Wednesday, February 6, 2013

Penawar Resdung

Assalammualaikum..

   Entry pasal bridesmaid LJ semalam memang sangat meletop. Suka korang ye dengan artis2 ni. Ok hari ni aku nak cerita dengan korang pasal penawar resdung. Kalau dulu aku pernah buat entry pasal resdung ni. Korang boleh baca sini.

   Resdung ni pun mungkin boleh disebabkan oleh allergik. Macam aku allergik habuk so bila terkena je habuk automatik aku akan selsema teruk tahap gaban & terus demam. Paling teruk,muka aku akan gatal sangat & bengkak sampai merah mata aku. Pengalaman aku allergik seafood sampai mulut aku membengkak pun aku ada share kat sini. Memang seksa gila kalau aku nak kemas bilik ke ape,terpaksa pakai mask. Kalau tak collapse aku. Stanby tisu berkotak2 hingus meleleh. Haha


    Kalau dulu penawar resdung ni berubat kampung je. Macam yang aku cerita dalam entry resdung tu. Nenek aku selalu suruh aku berubat nak bagi hilang resdung aku ni. Tapi disebabkan aku tersangat takut & geli aku tak pegi pun. Sepupu aku yang dah berubat sekarang dah elok dah resdung dia. Tapi dia kata masa berubat tu memang macam2 yang keluar dari hidung. Tu yang aku tak sanggup.

   Petua yang aku tahu & aku amalkan untuk kurangkan resdung ni adalah :

  • letak muka kat wap air/tengah bukak periuk nasi tu hidu wap dia. Hati2 ye. Hidu perlahan2 wap tu.
  • masa ambil wudhuk sedut air masuk ke dalam hidung & hembus kuat2
  • kurangkan/ jangan makan langsung makanan yang buat korang bersin/selsema
  • selalu asapkan muka dengan cerobong kertas tu. Amalkan selalu
  • selalu lap muka dengan tuala basah yang dicelup dengan air suam
  • banyakkan minum air masak
   Setakat ni tu yang aku buat. Tak silap aku ada yang guna daun ape tah untuk hilangkan resdung ni. Korang google lah. Kalau dulu resdung aku sangat2 teruk sampai gatal gila muka aku dengan penuh jerawat. Sekarang alhamdulillah dah kurang.

    Mak aku pun teruk jugak resdung tapi bila datang je simptom gatal kat muka sebab resdung teruk mak aku pakai rokok asap tu & asapkan kat muka. Pastu penuh je muka dengan habuk2 kuning tu. Lepas pada tu hilanglah gatal.

    Korang yang ada resdung tu kalau boleh amalkan lah petua2 orang dulu & makan ubat. Nak tahu seteruk mana resdung korang sila tanya doktor. Sebelum tu aku kasi korang tengok video dari youtube pasal penawar resdung ni ye. Ok bye

 

p/s : hidung aku hidung second hand. Tu yang asyik bersin je

11 comments:

  1. akak resdung teruk gak...tp akak mkn pil herba..memg ok...

    ReplyDelete
  2. ooo...ada resdung ek... so x ley makan belacan dan makanan yang gatal2 la...sebab nanti, mesti haachoo punya kan?

    ReplyDelete
  3. same lah resdung jugakk. -_____-'

    ReplyDelete
  4. ade resdung gak.
    sadis sunguh.
    time nak mngemas punye laa seksa..
    laju je hidung ni detect habuk.
    kalo da start bersin tu, mate gatal, hidung meleleh je,muka gatal,. mmg x thn laa..

    ReplyDelete
  5. baru baru ni pon aku jd allergy pd habuk.jd gatal2..sebelum ni xpenah pon

    ReplyDelete
  6. hehe, saya dlu je kot slalu gatal hidung.. skarang mana ntah

    ReplyDelete
  7. Teruk juga resdung awak ni ya.. Btw, thank you for sharing :)

    ReplyDelete
  8. salam, saya nak share info sikit, saya dah menghidap sintom resdung ni hampir 12 tahun, asyik bersin setiap pagi dan deria bau saya semakin berkurang, kalau dpt bau tu kira satu bonus la dah bermacam petua dan ubat saya gunakan tapi masih tak berubah, bulan lepas saya telah mencuba satu pil herba "Sinus Relieve Plus" Alhamdulillah selepas 10 hari saya tidak bersin dan deria bau saya kembali pulih. Sangat mujarab tanpa berpantang. Boleh call no ni kalau nak beli 011-23291325. Cuba dulu baru tau insyaallah.

    ReplyDelete
  9. Salam.sis.tq for sharing.sy dulu pengidap resdung yg teruk tp xde jerawat.tp org kata resdung dlm lg bahaya sbb dia xkuar.ada ulat resdung.sampai nak solat sakit kat bwh dahi dan gigi mcm nak tercabut.bnyk bergantung ubat herba masa tu..nakdijadikan cerita sy cuba satu produk ni utk masalah sembelit..try a few days sy notis bhgn muka dan gigi xsakit da.masa tu kebetulan sy skip mkn ubat herba resdung tu..tp sy perasan sy kuar kahak banyak.bila contact org jual tu dia kata mmg produk tu all in one.skrg da bulan keempat hidup sy tanpa resdung.alhamdulillah.mkn seafood dn sambal belacan pun xde rasa da.rupanya produk sy mkn tu flushing out semua asid/toksin dan menda xelok dlm badan.mkn 3 bulan je tuk servis badan.kalo sesiapa berminat blh email tinicraft@gmail.com.tq

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini