Thursday, April 20, 2017

Seksa PJJ- Laki Bini

Assalammualaikum.

Baru free nak update. Jom aku cite pasal PJJ. PJJ lepas kawin tau. Bukan masa bercinta. Feh. Aku cakap, PJJ lepas kawin memang totally lain macam pjj bercinta. Baru aku rasa macam orang lain rasa. Indah khabar dari rupa.

Kenapa?

  • Weekend husband & wife. 

    Aku dengan husband aku jumpa weekend je sebab tu je waktu yang kitorang ada untuk spend masa sama-sama. Aku kat johor, husband aku kat kuantan. Makanya, setiap minggu naik bas balik umah laki bini.

    Quite though! Dulu sebelum kawin cakap "ala, bolehnye pjj. Tak pe". Lepas kawin, rasa macam patah kaki sebelah. Jiwa pun tak ada. Yelah, dah ada suami. Bila suami tak ada, hilang lah jiwa raga sebelah. Amboi!

  • Cembeng
          Lepas kawin aku jadi lagi cembeng. Ke gembeng ke ape tah. Kuat nangis.        Walawei. Tak pernah pulak aku selalu nangis macam tu. Tiap kali nak hantar husband balik, nak balik umah masing-masing, kompem, aku melalak. Kadang-kadang bawak sampai tidur. Memang seksa. Baru nak biasakan diri kan. Tak payah nak kata mengada sangatlah.

Fragile sangat hati ni. Alahai.

  • Sakit
Bila dah jauh dari suami, bila sakit terasa sangat. Sebab tak ada orang nak tengokkan kita. Sakit sendiri, menangis sendiri, ubat sendiri. Tapi ape nak buat, kene kuat.

  • Mulut orang
Honestly, tak senang nak tutup mulut orang. Ingat dah kawin, mulut orang boleh senyap. Ini lagi hebat bunyi. "dah kawin kenapa duduk laki bini jauh", "sampai bila sorang ke sana sorang kesini", "buat ape kawin kalau duduk jauh". Feh! Makan dalam jauh sampai tulang belakang sentapnya.

Nasib baik dapat suami yang maha sabar & terlalu positif. Aku usaha bukan tak usaha untum dekat dengan suami, tapi tak ada rezeki lagi, nak buat macam mana. Kita bukan tuhan, yang doa sekejap terus makbul.

Jadi orang, kena lah jaga kata-kata. Sebab mulut tulah kita tak sedar, kita dah buat orang lain terluka. Esok lusa, kalau kena kat anak ke diri sendiri ke, baru kau tahu. Jadi, jaga-jaga.

  • Kos
Bila dah pjj, kos jangan cakap. Tu sebab naik bas je. Kalau naik kete, nangis tepi bucu salahkan jibby sebab minyak mahal. Sungguh, terpaksa berkorban dalam banyak benda. Kesian kat suami, kesian kat diri sendiri. Tapi dah rindu, apa pun redah je.

Memang. Pjj dari suami kene kuat kan semangat & hati. Tak senang. Ya, memang tak senang nak hadap pjj lepas kawin sebab kau dah ada suami, and perasaan tu lain gila dengan sebelum kawin.

Ada orang, pjj dia jauh beribu batu. Tu memang aku tabik double springla. Aku yang jauh bape jam ni pun, alhamdulillah masih lagi dapat jumpa weekend. Ada orang tu, sebulan 2 bulan sekali je dapat jumpa husband & wife.

Most of kawan aku pun pjj jugak. Sama macam aku, kena kentalkan hati sementara nak tungggu dapat peluang untuk tinggal bersama. Oleh itu, kenalah berkorban banyak benda. Sabar.

InsyaAllah Allah tu dah atur yang terbaik untuk kita. Cuma jangan putus doa je. Semoga aku & korang-korang yang tengah pjj dengan husband tu akan dapat stay sama-sama dengan husband 1 hari nanti.

Sabar. Sabar. Ok bye



3 comments:

  1. walaupun farah tak pjj, tapi kawan-kawan ramai pjj. Korang yang pjj ni semua hati sado. salute!

    ReplyDelete
  2. Lagi terasa bila dah ada anak sorang nanti...lagi tough..sebab i've been experiencing it right now...tp mmg kena tabah and kuat..inshaallah Allah permudahkan urusan kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. harap2 Allah permudahkan urusan untuk tinggal sekali huhu

      Delete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Yang Wangi