Tuesday, April 18, 2017

Wajib Pakai- Honey Bee Venom



Assalammualaikum. 

Lama rasa tak share review produk kesihatan/kecantikan yang aku guna pakai. Sini nak share moisturizer yang paling best maha tiptop. Best gila. Tak tipu. Aku tengah guna. 




Aku dah lama cari bende ni sebab since aku tengok akak aku pakai muka cantik je tak berminyak. Muka aku masalah paling worst ialah berminyak. Sampai boleh perah jugakla. Aku rimas.

So aku cari bende ni susah betul nak jumpa kalau jual kat butik. Yang ada online. Aku simpan dulu lah angan-angan nak beli sebab leceh malas nak cari.

Alkisah masa aku nikah & sanding, MUA aku tepek benda ni dulu sebelum apply macam-macam benda kat muka aku. Guess what. Make up aku stay tak bercapuk langsung! And muka aku langsung tak berminyak for the whole day aku kawin tu. Wei best gila kau tak yah cakap la, sampai rasa tak nak cuci sampai bila-bila. Over!

So dari situ aku nekadla nak beli jugak. Alhamdulillah sampai sekarang aku pakai. Yakin nau nau aku keluar umah tak tepek bedak. Orang kata naked face gitu. Kalau dulu memang self confident jatuh menjunam kalau aku nak keluar tanpa bedak. Tapi sekarang, lantak kau lah.

Bila pakai kat muka sejuk je rasa. And kompem, muka kau takkan berminyak. Even kalau mekap pun, senang sangat nak cuci. So tak perlu risau kalau nak solat. Buang mekap, mekap balik.

Bila MUA dah pakai benda ni, and tengok hasil memang tiptop, aku pun tak segan dah. Merata cari sampai dapat. Tapi careful! Jangan tertipu terbeli dengan yanh fake punya. Aku beli dapat harga RM68 harga offer. Standard rege RM70+ gitula.

Mahal? Eleh beli produk cantik yang tak ketahuan hala selamat tu, beratus ringgit tak sayang pulak duit. Eh!

Ok bye.

No comments:

Post a Comment

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Yang Wangi