Assalammualaikum...
Hai2 semua. Daku rase lame sangat tak mengupdate belog ini **agaklah. Daku baru saje balik dari Pulau Pangkor pagi semalam. Daku join kursus bersama BTN dengan kolej KTP pegi sane. Feh! Besh lah wei enjoy sesangat even muka daku dah macam buntut kuali yang tak berapa nak hangus tu ha.. Ok back to the title. Daku bertolak dari kolej hari selase merangkap nak ke hari rabu pukul 12 tengah malam baru gerak. Mak oi jalan kaki pegi ke KTP bapak lah bes kan sengal dot kaki. Sampai2 ingat terus naek bas lah kan tapi tapi delay lagi setengah jam nak briefing tunggu bas haiyak. Then barulah kami bergerak menuju ke destinasi wah! Tido lah dalam bas tu.
sebelum kem |
********************************************************************
HARI 1 (1/2/11)
Ok setelah bergolek bagai dalam bas tu make sampailah kami di tempat yang hendak dituju tapi baru kat Teluk Batik. Dalam pukul 6.30 pagi kami sampai sane then solat subuh amek wuduk pakai air laut yes! Memang terbaek muka kami diditu melekit masin pedih kau. Bile dah siap semua pegi sarap & ade briefing lagi by En. Saiful leader kem tu. Tengah2 kusyuk dengar briefing tu kan adelah beberapa ekor kera vangang ke monyet ke entah la pegi curik stok makanan daku dalam beg. Demmn lah kau kera habes beg aku kau selongkar bagai dengan kain telekong aku sekali kau sapu. Shut!! Geram dol fenat daku bawak stok makanan bebanyak tapi kena curik dengan kera pandai tu ngess.
ade gaye spice girl versi 4 org tak hikhik |
taken by ****** |
Dalam pukul 12 tu kami naek bot pegi Teluk Segadas tu. Confession**daku 1st time pegi sane naek bot macam tu. Nak tengok tak muka daku tak mandi keriangan naek bot tu ha. Ni dia.
terserlah kebudak-budakkan muka daku hoho |
Yey! Dah sampai kat pulau tu. 1st activity petang tu buat water confident. Ala yang biase2 buat yang pakai life jacket dah tu try apungkan diri. Opss bab2 macam ni memanglah daku fail sebab daku tak pandai berenang tu pun berenang macam anak itik terkapai2 bila dah tertelan banyak sangat air laut yang tawar masin tu mula lah gelabah terus naek darat hahahaha. Then kami makan malam. Tapi sebelum nak tido tu ade lah jugak briefing untuk aktiviti esok nye.
Malang memang tak berbau lah wei. Malam tu hujan lebat gila ok then kemah daku banjir amat dah macam, laut merempatlah daku,yani bersama zimah kat surau tu,tak cukup dengan hujan kat luar hujan sekali kat dalam surau wah sadis... :(
****************************************************************
HARI 2 ( 2/2/11)
Ok pepagi buta lepas makan tu kami diberikan 4 kumpulan & setiap kumpulan tu akan buat aktiviti masing2. Daku dapat sekali group dengan aimi then kami combine dengan group 3 kumpulan yani pegi snorkeling pagi tu then kayak petang tu. Tapi kami amat tak bertuah lah sebab mase snorkeling tu tetibe hujan pulak. Kalau tak lebat tak pe ni lebat gila. Daku pun pegi buat kerja part time perah air dalam kemah dengan yani. Peh penat siot. Tak cukup dengan tu kemah terbang pulak dah kena betulkan cari oancang tali segala bagai**terasa nak mencarut pun ade.
daku dengan yani semangat nak snorkeling |
Lepas makan tengah hari tu kayak pulak.Wah! Yang ni paling daku memang tak dapat nak lupa lah sebab berani mati wa cakap sama lu beb. Daku pair dengan yazid berkayak sampailah ke tengah laut yang betul2 tengah tu bersama abg abu dengan yani. Feh memang daku agaklah kecut perut sebab memang tak pernah lagi seumur hidup daku berkayak kat tengah laut bersama dengan ombak yang walamak kuat bagai. Tapi syok jugak yelah sampai tak sedar kami dah kayak sapai ke tengah laut tu ha sikit lagi nak sampai ke kepal besar tu.
Opss!!! Ade kayak yang terbalik lah kat tengah2 laut tu. Unluckily, kayak yang depa naik tu bocor lah pulak. Daku yang tengok ni naek seram pulak takut daku pulak yang karam kan dah lah tak pakai kasut dengan berani mati nye dengan tak pandai berenang nye. Yani dengan abg abu try nak tolong depa yang tenggelam tu tapi tak dapat nak tolong sebab ombak kuat dan kayak tu sangat2 berat. Feh! Tak lame tu datanglah rescue selamatkan depa. Wa'e dengan remy pun tak berjaya selamatkan depa last2 bot datang barulah ok. Seram beb! Yela dah sampai pak cik polis marin datang naek jet ski pegi tanye kenape dan bagaimana. Mereka mangsa karam tu hanya terduduk diam mengenangkan nasib yang hampir tenggelam isk2. Yang daku dengan yazid ni tak serik2 duduk je tengah laut ni nak tengok mereka kan. Tak sedar ade bot datang kelam kabut kayuh paddle hoho.
"weh yazid jomlah balik aku takut"
"ala lepak la dulu aku nak tengok macam mane dorang naik"
"weh2 bot datang!!!"
" CABUTTTTT"
Ha tu lah dialog daku dengan yazid. Beliau dah lah pening dengan laut2 ni haiya. Bila daku dah sampai darat ade pulak lagi 1 kayak yang tersangkut kat tengah2 laut tu tak reti nak patah balik.**macam2. Datanglah bot pegi selamatkan depa yang tengah trauma tu ha. Then bila hari dah malam tu leader kai agak lah sound menyipi je sebab kami sesuka hati sangat pegi sane. Kesian group2 lain tak dapat nak pegi kayak kauh2 huhu.
kepenatan selepas kayak |
sebahagian daripada ahli kelab mendaki upm |
kanak2 riang |
teruja bila dapat pegang gamat |
abg abu stylo lah dengan spec itam tu**jernih bak air laut (^^,) |
bersame dengan wa'e & kak wa |
***************************************************************
HARI 3 ( 3/2/11)
Masuk 2nd day kami switch pulak dengan group lain. Group daku pegi eksplorasi pulau pulak. Kami pegi ke pulau pangkor. Sebelum nak sapai ke pulau pangkor tu kami kena redah dulu bukit bukau semak samun hutan bagai tu ha.**sumpit letih gila daku nak naek bukit tu semput! Dalam setengah jam baru sampai kat pekan pangkor tu. Kami jalan kaki dalam 2 km baru sampai ke betul2 jeti pangkor tu. Phew wa cakap sangat basahlah ketiak hekhek. Kami sampai dalam pukul 9.30 pagi then kami diberi masa dalam 3 jam lebih untuk meround 1 pekan pangkor tu. Daku jalan dengan aii pegi jelejah kedai ke kedai. Sempatlah jugak daku membeli-belah kat sane beli baju,makanan,key chain dan macam2**skemanye ayat daku.
Kami pun pegi kat jeti pangkor tu. Agaklah ramainye sebab cuti raye cina kan.
semangat berjalan |
perkampungan orang2 kat pangkor |
kat jeti pangkor***sile abaikan tudung daku yang macam tut tu ye |
aimi kiut kan |
yang warne pink tu kire taxi la kat sane |
mase nak balek**borong sakan |
saye sangat kepanasan! |
cantik kan ukiran tu |
Mase nak balik tu daku singgah dekat Kota Belanda jap. Tu yang kat atas tu salah 1 tempat kat situ lah. Tapi sayang sangat bila dah sampai kat situ bateri kamera dah habis tak sempat nak snap gambar banyak2 lagi. Dalam pukul 12.30 kami terus balik.
Then petang tu daku pegi repeling jugak yang main tali. Daku turun batu yang sangat curam tu pakai tali.Sangat2 bes sebab daku berani! hoho. Then lepas pada tu kami terus mandi laut sampai hitam muka ni.
**********************************************************************
HARI 4 (4/2/11)
Alamak hari dah nak balik la...Tetibe rase sedih pulak sebab dah nak tinggalkan tempat tu. Rase macam nak duduk lagi jek**ceh plastik! Pagi tu kami free style nak buat ape pun. Daku bersame rakan2 gonjeng daku pegi mengorat hidupan laut. Penat gila nak tunggu air laut surut. Jom usha hidupan2 laut yang sangat2 cantik dan pelik itu.
ni name die komak**macam lintah & sangat genuk + besar euwww |
landak laut yang sangat comel tapi bahaye |
piss : mintak maap le tak dapat nak ambik banyak gamba sebab fon dengan kamera semua batery out.
Kami pun balik dan sampai upm pukul 2 pagi. Ok lah penat daku refresh otak ingat balek semua ni.Nak tidur lah hehe. Tata nanti daku update lagi ya muah!!
budak masam! |
No comments:
Post a Comment
Thank You For Your Comment. Will be reply later.