Wednesday, February 27, 2013

Tips Picit Jerawat Secara Sihat

Assalammualaikum..

    Tak menyempat nak bw blog korang2 ni. Bz sangat2 weh. Aku nak buat entry pasal picit jerawat ni sebab ade orang request. Tapi aku tak sarankan korang picit jerawat ye sebab akan meninggalkan kesan. Yang aku kasi ni cara picit jerawat yang sihat. Oh ye?



  • tuam dengan kain yang direndam air suam
Amik kain then rendamkan dalam air suam & tuam kat tempat jerawat tu. Lepas tu picit slow2. Aku suka buat sebab tak sakit & jerawat senang keluar. Tapi ingat jangan guna kuku!
  • jangan picit guna kuku
Jangan guna kuku sebab kuku kita banyak bacteria. Guna kulit jari. Tapi sebelum tu basuh tangan bersih2 & picit. 
  • picit menggunakan pemicit khas
Ada jual kat sinma,kat kedai aksesori perempuan. Watson pun ada tak silap aku. Cara ni aku tak suka sebab sakit. 
  • picit bila jerawat dah betul2 masak
Jangan kau gatal nak picit jerawat yang fresh baru tumbuh tu. Memang tinggalkan kesan. Bila agak2 dah keras,dah tak sakit bila picit,boleh picit.
  • tuam dengan air suam
Lepas korang picit jerawat tu korang tuam balik bekas jerawat yang korang picit tu dengan air suam. Amik towel kecik la


    Ni antara cara lah. Tapi sebolehnya tak payah picit. Biar dia hilang sendiri. Basuh muka bersih2 mesti hilang jerawat tu. Bye

Monday, February 25, 2013

PSY singgah blog aku!

Assalammualaikum..

   Blog aku ada artis antarabangsa datang jenguk. Kau ada? Nak tahu siapa dia?






p/s : good night. 

Teguran - Sentap & Makan Hati

Assalammualaikum..

   Hai semua. Korang pernah kena tegur? Ditegur? Lepas tu apa perasaan korang? Bagi aku penegur & orang yang ditegur kenalah concern. Macam mana eh?

  • penegur
Korang pun kalau nak tegur biarlah beradap & beralas sikit kata2 tu. Jangan main sembur je. Kenalah jaga hati orang jugak. Contoh kalau kau nak tegur dia pijak katil kau. "eh awak,tu tempat sy tidur tau. Kenapa pijak. Tak elok la". Biar berkias janji beradab.

Aku sendiri pun tak pandai nak tegur orang nak2 kawan baik sendiri sebab aku takut nanti jadi lain pulak kalau ditegur. Maunya sentap seumur hidup. Naya lah kalau macam tu tak best la kan. Pokok pangkal kena jaga kata2 & cara tu paling penting. Kalau aku cara aku nak tegur orang aku gunakan dengan nada bergurau. Contohnya "aku memang dilahirkan jadi kuli kau kan". Pandai2 lah korang susun ayat tu.


Even Rasulullah saw nak tegur kawan2 baginda pun beradab,dengan cara yang elok supaya tak terguris hati orang yang ditegur tu. Kenapa kita tak boleh kan. Banyak sangat dah sekarang jenis orang yang kalau nak tegur,tegur dengan perkataan yang kasar & cara yang memalukan. Contohnya "bangganya kau tayang buah dada kau tu ye. Nanti kena rogol baru nak sedar". Kau tahu,dengan kau sekali dapat dosa sebab mengaibkan orang tu. Nak2 ditegur kat laman sosial.

  • orang yang ditegur
Kena lah open minded & hati kasi kental. Kalau everytime nak sentap je time ditegur susahlah kan. Dah besar masing2 dah tahu mana baik buruk. Bila dah ditegur jadikan pengajaran supaya tak buat lagi akan datang.

Aku dulu pernah je kena tegur dengan kawan aku disebabkan bahasa aku yang terkadang agak mengguris hati orang lain. Tapi orang yang tegur aku tu gunakan cara yang tersangat elok & baik bagi aku sebab tu aku tak marah & amik hati langsung dengan apa yang dia tegur. Nampak tak kaitannya. 



Nak kata aku sentap tu memanglah tapi seminit 2 je. Bila aku muhasabah diri then dah ok balik. Malah aku bersyukur sangat ada kawan macam tu yang tegur aku,kalau tak sampai bila aku tak sedar. Ingat ni "jangan salah kan orang yang menegur kita,sebab apa yang ditegur tu adalah salah/silap kita yang kita tak perasan"

    Tapi kalau jenis yang sound direct tanpa pikirkan hati perasaan & keadaan tu memang bikin hangit lah. Silap hari bulan bergaduh sesama sendiri. Yelah siapa yang suka dimalukan bila kena tegur macam tu kan. Tak de siapa yang suka. 

    So,kalau kita nak tegur orang tu pastikan :
  • tengok diri sendiri dulu
  • jaga bahasa
  • jaga adab
  • jaga cara menegur
  • be secure
    Mungkin akan ada yang kata "tegur jelah depan2 direct kan senang".Tapi tak mudah bagi sesetengah orang. Tak semua orang boleh terima teguran even ditegur dengan cara yang elok & baik. Tu selalu orang cakap jaga hati orang lain hati sendiri tak terjaga. Tak pe,Allah kan ada.

    1 je aku nak pesan. Korang,cubalah tanam sikit sifat sense of humor dalam diri korang tu. Tanam supaya tak menyakitkan hati orang lain dengan perlakuan korang. Paham tak? Dalam BI dia cakap "put yourself in other's shoe". Contohnya "kalaulah katil aku yang kena pijak,mesti lah aku pun marah jugak","kalau aku jadi dia pun aku marah sebab asyik jadi kuli je buat itu ini". Macam tu. Faham?

    Kesimpulan,ajar diri sendiri supaya menghormati orang lain sebelum nak diri sendiri dihormati. Ok bye esok ade lab mau tersengguk aku. 

p/s : rasa rabak hati tahan sabar lama sangat
    

Sunday, February 24, 2013

Halal Haram Jenis Vitamin : Hati-Hati Bila Memilih & Beli

Assalammuaslaikum..

    Hari tu aku ada tulis nak cerita pasal vitamin yang aku nak beli tapi berkaitan status halalnya kat sini. Sini aku cerita. Aku share dengan korang sebab aku pun hampir tak secure & sensitif dengan benda ni semua.

    Alkisah hari tu aku pegi Guardian kat Mines sebab nak cari vitamin C.Then aku tanyelah staff kat situ yang mana yang bagus. Pastu ada amoi & abang lelaki tu kasi aku makan & promote 1 produk vitamin C dari jepun ni. Aku pun makan lah dengan kawan aku. Beriya aku ngan kawan aku puji sedap sebab dia macam gula2 yang gel tu. Harga pun boleh tahan mahal & lepas pada tu aku balik sebab aku nak berpikir sebelum beli.


    Pastu masa lepas lecture aku pegi jumpa lecturer aku yang mengajar bidang vitamin semua ni. Berkat aku belajar bidang makanan. Semua benda aku baru tahu. Sadis betul.


Aku : "Dr,vitamin yang combine vitamin C dengan E elok tak?"

Dr : "Bergantung"
Aku : "Hari tu saya pegi farmasi,sy tengok banyak sangat brand.Yang mana elok ye?"
Dr : "awak makan yang kapsul ke jelly like?
Aku : "yang macam gel tu rasa oren"
Dr : "hati2 kalau yang berbentuk gel & kenyal tu sebab takut dia guna gelatin dari babi. Cek dulu ada logo halal ke tak"
Aku : speechless! "Dr pakai vitamin C jenis apa & yang mana elok ye"
Dr : "biasanya 21st century tapi awak kena baca RDA dia dulu. Kena sesuai dgn badan awak"


    Faham tak? Lecturer aku cakap, bebanyak vitamin jarang sangat yang berbentuk gel & kenyal macam gula2 tu. Kalau ada berisiko bagi kita yang kaum Islam sebab salah 1 sumber gelatin adalah dari babi. Dan ada gelatin dari tumbuhan. Korang kalau nak beli makanan ke apa2 sekali pun cek kandungan bahan dia. Kalau dia guna gelatin tengok jenis gelatin apa yang dia pakai. Nasib baik aku tak beli lagi.Bahaya!


Gelatin merupakan protein yang dihasilkan daripada sumber haiwan seperti babi, lembu dan kerbau iaitu daripada kulit, tulang dan sendi-sendinya. Selain itu gelatin juga boleh dihasilkan daripada sumber sayuran. Menurut kajian, 44% gelatin di dunia dihasilkan daripada kulit babi,  28% kulit lembu,  27% daripada tulang dan hanya 1% daripada sumber lain. 
Kajian ini jelas menunjukkan bahawa penggunaan gelatin dari kulit babi adalah begitu tinggi berbanding sumber sumber lain.Selain daripada gelatin dari sumber babi yang ternyata haram bagi umat Islam, gelatin dari sumber lembu juga diragui status halalnya kerana tidak dapat dipastikan sama ada lembu itu disembelih mengikut syariat Islam ataupun tidak. Sumber sini 


“Gelatin source is bovine” – maksudnya gelatin yang digunakan ialah gelatin lembu
“Gelatin source is porcine” – maksudnya gelatin yang digunakan ialah gelatin babi
“Gelatin source is bovine anda porcine” – maksudnya gelatin yang digunakan ialah campuran   gelatin lembu dan babi
“Vegicaps” – maksudnya kapsul yang digunakan adalah kapsul dari sumber sayuran.


    Aku punya terkejut lepas tahu tu sebab aku memang terlupa langsung nak cek ada cop halal ke tak vitamin jenama tu sebab brand tu dari Jepun. Terus aku cancel nak beli vitamin tu walaupun sedap.

    Lagi 1 lecturer aku cakap,kalau nak beli sebarang vitamin apa pun perkara paling penting sekali kita kena buat ialah :

  • cek logo halal
  • cek RDA dia sama ada melebihi dari tubuh badan kita yang memerlukan atau tak
  • cek bahan yang terkandung untuk buat vitamin tu
    Benda ni memang selalu kita terlepas pandang macam aku. Kita memang sedap je amik vitamin macam2 tanpa cek apa yang sepatutnye & lebih penting. Selain pada tu,senang2 korang amik je sumber vitamin A,vitamin E,C & lain2 dari sumber sayur & buah. Memang banyak sangat. Salah 1 buah & sumber yang kaya dengan vitamin ialah buah epal. Korang kalau makan epal jangan buang kulit sebab vitamin paling banyak ada kat kulit epal. Just basuh bersih2 je kulit dia.

     Especially vitamin atau colagen yang berbentuk softgel ni. Kena tengok soft gel yang dia buat untuk coated vitamin tu diperbuat dari gelatin & bahan apa.




    Tanggungjawab kita sebagai orang islam untuk utamakan status halal haram dalam pemakanan kita. Sebab itu semua akan jadi darah daging kita. So lepas ni sebelum nak beli apa2 pun cek dulu logo halal tu. Kalau nak makan vitamin cek dulu RDA dia sama ada sesuai ke tak dengan badan kita. Jangan terlalu rendah & jangan terlalu tinggi.

    Ok harap ape yang aku share akan dapat tolong korang tahu pasal ni. Sedikit sebanyak yang aku dapat ilmu dari cikgu aku,aku share dengan korang. Ok bye.



p/s : minggu depan aku tak bukak order pmc sebab supplier outstation

Friday, February 22, 2013

Produk Kecantikan Yang Mencacatkan

Assalammualaikum..

    Baru ada masa nak update blog ni. Baru2 ni kecoh kat fb pasal produk kecantikan yang membawa kecacatan & kesan buruk kat sorang perempuan ni kan. Aku tertarik nak buat entry pasal ni since perempuan obses gila dengan produk2 kecantikan semua ni. Tambah2 lagi terlalu banyak produk kecantikan yang ada kat market & even jual kat online pun.

   Sebelum korang beli apa2 produk kecantikan sekalipun,make sure korang cek semua yang berkaitan & penting pasal produk tu contohnya :

  • kandungan bahan kimia yang ada untuk buat pencuci muka tu
  • status kelulusan dari KKM
  • halal
  • kesan keatas kulit 
  • teliti betul2
   Sekarang ni terlalu banyak sangat produk kecantikan yang terjual kat luar tu nak2 online. Sebab by online kita tak boleh pegang,tak boleh teliti,tak boleh belek2 produk tu dengan tangan kita sendiri. Just setakat tengok owner yang jual post gambar kat fb ke blog ke. Mana tahu gambar2 tu semua mungkin ada yang palsu ke kan. Tak ke naya. Bukan setakat produk kecantikan je,produk lain macam pelangsingan badan ke ape ke kena hati2 jugak.


    Bahan yang dibuat dalam produk kecantikan ni memang akan ada bahan kimia. Cuma beza yang berbahaya ataupun yang dibernarkan. Contohnya yang berbahaya atas kulit kita ialah silver nitrate. Even ink marker pen kalau korang main conteng2 muka then ada tindak balas pada kulit korang pun bahaya. Tu maknanya marker pen tu mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Nak tengok senarai baru produk kecantikan yang tak selamat boleh tengok sini.

    Lagi 1 vitamin2 yang terjual kat luar tu maksud aku yang online. Banyak sangat kan. Pastikan dah dapat kelulusan KKM & dan ada tanda halal kat botol vitamin tu sebelum nak guna. Nanti aku kasi entry pasal vitamin halal tak halal ni sebab ari tu aku ada tanya lecturer aku yang mengajar bab ni. Nanti aku share.


     Aku tak tahulah produk mana yang disahkan tak ok & tak dibenarkan & mengandungi bahan kimia yang merbahaya. Setakat ni sampai sekarang aku pakai skincare Safi Balqis dengan rumpai laut colagen je. Yang tu memang dijamin halal & berkesan.

    Kalau nak cantik ni senang je. Amalkan petua2 tradisional pun dah boleh cantik kan. Tak payah susah2 nak beli produk kecantikan yang mahal2 tu. Aku pakai Safi Balqis yang putih tu & toner dia je. Pelembab siang ke malam ke pencerah semua tu aku tak amik sebab berminyak. Bila aku pakai 2 tu je kulit aku ok & sekarang aku amalkan makan & pakai rumpai laut tu. Alhamdulillah sangat puas hati.

     Dah macam2 kes dah terjadi. Dulu mak teh aku pernah pakai produk BMI. Sumpah mahal gila. Then mak teh aku stop la sekejap sekali muka dia jadi menggelupas teruk dengan radang merah nya sampai malu nak keluar rumah. Seriously teruk sangat sebab stop pakai BMI tu. At last amalkan skincare yang lain baru ok.


    Nak pakai skincare ape2 pun boleh sebab depends pada kulit kita. Tak semestinya apa yang aku guna sesuai dengan kulit korang kan. Kulit aku pakai produk murah je haha. Korang kena betul2 make sure yang produk kecantikan yang korang nak guna & pakai tu sesuai & selamat dengan kulit korang.

    Seram,scary & kesian tengok muka orang yang terkena tu. Sayang muka weh. Lagi article pasal ni yang korang nak tahu lebih dalam boleh baca kat sini.

p/s : jaga2 dengan produk yang terlalu cepat bagi kesan untuk hilangkan itu ini kat muka

Thursday, February 21, 2013

WW- Bermesej Dalam Kelas

Assalammualaikum..


Sumber 9GAG

Cara Penyediaan Jelly Rumpai Laut & Masker

Assalammualaikum..

   Disebabkan ramai yang bertanya tentang penyediaan rumpai laut colagen ni,aku share dengan korang cara2 dia ye. Yang ni sekali buat masker.

Cara Penyediaan :

  1. Basuh colagen mentah,ramas2 seperti basuh beras 5-6 kali.
  2. Rendam colagen  mentah yang telah dibasuh semalaman.
  3. Buang air rendaman tadi & basuh sekali lagi 5-6 kali & toskan.
  4. Campur dengan 2.5 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus.
  5. Masak dengan api yang perlahan dalam 30-45 minit. Kacau hingga hancur. Boleh juga dicampurkan dengan gula batu atau ginseng (untuk buat masker biar kosong jangan campur apa2)
  6. Biarkan sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas & disimpan didalam peti ais (bukan bahagian freezer)
Cara Membuat Masker :
  1. Selepas colagen direbus,tapiskan dahulu.
  2. Sisa tapisan digunakan untuk membuat masker & air untuk diminum.
  3. Bersihkan muka terlebih dahulu (1-2 kali)
  4. Sapukan rata sekitar muka & leher
  5. Tunggu sehingga masker kering dalam 30 minit.
  6. Bilas dengan air suam hingga bersih & lap hingga kering.
sebelum aku pakai pmc colagen. Teruk gila muka aku


muka aku lepas 1 bulan pakai colagen pmc (fresh leapas basuh muka pakai masker)

Cara Makan :
  1. waktu terbaik ambil semasa perut kosong (lepas bangun tidur-sebelum sarapan & sebelum masuk tidur)
  2. ambil 3 sudu besar & masukkan ke dalam gelas.
  3. campurkan dengan sunquick,ribena atau kordial untuk hilangkan rasa hanyir.
  4. larutkan & minum. Sebelum tu baca selawat dulu
Penting :
  • jangan minum air nescafe,kopi,minuman berkafein & minuman berkarbornat lepas makan colagen ni. Sebab akan menyerap vitamin C yang ada dalam rumpai laut ni.
  • untuk hasil yang memuaskan minum air kosong banyak2 & amalkan pemakaian,makan colagen ni selalu.
      
    Ok jelas tak? Kalau ada apa2 pertanyaan boleh terus tanya ya. Alhamdulillah makin ramai yang order & gunakan PMC/rumpai laut colagen ni. Tengah tunggu testimoni dari customer. Harap baik2 saja.

   Oh ya,bagi yang tak lalu nak makan tu,boleh pakai masker je. Cuma kalau nak hasil yang lebih baik baik makan & pakai. Tutup hidung tu.Dan bagi anon yang tanya pasal krim tu,aku dah tak pakai langsung krim malam/siang,pencerah muka. Yang aku pakai hanya pelembab & pencuci muka safi. Tu je. Harap menjawab soklan

Last order untuk minggu ini sebelum ditutup & restock! 

Gred AA (kuning)- RM20/100g, 2 peket/200g RM30,3 peket keatas free postage
Gred AAA (purple) - RM30/100g,2 peket/200g RM50,3 peket keatas free postage

*termasuk postage

Untuk readymade hanya disekitar UPM :

Gred AA (kuning) - RM10
Gred AAA (purple)- RM20

*bekas segi 4 

- repeat customer will get discount/special price
- can contact me by text/whatsapp 013-4291922


p/s : bagi yang ada alahan teruk pada seafood tak digalakkan ambil

Wednesday, February 20, 2013

Harleem Shake & Orang Malaysia

Assalammualaikum..

    Semalam aku dengan romate aku tengok tarian Harleem Shake yang bagi aku macam haram ni. Dah lama dah aku tengok tapi macam tak beriya lagi. Katanya nak jadi fenomena ke 2 lepas Gangnam Style. Oh yeke?

    Semalam aku duduk lah mengusha video harleem shake yang mana orang malaysia yang buat jugak kononnya parody. Aku yang tengok aku buat kesimpulan aku sendiri. Pendapat korang? Tengok sendiri.






    Amacam? Yang paling tak boleh blah yang video ke dua yang ada perempuan tu. Gila jatuh saham sebagai perempuan. Motif dorang buat? Sesaja je ye. Bagi aku lah kan lepas tengok tarian ni semua aku rasa :

  • mentaliti rakyat malaysia
  • rakyat malaysia yang gemar menonjolkan ketidakpandaian diri sendiri atau dengan bahasa kasarnya kebodohan diri sendiri
  • kasi can lagi rakyat malaysia menghina & mengutuk
  • malu
  • mencari publisiti
    Tu pendapat aku lah. Korang aku tak tahu. Bila aku tengok video tarian ni rasa macam penari2 tu kena sampuk hantu pun ada,kena sawan pun ada. Tak rasa? Ape lah perasaan mereka2 masa buat tarian ni terutamanya perempuan tu. Gila segan nak menari macam sawan macam tu & uplod kat u tube yang 1 dunia boleh tengok. Oh!

    Apa yang aku perasan sini,rakyat malaysia gemar cetuskan trend & publisiti murahan. Lepas ni ape pulak? 

p/s : Aku rasa tarian kuda gangnam tu lagi better dari tarian ni. Macam kena histeria

Tuesday, February 19, 2013

Sikap Driver Bas UPM Yang Annoying

Assalammualaikum..

   Maafkan aku sebab tak sempat nak balas kunjungan,bw & datang komen kat blog korang. Naik sem ni memang aku akan bz uruskan pendaftaran subjek aku. Dengan sistem UPM yang bengong nye. Harap korang faham.

   Memandangkan dah 3 tahun aku duduk sini pegi kelas dengan menggunakan kenderaan awam iaitu bas upm,aku nak share dengan korang sikap & attitude driver bas yang sangat2 buat aku rasa menyampah & annoying gila. Kau tahu kadang2 sikap driver bas upm ni over reacted . Dan aku juga paham maybe disebabkan perangai student yang kadang2 tak paham bahasa yang buatkan pakcik driver bas ni buat camtu. Kenapa? Sini baca.



  • suka hati main tutup je pintu bas
Kau tahu dulu aku hampir tercicir tengah jalan sebab pintu bas tu tetiba tutup tanpa diberitahu. Time tu aku memaki hamun driver bas tu. Bahaya kan. Sangat bahaya. Tak kisah pasal keselamatan student. 

Kalau nak kata position aku dalam bas tu rasanya semua tempat aku dah merasa. Atas dashboard kat driver,depan pintu bas, atas tangga bas. Amacam sadis tak. Semata2 nak pegi kelas aku sanggup.
  • main kira2 student
Bas kat upm ni limited nak2 lagi bas kolej aku,kolej serumpun. Beribu student yang ada kat situ berebut2 nak naik bas. Lagi2 bila time petang time habis kelas tu kau akan tengok bersusun2 student nak naik bas serumpun.

Ada sorang driver bas ni boleh main kira2 student yang yang naik bas. Memang lah betul cara dia tak nak bagi bas too overload tapi at least janganlah main halau & tutup je pintu bas tu sesuka hati. Kesian student yang rushing beriya nak naik bas tetiba kena halau suruh naik bas lain. Geram.

Macam tadi kawan aku nyaris kena halau sebab dia kira student yang naik bas tu. Maybe sebab dia tak nak bas dia terlalu penuh. Semak katanya. Aku kesian tengok student yang kena halau tu ternganga je sebab kena suruh cari bas lain.

Cara pak cik bas ni betul tapi jangan sampai kedekut sangat nak kasi student naik bas sampai terpaksa tunggu bas sampai maghrib!
  • no priority for the right student
Yang ni maksudnya tak bagi keutamaan student naik bas ke kolej yang sepatutnya. Paling aku bengang sekali kes ni. Ada certain driver tu baik hati sebab utamakan student kolej serumpun ni daripada kolej yang lain sebab dia tahu budak kolej serumpun ni lebih memerlukan bas & sangat ramai. Yang tu memang aku respect.

Tapi ada pulak driver bas kolej terutamanya kolej aku yang baik hati sangat nak tumpangkan student kolej lain naik bas kolej kitorang. Yang tak boleh blah kalau kitorang nak naik bas kolej yang lain mintak tolong hantar ke kolej kitorang boleh pulak dia cakap "tak boleh,bas lain banyak lagi kat belakang". Time tu jugak aku maki. Maki dengan studentnye sekali. Bas kolej sendiri ada naiklah.



Bab yang ni memang aku bengang sebab terkenangkan kitorang student kolej serumpun yang punye ramai tahap gaban yang memerlukan banyak bas untuk balik ke kolej. Kadang2 tu habis kelas pun dah malam,kalau tak de bas nak balik macam mana. Lagi merisikokan hidup student. Lepas tu mulalah timbul macam2 kes.
  • bawak bas macam orang mabuk
Sem lepas ada sorang driver berbangsa India. Dia ni kalau bawak bas memang membahayakan student. Laju nak meninggal. Serius lagi gila. Aku ni yang berdiri lagi pegang buku bila dia break rasa nak melambung badan. Dah pulak kalau ada lelaki boleh sampai terpeluk2. Gila scary!

Bawak bas macam orang mabuk bahayakan student. Kalau la kau tengok keadaan dalam bas tu mesti rasa scary & kelakar jugak kadang2. Sumpahan & cacian tu tak payah cakap,almost majority student dalam bas tu mulut terkumat kamit je cakap macam2. 

   Even macam tu perangai driver bas upm ni aku tetap bersyukur sebab masih ada lagi kenderaan aku nak pegi ke kelas. Al maklumlah aku ni tak semewah & sekaya student lain yang bawak kereta,motor,van semua tu. Hanya mampu lihat je tengok student2 yang bawak kereta,moto tu. Siap tekan2 minyak lagi deoan student yang tunggu bas ramai2 ni. Sungguh biadap.

    Kadang2 banyak sangat kereta depan kolej ni rasa semak jugak. Tapi biarlah. Selagi ada kenderaan nak pegi kelas bagi aku its ok. Tak kisah lah naik bas ke lori ke janji sampai ke kelas tu. Aku cukup tak gemar dengan orang yang tak boleh hidup susah ni. Katanya "tak nak lah naik bas tu,tak standard. Nak bersesak bagai dengan panas semua. Penat aku pakai cantik2". Rasa berbulu je dengar.


    Mostly yang cakap macam tu junior. Budak yang baru masuk. Amboi kau dik,aku yang dah nak dekat final year naik bas hidup je lagi. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Tak payah nak bajet kaya sangat.

    Lagi 1 kadang2 masak jugak dengan perangai student ni. Ada yang time nak naik bas time tu lah nak bercakap,nak berdating,nak berlenggang,menyirap je. Dah pulak nak2 time nak turun tu majority student (junior) tak nak kasi laluan langsung bagi student yang nak keluar ni. Free2 kena sound kat situ.

    Memang naik bas ni agak susah sebab kalau nak pegi mana2 nak keluar ke memang susah tak de kenderaan sendiri tapi tak pelah. Dah nak habis dah pun. Kampus aku pun dalam main kampus so tak payah risau sangat. Lagi pun bes naik bas ramai2 dengan kawan2,jimat duit minyak,rasa lebih terjamin keselamatan,jimat duit. Lagipun yuran bas aku bayar,rugi kalau tak guna bas tu haha. 

p/s : kemahiran selit menyelit naik bas aku dah expert haha. Kau junior,ada? Tak ada senyap. tau nak komplen je
    

Testimoni Pengguna PMC/Rumpai Laut Collagen

Assalammualaikum..

    Pagi ni nak share dengan korang testimoni pengguna PMC/rumpai laut dari orang yang aku kenal & beberapa customer aku. Alhamdulillah syukur bila guna colagen ni banyak perubahan yang mereka rasa. Termasuk mama aku. Jom aku share

"jeragat berkurangan,kulit kasar jadi lembut & darah tinggi turun"- mama

"reshapekan badan. Menyelaraskan hormon & teraturkan period"- yana (kosmate),2013 

" jerawat pasir hilang,parut kesan jerawat berkurangan,kulit cerah"- zeera,2013

"hilangkan sun burn. Licinkan & haluskan kulit muka" - kakak aku 

"white & black head  hilang & jerawat batu berkurangan"- adik aku

"melaraskan hormon,hilangkan sakit sendi/bahu,licinkan kulit,hilangkan sembelit"- blogger safura,2013. Boleh baca testimoni beliau sendiri di sini 

Testimoni aku sendiri 


Dan akhir sekali testimoni dari aku sendiri yang aku rasa banyak perubahan kat muka aku. Korang boleh baca sini. Aku memang sangat berpuas hati bila pakai collagen rumpai laut ni & alhamdulillah ramai juga orang yang berpuas hati.

Oh ya,lelaki pun boleh ambil juga rumpai laut ni ya.

Siapa yang berminat ataupun nak order PMC/rumpai laut ni boleh inform aku terus

Gred AA (kuning) - RM20
Gred AAA (purple) - RM 30

termasuk postage

*repeat customer will get special price

boleh whatsapp/text: 013-4291922

Sunday, February 17, 2013

Perompak Mati Ditembak & Saudaraku Diikat

Assalammualaikum..

    Tadi abah cerita sepupu abah kena rompak kat Taiping. 1 family kena ikat & lesap semua duit,emas,handfon,laptop semua. Alhamdulillah mereka sekeluarga tak diapa2 kan sebab mereka tak bertindak ganas untuk melawan. Baiklah redha dengan apa yang diambil daripada membahayakan nyawa sendiri kan. Harta boleh dicari,nyawa tak boleh ditukar ganti.Terkejut sangat aku. Tak lama lepas tu ada berita perompak mati kena tembak oleh seorang bekas polis yang juga salah seorang mangsa yang juga senasib dengan sepupu abah. Ada masuk dalam paper. Polis panggil sepupu abah cam perompak tu,memang betul salah seorang perompak yang mati tu yang curi masuk rumah sepupu abah.


    Aku ni seriau kalau bab2 kena rompak bagai ni sebab pernah kena. Nanti aku cerita dalam next entry. Korang pernah sape2 yang pernah kene rompak macam tu? Kalau aku lah yang kena mau trauma hidup aku.

    Zaman sekarang ni macam2 yang berlaku. Dulu rumah Wardina kena rompak. Simpati aku dengan nasib saudaraku di Ipoh. Semoga Allah berikan mereka kekuatan untuk hadapi semua dugaan ini.

   Bagi kita ni,jaga2 lah rumah & diri sendiri. Pastikan pintu berkunci depan belakang semua. Benda nak jadi sekelip mata jekan. Mohon aku dijauhkan daripada perkara sebegitu lagi. Amin.


Saturday, February 16, 2013

Orang Badan Chubby Bersuara Emas

Assalammualaikum..

    Hai! Mase korang baca entry ni aku dah otw selamat pulang ke upm. Minggu depan dah start kuliah weh. Berkarat otak ni ha. Entry kali ni pasal orang berbadan chubby or plus size bersuara emas. Tahu tak suara emas tu ape? Tak tahu google.

    Malam semalam aku makan kat kedai tepi jalan kat Triang sebelum balik umah. Singgah kedai makan yang ada offer karoke. Selalu aku makan kat situ bingit dengan suara2 tak berapa nak emas yang menyebabkan selera aku pun ke laut. Korang tak pernah rasa ke,bila orang nyanyi dengan suara ke laut dengan pitching dengan sound yang kuat mengganggu nafsu makan aku.


   Then,masa tengah makan terdengar orang nyanyi lagu "Ratuku" yang Awie nyanyi tu. Sekali pandang orang berbadan chubby tu nyanyi. Sumpah best gila suara dia. Bagi aku complete lah suara dia tu. Langsung tak sumbang. Tetiba teringat Vokal Bukan Sekadar Rupa. Terbuai2 masa tengah makan haha.

    Oleh itu jangan pandang sebelah mata dengan orang chubby ni. Jangan nilai orang dari segi fizikal. Kalau aku jadi judges kompem aku amik dia jadi winner. Gitu kau. Oklah semoga jumpa lagi lepas aku habis kemas barang. Bye!

aku suka suara aizat

adele

Friday, February 15, 2013

Blogger & Trend

Assalammualaikum..

   Hai semua. Apa kabar? Sepanjang aku berblogging 2 tahun lebih banyak benda yang berlaku dalam dunia blogging ni. Macam2 trend yang ada.

  • berlumba post entry yang 'fresh' baru keluar dari mana2 sumber
Contohnya pasal artis,politik,isu semasa. Tak dinafikan aku pun buat jugak benda ni tapi aku olah cara aku sendiri. Gaya penulisan aku gaya aku sendiri. Depends pada blogger tu sendiri la. 

Certain blogger akan cakap "dia ni buat entry panas2 dengan tajuk meletup nak trafik mencanak lah tu". Pedulikan lah ape orang nak kata janji kita tak tiru 100% blogger lain. Aku ada je pernah kena sound macam tu tapi aku cuma take it positive & ignore. Simple. Macam aku kata,aku olah penulisan aku dengan cara aku sendiri.
  • musim segmen , GA & contest

Masa aku blogging tahun 2010 dulu memang meriah sangat2 dengan segmen & GA terutamanya dari Ben Ashaari. Beliau salah seorang otai blogger yang selalu sangat bagi peluang kat newbie untuk promote blog blogger lain. Yang aku ingat beliau tak pernah sombong & mesra dengan blogger lain. Honestly.

Tapi sekarang dah jarang sangat orang buat contest kan. Dulu selalu. Selalu sangat. Aku memang salah sorang blogger yang rajin gila menyibukkan diri join. Haha
  • domain
Kalau dulu blog yang aku selalu baca guna blogspot je. Sekarang berlumba2 orang nak pakai domain sendiri. Somehow aku pun teringin jugak nak pakai domain sendiri tapi tak pandai. Nampak buta IT aku disitu haha.
  • gathering
Seronok kan tengok blogger2 gath sama2. Dulu aku ada dijemput oleh serorang blogger ni untuk join gath dia tapi malangnya aku tak dapat pegi sebab ada hal. Sekarang tengah plan gath baru. Teringin sangat nak jumpa blogger Hanida Moss,Farah Waheeda,AfzalSukasuki, Nick Nashram & blogger lain. 

Sebelum ni aku jumpa blogger kesayangan aku Mizz Tina & Namee Roslan. Kak tina kadang2 selalu jugak datang upm lepak bilik aku. Kalau dah bercakap aku dengan dia memang tak boleh berhenti oi. 

Tak kurang juga kambakan blog yang terpapar kat paper & magazine. 
  • terkenal
Sorang2 blogger yang terkenal. Kalau dulu masa 2010 aku buat blog seingat aku Nisa Kay,Ben Ashaari,Fatin Liyana,Irine Nadia,Hanis Zalikha,Ujang,Maria Elena & Cik Epal. Yang lain ada yang stop blogging. Kalau sekarang ni ramai sangat kan. Yuyu Zulaikha, Ayeem Ayam,Pen Merah,Namee Roslan & ramai lagi. Semua dah masuk paper. Hanis pun dah jadi pelakon.
  • fashion

Blogger yang berlumba yang jadi fashionista pun ada jugak. Tengok & senyum jela kan. Yang ok tu ok lah. Yang over tu entah. 
  • duit
Pernah jugak orang tanya "kau buat blog ni boleh dapat duit ke?". Kalau pandai ok lah income tu kan. Income tu sampingan je,jangan buat blog semata2 nak kaut duit. Nanti orang jelek.

Seronok tengok cara diorang berblog tapi kebanyakan nye dah jarang2 update sebab komitmen kerja/belajar maybe. Blogger yang lain sekarang pun ramai jugak yang meningkat naik. Tak tersenarai sebab ramai yang bagi aku berpotensi untuk naik. Aku kalau baca blog ni aku suka tengok cara penulisan dia. Mana yang menarik perhatian aku memang aku bookmark blog dia.

     Banyak pulak point aku. Maaf lah kalau kurang berkenan. Selain blogging aku suka memerhati. Memerhati turun naik dunia blogging. Ha gitu. Aku sendiri tak tau blog aku macam mana. Ade ke orang suka,suka nak baca,ok ke. Selalu jugak aku pikir semua tu. Biarlah. Kalau ada orang nak follow baca alhamdulillah,kalau tak tak pelah.

    Sudahlah tu,nak bersiap pegi pos barang. Bye!

p/s: aku happy sangat sebab result lebih baik dari sem lepas. Syukur alhamdulillah
    

Thursday, February 14, 2013

Pengajaran Dari Kisah Cinta Almy Nadia,Fizz Fairuz,Shila Amzah & Sharnaaz Ahmad

Assalammualaikum..

    Alkisah,berakhir lah sudah segalanya. Aku suka follow cerita artis2 ni senyap2. To be honest bagi aku,banyak perkara yang boleh dijadikan teladan dari kisah mereka ni semua. Antaranya :

  • jangan terlalu obvious bila bercinta terutamanya di laman sosial
  • no matter what,parents come first
  • jangan terlalu ikutkan hati bila bercinta
  • bersederhana dalam bercinta
  • cari pasangan yang tak terlalu 'overprotected' sebelum jadi suami
  • cari pasangan bukan selebriti (opss!)
  • nak kawin,tunang ikut adat & agama
  • jangan bercinta lama2

    Apa pun,aku rasa kesian dengan nasib Almy Nadia & Shila Amzah ni. Sungguh. Paling aku tak boleh bla kenyataan sharnaaz pasal Nd Lala yang katenye hilang hormat tu. Kalau aku jadi Nd Lala pun aku tak kasi anak aku teruskan hubungan dengan orang yang belum kawin lagi dah tunjuk kurang sopan perangai. 

    1 lagi kes yang Fizz Fairuz sarungkan sendiri cincin kat tunang dia. Dunia artis sekarang ni dah tunggang terbalik. Harap artis lain pun secure dengan semua ni. Tak de nama artis,kata special nak buat itu ini. Sama je orang biasa artis pun.



    Apapun,bagi aku restu sangat penting sebelum menjalinkan perhubungan. Aku pernah rasa hubungan tanpa restu mak aku,tak kemana pun. Putus jugak akhirnya. Siti Nurhaliza pun ada pesan kat Shila Amzah pasal kes dia & restu berdasarkan pengalaman dia. Nasihat orang lebih makan garam patut didengar.

p/s : sama2 ambil pengajaran.

Sihir & Santau

Assalammualaikum..

    Lately ni orang senang sangat nak 'buat' kat kita kan. Tak kiralah dengan cara apa pun. Semalam aku baca entry di blog ini pasal santau ni. Aku terasa nak buat entry pasal ni memandangkan orang terdekat aku pun pernah kena buat orang ni. Seram betul.

    Ape tu santau? Menurut di sini,santau ni rangkaian dari 3 perkara iaitu ramuan,makhluk halus & sihir. Jenis santau :

  • santau angin
  • santau tuju
  • santau makan minum
  • santau langkah
    Dan tanda bila kita atau seseorang itu terkena santau buatan orang ni ialah :
  • batuk berterusan & tak dapat diubati dengan ubat. Hanya waktu tertentu
  • muntah darah
  • rasa mencucuk-cucuk seperti jarum di bahagian badan tertentu (dada,peha,sendi badan,kaki)
  • demam panas
  • sakit kepala
  • tak de selera makan
  • dan banyak lagi



ingat lagi tak?

     Korang boleh baca banyak lagi berkaitan cara nak sembuhkan pasal santau ni kat sini. Bila aku baca rasa seram sejuk pulak. Harap2 tak terkena pada aku nauzubillah. 

     Pengalaman aku tengok orang kene santau ni ada 3. 3 ni yang lebih detail lah aku rasa aku boleh ingat.

Kisah 1 :
Abah aku yang kena. Aku tak ingat tahun bila. Abah kena santau apa pun aku tak tahu yang pasti abah langsung tak boleh masuk negeri johor. Bila masuk negeri johor je abah akan jadi lemah sangat2. Peliknya bila keluar dari negeri johor elok alhamdulillah. Bila abah berubat elok semula. At last pindah dari johor.

Kisah 2 :
Pasal roomate kawan baik aku kat UPM. Kawan aku cerita lah pasal roomate dia ni. Asal makan je muntah asal makan je muntah. Pegi hospital klinik semua tunggu pemeriksaan macam2. Dia hanya boleh makan bubur je. Kalau tengok badan dia memang kesian. Orangnya kurus jadi makin kurus.
Kawan aku yang sebelah katil dia ni pun rasa kesian dengan dia. Makan ape2 selain bubur memang akan termuntah balik. Dia pun pelik sampai 1 masa pegi berubat cara islam,kata dia kene buat orang. Disebabkan ada yang tak senang tengok dia bahagia macam tu lah. Orang nak buat dekat dia sebab tak 'dapat' dia.
Aku yang mendengar ni automatik jadi seriau gila. Yelah orang berdekatan kena macam tu kan.

Kisah 3 :
Kakak aku sendiri. Bekas dia buat dia jadi benci sangat kat tunang dia. Bayangkan tak boleh jumpa langsung. Bila jumpa je automatik bergaduh. Tapi bila mesej/call elok je. Then sorang kawan dia cadangkan pegi berubat kampung. Pegi berubat tengok2 memang terkena buatan orang.
Ustaz tu tanya macam2 kat akak aku. "sebelum ni pernah berhubungan dengan siapa","sakit kat mana","cuba tengok tunang tu sayang tak?". Bila lepas berubat tu akak aku jadi lembik gila. Masa tu tunang dia,family aku sekali ada. Kau tahu abah yang tak pernah nak marah selalu tu tiba2 marah weh. Abah cakap "tu la dulu orang cakap jangan kapel,jangan bagi gambar macam2 degil.Dah jadi macam ni mulalah". At last aku yang kena marah. Sumpah kasi pengajaran kat aku.
Benda tu tertanam kat umah nenek aku. 

    Sekarang selalu sangat benda macam ni jadi kan. Kalau dulu kes sihir melalui facebook. Mak aku selalu pesan "kalau nak bagi gambar kat orang tu jangan bagi full body nampak". Aku tak tahulah betul ke tak tapi dengan gambar macam2 boleh jadi macam2 orang boleh buat kat kita kan.

    Zaman sekarang ni makin lama makin moden. Even kat facebook ke kat mana2 laman sosial pun orang boleh buat jahat kat kita. Bila aku teringat balik zaman dulu2 aku yang suka main2 kan perasaan orang ni,aku jadi takut sangat. Berharap sangat mereka tak pernah berniat sikit pun nak buat sesuatu yang tak baik kat aku.




    Apa2 pun kita kena selalu mohon perlindungan dari Allah. Ayat yang selalu aku amalkan sebagai perlindungan diri ialah Ayat Qursi,1000 Dinar,4 Qul & Al-Fatihah. Kalau aku keluar mana2 pegi jalan ke aku selalu baca ayat2 tu semua. Mohon perlindungan dari Allah,mohon Allah sentiasa lindungi kita dari benda buruk.

    Kita sebagai perempuan kena lebih berhati2. Kalau dulu aku suka dipanggil playgirl,sekarang aku jadi fobia dengan panggilan tu. Jahil gila aku dulu. Alhamdulillah sekarang banyak benda yang aku menyesal aku buat dulu. Terima kasih kepada family,kawan & ijam yang selalu tak putus2 ingatkan aku & bagi support kat aku.

    

Wednesday, February 13, 2013

3D Hand Made Phone Case - Any Model

Assalammualaikum..

    Siapa2 yang tengah mencari phone case yang cantik & awesome? Sini aku suggestkan tempat untuk korang order. Owner dia kawan aku masa aku sekolah Sulaiman dulu. Jom sini aku share phone case yang dia buat. Memang cantik gila











Selain tu jenis handpaiting tribal & lain2 design pun ada jugak. Boleh request ikut kita. Contoh :



Aku pilih pattern atas tapi full printed purple leopard. Yey!

   Any model of handphone. Siapa yang berminat boleh lah contact dia terus. Design atas kita nak yang macam mana boleh request. Harga semua include postage & reasonable ikut design!

Instagram : @Cimieko_closet
whatsapp : 017-6191334

Cara Aku Lupakan Ex- Bf

Assalammualaikum..

    Dulu ada beberapa kawan aku tanya aku macam mana aku lupa ex bf aku yang dulu. Mula2 tanya rasa nak tergelak pun ada sebab aku pun tak expect aku boleh lupakan dia dengan happy nya dulu haha. Laki pon bole try

    Cara yang aku buat nak senang lupa ex-bf/ex-gf ni :

  • buang/bakar/delete
Semua yang berkaitan dengan ex bf aku buang/bakar/delete. Aku ingat lagi dulu ex bf aku kasi aku bantal spongebob,shawl & cd yang penuh gambar aku dengan dia. At last, spongebob tu aku kasi kawan aku,shawl & cd aku bakar & buang dalam tong sampah.

Yang paling penting buang je terus no fon ex tu. tak rugi pun buang. Lagi gambar2 tu bakar je. Tak guna simpan dah. 

Lagi 1 akaun fb ke twitter ke ape bende social network lah. Kalau rasa nak delete buat baru teruskan. Zaman aku dulu myspace. 
  • sibukkan diri
Dulu memang aku gila payah nak lupa. Caranya rajinkan diri buat benda yang buat korang rasa letih & bz. Bila sibuk buat itu ini korang akan rasa letih & terus tido. Hilang masalah. Cara aku senang je sibukkan diri,pegi study ke,karoke ke macam2 lagi.
  • kawan
Ape guna kawan kalau tak sudi mendengar masalah. Tapi hati2. Luahkan masalah kat kawan yang dipercayai je. Alhamdulillah aku dikurniakan kawan yang sangat membantu. Seriously time gini memang nak kena cari kawan yang betul2 boleh percaya. Silap hari bulan jadi batu api pulak buat benda yang bukan2.

sebahagian kawan susah senang

  • family
Masa family aku tahu aku putus dengan ex aku,family aku tak kata apa2 sebab tak restu. See. Tu lah derhaka tak nak dengar cakap mak jangan kapel degil jugak nak kapel. Dah putus baru terhegeh2 nak menangis bagai.

Tapi seeloknya baik korang mintak nasihat mak ayah dalam hal2 macam ni. Sebab tu penting untuk parents kita tahu dengan siapa kita berkawan. Restu sangat2 penting 
  • menangis
Yang ni aku sarankan hanya beberapa hari je. Masa aku dulu nangis bagai nak gila sampai demam & hampir fail UPS mase kat matrik oi! Gila! Rasa menyesal gila sebab nangis bagai nak rak meratapi benda bodoh tu. 

Tapi ingat jangan beriya sangat menangis tu. Kang lebam mata tak tahu. Jangan bazirkan sangat air mata tu untuk orang yang tak reti hargai kita. Buang masa 
  • masa
Penawar yang paling bagi kesan untuk kita lupakan ex kita tu adalah masa. Bagi masa & ruang untuk diri korang. Aku putus cinta tahap paling teruk dulu masa tahun 2010. Kapel balik tahun 2012. Lama tak membujang sebelum jumpa ijam? Lamakan haha. 

Lambat laun masa akan slow2 tolong korang lupakan ex korang tu. Trust me. Dalam masa 3 tahun tu aku banyak jugak muhasabah diri. Aku ramai kawan lelaki. Dorang jugak banyak membantu.
  • kembali pada yang Esa

Tak lain tak bukan yang paling mujarab. Aku ingat lagi masa aku teruk putus cinta dulu aku baca yasin sampai hilang suara aku. Memang tak henti2 aku menangis & baca yasin untuk tenangkan diri aku. Roomate aku pun tak berani nak tegur sebab aku dah serupa orang gila. Dasyat!

Mohon doa pada Allah diberikan kekuatan. Insha Allah tak lama pun Allah akan tolong kita & bagi kita kekuatan untuk hadapi semua ni.

Aku teringat apa yang aku pernah doa dulu "Ya Allah,jika benar dia (ex bf) tak jujur & curang padaku,Kau tunjukkan lah depan mataku". Alhamdulillah Allah nak tunjuk memang nampak depan mata pun. Masa tu Allah je yang tahu hancurnya hati aku. Bayangkan bf kau berpeluk dengan perempuan lain sambil tulis caption "love u". Jahanam.
  • cari pengganti
Bagi yang mudah sangat tu go on je. Tapi aku memang payah lah. Nak berkawan tu senang tapi nak percaya tu susah.

   Done. Kalau korang ada cara korang sendiri buat je. Tapi kan 1 je aku nak pesan kalau putus cinta ni. Iman kene kuat, kalau tak setan berlumba2 nak hasut kita buat benda terlarang. 


2 artis yang putus cinta
Boleh baca sini & sini
    Tak rugi melepaskan orang yang tak pernah menghargai orang yang sayang dia. Kita hilang dia,Allah ganti yang baru yang lebih baik.

sampingan : tinggal lagi 3 PMC/ rumpai laut kolagen warna kuning untuk diorder sebelum restock. Cepat!!

p/s : nampak je aku kental,padahal 3 tahun nak ngadap gila seksa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Yang Wangi