Lately ni orang senang sangat nak 'buat' kat kita kan. Tak kiralah dengan cara apa pun. Semalam aku baca entry di blog ini pasal santau ni. Aku terasa nak buat entry pasal ni memandangkan orang terdekat aku pun pernah kena buat orang ni. Seram betul.
Ape tu santau? Menurut di sini,santau ni rangkaian dari 3 perkara iaitu ramuan,makhluk halus & sihir. Jenis santau :
- santau angin
- santau tuju
- santau makan minum
- santau langkah
Dan tanda bila kita atau seseorang itu terkena santau buatan orang ni ialah :
- batuk berterusan & tak dapat diubati dengan ubat. Hanya waktu tertentu
- muntah darah
- rasa mencucuk-cucuk seperti jarum di bahagian badan tertentu (dada,peha,sendi badan,kaki)
- demam panas
- sakit kepala
- tak de selera makan
- dan banyak lagi
ingat lagi tak? |
Korang boleh baca banyak lagi berkaitan cara nak sembuhkan pasal santau ni kat sini. Bila aku baca rasa seram sejuk pulak. Harap2 tak terkena pada aku nauzubillah.
Pengalaman aku tengok orang kene santau ni ada 3. 3 ni yang lebih detail lah aku rasa aku boleh ingat.
Kisah 1 :
Abah aku yang kena. Aku tak ingat tahun bila. Abah kena santau apa pun aku tak tahu yang pasti abah langsung tak boleh masuk negeri johor. Bila masuk negeri johor je abah akan jadi lemah sangat2. Peliknya bila keluar dari negeri johor elok alhamdulillah. Bila abah berubat elok semula. At last pindah dari johor.
Kisah 2 :
Pasal roomate kawan baik aku kat UPM. Kawan aku cerita lah pasal roomate dia ni. Asal makan je muntah asal makan je muntah. Pegi hospital klinik semua tunggu pemeriksaan macam2. Dia hanya boleh makan bubur je. Kalau tengok badan dia memang kesian. Orangnya kurus jadi makin kurus.
Kawan aku yang sebelah katil dia ni pun rasa kesian dengan dia. Makan ape2 selain bubur memang akan termuntah balik. Dia pun pelik sampai 1 masa pegi berubat cara islam,kata dia kene buat orang. Disebabkan ada yang tak senang tengok dia bahagia macam tu lah. Orang nak buat dekat dia sebab tak 'dapat' dia.
Aku yang mendengar ni automatik jadi seriau gila. Yelah orang berdekatan kena macam tu kan.
Kisah 3 :
Kakak aku sendiri. Bekas dia buat dia jadi benci sangat kat tunang dia. Bayangkan tak boleh jumpa langsung. Bila jumpa je automatik bergaduh. Tapi bila mesej/call elok je. Then sorang kawan dia cadangkan pegi berubat kampung. Pegi berubat tengok2 memang terkena buatan orang.
Ustaz tu tanya macam2 kat akak aku. "sebelum ni pernah berhubungan dengan siapa","sakit kat mana","cuba tengok tunang tu sayang tak?". Bila lepas berubat tu akak aku jadi lembik gila. Masa tu tunang dia,family aku sekali ada. Kau tahu abah yang tak pernah nak marah selalu tu tiba2 marah weh. Abah cakap "tu la dulu orang cakap jangan kapel,jangan bagi gambar macam2 degil.Dah jadi macam ni mulalah". At last aku yang kena marah. Sumpah kasi pengajaran kat aku.
Benda tu tertanam kat umah nenek aku.
Sekarang selalu sangat benda macam ni jadi kan. Kalau dulu kes sihir melalui facebook. Mak aku selalu pesan "kalau nak bagi gambar kat orang tu jangan bagi full body nampak". Aku tak tahulah betul ke tak tapi dengan gambar macam2 boleh jadi macam2 orang boleh buat kat kita kan.
Zaman sekarang ni makin lama makin moden. Even kat facebook ke kat mana2 laman sosial pun orang boleh buat jahat kat kita. Bila aku teringat balik zaman dulu2 aku yang suka main2 kan perasaan orang ni,aku jadi takut sangat. Berharap sangat mereka tak pernah berniat sikit pun nak buat sesuatu yang tak baik kat aku.
Apa2 pun kita kena selalu mohon perlindungan dari Allah. Ayat yang selalu aku amalkan sebagai perlindungan diri ialah Ayat Qursi,1000 Dinar,4 Qul & Al-Fatihah. Kalau aku keluar mana2 pegi jalan ke aku selalu baca ayat2 tu semua. Mohon perlindungan dari Allah,mohon Allah sentiasa lindungi kita dari benda buruk.
Kita sebagai perempuan kena lebih berhati2. Kalau dulu aku suka dipanggil playgirl,sekarang aku jadi fobia dengan panggilan tu. Jahil gila aku dulu. Alhamdulillah sekarang banyak benda yang aku menyesal aku buat dulu. Terima kasih kepada family,kawan & ijam yang selalu tak putus2 ingatkan aku & bagi support kat aku.
pernah dgr cite ada pelanggan kat kedai makan kena santau angin..sebabnye kedai sebelah dengki coz takde orang nak makan kat kedai dia..lastly,dia santau org yg dtg ke kedai sebelah dia..sebab tu nak makan kena baca bismillah dulu :)
ReplyDeleteumah akak ada tertanam bnda kain kuning.. kata ustaz, nk kenakan kami sekeluarga.. seram dik.. n mmg ramai kata, gmbr full body ni bahaya.. hurmm.. tkt kan bila ingt mende ni
ReplyDeleteSalam perkenalan ye najihah...good info sharing...selalu sgt dgr kisah santau2 nih kan...huh takut...ayuh kita selalu baca surah 3x kul dan surah kursi setiap ari...insyaAllah kita semua terpelihara :) i follow ur blog ya :)
ReplyDeleteadoiiii mcm mcm skrg ni kan,so berbuat baik lah pada semua org.
ReplyDeletefuuu, moga dijauhi la drp khianat org yg dengki dgn kita ni..macam2 manusia skrg. tak kisah dh gna cara apa asalkan dendam terbalas. yg mpuan, berhati2lah
ReplyDeleteaiyooo takot....
ReplyDeletethanks for sharing :D
my closest family pun kena, rupanya since dia baru kawen sejak 20 tahun dulu, ade orang dengki. Nauzubullahiminzalik mintak dijauhkan. takot benda2 camni boleh bawak mati :(
ReplyDeletebenda2 ni lah yang takut. sebab nak ubatkan susah. minta jauh la. boleh bawak maut. ni selalu kes dengki dan iri. kadang2 kita senang pun tak selamat.
ReplyDeletefiq prnh citer dlm blog dulu..psl adik roomate fiq kena santau.. dia kena masa nak amik exam PMR.. kesian sgt.. dgr citer ada org tak puas hati ngan perniagaan kedai makan mak dia.. tp, adik dia jd mangsa.. skrg alhamdulilah dah ok...
ReplyDeletesemoga kita dilindungi dr perkara cm ni.. Amin...
ya allah... takut betul la... kita tak tahu kan... kadang2 kita dah buat org sakit hati... moga Allah sentiasa melindungi kita... Amin..
ReplyDeletemoga2 kita dijauhkan dari benda2 ni... nauzubillahminzalik...
ReplyDeletetakutnye..taku dah nak letak gambar merata2...
ReplyDeletehuu thanks sharing..sejak dua menjak nih pon ada google bnda nih dan skrg kena rajin amalkan ayat2 utk minta perlindungan dari Allah
ReplyDelete