Friday, February 22, 2013

Produk Kecantikan Yang Mencacatkan

Assalammualaikum..

    Baru ada masa nak update blog ni. Baru2 ni kecoh kat fb pasal produk kecantikan yang membawa kecacatan & kesan buruk kat sorang perempuan ni kan. Aku tertarik nak buat entry pasal ni since perempuan obses gila dengan produk2 kecantikan semua ni. Tambah2 lagi terlalu banyak produk kecantikan yang ada kat market & even jual kat online pun.

   Sebelum korang beli apa2 produk kecantikan sekalipun,make sure korang cek semua yang berkaitan & penting pasal produk tu contohnya :

  • kandungan bahan kimia yang ada untuk buat pencuci muka tu
  • status kelulusan dari KKM
  • halal
  • kesan keatas kulit 
  • teliti betul2
   Sekarang ni terlalu banyak sangat produk kecantikan yang terjual kat luar tu nak2 online. Sebab by online kita tak boleh pegang,tak boleh teliti,tak boleh belek2 produk tu dengan tangan kita sendiri. Just setakat tengok owner yang jual post gambar kat fb ke blog ke. Mana tahu gambar2 tu semua mungkin ada yang palsu ke kan. Tak ke naya. Bukan setakat produk kecantikan je,produk lain macam pelangsingan badan ke ape ke kena hati2 jugak.


    Bahan yang dibuat dalam produk kecantikan ni memang akan ada bahan kimia. Cuma beza yang berbahaya ataupun yang dibernarkan. Contohnya yang berbahaya atas kulit kita ialah silver nitrate. Even ink marker pen kalau korang main conteng2 muka then ada tindak balas pada kulit korang pun bahaya. Tu maknanya marker pen tu mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Nak tengok senarai baru produk kecantikan yang tak selamat boleh tengok sini.

    Lagi 1 vitamin2 yang terjual kat luar tu maksud aku yang online. Banyak sangat kan. Pastikan dah dapat kelulusan KKM & dan ada tanda halal kat botol vitamin tu sebelum nak guna. Nanti aku kasi entry pasal vitamin halal tak halal ni sebab ari tu aku ada tanya lecturer aku yang mengajar bab ni. Nanti aku share.


     Aku tak tahulah produk mana yang disahkan tak ok & tak dibenarkan & mengandungi bahan kimia yang merbahaya. Setakat ni sampai sekarang aku pakai skincare Safi Balqis dengan rumpai laut colagen je. Yang tu memang dijamin halal & berkesan.

    Kalau nak cantik ni senang je. Amalkan petua2 tradisional pun dah boleh cantik kan. Tak payah susah2 nak beli produk kecantikan yang mahal2 tu. Aku pakai Safi Balqis yang putih tu & toner dia je. Pelembab siang ke malam ke pencerah semua tu aku tak amik sebab berminyak. Bila aku pakai 2 tu je kulit aku ok & sekarang aku amalkan makan & pakai rumpai laut tu. Alhamdulillah sangat puas hati.

     Dah macam2 kes dah terjadi. Dulu mak teh aku pernah pakai produk BMI. Sumpah mahal gila. Then mak teh aku stop la sekejap sekali muka dia jadi menggelupas teruk dengan radang merah nya sampai malu nak keluar rumah. Seriously teruk sangat sebab stop pakai BMI tu. At last amalkan skincare yang lain baru ok.


    Nak pakai skincare ape2 pun boleh sebab depends pada kulit kita. Tak semestinya apa yang aku guna sesuai dengan kulit korang kan. Kulit aku pakai produk murah je haha. Korang kena betul2 make sure yang produk kecantikan yang korang nak guna & pakai tu sesuai & selamat dengan kulit korang.

    Seram,scary & kesian tengok muka orang yang terkena tu. Sayang muka weh. Lagi article pasal ni yang korang nak tahu lebih dalam boleh baca kat sini.

p/s : jaga2 dengan produk yang terlalu cepat bagi kesan untuk hilangkan itu ini kat muka

24 comments:

  1. haaaa kite pon bru ckp hari tu pasal menda2 ni sume. bgus ade entry ni. bg peringatan kt org yg luar sne. mcm2 skrg ni. bhyeeeeee

    ReplyDelete
  2. kesiannya.muka dia jd mcm tu
    peringata buat kita jugakkan :)

    ReplyDelete
  3. tula risau tau nak beli vitamin2 yg byk gila kt facebook...last2 gigih gugel cara tradisional untuk kulit cantik mulus kekonon....tgh dlm tempoh percubaan ahakk ;p

    ReplyDelete
  4. menakutkan sangat kot.. saya pun tak pakai mahal2.. memurah je :D toner pun pakai safi punya :D

    ReplyDelete
  5. takutlah... rasa macam nak keep on pakai products mainstream yang banyak testimoni keberkesanannya... :)

    ReplyDelete
  6. mmg byk sgt produk skrg nih.bila tengok produk yang effect die cepat,nak jugak try.tpi bila fikir2 balik takut jugak kalau ada kesan sampingan kan.

    ReplyDelete
  7. betul tu..produk kecantikkan ni x boleh guna sebarang-sebarang

    ReplyDelete
  8. tu laa. orang nak untung lebih main letak je bahan kimia bahaya. pengguna pon kena pandai pilih jugak. buat reserch dulu ke kan. :)

    ReplyDelete
  9. aaa takutnya dh tak pasal muka jd hodoh. haish mcm2 produkla sekarang kan

    ReplyDelete
  10. seriously menakutkan. namee pun jadi takut plak nak pakai apa2. makan buah jela n sayur untuk kulit cantik kot. huwaaaaa...

    ReplyDelete
  11. @xila dot

    dah banyak sangat dah vitamin2 bagai yg terjual kan huhu

    ReplyDelete
  12. @ct kektus

    bia selidik dulu betul2 nanti jadi apa2 susah kan

    ReplyDelete
  13. one of my fren suke beli beauty care kat online. ishh takutlah, baik beli kat watsons lagi terjamin.
    btw, good entry !

    ReplyDelete
  14. WANT TO HAVE A FAIR SKIN?
    INGINKAN KULIT CERAH?
    CALL / SMS 6016 271 5447

    - Can be applied all over the body - face, hand, leg etc.
    - No exfoliation
    - Organic & Halal
    - Special Promotions offered

    ReplyDelete
  15. iuventus skincare. produk bumiputera, asas bunga-bungaan, halal jakim certified.
    www.iuventus.com.my
    Facial wash RM14
    Facial toner RM19
    Day Cream RM17
    Night Cream RM19
    Hubungi 0123272743

    ReplyDelete
  16. Klu ambil vitamin suntik2 mcm sekarang ni, tak boleh eh?

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini