yang jadi model tak berhemah atas tu. Tolong kawan hihi

Friday, May 17, 2013

Video Shila Amzah Nyanyi Hindustan

Assalammualaikum..

    Hai! Salam jumaat. Jom dengar shila amzah nyanyi hindustan. Sedap suara dia. Kalau aku ni dah ke laut




   Itu aje. Ok bye

Thursday, May 16, 2013

REVIEW NOVEL : BABI

Assalammualaikum..

   Hai semua! Ok jangan salah paham dengan tajuk entry aku ya. Aku bukan mencarut. Tapi memang title novel dia macam tu. Aku nak review novel ni. Best gila novel ni weh.





Sinopsis :

 " mengisahkan tentang kehidupan seorang perempuan nama Pauziah (Paul) yang hidup memang sadis gila. Jadi pelacur. Sampailah bila dia dah tua ada anak 3 orang & salah 1 darinya ialah anak luar nikah nama Leman. Leman ni agak kasar bahasa tapi dia nak jugak belajar agama. Ditemukan dengan 2 orang ustaz yang salah 1 nya adalah bapa kandung nya, Ustaz Mawardi. 1 per 1 dugaan dia kena tempuh bila dia kehilangan semua orang yang dia sayang. 2 manusia telah ditukarkan menjadi babi"

Komen :

  • penceritaan yang sangat menarik
  • bahasa yang simple & mudah faham
  • plot cerita yang pelbagai. Ada sedih & gembira. Tapi aku baca agak sedih
  • tak terlalu heavy gaya penceritaan
   Pendek kata aku kasi 5 star kepada novel ni. Tahniah penulis muda Azwar Kamaruzaman.  Maybe aku yang terlewat baca novel ni tapi bagi mereka yang belum baca, silalah baca. Kompem tak rugi. Pandai penulis membuatkan aku berada pada situasi cerita tu sebenar. Best!


Nama : Azwar Kamaruzzaman
Umur : 19 tahun
Pendidikan : Uitm Sungai Petani, Kedah

Friday, May 10, 2013

Prelove Items To Let Go

Assalammualaikum..
    Disebabkan banyak baju/ pakaian yang aku tak nak pakai dan even tak pernah pakai langsung kecuali for trying purpose, aku nak let go semuanya.

  1. Maxi skirt
- nak letgo sebab singkat. Baru je aku beli online.
- sesuai untuk orang petite & tinggi 153 kebawah
- RM 20 include postage
- warna : hijau muda
- condition : sangat bagus
2. Floral Peplum
- let go sebab ketat
- saiz : xs- s
- harga : RM 20 include postage
- warna : oren
- condition : new

3. Kitschen top with price tag
- harga : RM 35 include postage
- warna : kuning cair
- condition : new
- saiz : s-m
 

  Siapa yang berkenan boleh komen atau email sy najihahnurfarah@yahoo.com

5 Tips/Cara Handle Hidup Di Matrikulasi

Assalammualaikum..

   Hai! Dikesempatan ini aku nak share dengan korang life aku masa aku kat matrik & cara nak handle dia. Bakal anak buah aku pun bertanya bertanya pasal matrik & cara pemakaian semua. Sempena aku dah 3 tahun lebih tinggalkan dunia matrik ni aku nak share dengan korang cara aku handle life aku kat sana.

   Mesti majorit antara korang yang dah masuk matrik tahu suasana kat matrik macam mana kan. Ape macam best ke,seksa ke,sadis ke? Masing2 ada feedback masing2. Aku? Bagi aku hidup kat matrik adalah hidup student yang paling best & bz seumur hidup. Even duduk kat matrik setahun je pun tapi rasa bertahun2 sebab rapat dengan kawan sekelas & sebilik. So meh aku share dengan korang.



  • dont delay your work!
Work kat sini means segala tuto & homework yang korang kena buat. Jangan tangguh2. Kalau aku dulu time malam je mesti aku akan proceed buat tuto. Tentukan sendiri. Jenis aku kat matrik memang tak lah nak delay kerja even setan berduyun2 menghasut "tak payahlah buat lagi,lambat lagi nak hantar". Nampak tak? Lagi kau delay banyak kerja lagi seksa hidup kau. Trust me.
  • buat timetable
Jenis aku actually tak berapa nak minat sangat hidup kena ikut timetable. So, cara aku memang aku praktikkan balik dari kelas petang tu aku akan tidur. Malam start pukul 8 atau 8.30 malam aku akan start buat latihan atau pun tuto. 

Then bila aku rasa rajin nak bangun, lepas subuh aku akan stay & study. Seriously that was a very pleasant & suitable time to study. I bet u. But depends pada masing2 ok. 
  • hiburkan diri 
Caranya,setiap weekend aku akan tengok cerita korea ataupun cerita2 lain. Weekend memang aku jarang sentuh buku sebab 5 hari dah penat mengadap buku almost 24/7. Otak kita sekali sekala kena rehat jugak kalau tak nanti jem.

Tak pun weekend aku pegi keluar bandar. Aku dulu matrik gopeng,perak. So otw nak ke bandar tu memang agak lamalah. Pegi lah karoke ke tengok wayang ke. Hiburkan diri korang ok. Itu mesti sebab jangan biar badan & otak kita pasif je.
  • keluar riadah dengan kawan2
Petang lepas lecture tu pegi lah jogging ke jalan2 sekitar matrik tu. Aku admit zaman aku dulu memang aku paling malas nak keluar nak beriadah bagai sebab aku lagi suka duduk bilik & tidur. Haha. Teruk gila aku. Sangat tak sihat.
  • selalu jumpa lecturer
Paling best bila kat cubicle tu berderet je student jumpa lecturer. Kalau kitorang dulu jumpa lecturer tu 1 habit. Most of the time kalau free mesti jumpa lecturer nak2 time study week. Korang nanti jangan malas2 jumpa lecturer ye sebab tak semua benda kau boleh faham & catch up masa lecture. Unless kalau kau betul2 genius. 





   Itu jelah cara aku. Cara korang yang lain? Tapi aku bet lah, memang kehidupan kat matrik sangat2 best even sekejap je. Setahun duduk matrik memang tak rasa langsung. Time nak habis matrik tu aku rasa nak menangis sepuasnya sebab berpisah dengan kawan2 rapat. Tu lah kenangan. Korang nanti jangan pulak sia2kan peluang korang time kat matrik ok.

   Bagi adik2 yang bakal daftar diri kat matrik nanti,aku ucapkan selamat belajar & all the best. Matrik memang susah pada awalnya, tapi kalau kau follow the flow & yakin pada diri memang aku konfirm memang boleh score punya. Dont worry lah. 1 je yang korang kena tahu bila duduk kat matrik ni. Kalau rasa nak yang terbaik, u have to struggle. Aku dulu kurang struggle so aku tak berapa nak pandai sangat sebab tu tak dapat teruskan cita2 nak jadi doktor. Haha.

    Ingat, belajar elok2. Jangan nak culture shock sangat ok. Btw siapa sini dapat matrik perak? Sep sikit. Kirim salam rindu dekat blok teja ok. Bye!

Wednesday, May 8, 2013

WW 1 - Perangai Perempuan Sebelum, Semasa & Selepas Period

Assalammualaikum..

   Saja nak share. This is exactly right. So lelaki sila jangan pelik kalau benda2 macam ni terjadi kat perempuan. Allah kasi kami macam2 perasaan jadi kami terima dengan hati yang terbuka. Bye!


   Ijam kena selalu banyak bersabar dengan aku. Haha. Kesian dia

Tuesday, May 7, 2013

Gwiyomi Versi Azad Jazmin (Hindi)

Assalammualaikum..

    Saja nak share video gwiyomi yang azad buat. Kelakar.




Sumber dari by keek EiraSyaziraS 


Sunday, May 5, 2013

Blogger Cantik & Blogshop

Assalammualaikum..

   Hai semua. Sempena aku dah sampai kolej & ringan sikit kerja berkurang aku nak update & share dengan korang blogshop2 yang best. Kebanyakan nya dari blogger2 jugak. Jom sini aku share.


Aku baru sekali beli barang dari fsyn by NK ni. Aku beli beg. Cantik ok. Harga not bad kualiti pun ok. Banyak lagi yang dia jual macam jam, baju, blouse, handbag, shawl & macam2. Nisa ada jugak jual barang dia kat butik Sincerely by Us. Jadi vendor. 





Twitter : FSYN by NK
Instagram : FSYN 
 


1 of my favourite blogshop. Aku tak pernah beli lagi dari blogshop ni. Asal aku nak beli je mesti out of stock. Yang paling aku tertarik sekali jubah ara & maggie shawl dia. Superb lawa. Butik dia ada kat shah alam. Tak menyempat lagi nak jejak sana.



Website : Calaqisya  & Calaman
Instagram : Calaqisya
Twitter : Calaqisya 
Butik : 17-B Jalan Plumbum P7/P, Pusat Komersial, Seksyen 7 Shah Alam, (same row with SEN HENG and BATA)

Ni pun aku suka jugak tengok fashion dia. Nak2 baju raya dia. 


Fb : NWW
Instagram : NWW
Twitter : NWW
Butik :  A-1-3 & A-1-4 Alam Avenue, Jalan Serai Wangi, Seksyen 16, Shah Alam , Selangor. (near PADANG JAWA KTM STATION, JPJ PADANG JAWA, 7 ELEVEN & above RESTAURANT AL BAAQIYAT)

Adore sangat dengan Fatin Suhana ni. Cantik & Pandai. Jom tengok koleksi beliau pulak.


Fb : BFS
Butik : D'Versailles, no 2-1, jln boling padang F13/F, 40100 Shah Alam (2nd floor). atas Restoran Qaseh, berdekatan tesco extra. (dekat2 dengan kedai upin ipin, 7 eleven)

Yuyu pun baru je ada nama dia sendiri untuk shawl.





Shawl yang lynda jual pun cantik2. Tapi aku tak berapa nak mampu nak beli haha. Tunggu duit berkepuk dulu. 




Paling best design bagi aku. Cantik. 



Website : Old Blossom Box
Instagram : Old Blossom Box
Butik : 309, Block 2 (above Ambank), Laman Seri Business Park, 
Sec13, Shah Alam,
or at 2nd floor, Section7, Shah Alam (opposite Paparich)


   Setakat ni itu je yang aku tahu. Sekarang ni dah banyak sangat blogshop kan. Yang ada butik usah kira. Kalau pegi seksyen 7 shah alam tu kau pilih je nak pegi butik mana. Semua cantik2. Make sure bawak duit over 300 haha. 

    Tengok semua cantik. Harga pun cantik. Harga mahal tapi kualiti & service bagus tak pe. Jangan sebaliknya. Ok lah selamat mencuci mata

Thursday, May 2, 2013

Best Ke Jadi Blogger??

Assalammualaikum..

   Alhamdulillah aku kembali menaip. Setelah sekian lama aku tinggal blog aku disebabkan kerja2 yang tersangat banyak yang perlu aku buat lebih dulu. Maaf ye kawan2 yang aku tak sempat nak balas jejak korang. InshaAllah bila dah setel sikit2 kerja aku, akan aku balas komen & jejak korang. No worries okeh.

   Few of my friends even my kosmate keep on asking "fara, best tak jadi blogger?", "best ke jadi blogger.Ape yang bestnye?" and something like that lah. Weh tetiba apesal aku speaking mengada2 ni. Ok practice nak present depan judges nanti aww. Haha. Ok enough. So bagi korang blogger2 sekalian, ape macam best tak jadi blogger?



  • best gila
Best gila bila sahabat2 blogger kumpul ramai2 buat gathering semua. Tapi buat masa ni aku tak berkesempatan nak join mana2 gathering lagi. Sadis gila aku kan. Tapi inshaAllah next time aku akan join. Itu pun kalau ada yang sudi invite. Double sadis. Haha.

Bagi aku jadi blogger best bila mana idea kau, blog kau orang baca setiap hari tak pun at least akan singgah tengok perkembangan. Macam aku blog yang aku selalu datang tu memang wajib aku tinggal jejak ke komen ke. Depends pada kelapangan masa. 

Dan best juga jadi blogger bila dapat share pengetahuan & isu2 kat luar sana. Yelah even tak pernah meet up sesama sendiri kat alam nyata tapi terasa rapat gila. Itu yang best sebenarnya. Seriously. Best sebab kekadang boleh tukar hadiah sesama sendiri macam2 lah aktiviti.
  • tak best
Tak jadi tak best jadi blogger bila mana kau kena hentam ke, ada orang dengki iri hati dengan kau then fitnah kau macam2. Benda2 macam ni bila jadi blogger adalah normal. Cuma kental tak kental je nak ngadap semua tu. Betul tak. Cuba tanya blogger yang sekarang dah meletup2 sebelum ni pernah tak mereka dijatuhkan. Kompem pernah. Aku rasa setakat anon mulut longkang tu dorang dah master gila nak handle. 

Seriously jadi tak best jadi blogger bila kau sombong sesama blogger lain. Sebab bila kau sombong dengan blogger lain then orang lain pun akan sombong kat kau juga. Mind that. Tak payah nak rasa diri tu hebat & gah sangat. Tak payahlah nak sombong sangat. Tak kemana pun. Always remember that when u're in blogging world. 

     Ada juga kawan aku tanya "kau penah tak kena maki ke dengan orang?". Bila ditanya aku senyum je. Ya, memang sangat pernah. Bukan takat kena maki, kena perkataan lucah teramat pun pernah. Kalau korang pernah terbaca dulu kat shoutbox aku tu mesti korang perasan. Something like yang menjatuhkan maruah aku. Tapi aku buat bodoh je. Buat tak tahu. 


    Selalu orang akan kaitkan jadi blogger ni sebab nak popular/femes. Gitu. Tak dinafikan mungkin ada certain blogger yang berfikiran macam tu & ada yang tidak. Tak semua blogger macam tu ya. Jangan pandai2 je kau cop orang macam tu. Blogger dikatakan pemes sebab blog & entry dia. Bila entry yang dia buat tu best & menarik perhatian orang untuk baca of koslah orang akan promot dia & keep on talking about him/her kan. Betul tak.

    Aku jadi blogger dah nak dekat 3 tahun. Banyak sangat benda yang dah berlaku sepanjang aku libatkan diri dalam dunia blogging ni. Cuma tak berkesempatan nak berjumpa dengan semua blogger yang aku kenal rapat dalam alam maya ni. Blog pun entah apa2 nak pemes ape. Ops!!

    So, bagi mereka yang bukan blogger kalau rasa nak jadi blogger dengan rasa terbukanya silakan. Belajarlah dari mereka yang otai2. Seriously memang sangat membantu. Zaman aku dulu belajar dengan Ben  Ashaari. Beliau salah sorang blogger yang aku salute dari dulu sampai sekarang. Tak pernah sombong. 

    Last but not least, jadi blogger memang best! Try tanya blogger lain. Bye!
     
motif : saja tayang :p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini