Thursday, May 5, 2011

disaat kejatuhan & kebangkitan

Assalammualaikum..

   Hai semua! Yaw tadi layan Family Outing sampai nak pecah perut ni ha. Lawak gila lah. Bape kali ulang tengok pon tak jemu huhu. Act frust dengan blogspot tadi huhu tapi tadi tengok2 dah ada semula blog list yang daku follow kat dashboard.Thanks kepada sahabat2 SB yang sudi membantu ye :). Oke blogspot terima kaseh kerana menduga daku sedemikian adios.Ok topik pada petang yang bikin daku ngantuk ni adelah kebangkitan & kejatuhan. 


   Korang penah tak rasa down yang gila2 punye. Tak kesah lah dalam ape perkara sekali pun. Em daku nak share kat sini sikit pasal kisah ni. Tak dinafikan semua orang pun penah mengalami saat kejatuhan & kebangkitan kan. Macam daku jugak lah. Tapi bila difikirkan semula kita sebenarnya patut berterima kasih kepada Allah s.w.t sebab menghadiakan kita ujian/musibah sebegitu untuk kita bangkit lepas jatuh. Penah korang terfikir tak? Mesti masa tengah down tu rasa nak menyumpah seranah,sedih,geram semua perasaan ada kan. Tapi kita tak sedar yang membuatkan kita jatuh itulah sebenarnya kunci kekuatan kita.

   Macam daku,disaat kejatuhan daku memang tak disangkal perasaan nye. Bercampur baur. Macam2 hado. Tapi berkat kesabaran ada hikmah disebalik semua yang terjadi. Cuma kita fikir secara rasional kenapa kita jadi macam tu. Kalau daku tengah down perkara yang daku akan buat & akan jadi :

  • muka kalau boleh nak masam tahap jeruk yang dah basi
  • tak de mood langsung nak buat ape2 kerja
  • rasa nak marah je
  • menangis in silent**even tengah2 solat huhu
   Opss memang tak dinafikan kalau daku rasa daku tak kuat daku akan menangis tak kire tengah2 solat tu huhu tak pelik kan. Ape2 pun yang membuatkan kita down ke jatuh ke kecewa bagai ke ape just be patient & patient. Kat bawah ni ada lah beberapa tips yang dapat membantu :

  • Terus berdoa & berdoa insyaAllah Allah s.w.t akan mendengar doa kita
  • kuatkan hati & jangan sesekali nampak lemah
  • bergembiralah
  • minta pandangan ibu & bapa
  • jangan pernah menyesali dengan apa yang terjadi
  • kawan...
   Itulah sedikit sebanyak yang dapat daku kongsi dengan korang. Percayalah bila dah jatuh,kita akan rasa semangat untuk bangun semula. Tekad dalam hati bahawa kamu kuat. Jangan terlalu bersedih kepada kamu yang sedang bersedih.

kita hanya merancang namun Allah s.w.t yang menentukan segalanya

be cool,
be happy,
the most important,
just be urself

tu lah kata2 yang daku pegang sampai sekarang yang membuatkan daku semangat bila tengah kecewa. 
   

6 comments:

  1. kuat semangat neh..pinjam bole..hee :D

    ReplyDelete
  2. bersabar hadapi dugaan.bkn sng nk bgn,bkn ssh nk jath tpi tak mustahil untuk bgn semula..

    ReplyDelete
  3. kay yea :

    haha bole lah kot..aip bole plak nak main pinjam2 kan ngeee

    ReplyDelete
  4. zoey zay yah:

    em tu lah..kekuatan tu mesti ade

    ReplyDelete
  5. Yang penting senyum jangan kata apa-apa. Guna apa yang ada hari ini untuk memastikan hari esok sempurna. :)

    ReplyDelete
  6. miss tira :

    yup senyum je x yah cakap pape pun huhu..

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini