Friday, June 24, 2011

8 sebab kenapa single lagi better dari kapel

Assalammualaikum..

   Hai semua! Korang sehat? Harap2 begitulah. Alhamdulillah tadi bukak2 fb ada 1 mesej dari seorang adik ni. 
kelik bagi besa.Malas nak crop bagai
   Alhamdulillah ada jugak yang membaca. Bukan niat nak menunjuk ke ape tapi terkejut jugak ade yang kate camtu. Ade bakat jadi motivator ke daku? Ahaks. Abaikan.

   Oklah kat sini daku nak jawab pertanyaan2 sesetengah rakan daku yang sibuk duk bertanya daku macam2. Contonya "fara,asal ko tak kapel2","fara sape bf ko" & macam2.Siyes rimas dol kau tanya soalan macam tu. Silelah tanya soalan lain. Kenapa? Korang nak tau? Meh nak jawab.Tapi sebelum tu sorylah kalau ada pasangan2 yang sentap :)

  • tak rasa dikongkong. Yang ni memang daku amat2 pentingkan. Meluat gile kalau dapat bf yang suka nak control tak tentu pasl weh. Belum jadi bini dah nak control bagai. 
  • bebas. Kalau single suke hati kaulah nak pegi mane pun nak kawan dengan sape pun. Sepanjang daku kapel dulu2 tak sah kalau tak jeles. Asal amik gambar dengan laki sikit dah tanye itu ini. Rimas!Cube kalau single,heaven!!
  • belum masanya. Buat mase ni kalau ada yang tanya daku akan jawab yang tu lah. Belum masenye lagi daku nak kapel bagai. Tak puas hidup single lagi haha.
  • kurang maksiat. Yang ni sape yang tak setuju kan. Bukan nak kondem yang kapel tu buat maksiat ke ape. Tapi mostly pasangan kapel kalau keluar tak pegang tangan tak cool lah bebeh kan. Ok lepas ni kalau ada yang nak hentam daku tak pe.Daku pun bukanlah malaikat sangat.
  • tak de istilah "frust". Yang ni daku memang iyekan. Bile kapel kalau gaduh ke ape ke konpem akan sedih bagai nak gila sampai makan pun tak nak belajar pun terjejas kan. Jadi bile single istilah nak frust tu agak tipis.
  • jimat kredit . Ok yang ni bagi sape2 yang pakai topup tu terasa lah macam daku. Dulu time kapel asal habis kredit je topup. Mane tak kering duit. Sekarang bile single siyes kredit tak luah weh. Haha.
  • tak menyusahkan diri sendiri. Kenapa? Sebab kau nanti kena pujuk si gf/bf korang bile dah merajuk. Tak ke menyusahkan diri namenye tu. 
  • akan dapat feel remaja lebih. Bagi daku bile single ni kan feel sebagai remaja akan lebih feel. Sebabnya yelah bila single ni macam2 korang boleh buat sendiri.
   Itu lah sebahagian sebab kenapa daku kate single lagi best @ better dari kapel. Sape setuju dengan daku.Daku admit kadang2 ade jugak rasa sunyi & jeles tu bila tengok kawan2 dengan bf/gf dorang tapi tengok ajelah. Tumpang gembira & tumpang takziah kalau putus.

   Bagi korang yang kat luar sane yang tengah sedih & down sebab tak de pasangan lagi ke ape jangan lah sedih. Dan bagi yang tengah frust tu adat bercinta lah. Kalau tak sedih tak sah. Dah tak de jodoh nak buat macam mana. Bagi korang yang dapat gf/bf yang sporting tu daku nasihatkan silelah hargai mereka. Jagalah perhubungan korang sebab bukan senang nak dapat bf/gf yang macam tu.

   Sekali lagi daku nak ingatkan daku bukan nak kondem sape2 okeh. Buat kawan2 daku kalau korang terbaca sory. Terpulang pada koranglah nak nilai macam mana. Daku lagi suka stay single sebab daku tau perjalanan daku masih jauh lagi.Remaja memang lah sifat nak mencuba terlalu tinggi. Jadi adik2 yang masih sekolah lagi tu tak yahlah sebok2 nak bercinta dulu ye,nanti fail padan muka.


Allah sengaja temukan kita dengan orang yang salah kerana Dia sudah tentukan orang yang sebetul2 nya untuk kita. Jadi jangan lah kamu bersedih andai kamu dilukai. Tetapi berterima kasihlah kepada kekecawaan kerana dari situ kau belajar erti kesabaran

   Sekian.

p/s : meluat dengan sesetengah kapel yang suka menunjuk2 sangat.Bila putus mula gelabah ayam 

22 comments:

  1. btol tu widad sokong..biar la couple yang sederhana jer..ni nak tunjuk22 bagai semua...klu nak manja pon kat fb..tak de tempat lain ker..

    ReplyDelete
  2. betul tu...

    kalau single mmg banyak jimat kredit...hati n perasaan pun xterluka..huuhu

    ReplyDelete
  3. widad :

    tu la pasal..ni kat fb lagi nak tunjuk..err annoying lah

    ReplyDelete
  4. honey:

    aah..tau xpe..x de nak terluka bagai kan

    ReplyDelete
  5. sy pon suka dgn entry nie. jgn berlagak ade couple kalau kau tak dapat ijazah okay.btol kan kawan? hihi.

    ReplyDelete
  6. ala...ak tak ley nk single da...ahaks :P

    ReplyDelete
  7. nasib baiklah bf gua jauh, xdelah nak buat "maksiat" sangat...haha

    ReplyDelete
  8. daya :

    opss..iyelah tu..habiskan belaja dulu

    ReplyDelete
  9. ijah :

    x pe2..semoga cepat kawen :)

    ReplyDelete
  10. anis :

    hahahah tau xpe..maksiat jauh2

    ReplyDelete
  11. stju cik najihah, serius. i feel that. :)

    ReplyDelete
  12. haha.. kalo dpt bf yg ok, no prob.. senang je idup.. ngee..

    ReplyDelete
  13. haha stuju aje sbb xsuker owg tayang sngt bf/gf kat FB. family tau ckop ar kan :)

    ReplyDelete
  14. yup..mmg x minat sangat pun mereka2 yang suka dok tayang2 bf/gf tu..baik simpan buat tatapan sendiri

    ReplyDelete
  15. biasalah tu , lain orang lain situasinya ..

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini