Monday, April 17, 2017

Isu Cantik Instant

Assalammualaikum.

Hai. Terasa nak post pasal viral produk kecantikan local yang kene banned tu. Since kita orang malaysia eager sangat dengan kecantikan kan. Lagi-lagi yang instant jenis nak cepat nampak perubahan cantik dalam masa yang singkat.

Aku admit aku dulu pun eager kemain nak cantik nak kulit peloles macam orang lain. Yela dah tengok orang lain depan mata kulit peloles macam mozek kan. Licin halus je. Sape tak jeles kan. Aku sendiri pun pernah cuba nak beli produk-produk local yang macam ni tapi setiap kali nak beli, mesti aku tak beli. Paham tak? Tak paham tak pe. Continue baca.


Bukan nak menjatuhkan bisnes orang malaysia yang berniaga produk kecantikan ni, tapi engkorang sebagai pengguna ni kene bijak. Extra bijak. Jangan kelabu mata asal tengok iklan "putih licin dalam masa 24 jam" berbekalkan testimoni yang maha hebat, terus zap beli.

Dulu aku teringin nak beli jugak set kecantikan local produk, tapi aku cancel sebab tal ada duit. Mahal sangat. Aku jenis sayang duit aku. Haha. So aku burn niat, aku belanja duit aku ke tempat lain. Gitu.

Bukan produk kecantikan je. Yang jenis makan tu pun sama. Tu lagi lah. Kita nak pakai badan lama. Jangan sekarang syok gila kau sumbat semua produk minuman/makanan kesihatan  yang tak certified tu, end up badan semua dah tak boleh pakai. Nyesal tak sudah.

Penting. Kaji dulu.

Kita sebagai pengguna kena bijak. Bijak apa?

  • Baca isi kandungan ramuan dalam produk 
Bila dah bijak, kena rajin. Alah tak luaknye data kau nak kaji. Kau tahu, produk yang menjanjikan kesan yang kebabom dalam masa yang singkat, 80% sedikit sebanyak mesti ada kandungi chemical yang bahaya. Kalau kau lagi rajin, search for every single items yang terkandumg dalam produk tu.

Aku keje bahagian farmaseutikal, sedikit sebanyak aku banyak belajar pasal bende macam ni la. Yang melibatkan ramuan & kajian terhadap kandungan produk
 That wasnt easy man. Nak stabilkan produk baru perlukan masa yang lama untuk kita betul-betul boleh claim yang produk kita tu selamat untuk digunakan. Sebab ni melibatkan kesihatan manusia.

Aku keje dalam bidang ni pun was-was nak guna produl even dah verified by KKM, inikan produk yang tak tahulah betul ke tak proses R&D nye. Like seriously, kene betul-betul amik serious bab ni. Unless kau rela tadah je muka & badan kau jadi bahan eksperimen. Silap hari bulan, jahanam.

  • Memilih
Aku tak kata semua produk local bahaya. Since ada yang memang verified 100% selamat pun by KKM. Tapi bila jadi pengguna tu kita kene bijak lebih. Aku dah tengok testimoni banyak dari member-member aku yang ramai jugak pakai produk local since aku belajar lagi. Ya! Memang tak dinafikan cantik gila bak hang. Kulit baby kau tau.

Tapi rasa cuak jugak sebab ada yang aku tengok muka dorang ada yang burn, kulit nipis gila. Alasan, reaction between kulit dengan produk. Sedangkan, tengok dekat-dekat dah macam seksa sangat tahan sakit. See. Nak cantik punya pasal sanggup merana.

Kite bebas memilih nak pilih apa pun dalam hidup kite. Compare & use. Senang. Honestly aku bulan tak support nak guna local produk, tapi aku lagi sayang muka aku & aku amalkan konsep "biar lambat, asalkan tak merana".

So, choose wisely.

Nasihat aku, kalau nak guna produk yang agak halus samar-samar status selamat dia, better jangan pakai lah. Khutbah sikit kat diri sendiri supaya jangan senang sangat nak terpengaruh dengan cantik instant ni. Semua orang pun nak cantik ekspress. Tapi kesan dia long term. Sanggup ke?

Nak lagi jimat & kompem tiptop hasil dia, kau pakai natural ingredients je. Pegi google. Tak pun tu kat fb bersepah orang share. Pakai barang-barang yang ada kat dapur je. Lagi yakin & kompem selamat.

Nak cantik boleh, tapi biar berpada-pada. Jangan terlalu taksub. Nanti esok lusa muka breakout tahap jalan tar, jangan salahkan produk tu pulak. Sendiri tanggung.

Ok bye.

No comments:

Post a Comment

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Yang Wangi