Saturday, February 26, 2011

Kisah disebalik gerai tepi jalan

Assalammualaikum..

   Wah! hari ni lambat gila daku update belog ni kan. Tapi tak pelah at least terupdate juge kan. Ok hari ni daku nak bercerita tentang kisah disebalik jualan2 di gerai2 kat tepi jalan tu. Tapi sebelum tu sila jangan geli yek. Dan cerita ini berdasarkan pengalaman daku lah kan.

   Alkisah lepas lab semalam hari jumaat tu daku nak pegilah ke SS hajat nak pegi potostat lab report lah. Then lepas siap semua tu dengan group member berfoya2 jap kat tepi jalan tu**hobi haha. Ha selepas itu daku dengan kak iza singgah la gerai mak cik tu untuk beli makanan tengah hari. Feh daku pon belilah nasi kukus then tunggu kak iza beli makanan lain pulak kat tepi pintu masuk tu.

################

Tiba-tiba

   Sedang asyik daku menunggu kak iza sambil syok makan sotong tu daku pon TERpandang lah sorang pekerja kat sebuah gerai pemes depan daku ni. Then daku nampak beliau angkat 1 tray nugget ni untuk di salutkan dengan tepung tapi kan adelah 1 cucuk nugget ni terjatuh kat atas meja yang bagi daku kotor amat. BUT then lepas tu beliau dengan tanpa basuh ke hape keteus masukkan balik ccuk nugget tu dalam tray yang penuh dengan nugget2 lain tu****errrrrrrrr

   Jadi daku sebagai student food science agaklah geli gila kot sebab aplikasikan pembelajaran dalam kehidupan seharian**pelajar yang tak berapa nak cemerlang. Makanan yang makcik2 dok tayang kat depan tu suppose tak boleh lebih dari 4 jam kalau tak nanti bakteria akan dengan sukanya merebak ke dalam makanan tu dah tu kite dengan pelahapnye pon makan.......yummy!

  Sepatutnya makanan tu ditutup. Yelah korang bayangkan kat situlah tempat pembuangan sampah, kat situlah tempat kereta motor lalu lalang kat situ jugaklah tempat kucing berak kencing. Ha kita pon**termasuk daku sedap jek makan kan. Tu yang balik kena cirit birit tu aiyak!

   So kesimpulannya kalau nak beli makanan tepi jalan boleh tapi korang tengok2 lah dulu persekitaran & kebersihan orang yang handle makanan tu***kan daku dah ceramah tang makanan. Hem..so selamatlah menjamu selera dengan makanan yang berkualiti oke!


**cop itu baru yang kite nampak,yang kite tak nampak????
pepaham le

2 comments:

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini