Sunday, September 17, 2017

Review- Easy Mop. Tak Payah Baldi, Tak Payah Pulas



Assalammualaikum..

   Hai! Hari ni aku nak review pasal easy mop yang super duper senang ni. Zaman sekarang senang betul kerja, Semua benda dah dimodified canggih punya. Kau tinggal scroll, beli, bayar & guna je. Nampak tak betapa senang nya nak buat keje rumah sekarang, Nak-nak sekarang mostly perempuan tak ada masa nak buat keje rumah sangat. Macam aku. Makanya aku carilah benda yang menyenangkan  aku. Senang!

   Aku jumpa mop ni kat Lazada. Oleh sebab aku malas nak pakai baldi, nak pulas mop ape semua, aku belilah benda ni. Tak payah nak manual kerja. Tinggal spray, pastu mop je. Macam mana nak guna easy mop ni. Meh aku ajar kat bawah.



  1. Cabut bekas botol yang kecil yang transparent tu. Pastu isi lah air dengan sabun lantai yang kau suka. Isi agak-agak penuh pastu tutup dengan penutup dia. Oh ya. Masa aku memula beli dulu agak susah & ketat ok nak bukak. Hati-hati nanti patah pulak. Dah kena beli lain.

  2. Masukkan balik botol atau bekas yang kau dah isi air sabun tu kat dalam rumah dia sampai betul-betul ketat. Make sure ketat, nanti tumpah.





       3.Lekatkan kain microfiber yang berbulu tu kat mulut itik yang kat bawah tu.                  Paham? Kain tu Lazada ada bagi 2 set. Dia jenis yang pakai attach boleh cabut              macam kasut sekolah budak tu ha. Ala mesti kau paham punya, Sendiri explore            ok kalau tak paham.



        4.Masukkan mulut itik/base kat bawah tu kat bahagian bawah batang mop tu.                  Dia ada 1 insert atau punat yang kau kena tekan masa nak bukak base tu.


       5.Pastu, boleh lah start mop! Kau tekan yang kat bawah handle mop tu. Makanya,           sambil spray, sambil kau mop. Done!




          Senang kan? Aku suka sebab :
  • Kain microfiber dia senang gila nak basuh. Kau mop rambut ke habuk habuk ke, masa basuh tu senang nak tercabut. Lepas basuh kau keringkan macam biasa.
  • Masa mop, bersih gila! Tapi kau kenalah sapu dulu baru kau mop, Kalau tak sapu macam tak guna je, 
  • Volume bekas isi sabun tu tak luak sangat pun. Means mas kau spray, dia cover banyak tempat. Macam 180 darjah. Spray area dia pun besar. So, kau boleh agak la 1 kawasan umah kau bape kali kau nak refill. Macam rumah aku, kecil. So, tak payah refill, siap boleh mop 2 bilik lagi. 
  • Friendly user. Manual ada, kau baca & try error je, Senang & well done!
   So dah tak ada alasan nak kata malas mop rumah ok. Aku sangat recommend beli benda ni. Masa aku nak beli pun aku baca review dulu. Most of them kata highly rocommended. Makanya aku dengan murah hati beli. 

   Harganya murah je. Masa aku beli tu tengah promotion kat Lazada. RM29.90. Ikutlah kalau bertuah lagi murah. Next time aku review benda alah lain lagi yang aku beli & guna ok. Since it works very well untuk wanita bekerjaya macam aku yang agak malas ni. Haha, 

   Ok Bye!



Image result for easy mop lazada

2 comments:

  1. kita pun dah beli satu memang sonang kereja tau...

    ReplyDelete
  2. wah..senang laa kalau macam ni..xde dah nak seret 1 mop + 1 baldi pegi ruang tamu semata2 sakit mata sbb lantai x berkilat..ehjehehe

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Yang Wangi