Friday, March 18, 2011

Terima Kasih kerana Membuatku Bersedih,Ya Allah!

Assalammualaikum..

   Ehem2 semua! Teka daku dari mane ni.Hari ni hari paling bengang, penat & seronok daku. Sory my dear lecturer sebab hari ni seharian saye ponteng kelas sebab terlambat bangun. Jadi saye dengan tak sengajanya TERponteng kelas miss & Dr hihi peace..

   Berbalik pada title post, sepanjang 2 minggu ni hati daku dilanda badai**ceh ayat! Memang sepanjang 2 minggu ni daku banyak belajar erti kesabaran yang sebenar, nilai persahabatn,erti kasih sayang & paling penting ape itu CINTA. Yup, daku dah putus dengan si comot itu***sedih banget weh!! Cop ade nampak muka daku tengah kuciwa & sedih tak??

**zaman tudung bawal
    Seringkali kita menyalahkan takdir bila kita dilanda kesedihan & kekecewaan kan. Tapi pernah tak korang terfikir yang kita ni sebenarnya bertuah sangat sebab kita antara insan yang sangat disayangi oleh Allah swt. Kenapa daku cakap macam tu?

Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

   Jadi, redhalah dengan apa jua musibah yang mendatang. Terima dengan hati yang terbuka & jangan lupa mengucapkan syukur. Jika kamu dilanda kekecewaan mahupun musibah,lakukan ini :


  • Berdoalah kepada Allah. Allah sentiasa ada untuk kita.
  • Kuatkan diri.
  • Carilah sahabat2 yang dapat membantu dengan memberikan kata2 semangat.

Allah,sesungguhnya aku bersyukur Kau telah menguji aku dengan memberikan rasa kecewa ini.
Aku belajar untuk menjadi kuat..
Aku bangkit dari kelemahanku..
Berikan aku petunjuk...

Pernah dengar tak ni...?

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Fikir-fikirkanlah 
 sumber : pengalaman & google

4 comments:

  1. ko selalu macam nie..
    tak cerita pun ada bf..tau2 je dah clash..grrrrr

    ReplyDelete
  2. weh...celah mane bf aku nye..skandel la..huhu
    tu la ko aku ajak jumpe tak jadi pulak..ceh

    ReplyDelete
  3. suka entri ni..setiap dugaan yang Allah berikan tu, pasti ada hikmahnya..percayalah ;)

    ReplyDelete
  4. taufiq :
    thanks...em..yup semoga Allah beri saya kekuatan untuk dugaan yang seterusnya :)

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini