Monday, February 4, 2013

Fenomena Ceramah Ustaz Azhar Idrus & Ustaz Haslin Di Stadium Darul Makmur

Assalammualaikum..

   Hari sabtu malam hari tu aku pegi kuantan semata2 nak pegi ceramah Ustaz Azhar Idrus & Ustaz Haslin. Moderator Ustaz Khairul Azhar. Aku dari umah kakak aku dari damansara lepas magrib. Sampai je bandar kuantan masha Allah sangat2 jem. Memang fenomena betul. Kalah tengok bola,kalah konsert. Parking semua penuh,around ECM,terminal,sampai ke Mydin jauhnya orang sanggup parking.

   Aku bernasib baik dapat parking kat depan terminal makmur tu. Time tu aku & family aku tengok jam sebab lambat almost setengah jam. Rugi sebab tak nak terlepas 2 ustaz feveret aku. Malam tu aku tengok tak sampai 15 minit sekelip mata penuh stadium tu. Subhanallah terpegun sangat2 sampai kan Ustaz Azhar pun kata dia terkejut orang datang seramai itu.

dari kamera cikai aku






   Then sedang elok nak habis time tu hujan turun. Aku sangat kagum dengan orang yang kat tengah2 padang tu langsung tak berganjak. Aku dengan family aku pegi naik bahagian atas nak kasi habis. Memang sayang sangat nak tinggal majlis tu.
    

sebahagian orang yang berdiri di tengah hujan


   Dianggarkan 100 000 orang luar dalam yang hadir. Alhamdulillah. Ceramah hari tu pasal
"Merungkai Kehidupan Alam Jin Permasalahan Hidup Dengan Al-Quran". Banyak benda yang aku belajar dari ceramah ni.

   To be honest ni kali pertama aku datang ke majlis ilmu diluar kampus/ tempat belajar. Masa yang dekat Masjid Shah Alam dulu ada ceramah UAI,aku nak pegi tapi ada paper final exam. Hajat sampai jugak nak dengar live ceramah UAI.

    And Ustaz Haslin a.k.a Ustaz Bollywood is one of my feveret ustaz ever. Nanti aku share dengan korang sedikit sebanyak ceramah2 dia. Best. Memang bangga sangat2 bila program sebegini dapat sambutan luar biasa. Bak kata abah "orang sekarang dah sedar. Nak2 budak muda". Memang majoriti yang datang budak2 muda. Alhamdulillah.

    Aku petik kata2 Ustaz Haslin "barangsiapa yang hatinya kosong tak diisi dengan Allah,maka Allah akan penuhkan hatinya dengan syaitan". Renung-renungkan. Semoga lepas ni kita ramai2 lagi pergi ke majlis ilmu macam ni. Tak rugi. Tak rugi bersesak dengan orang ramai. Bye

21 comments:

  1. wah seronoknya pegi... ^_^ mesti best kan?

    ReplyDelete
  2. rmi giler...hebat penangan UAI nih

    ReplyDelete
  3. x pernah lagi tgk LIVE ceramah dia.. hope one day boleh tgk LIVE.. hehehe...

    ReplyDelete
  4. seronoknyaaaaaaa.... nt klu UAI dtg bangi lagi, akak nk dtg la..

    ReplyDelete
  5. bagsla ramai kan selalu tgk bola je ramai penuh camni :)

    ReplyDelete
  6. crowd yang luar biasa.. alhamdulillah :) nanti share apa yang dia ceramah yer.

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Yang Wangi