Sunday, May 15, 2011

AKU INGIN BERUBAH

Assalammualaikum..

   Hai semua! Selamat hari ahad..Opss kejang tangan jap baru lepas membalas komen & jejak mereka2 yang datang singgah. Gatal tangan nak berblogwalking kat blog bangku kosong jap hihi. Btw thanks to nadh sebab invite daku join contest dari blog muslimah optimis. Menarik jugak. Jom lah join sekali alang2.

tekan atas ni nak join ye
     Daku bukan lah seorang yang  pandai berkata-kata. Cuma apa yang daku hasilkan melalui entry blog ni dari pandangan mata kasar & pengalaman daku sendiri. Semua orang ingin berubah. Berubah ke arah kebaikan. Even daku sendiri mahu berubah kearah yang lebih baik juga tapi semuanya bergantung kepada individu masing2. Disini daku sertakan sebuah lagu dari opick yang bertajuk "Bila waktu telah berakhir" untuk korang renungkan bait2 liriknya.


Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu

Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sedari
Masihkah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada akan
Kembali padaNya

Bila waktu tlah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tingallah sepi
Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu

Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sadari
Masikah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada akan
Kembali padaNya

Bila waktu telah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tinggallah sepi

    Manusia,daku sendiri pun sering terleka dengan apa yang dihidangkan oleh dunia. Lupa. Daku selalu lupa bila apa yang daku minta ada kat depan mata. Kadang2 terlupa untuk mengucapkan syukur sungguh! MasyaAllah. Jahilnya. Bila diingatkan kembali,daku menangis keseorangan tanpa kata2.

    Daku ingin...


  • Menjadi hambaNya yang sempurna walaupun pada hakikatnya tiada yang sempurna
  • Menjadi anak yang solehah yang dapat membanggakan mak abah daku yang telah 20 tahun penat jaga & penuhi setiap keinginan daku.
  • Menjadi seorang sahabat yang saling memerlukan kepada semua sahabat2 daku.
    Tapi..Semoga Allah mendengar doa2ku. 

    Buat mama & abah..
   
Im so sorry for let u down. Angah mintak maaf tak dapat nak tunaikan harapan mama abah untuk tengok angah dapat dean list untuk sem ni. Angah mintak maaf. Angah mengaku angah banyak main,angah lupa bila kat sana apa tujuan sebenar angah kat sana. Mama abah, angah cuba untuk jadi anak yang terbaik. Angah cuba. Angah mintak ampun mintak maaf pernah buat mama abah sedih dengan sikap keras kepala angah. Angah degil. Angah akan cuba tunaikan hasrat mama abah tapi angah tak janji. Angah cuba.

    Buat sahabatku

Korang kawan2 aku tak kirelah kenal ke tak ke. Aku mintak maaf andai selama kita kawan aku banyak gila berkasar dengan korang. Mungkin secara sedar / tak. Aku tak mampu nak jadi sahabat yang terbaik tapi aku cuba. Aku mintak maaf aku bukan patung. Aku juga ada hati & perasaan yang kadang2 cukup untuk buat aku simpan perasaan dengan korang. Aku mintak maaf.

   Renung-renungkan :

Kerdil kurasakan diri ini..
Terlalu banyak ranjau & liku2 perjalanan yang telah kutempuhi..
Namun..
Aku sedar masih terlalu banyak dugaan yang harus ku jalani..
Masih..
Kuingati saat itu,saat aku dilambung kejayaan..
Ku lupa akan nikmat yang Kau berikan..
Ku alpa..
Ku abaikan..
Sekeping hati meminta..
Agar diri ini dipelihara..
Andai nafasku terhenti disini,ku pasrah..
Bawaku pergi dengan tenang tanpa ada secalit keresahan..

sekian.. 

16 comments:

  1. Good luck Cik Najihah.. :)

    Jom baca post terbaru Bebelan Saja: Right Click Disabled? Buang Masa Je

    ReplyDelete
  2. guwa pun gagal dptkan dean list.mak guwa mintak 4flat. guwa bagi 4banglo.

    keciwa.

    ReplyDelete
  3. nak join jugak boelh??

    weh, awat ko update x keluar kat dashboard aku?

    ReplyDelete
  4. Tiada apa nak dibanggakan didunia yang sementara ini. Betul tu. Nice entri. Good luck untuk contest ni. :)

    ReplyDelete
  5. seminggu sekali :

    hahaha dasat tu

    ReplyDelete
  6. anis :

    join jelah weh..yeke?? error kot

    ReplyDelete
  7. huhuhu..sangat sedih baca nukilan najiha sambil dengan lagu ni.. huhu.. insyaAllah semoga perubahan yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah swt.. ameen

    terima kasih sudi singgah..sebarang update terkini akan dimaklumkan di Laman MO..tq

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini