Thursday, February 7, 2013

Blogger Kampung

Assalammualaikum..

    Tajuk nak meletup je kan. Aku lah tu blogger kampung. Almaklumlah aku ni duduk kat pedalaman. Pedalaman mana? Aku duduk felda. Setia dengan felda sebab abah kerja kat situ.

    Dulu aku pernah sekolah dalam estet. Nanti aku buat entry lain pasal pengalaman aku sekolah dalam estet. Teribble & sangat best. Aku berkawan dengan anak2 orang dari Indonesia & India. Seronok sebab mereka baik sangat.

macam ni lebih kurang

    Abah kerja felda dah lama. Dari kerani sampai sekarang alhamdulillah jadi pengurus. Tapi nak boleh sampai ke tahap tu bukan senang. Abah jatuh bangun depan mata aku sendiri. Abah ada masalah macam2 sampai ke tahap sekarang ni abah berjaya. He really adore me so much. Disamping abah,ada mama yang sentiasa tolong abah. Time tu aku & adik beradik aku yang lain kecik lagi subuk belajar.

    Setiap kali abah naik pangkat setiap kali tu lah aku kena tukar sekolah. Aku dah lebih 10 kali pindah dah. Kalau sekolah aku kira dah lebih 5 buah sekolah aku transfer & pindah sana sini. Kawan2? Tak payah cakap terlalu ramai sampai kalau selisih tepi jalan pun mungkin aku tak cam dah. yelah kawan since aku darjah 4 dulu. Sekarang for sure muka dah lain & masing2 dah hebat.

     Dalam banyak aku merantau aku hanya stay kat Pahang & Johor je.

  • Tadika - Darjah 1 :  SK Ulu Belitong &Tadika Felda Ulu Belitong,Kluang Johor
  • Darjah 2-3 : SK Pusat Pertanian Penyelidikan Tun Razak,Jerantut
  • Darjah 4 : SK Ladang Tun Dr Ismail,Simpang Renggam Johor
  • Darjah 5: SK Kluang Barat,Johor
  • Darjah 5-6 : SK Mempaga 1,Bentong Pahang
  • Tingkatan 1-2 : SMK Sulaiman,Bentong Pahang
  • Tingkatan 2-4 : SMK Jengka 2,Pahang
  • Tingkatan 4-5 : MRSM Gemencheh,Negeri Sembilan
  • PLKN : Kem Latihan Cheneh Cemerlang,Kemaman Terengganu
  • Matrik : Matrik Gopeng,Perak
  • Degree : UPM Serdang
    Aku boleh jadi traveller kan. Haha. Banyak sekolah,ramai kawan,banyak sangat pengalaman aku. Ada sape2 yang dari tempat aku list tu? Meh buat reunion dengan aku. The best moment was when i received offer from mrsm & saw both my parents were crying for my successful on PMR. Memang takkan lupa. Sejak dari tu hidup aku berubah.

     Tapi masa aku kat mrsm tak mudah weh. Sumpah tak mudah. Jadi 1st batch pulak. Masa tu dikelilingi dengan orang yang berada. Rasa rendah diri pun ada. Kenangan pahit pun ada juga kat sana. Bila kena kutuk dengan kawan2 sekolah sebab aku duduk pedalaman,aku duduk felda.

    Aku ingat lagi masa tu aku tengah cuti. Tak tahulah macam mana boleh jadi sampai dia kata aku "dasar kampung,moron. Duduk pedalam tu la otak sempit". Kau tahu betapa tergurisnya hati aku & tak lama lepas tu mintak maaf. Aku memaafkan tapi tak mungkin akan lupakan. Maaf,gila terhiris weh.

sebahagian kawan2 aku & yang blur tu ijam haha

    Bila aku dah buat blog ada pulak yang kata aku blogger kampung. Ya, aku memang blogger kampung. Jadi,tak ada masalah dengan awak kot. Saya sangat bangga jadi budak kampung,duduk felda. Sangat-sangat bangga. Ada masalah?

    So,bagi mereka yang suka rendah2 kan status & kedudukan seseorang itu,anda tak ubah seperti manusia yang tak pandai bersyukur & seolah2 menghina rezeki Allah. Bila awak berkata-kata,awak ambil cermin awak pandang kat mana awak berpijak ya. So mind,bersyukur & tarik balik kata2 awak. 

    Kawan-kawan,kalau ada mereka yang buat begitu kat kalian,tak apa. Maafkan mereka. Biarkan mereka terus bercakap nanti lambat laun sendiri akan termakan dengan kata-kata. Allah tu Maha Melihat Maha Mengetahui. So be happy & thankful on what u have now. Tak menjadi kudis pun kata2 awak tu sayang. Saya maafkan awak.

8 comments:

  1. best baca entry ni... wah banyaknya tempat... hu hu hu...

    ReplyDelete
  2. kite pun budak kampung jihah.. kite duduk dgn nenek.. takpe, biar org nak kata ape eh.. sat lg mulut tu herot baru nak sedor. :p

    ReplyDelete
  3. saya pun blogger kmpg jugak.
    nak je style..pura2 jadi org bndar..hahah

    ReplyDelete
  4. selalu kena kutuk mcm tu dik, malas layan..

    ReplyDelete
  5. Ada jugak yang sampai kata macam tu sekali.. Tak patut, tak patut... Anis pun duk kampung je.. Huhuhu

    ReplyDelete
  6. aku anak peneroka felda...memang felda tue hulu, takde kemajuan..tapi apa yang paling best..felda penuh ngan ketenangan...huhu..XD

    ReplyDelete
  7. apa masalahnya kalau kampung ? tak faham dengan them. namee pernah stay dengan nenek kt kmpg gak. hehe :)

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Yang Wangi