Saturday, March 19, 2011

ucapan TERIMA KASIH,perlu ke?

Assalammualaikum..

   Wah! Daku rasa macam dah lama gila tak mengupdate blog ni kan. Oh btw thanks untuk follower daku ya. Tengok2 meningkat saban hari **yippi. Ok semalam daku memang tak dapat nak update blog langsung sebab sibuk sangat dengan asigment HE yang demand gila tu. Rasa macam nak campak2 jek. Tapi alhamdulillah setelah bertapa dalam lab komputer kat fak tu selama 5 jam sampai beku2 otak ni, lastly siap lah jugak kerja tu.

   Ok tak cukup dengan tu kena lagi redah hujan berlari bagai nak pegi print & lab pulak**ok daku rasa macam nak pitam sangat2. Mood hari ni...? Oh demam bakal tiba kot huwaaaaa. Ok lah dah banyak membebel ni nak proceed ke tajuk entry yang betoi la.

   Ucapan terima kasih tu perlu ke? Penting ke? Bagi korang? Hurm kat sini daku nak kongsikan beberapa pandangan daku tentang benda ni. Bagi daku perlu sebab :


  • Menghargai sesorang / sesuatu kerja
Bayangkan lah weh kalau penat2 korang tungkus- lumus bagai nak buat / siapkan sesuatu benda ke kerja ke kan tetibe bila dah siap 1 patah ucapan thanks pun hampeh nak dengar**lagi2 dalam grouping. Siyes rase macam nak lempang je kan buat kerja malas bagi alasan macam2 bila dah siap nak tumpang nama


  • Kebiasaan
Bagi daku ucapan ni dah menjadi kebiasaan untuk daku ucapkan tak kire lah untuk ape2 perkara pun**bukan nak tunjuk daku ni baik pun. Opss!! Bukan nak kate apelah kite boleh tengok sikap & perangai some1 tu base on die punye tingkah laku & adab kan. Tak caye korang tengok balik kawan2 sekeliling korang tu. Ade tak yang tercalon sebagai jenis kawan yang tak reti menghargai 1 same lain??


  • Boleh hilangkan perasaan marah / bengang
Memang tak dinafikan juge ucapan ni penawar juga untuk orang yang tengah marah @ bengang dengan korang ke sape2. Yela bila rasa diri tak dihargai, at least bila dengar ucapan terima kasih ni sejuk sikit hati depa yang tengah marah tu**berlaku pada daku jugak,nasiblah kawan...

Ha,oleh itu janganlah bersikap terlalu selfish sangat weh.
Takut nanti bila orang lain dah tahu sikap korang tu maca mane kang kene pulau ke kutuk ke korang jugak yang bengang kan**walaupun pada hakikatnye betul

Jadi,fikirkan juga orang sekeliling kalau nak hidup sentiasa diredhai ALLAH..

 
 

2 comments:

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Yang Wangi