Sunday, April 16, 2017

Pengalaman Cari Kerja Lepas Graduasi

Assalammualaikum.

Hello hai semua. Hajat dihati nak update blog dari semalam. Tapi bawak ke hari ni aku tak updat lagi sebab laptop tak de. Rosak. Since lepas habis belajar, aku dah tak bukak laptop sangat & rosak macam tu je. So sad. Boleh request baru ni dengan husband. Eh.

Alhamdulillah aku dah 3 tahun kerja. Tapi dah pergi 3 company. Setahun 1 company. Kau ade? That was called experience yang aku takkan pernah lupa sampai bila-bila. Jom aku share pengalaman aku lepas grad untuk cari kerja.



1. Keep on searching vacancies at all job website


Start lepas aku grad, aku menganggur ade lah dalam sebulan lebih macam tu. Alhamdulillah tak lama. Tapi ada most of kosmate aku dah dapat kerja before grad lagi. Tapi aku syok duduk rumah amik lesen. Terkial-kial baru nak amik lesen. Kesian.

So, aku siapkan resume & bermulalah episod mencari kerja. Aku apply almost semua tempat yang berkaitan dengan bidang aku since aku tak bercadang nak kerja bidang lain. Konon time tu acah-acah setia dengan kos. Er.

Aku apply keje kat banyak tempat. Korang boleh search dari macam -macam website. Contoh - Jobstreet, indeed malaysia, monster, mau kerja & sebenarnya ada banyak lagi. Yang penting rajin.

2. Interview almost 10 times within a month


Haha. Aku apply banyam tenpat so ada lah yang call. Aku banyak pergi interview & dari situ 70% aku belajar dunia kerja ni macam mana sebenarnya. Orang kata kau pergi je interview mana-mana yang dapat untuk dapatkan pengalaman. Kau nak terima atau tak tu decision kau.

Yang selalu teman aku mak ayah aku la. Feh setia teman aku pegi interview jat macam-macam tempat. Yes alhamdulillah almost semua interview yang aku pergi semua dapat offer. Tapi tapi few of that aku tolak sebab ada banyak sebab. Sebab apa?

  • Tak ada transport
  • Kos sara hidup
  • Mak tak bagi
  • Jauh
Nak kerja ni kita kene ada restu dari ibu bapa. Baru syok nak kerja. Aku dulu mak aku decline most of offer yang aku dapat. Tapi ada yang aku tetap nak pegi jugak. Last minit, aku cancel offer sebab mak tak bagi. Masa tu rasa down gila sebab kau nak sangat pegi kat company tu. At last tak dapat, redha jelah.

3. Majikan merendahkan kau

Tu belum campur dengan majikan rendahkan kau. Rasa macam hina gila sebab kau tak pengalaman. Honestly dulu aku demand gaji aku RM1500 je. Ada degree tapi sebab susah sangat nak demand dengan 0 experience, aku letak basic rendah.

Kau jangan ingat lepas kau grad, berbekalkan transkrip pointer kau yang kebabom tu kau senang nak dapat keje. Oh tidak ya. Masa cari kerja ni, ada majikan sikit pun tak pandang ponter kau tapi pandang skill kau masa kau kene interview. 90% aku jamin!

So bermula dari situ aku belajar lah. Lepas dipertimbangkan, aku pun kejelah di sebuah company di Pasir Gudang for few months. Haha!

4. Kene susah dulu

Jangan expect kau terus dapat kerja sedap lepas kau grad. Aku bersyukur gila dapat kerja & tak menganggur lama sangat. Belajar lah bersyukur. Sekarang lagi pulak dengan kos sara hidup yang tinggi, lagi kau nak demand dengan kau yang  tak de pengalaman.

Relax la. Start je dari bawah dulu. Dah ada pengalaman kerja sikit-sikit, barulah kau boleh demand. Yang penting belajar.

5. Member yang mengeji

Tak kurang, ada jugak member yang belagak nak arwah. Kata "aku habis belajar je dapat keje jawatan exec". Pui. Jangan jadi macam tu ok. Kene tabah & kental. Aku dulu block aje. Alhamdulillah sekarang lagi senang dari beliau. Opss.

Kalau ikutkan sebenarnya ada  banyak lagi pengalaman aku tapi aku ringkaskan. Tak senang nak hidup untuk cari rezeki kau tau. Selama ni tau mintak duit kat mak bapak je. Dah kerja sendiri baru tau rasa nak lingkup hidup keje siang malam.

And bagi korang yang dah ada keje dengan jawatan yang terhormat tu, jangan pulak tunjukkan kebodohan diri sendiri. Jangan jadi macam "fresh grad, dapat offer exec tapi bengap". Bunyi kasar, tak pe biar sedar diri jangan hina orang bawahan. Lagi keji.

So untuk yang tengah cari kerja, adik-adik yang baru habis belajar, try not to be too demand & berlagak ok. Tak keji pun keje dari bawah. Try dulu baru tau.

Ok bye. Thanks for reading

7 comments:

  1. first sekali welcome back blogging. Boleh tahan hebat juga 3 tahun kerja dan 3 company. saya 3 tahun kerja baru 2 company.

    ReplyDelete
  2. betul tu, susah nk cari keje lepas grad. tengok keadaan kakak saya dulu...kesian gila T__T Alhamdulillah skrng diorang dh ada kerja

    ReplyDelete
  3. Salam kak nak tanya ni, saya ni baru je grad (course : petroleum engineering) dan sekarang ni kan oil and gas industry ni tak stabil so macam tak expect pun nak dapat kerja dalam bidang ni tapi katakanlah kalau saya start kerja dengan area yang bukan dalam scope study saya if in the future nak apply dalam bidang saya boleh ke? . Sebab macam if kerja lain the experience semua tak related dengan oil and gas punya area so cemana eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. its ok. Ada sesetengah ,majikan sangat pentingkan pengalaman, tak dinafikan. Tapi x salah mencuba kan. try je. cuba nasib hehe

      Delete
  4. Kawan2 saya ada yg dah kerja ikut kos biomedical engineer sebelum graduasi. Kalau ikutkan hati, mmg cita2 nak jadi biomedical engineer mmg kuat. Tapi nak huat mcm mna, saya tkde transport apatah lagi baru buat rayuan lesen tamat tempoh. haha. Then, kerja la kat secret recipe terlebih dahulu sekadar utk cari pengalaman. Huhu

    ReplyDelete
  5. PEMBANTU KIOSK di BANGI GATEWAY

    1.Perempuan
    2.Ada transport
    3.Boleh membaca.mengira.menulis dengan baik
    4.Fasih bertutur Bahasa Melayu(Bahasa English lebih diutamakan)
    5.Rajin.jujur.amanah.kemas.sopan
    6.Masa kerja 10pagi ke 10mlm( rehat 2jam mengikut kesesuaian)
    7.Mahir menggunakan komputer

    Tugas keja
    1.Iron
    2.Kemas stok/kiosk sapu mop lantai
    3.Promote barang
    4.Layan customer
    5.Edar flyers
    6.Urus barang poslaju
    7.Kira stok
    8.Urus kerja online di komputer

    Gaji RM1000-RM1200

    Berminat hubungi 0139201910

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Yang Wangi