Sunday, May 1, 2011

dilema seorang sahabat

Assalammualaikum..

   Hai korang semua! Apa kabo? Harap2 semua sihat hendaknye ye. Ok semalam daku dah pun post pasal fenomena lelaki "donut". Hari ni nak citer pasal dilema pulak.Dilema ape? Dilema seorang insan yang bernama sahabat. Em korang penah di khianati oleh sahabat? Ditinggalkan? Semua yang perit2 lah. Then ape yang korang buat selepas itu? Jom baca kisah selanjutnya. 

   ***********************************************************
Zaman sekolah 2007/2008

   Kisah ni berkisarkan pasal seorang gadis yang dikenali sebagai "joyah" dan sahabatnya "peah". Kisah didalam ni tak de kena mengena pun dengan sesiapa ye. Nama tu pun main petik je. Ok masa zaman sekolah tu semuanya indah2 belaka. Kau menangis aku menangis..Kau ketawa aku ketawa.Situasinya sangat berbeza dengan sekarang. Kalau dulu joyah & peah asyik2 berkepit je mana2 pun. Siap dating bagai kat tangga then menangis sama2. Oh! Sweet nye. Bila dah nak bais sekolah tu masing2 tak nak berpisah sebab rindu. Rindu akan semua kenangan yang ada kat sekolah tu. Tak kurang juga mereka bertukar baju kurung. 

Zaman matrik 2009/2010

   Tanpa disangka,si joyah & si peah ditakdirkan dapat belajar kat matrik yang sama. Matrik Perak. Oh hanya tuhan yang tahu betapa seronoknya masa tu bila kawan baik dapat belajar tempat yang sama. Masa kat matrik bertambah rapat. Lepak same2,tido 1 bantal,kongsi makanan sama2. Semua sama2! Bila si joyah ada masalah,sakit si peah sanggup datang dari blok lain naik atas bilik si joyah yang nun jauh di tingkat 4 tu. Si joyah sangat2 terharu. Begitu juga si peah. Si joyah tak penah lekang & miss pun untuk melawat si peah kat bilik tu. Hari2 bersama sampai ada yang katakan mereka kembar.Tak kurang juga pasangan lesbian**ok itu gila. Tapi.........Ada kisah disuatu hari mereka bergaduh. Sijoyah marahkan si peah. Tak bertegur sapa. Namun peah memujuk dengan sabar sampai akhirnya kembali baik. 

Zaman Universiti 2010/2011

   Segalanya masih indah di sem 1. Tapi malangnya mereka tidak ditakdirkan belajar di U yang sama. Si joyah di UPM & si peah di UiTM SA. Tapi itu bukanlah halangannya kerana mereka masih lagi keluar bersama2. Lepak same2. Kenangan paling manis bila mereka keluar lepak sama2 sambut bufday peah. Tapi.. Bermulalah kisah sedih. Pertengahan sem 2 mereka tidak lagi semesra dahulu. Jauh disudut hati si joyah mengharapkan teguran dari si peah tapi hampa. So peah lebih gembira dengan kawan2 barunya di sana. Si joyah sangat2 kecewa. Mungkinkah persahabatan yang telah mereka bina selama hampir 5 tahun ini akan musnah? Dimanakah silapnya? Egokah mereka?

   Si joyah sering berfikir :

  • peah dah lupakan aku sebagai kawan nya yang 1 ketika dahulu menjadi kawan yang tersangat rapat
  • ape salah aku?
  • peah kejam..?
  • Oh tuhan bantu aku
   Apakah yang seharusnya dilakukan oleh joyah? 

   Watak sebenar diatas iaitu joyah adelah daku sendiri. Manakala peah bialah dirahsiakan.

   Khas untuk peah,aku tujukan nota tak berharga buat kau:

   Assalammualaikum..
Dear****, mungkin kau x kan pernah sangka aku akan buat entry ni. Tapi ape pun aku nak bagi kau bace nota ni. 1st sekali aku mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki andai kata aku banyak salah silap kat kau walaupun pada hakikatnya memang banyak kali aku sakitkan hati kau kot. Aku tak tau ape salah aku sampai kau tak tegur aku by fon ke fb ke ape2 pun. Tipu kalau aku kate aku tak terasa. Ye,aku sangat2 terasa sebab dengan kawan2 kau yang lain kat sana kau jauh lebih mesra & tersangat caring. Aku tak mintak untuk diberikan perhatian lebih tapi kau kenal aku,kau faham aku. Aku terlebih dahulu kenal kau. Aku kenal sangat2 kau. Ye aku tersangat kecewa,sedih dengan apa yang berlaku antara kita. Tapi aku percaya semua ni ada hikmahnya. Cuma,aku nak bagitau kau. Aku sayang sangat2 kat kau sampai aku mati pun. Kau tetap sahabat aku selamanya biapun kau tak menganggap begitu.Andai ditakdirkan aku pergi dulu,maafkan aku. Carilah pengganti aku yang sebaik2baiknya untuk diri kau. Pelengkap hidup kau.
ikhlas,aku

p/s : taip entry ni sambil menangis. Basah keyboard. huhu :( 


 

 

10 comments:

  1. hurm..
    dian ada kwan.. since form1 lagi tp bila dh tmat spm, dia keja kat jpa..
    then start dr sana, dia daa brubh n lupakan kwn..
    maybe sbb pergaulan dgn rkan sekrja daa mngubh dia kot..
    smpai skrg, daa tk pnh tgur dia lg, n jmpa.. even d fb pn, da remove dia jd kwn.

    ReplyDelete
  2. same jugak situasi kite..
    em sedih kan bile kawan rapat kite wat mcm tu..makan hati je,,
    tapi nk buat cmne saba jelah

    ReplyDelete
  3. terasa cek, cek kan UiTM Shah Alam..hehe

    ReplyDelete
  4. sabar cheQ.. kita doakan segalanya akan baik n pulih cam besa kembali.. :(

    ReplyDelete
  5. macam2 kawan ada kat dunia ni... manusia ni memang macam-macam perangai.. yang penting jihah pandai bawa diri tu dah memadai... ^^

    ReplyDelete
  6. anna king :

    em tu lah..dah masuk u ni pun mcm2 dah..btw thanks ya

    ReplyDelete
  7. banyakkan bersabar ok...hidup kita ni sekejap je, so kena selalu happy2...

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini