Wednesday, March 30, 2011

Bersyukur lah!

Assalammualaikum..

   Hari ni tergerak hati nak taip entry pasal ni. Semoga dapat direnung2 kan oleh kamu semua ye. Sebelum tu..mulakan dengan bismillah ...

   Kenapa kita perlu bersyukur..??

Sebab Allah s.w.t telah memberikan kita peluang untuk hidup lagi sampai sekarang. Alhamdulillah,terima kasih Ya Allah kerana masih lagi meminjamkan daku nyawa ini untuk berbakti kepada kedua orang tuaku. 

Sebab kite masih diberi peluang tinggal kat tempat yang selamat. Sekarang ni dah macam2 yang terjadi kat dunie ni kan. Macam2 cerita & peristiwa. Semoga kita semua mengambil iktibar atas apa yang berlaku

 Sebab kite masih lagi disayangi. Even tak de kekasih bf/gf yang teman disisi tapi kite still ada Allah s.w.t untuk mengadu.Menangislah disisiNya. Lebih tenang. Ada teman disisi pun belum tentu menjamin ketenangan & kebahagiaan. Yang ada just kekecewaan & kesakitan kan? Ada kawan2 yang sentiasa support kite.

Bersyukurlah sebab  kita dilukai sekarang. "Allah mungkin menemukan kita dengan orang yang salah kerana 1 hari nanti Allah akan menemukan kita dengan orang yang selayaknya memiliki hati kita kelak " . Jadi janganlah terlalu berduka hati andai diri kamu dilukai. 

Bersyukurlah...kerana kamu adalah kamu sekarang. Cuba korang fikir balik. Adekah diri korang yang sekarang ni adelah diri korang yang sebenar? Daku bersyukur sangat bila dah meningkat dewasa ni makin banyak yang daku belajar melalui persekitaran daku. Daku bersyukur daku tak menjadi insan yang sebegitu rupa.........Dan mintak dijauhkan kita tergolong dalam orang2 sebegitu**paham2 la.




Itu saje..
Ape2 pun yang berlaku mesti ade sebabnye..Even orang dok kutuk2 kite bagai diam je..Dan yang paling penting senyum..

**bile orang tengah maki hamun korang marah bagai nak gila cube try korang senyum selebar mungkin konpem orang tu lagi bengang weh!

Jadi...selamat beramal.. :) 
 
 
 

2 comments:

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini