Friday, February 1, 2013

Mimpi Hari Kemusnahan

Assalammualaikum..

   Salam jumaat semua. Aku nak buat entry pasal ni dah lama tapi tak teringat nak buat. Tengah2 teringat ni aku buat lah entry ye. Aku share dengan korang. Aku tak tahu lah kalau korang pun penah mimpi sama dengan aku.

    Aku mimpi 2 kali berturut2 & keduanya pasal air. Apa aku mimpi?

  • ombak besar
Aku tengah duduk kat pantai dengan family aku. Then tiba2 ada ombak besar datang macam tsunami kot hanyutkan aku. Masa tu aku tengok kiri kanan tak de dah family aku. Yang aku tahu masa tu aku nak selamat kan diri. Aku berusaha sangat2 nak selamatkan diri. Aku naik atas papan kayu & stay untuk orang selamatkan aku. Keliling aku kosong penuh dengan air.
  • rumah tenggelam dengan air
Yang ni aku tak ingat sama ada banjir ke ape. Yang aku ingat rumah yang aku duduk dimakan bumi & ditenggelami air. Air penuh sangat2. Again aku hanya nak selamatkan diri aku je masa tu.


   Ada yang pernah mimpi sama macam aku? Aku ada tanya jugak kat Imam Muda Asyraf pasal ni tapi tak berjawab. Aku google. Mungkin hanya mainan mimpi tapi aku musykil jugak. Aku still nak jugak tahu,aku tanya kat page Ustaz Azhar Idrus. Then ada hamba Allah yang baik hati menjawab persoalan aku. Tanya aku bape kali aku mimpi macam tu,apa jenis mimpi semua. Dia kata peringatan untuk aku maybe. Ya memang betul. 

    Ada jugak yang komen,mimpi sama macam aku. Time tu dia free hair & bila berkali2 mimpi macam tu dia decide pakai tudung. Kat twitter pun sama ada kalangan kawan2 aku mimpi yang sama dengan aku.

    Ingat tak taufan sonamu & banjir besar hari tu? Ha benda tu mengingatkan aku kat mimpi aku. Semua berkaitan air. Kau tahu betapa ketarnya aku time tu Allah je yang tahu. Allahuakbar. Alhamdulillah tak de apa2 yang series berlaku & yang paling teruk kena Jakarta. Aku bersyukur sangat. 

   Kat sini naluri aku kuat kata tu semua peringatan Allah nak bagi kat aku supaya jadi lebih baik. Supaya aku tak langsung tinggal apa yang Dia suruh. Supaya aku tengok balik apa yang aku pakai,cakap,tengok,dengar, makan & semua sekali. Bila aku bangun dari tidur aku termenung. Rasa bersyukur sangat diberi mimpi macam tu supaya aku tak lalai. At least sementara aku hidup aku ada kesempatan lagi nak baiki hidup aku.


     sabda Rasulullah s.a.w. : “Mimpi itu tiga jenis, mimpi yang benar berbentuk khabar gembira daripada Allah, mimpi sedih daripada syaitan dan mimpi yang disebabkan mainan jiwa seseorang.” [Hadis riwayat Imam Muslim]

   Tahun lepas pun kecoh dengan ramalan hari kiamat yang kononnya jatuh pada tahun 2012. Dalam paper orang2 luar negara sibuk bina itu ini nak selamatkan diri sendiri. Sedangkan kita tahu bila tibanya hari kiamat tak de 1 hidupan pun yang akan terlepas. Wallahualam.

   Apa pun,pengajaran buat aku. Sungguh2 pengajaran buat aku.  Dari dulu aku suka gila pakai seluar skinny ketat2 pakai baju baju lengan pendek dengan inner kat dalam,tudung tak tutup dada. Kuasa Allah,bila aku kenal ijam,slow2 aku tinggalkan semua tu. Aku tak cakap bagus berubah sebab cinta ni tapi kalau korang jadi aku korang akan terasa perubahan tu. Slow2 aku suka dengar ilmu & tazkirah dari ustaz2 ustazah semua. Semua tu macam tiba2. Aku bersyukur sangat. Alhamdulillah.

Ya Allah Yang Maha Mengetahui,sekiranya telah sampai ajalku,matikan aku dalam keadaan yang sempurna & setelah aku berbakti sepenuhnya kepada kedua orang tua ku. Amin

p/s : mimpi seakan2 hari kiamat tu 1 peringatan buat kita 

8 comments:

  1. blh thn seram mimpi
    tp at least bg peringatan kat kite.

    ReplyDelete
  2. pernah mimpi mcm ni jugak.. ombak besar datang hanyutkan semua benda. saya sempat naik atas gunung selamatkan diri -_-

    ReplyDelete
  3. bila dpt mimpi mcm ni..kita mmg teringin nk tahu apa maksud disebaliknya...sebagai peringatan kat kita...

    ReplyDelete
  4. saya pun x pasti mimpi tu psl pe.
    mungkin jugak peringatan kpd kita.
    alhamdulillah,berubah utk jadi baik kpd lbh baik :)

    ReplyDelete
  5. Sye pulak dah banyak kali mimpi kiamat. Lebih 30 kali. Yang paling menakutkan ialah Ada tsunami tinggi, semua gunung kemerah-merahan dan kebanyakan tempat terputus bekalan elektrik, tapi sye dpt menyelamatkan diri. Mungkin Maksudnye - Mimpi mengalami hari kiamat : Akan terlepas dari mara bahaya dan akan mendapat sukacita.

    ReplyDelete
  6. Sy mlm td mimpi...mula2 matahari x muncul walaupun dah kul 10 pg then mcm gerhana matahari...pastu ada meteor dtg dan terhempas yg x jauh dr tmpt sy...lps tu mcm x de ape2.sume slmt...alamdulillah...mmg dr jauh nmpk meteor tu terhempas dan menghancurkan satu2. Tp tiba kt sy mcm x de ape2. Sbg peringatan pd sy jg walaupun ni 1st time...

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini