Saturday, February 12, 2011

penyakit mereka kala ini

Assalammualaikum..

   Ha malam ni sempena mogok daku malas nak setady untuk test HE esok daku nak bercerita pasal penyakit2 yang telah menjangkiti rumate2 daku sekalian. Hari2 macam inilah habit mereka yang ade kalanya buatkan daku nak tergelak & tersengih sorang2**lawak! Tapikan..bulan ni agak miserable sikitlah kami 1 ruate ni demm lah. Haish~

1. Menyanyi

Bila dah bosan + tension gila dengan study inilah kerja mereka**termasuklah daku jugak.Masing2 dok subat telinga dengan ear phone + head phone yang gedabak besar tu kan tung tang tung tang sampai bom meletup pun tak dengar. (faten)

2. Tengok movie berjam2

Ha yang ni lagi 1 hobi yang paling dapat rating paling tinggi lah.Kalau dah terlampau busan tu ape lagi panggung dalam bilik la.ki3.
" weh ko ade cite baru x?"
"ade2 tu dalam external aku"

"jom weh tengok,bosan la..."

"jom!!"

(sepantas kilat tutup semua buku bukak lappy tutup lampu baring ramai2 

 Biasenya & wajibnye cerita korealah! Feh mereka2 ini peminat setia cerita2 korea lah.

3. Dance mat

Yang ni kat awal2 sem dulu memang pemes lah dalam kalangan kami sebab nye misi nak keluarkan peluh kat dalam bilik**malas nak turun jogging.Dok menari ikut rentak dance mat tu memang menguji tahap kekentalan lah**fenat gila!


5. Hero2 hot Korea

Feh! mane2 perempuan pun konpem akan cair punyelah dengan lelaki2 hot korea ni.Walamak hensem gilalah**mampu ke? Hobi rumate daku ni suka kumpul lagu2 OST citer korea yang best2 pastu buat ringtone & alarm kat fon**gila minat tahap kentang



6. Snap gambar


 Best! Ini memang hobi kami semua.Camera loves us.Kami tak kesah pun kalau ada mulut2 longkang nak kate kami ni perasan cantek ke gedik ke hape ke**ade aku kesah janji kami tak kacau mereka2 itu. Kalau nak dikaji dalam fon kami bersepah2 gambar2 kami..hoho

7. Lappy 24/7

 Asal balik je dari kelas konpem memang berani kerat kuku jari lah mereka2 termasuk daku mesti akan on lappy then on9.Wajib kot tiap2 ari. Almaklumlah semenjak u sipot kat upm ni dah available kan masing2 tak nak berenggang langsung dengan lappy. 

 8. Tidur lame2

Yang ni penyakit paling kronik lah.Tak pernah tak tidur lame konpem dalam 4-5 jam.Then bila dah bangun tidur terus ngadap lappy on9**teruk2.hihi.Biasanya bilik kami paling kecoh sekali kat aras tu bila dah semua tumbang habes senyap sunyi jadinya

   Ok lah itu antaranya penyakit2 kronik rumate2 daku.Pendek kate memang konpem tiap2 hari akan buat perkara tu so no wonderlah nak kate kami sejiwa gituh.Ok lah daku kena sedar diri yang esok ade test.Tinggal dulu tata!

No comments:

Post a Comment

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini