Friday, February 8, 2013

Pengalaman Duduk Estet

Assalammualaikum..

    Semalam dalam entry blogger kampung aku dah cerita pengalaman aku duduk kat felda kampung semua. Hari ni aku nak cerita pengalaman aku duduk kat estet. Estet yang tanah merah tu. Itu dululah sekarang ni mostly banyak yang dah bertar kot.

    Masa mula2 aku pindah situ rasa macam nak nangis. Kau bayangkan phone no coverage, mostly sekeliling orang india,nak pegi sekolah jauh sangat,nak pegi bandar jauh sangat & keadaan sekolah yang sangat2 teruk.


  • sekolah
padang dia
keadaan sekolah yang dah baru


Sekolah aku ada 2 je kelas. Murid dia tak lebih 20 orang sebab tak mampu nak tampung ramai sangat student. Then masa tu kantin sekolah papan lagi,kitorang semua kene bawak bekal dari rumah sebab tak de orang yang tolong jual kat situ. Aku ingat lagi mase tu check gigi pun ade 2 nurse je. Cikgu kat situ tak lebih 5 orang & 1 of the most remembered teacher was Cikgu Rosli & Cikgu Nazri.

Dan paling yang tak boleh aku lupa time sekolah tu kena serang dengan ulat bulu. Tahu tak ulat bulu. Masa tu dalam kelas penuh sangat2 dengan ulat bulu sebab sebelah kelas tu ada pokok ape tah. Keliling sekolah aku tu hutan & kelapa sawit penuh! Memang scary kalau balik sekolah.

Aku pernah jugak kena rotan dengan cikgu sekolah agama aku Cikgu Rosli tu. Rotan dia amik dari kayu kat belakang sekolah. Dia the only 1 cikgu yang mengajar sekolah agama. Sadis tak sadis. Tapi aku suka dia sebab dari situ aku pandai mengaji,sembahyang & semua tentang agama.

Library dia sempit sangat masa tu. Keadaan memang sangat usang.


  • kenderaan
Aku pegi sekolah naik basikal. Kadang2 naik moto cabuk dengan kakak aku tapi bila kakak aku dah habis sekolah rendah tu yang aku naik basikal. Bila balik sekolah kasut konpem merah & kotor kena tanah.

Masa abah baru beli kereta waja dulu,abah hantar adik aku pegi sekolah naik motor je. Memang adventure gila lah

Kadang2 lepas balik sekolah aku main lopak air. Naik basikal main langgar2 lopak air. Best woo
  • kedai
Kedai yang selalu aku pegi nak beli jajan sebelum pegi sekolah ade kedai indon ni. Yang lain semua kedai india. Family aku kalau nak beli barang dapur kena keluar pegi bandar lah. Nak keluar ke bandar almost 1/2 jam jugak.
  • jiran
Kat sana jiran almost majority memang orang indonesia. Tapi diorang baik & ramah sangat2. Kat sana lah aku mengaji,lepak umah kawan2, yang paling best time raya. Semua rumah aku pegi. Best sangat2.

Berjiran dengan orang india pun best. Diorang pun baik dengan kita
  • rumah
Rumah kat estet ni besar2. Kebetulan abah dapat rumah pegawai memang sangat puas hati. Memang besar sangat2 rumah dia. Dan setiap 1 pegawai diberi 1 pembantu rumah yang tolong bersihkan rumah. Memang kitorang baik sangat dengan pembantu rumah tu dah macam mak sendiri.



  • pengalaman pahit
Aku kena kejar anjing. Masa tu nak pegi rumah pengurus besar atas bukit. Gatal sangat nak pegi sekali tak cukup tanah kau kena kejar anjing. Kelakar weh.
  • kawan
Aku ada ramai jugak kawan baik. Nama diorang semua unik2. Yang unik tu mak ayah diorang berasal dari Indonesia. Sekarang dah menetap kat sini.
  1. Maya Taufani Roma
  2. Adida Akma
  3. Sallehudin
  4. Nina

   Pengalaman duduk estet 1 pengalaman yang bagi aku sangat best. Tapi abah tak boleh tahan dah kerja kat sana so kitorang pindah ke felda. Tapi bila raya kadang2 pegi jugak estet ni tengok2 kawan2 kat sana. Mostly ramai yang dah pindah duduk luar. Semua ni kenangan. 

Gambar semua dari google. 

9 comments:

  1. Wah.. Tak dapat bayangkan kalau anis di tempat Najihah... Pengalaman mengajar kita..

    ReplyDelete
  2. psl sekolah kena serang ulat bulu tu, sekolah akak pun pernah kena.. mmg ms tu musim dia..

    hey, best la murid xramai..

    ReplyDelete
  3. wah..banyak btul pengalaman duk sne ye..estet skrg dh mju..untung kamu dpt rse semua tu..banyak kngn..hehe :D

    ReplyDelete
  4. laa...igtkan gmbar sendiri..hehehe..btw mesti satu pengalaman yang lain kan duduk estet..sy pun xpernah lagi tinggal kat estet..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. pengalaman jihah. kalau namee tak tahu lah boleh tahan ke tak dengan ulat bulu tu. gulp.

    ReplyDelete
  6. pengalaman yg bermakna ni. :)
    tak kan dapat kat mana2 dah.

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Yang Wangi