Tuesday, April 5, 2011

Aku Bukan Farah Yang Dulu..

Assalammualaikum...

 Hai semua! Wah banyaknye entry2 baru yang timbul hihi. Act hari ni mood daku agak down sikit sebab beberapa perkara sengal yang datang. Jomlah kite mulakan.

  Tadi daku dapat mesej dari seorang mamat bernama *** yang dahulunya daku penah sayang..Em jangan tertukar ye dengan entry dahulu yang ade daku taip pasal yang daku konon2 putus cinta tu. Yang tu putus kawan je hihi. Bersihkan minda anda. Ok sambung.. Then mesej tu macam ni...

Assalammualaikum farah..*** mintak maaf sangat2 sebab tak dapat nak tunaikan janji yang penah *** cakap kat farah dulu. *** cuma manusia biasa yang selalu buat salah & silap. *** memang jahat. *** bukan Nabi yang boleh bersabar. *** dah tak mampu nak jage farah macam dulu,nak sayang farah macam dulu,nak tunggu farah macam dulu. Farah tolonglah jadi diri sendiri & jadi dewasa. Jangan ikutkan sangat perangai budak2 farah tu. Ape yang *** pesan tolong farah buat. Kalau dulu *** single *** boleh luangkan masa *** untuk farah tapi sekarang dah tak lagi. *** dah ade orang lain..Hati *** dah ade orang lain. Sayang *** untuk orang lain bukan untuk farah lagi. Dulu *** penah kate once *** dah sayang kat orang susah nak berubah. Farah pegilah dari hidup ***. Dulu *** memang sayang sangat kat farah tapi ape farah buat,keep on make me waiting for a long time. Thanks sebab ajar *** erti sabar,erti sayang. Thanks sebab pernah sayang ***


   Macam tu lah lebih kurang mesej beliau. Kalau korang bace pun korang akan salahkan dakukan sebab dah sia2 kan orang yang selama ni ikhlas sayang daku. Tapi korang tak kan pernah tahu ape yang terjadi disebalik mesej ni. Ye,daku agak kecewa & terkilan bila baca mesej tu & tipulah kalau daku kate daku tak rase nak menangis. Sepanjang daku kat dalam kelas HE tadi fikiran daku melayang2 ingat semula kata2 & janji2 yang penah *** cakapkan kat daku dulu. It was tooo pain :(. Daku bukan farah yang dahulunya selekeh,suka terlompat sana sini yang kebudak-budakkan sangat. Daku sekarang farah yang lain. Mungkin dahulu awak anggap saye begitu tapi kini tidak..

itu saye yang awak kenal dulu..
 Ini khas untuk awak..

   Dear awak..
Memang semua tu salah farah. Farah dah buat awak terlalu menunggu lama. 3 tahun bukan masa yang sekejap untuk awak tunggu farah kan. Farah da kate tak kan ade 1 pun lelaki yang sanggup tunggu macam tu lame untuk seorang perempuan. And thats what u've done just now.  Kenape? Sebab farah takut farah akan dikecewakan lagi. Hati ni tersangat hancur. Hati ni tersangat rapuh. Allah bukak pintu hati farah disaat2 ini malangnye dah terlambat untuk farah. Awak terlebih dahulu cari cinta yang lain. Tapi tak pe farah faham. Farah terima semua ni dengan tenang. Farah anggap kita dah tak de jodoh lagi. Farah anggap ni semua ujian dari Allah untuk farah agar menghargai orang yang sayang farah. Ye sekarang farah dah hilang awak. Bukan untuk hari ni, semalam atau lusa tapi untuk selama-nya..Farah tak tau nak kate ape lagi cuma 1 je. Farah doakan awak bahagia disamping dia insan yang berjaya padamkan kasih sayang awak untuk farah. Untuk kesekian kalinya,farah tak kan ganggu awak lagi. Thanks untuk semuanya awak & salam kemaafan dari hujung rambut kr hujung kaki.

   
   Ape yang perlu daku buat?
   Daku sedar..Ada lagi insan yang turut menyayangi daku dari jauh tapi tak mampu nak luahkan pada daku.
   Daku bersyukur ada lagi insan yang sudi menyayangi daku..Semoga kebahagiaan kali ini menjadi milik 
   daku..to azim..ko jangan salah faham ye kat sini,mesej aku tadi bukan sebab benda ni tapi sebab aku tak   nak hilang orang yang aku sayang & sayang aku buat kali ke 2..
   Ya Allah Yang Maha Mengetahui,tunjuk kan hambaMu ini jalan yang benar. Kuatkan hatiku. 


   p/s : Korang..hargai dia bila ada..Jangan pernah menyesal bila dia telah pergi..Ade sape2 yang boleh bagi nasihat kat adaku???

No comments:

Post a Comment

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Yang Wangi