Monday, February 25, 2013

Teguran - Sentap & Makan Hati

Assalammualaikum..

   Hai semua. Korang pernah kena tegur? Ditegur? Lepas tu apa perasaan korang? Bagi aku penegur & orang yang ditegur kenalah concern. Macam mana eh?

  • penegur
Korang pun kalau nak tegur biarlah beradap & beralas sikit kata2 tu. Jangan main sembur je. Kenalah jaga hati orang jugak. Contoh kalau kau nak tegur dia pijak katil kau. "eh awak,tu tempat sy tidur tau. Kenapa pijak. Tak elok la". Biar berkias janji beradab.

Aku sendiri pun tak pandai nak tegur orang nak2 kawan baik sendiri sebab aku takut nanti jadi lain pulak kalau ditegur. Maunya sentap seumur hidup. Naya lah kalau macam tu tak best la kan. Pokok pangkal kena jaga kata2 & cara tu paling penting. Kalau aku cara aku nak tegur orang aku gunakan dengan nada bergurau. Contohnya "aku memang dilahirkan jadi kuli kau kan". Pandai2 lah korang susun ayat tu.


Even Rasulullah saw nak tegur kawan2 baginda pun beradab,dengan cara yang elok supaya tak terguris hati orang yang ditegur tu. Kenapa kita tak boleh kan. Banyak sangat dah sekarang jenis orang yang kalau nak tegur,tegur dengan perkataan yang kasar & cara yang memalukan. Contohnya "bangganya kau tayang buah dada kau tu ye. Nanti kena rogol baru nak sedar". Kau tahu,dengan kau sekali dapat dosa sebab mengaibkan orang tu. Nak2 ditegur kat laman sosial.

  • orang yang ditegur
Kena lah open minded & hati kasi kental. Kalau everytime nak sentap je time ditegur susahlah kan. Dah besar masing2 dah tahu mana baik buruk. Bila dah ditegur jadikan pengajaran supaya tak buat lagi akan datang.

Aku dulu pernah je kena tegur dengan kawan aku disebabkan bahasa aku yang terkadang agak mengguris hati orang lain. Tapi orang yang tegur aku tu gunakan cara yang tersangat elok & baik bagi aku sebab tu aku tak marah & amik hati langsung dengan apa yang dia tegur. Nampak tak kaitannya. 



Nak kata aku sentap tu memanglah tapi seminit 2 je. Bila aku muhasabah diri then dah ok balik. Malah aku bersyukur sangat ada kawan macam tu yang tegur aku,kalau tak sampai bila aku tak sedar. Ingat ni "jangan salah kan orang yang menegur kita,sebab apa yang ditegur tu adalah salah/silap kita yang kita tak perasan"

    Tapi kalau jenis yang sound direct tanpa pikirkan hati perasaan & keadaan tu memang bikin hangit lah. Silap hari bulan bergaduh sesama sendiri. Yelah siapa yang suka dimalukan bila kena tegur macam tu kan. Tak de siapa yang suka. 

    So,kalau kita nak tegur orang tu pastikan :
  • tengok diri sendiri dulu
  • jaga bahasa
  • jaga adab
  • jaga cara menegur
  • be secure
    Mungkin akan ada yang kata "tegur jelah depan2 direct kan senang".Tapi tak mudah bagi sesetengah orang. Tak semua orang boleh terima teguran even ditegur dengan cara yang elok & baik. Tu selalu orang cakap jaga hati orang lain hati sendiri tak terjaga. Tak pe,Allah kan ada.

    1 je aku nak pesan. Korang,cubalah tanam sikit sifat sense of humor dalam diri korang tu. Tanam supaya tak menyakitkan hati orang lain dengan perlakuan korang. Paham tak? Dalam BI dia cakap "put yourself in other's shoe". Contohnya "kalaulah katil aku yang kena pijak,mesti lah aku pun marah jugak","kalau aku jadi dia pun aku marah sebab asyik jadi kuli je buat itu ini". Macam tu. Faham?

    Kesimpulan,ajar diri sendiri supaya menghormati orang lain sebelum nak diri sendiri dihormati. Ok bye esok ade lab mau tersengguk aku. 

p/s : rasa rabak hati tahan sabar lama sangat
    

9 comments:

  1. tgur baik2 bru org leh trime =) tp klo xleh trime gk tu mslh dye lah kan. huhu

    ReplyDelete
  2. kalau boleh jangan tegur depan orang dan jatuhkan air mka kawan...=D

    ReplyDelete
  3. Bagus enrty nih...tegur dan menerima teguran saling sama2 menghormati...itulah budaya yg baik utk di jadikan amalan :D

    ReplyDelete
  4. masa kat rumah sewa dulu ade je housemate yg mulut laser..kekadang tu memang terasa jugak..tapi sebab fikir kwn pastu classmate lg,buat dek je la.

    ReplyDelete
  5. tegur biar kena caranya dan yg terima insyaALLAH lebih rela..hihi

    ReplyDelete
  6. eh saye pun jenis sound direct tp yg bergurau. kadang2 belasah je tegur.. uhuuu. akan muhasabah diri sendiri sebelum tegur orang :)

    ReplyDelete
  7. haha yup tegurlah cara berhemah.. even saya sendiri kadang sound direct je

    ReplyDelete
  8. tapi kalau orang tegur secara kasar memang takleh terima kot. :O

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Yang Wangi