Friday, February 11, 2011

Tips nak jaga tudung yang beraksesori

Ehem2..Hai kat sini daku nak kongsi sikit pasal tips2 nak jaga tudung yang beraksesori ni ha especially bagi mereka2 yang minat pakai shawl yang ada subang2 kat bawah tu ye. Mesti korang kadang2 terpikir cara nak jaga tudung tu kan nak bagi tak rosak**sayang beli mahal2.






Meh sini nak kongsi :

1. Membasuh

Shawl memang jenis yang amat sensitif tambah2 lagi yang jenis kain yang mudah tercarik tu. Daku pernah terbasuh shawl jenis kain yang jarang tu kat dalam mesin basuh ha last2 hamek kau lunyai. Memang sayang gilalah sebab shawl tu cantek sangat tapi akibat kelalaian diri sendiri kan. Seelok-eloknya basuh pakai tangan dengan sabun je**tenyeh2 tapi jangan kasar sangat. 
Tentang sabun pulak pakaila sabun yang memang sesuai untuk kain jenis shawl kite tu jangan main hentam je oke. Dan bahagian yang ade aksesori tu korang jangan rendam biarkan dia kat atas tu takut nanti dia rosak tak pun berkarat.
Ok bagi yang ade aksesori macam ade hiasan batu kat awning kat bahagian kepala tu jangan gosok kat bahagian tu pulak kang nanti tertanggal batu2 cantik penat je korang beli nak silau2kan.So senang je just terbalikkan je tudung tu then basuhla dengan kadar yang patut ye.Kalau nak hilangkan kesan make up boleh pakai sabun badan je.
Untuk bahagian luar tudung cuma celupkan dalam air sabun suka hati nak berapa kali pun rendam then bilas.


2. Jemur


Ni Daku konpem akan buat tapi bila dah tengok kesannya daku terus tak buat da. Jangan perah ataupun kibas shawl/tudung tu. Takut2 nanti aksesori korang tertinggal & rosak pulak. So cara yang paling tak membuatkan korang penat ialah tinggah jemur je shawl /tudung tu basah2 & jangan lupa kepit kan then biar kering. 
AWAS!! Jangan jemur kat bawah cahaya matahari yang tersangat lah terik.Memanglah cepat kering tapi nanti fabrik kain cepat rosak oke.
3. Simpan

 Simpanlah kat tempat yang special untuk sipan kain tudung sahaja. Make sure bahagian aksesori tu tak terlipat ke ape pastikan lipat bagi kat atas. Then janganlah sangkut kat bahagian aksesori tu ye! Cara yang paling elok sekali sangkut kat shawl hanger yang sekarang ni malaptop2 jual kat luar tu contohnye :

tq cik google

4. Gosok

Tak semua shawl/tudung perlu digosok.Kalau daku,daku suka beli shawl cotton sebab senang nak bentuk & tak payah nak iron pun kadang2 lagipun nampak cantik dengan kedut2 tu. Bagi yang kena iron tu make sure ada lapik kat bawah tu sebelum nak iron shawl/tudung korang yang beraksesori tu.
Terbalikkan tudung/shawl tu bagi senang nak iron untuk shawl/tudung yang ada hiasan macam batu2 tu. Then gunalah penyembur yang memang dikhaskan untuk iron jenis kain macam tu macam ni ha :

 Daku pun pakai jenis yang atas ni.Memang senang sangat nak pakai shawl

    Ok itu saje sedikit sebanyak tips yang daku nak kongsi dengan korang2 si penggemar shawl/tudung yang beraksesori ni. Daku kureng sikit pakai shawl yang beraksesori sebab daku tak pandai pakai hihi.Ok lah selamat mencuba ya!


No comments:

Post a Comment

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini