Sunday, January 23, 2011

Buat Lelaki Ego Di luar Sana

Dia mungkin terlalu sayangkan kau
Itu yang kau amat pasti dan yakin bahawa dia takkan tinggalkan kau
Dia sanggup ketepikan kepentingan diri dia untuk kau
Kau selalu buat tak endah bila dia merajuk dan kau yakin dia pasti akan memujuk kau
Kau terlalu yakin dia akan datang kepada kau untuk merayu kepada kau...
Kau amat yakin dia akan selalu mengalah bila setiap kali berlakunya pertelingkahan walaupun kau tahu itu memang salah kau
Bahkan dia rela buat apa sahaja kecuali mengizinkan kau menyentuhnya..

Kau membandingkan dirinya dengan pasangan lain yang bebas melakukan apa2 pun
Kau mengherdiknya sesuka hati
Kau kata dia membosankan...
Dan...
Kau meminta untuk berpisah dengannya
Dia mendengar  dengan linangan airmata

"mungkin kita tak de jodoh,awak lelaki yang baik,awak berhak mendapat perepuan yang lebih baik...saya nak awak janji dengan saya buat kali yang terakhir..
Bila suatu saat nanti awak sudah jatuh cinta dan benar2 sayangkan seseorang,hargailah wanita itu.Mudah-mudahan wanita itu akan menerima awak seadanya,sayang awak,menghormati awak dan yang paling penting sayangkan awak.
Saya nak tengok awak bahagia.

Dia pergi dengan senyuman dan linangan air mata 
tapi kau tetap tidak menghiraukan nya sampai di suatu saat.....

Kau dikhabarkan dengan pemergian dia yang telah menyelamatkan kau 

Kau terlalu sedih..
Kau terlalu menyesal...
Kau terlalu ego...

Kini tiada apa lagi yang dapat kau berikan padanya selain doa untuknya
Kau sangat menyesal kerana tidak pernah menghargainya..

Buat kau lelaki ego...

Hargailah wanita yang menyayangi kau walaupun seketika...
Jangan biarkan matanya yang cantik dipenuhi air mata atas perbuatan kau..
Jangan biarkan hidungnya yang kecil molek tercemar dengan bau asap rokok kau walaupun kau tahu dia tidak suka dan asap rokok akan buat dia sakit kepala
Jangan kau biarkan bibirnya yang indah tersenyum paksa mengalah dengan setiap kemahuan kau..
Jangan biarkan telinganya yang kau tidak pernah nampak itu menadah setiap kata2 kemarahan kau itu...

dan..

Jangan kau biarkan hatinya yang lembut itu terluka dengan setiap perbuatan kau dan kau sanggup membiarkan dia merawat sendiri luka itu..

Kelak kau akan tahu betapa berharganya dia sewaktu kau tidak mengendahkannya...
Kau akan menyesal kerana tidak memiliki hatinya...

maaf kepada yang terasa atau sebaliknya. Disini bukan niat untuk menyinggung mana2 hati tapi luahan hati seorang dia yang kesal dengan kau.
iaitu aku

2 comments:

  1. im always in this situation.. until now even he is not around anymore, im still waiting for this egoistic guy.. how stupid i am.. so, prevent urself from become "me"...

    ReplyDelete
  2. woah bagus lah akk..
    but im not...wanna kill him lah hahaha

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini