Thursday, January 17, 2013

RESEPI : Mi Calong Pahang

Assalammualaikum..

    Dah lama tak post pasal resepi kan. Aku nak share resepi mak aku. One of my feveret dish. Pahang punye style. Mi Calong. Penah makan? Tak penah makan meh try masak. Senang je.

sumber google. Tak sempat nak amik gambar mi calong sendiri sebab teruja nak makan

Bahan-Bahan :

  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sudu besar lada hitam (depends pada citarasa nak banyak mana)
  • 1 cawan isi ikan selayang/tenggiri (mak pakai ikan tenggiri)
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
  • garam secukup rasa
  • 500g mee kuning (celur & toskan)
  • 1 batang daun sup untuk hiasan (dihiris) 
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 litre air
  • 100g bawang goreng
  • sup bunjut
  • tauhu (dipotong 2 bentuk segitiga)
Bahan untuk sambal kicap (resepi aku)
  • segenggam lada kecil (ikut rasa pedas masing2. Aku suka pedas so aku letak banyak)
  • 1/2 ulas bawang putih
  • nak bagi berkuah aku letak sup yang dah dimasak dari bahan kat atas
  • kicap 
  • kalau nak letak sos pun bole
Cara nak buat mi calong :
  • Isi ikan digaulkan dengan lada hitam, tepung jagung dan garam. Buatkan bebola kecil.
  • Letak isi ikan tadi dalam tauhu yang dah dipotong 2 tu. Baki bebola boleh letak dalam sup.
  • Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan yang ditumbuk hingga wangi.
  • Masukkan air dan biarkan mendidih. 
  • Masukkan garam, sup bunjut dan masakkan hingga mendidih. 
  • Masukkan tauhu & isi bebola tadi. Biar mendidih
  • Apabila mendidih, tuangkan sup ke atas mee yang telah diletak di dalam mangkuk sesuai.
  • Taburkan daun sup dan cili yang dihiris serta bawang goreng.
  • Makan jangan lupe letak sambal kicap biar kasi berasap telinga. Haha
Selamat mencuba!

p/s : boleh je kalau dalam sup tu korang nak letak lobak ke sawi ke benda2 lain yang korang suka. Terpulang

11 comments:

  1. wah first time dgr mee calong ni

    ReplyDelete
  2. bleh la bukak kedai kat kafe serumpun lepas ni yer najihah..haha.. :D

    ReplyDelete
  3. Tak pernah makan. Nampak menarik bleh try buat nanti

    ReplyDelete
  4. pertama kali dgr.. cam sup eh..

    ReplyDelete
  5. saya punye sebut je nama mee sume makan.
    mee kari,mee sup, mee hailam makan je..heheh

    ReplyDelete
  6. memang sangat sedap... hirup kuah lagi

    ReplyDelete
  7. tak pernah makan lagi.. macam bakso je nengok

    ReplyDelete
  8. Yummies! macam bakso ke? Teringat cerita hantu aziz satar ade gerai mee calong. hihi

    ReplyDelete
  9. uhh ada jgk ke mee nma n? 1st time dengar.. hehe tapi mcm best jer...

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Yang Wangi