Friday, March 29, 2013

Gambar baby Irma Hasmie & Redza Syah. Tahniah!

Assalammualaikum..

      Tahniah kepada pasangan suami isteri Irma Hasmie & husband atas kelahiran baby pertama mereka. Alhamdulillah comel sangat2. Gambar dari instagram redza syah.

Perkara Yang Mengganggu Mood Perempuan

Assalammualaikum..

   Salam Jumaat semua! Hari ni aku eksited sebab aku nak balik umah. Sepupu aku kawin. Yippie. Setelah beberapa minggu tak balik umah, otak aku pun dah nak pecah dah rasa. Aku nak share dengan korang mostly apa perkara yang buatkan perempuan hilang mood & ganggu mood dorang. Jom cekidout :


  • period
Macam biasalah perempuan kalau datang bulan angin tak tentu pasal. ada je yang tak kena. Perubahan hormon lah katakan.


  • result exam/ test teruk
Kalau ok result happy lah kalau teruk gila teruk muka rasa macam nak nangis. 
  • gaduh dengan pakwe
Kadang2 perempuan ni bila gaduh dengan bf mesti effect study. Jenis aku tak suka campurkan hal personal dengan study aku so bila aku gaduh dnegan ijam aku bia lantak je. Tapi bila nak tidur mesti aku akan pikir balik. Nak2 kalau yang bergaduh teruk tu memang lah nak emo je kan
  • kena hentam/marah dengan lecturer/bos
Ini aku agak selalu lah jugak. Bila kena marah & hentam dengan lecturer ke sape2 time present kompem mood aku akan down gila & aku terus tak de hati nak continue study on that day. Bila mood aku dah hilang semangat aku pun down. Contoh kalau "what are you trying to present about? Are you coming to my class or not?". Time tu terasa merah muka tahan perasaan.
  • tak de duit
Yang ni pun problem jugak. Bila tak de duit mesti nak hilang mood jugak sebab nak shopping & beli apa2 terbatas. Haha. 
  • terlalu banyak kerja
Stress weh kalau terlalu banyak sangat kerja yang nak kena buat. Ya, ini juga mengganggu mood aku. Silap hari bulan angin monsun aku tiba2 datang semua orang aku nak marah. Opss!
  • gaji lambat masuk
Ini aku selalu tengok kat kakak aku. Asal gaji lambat masuk mesti angin. Kalau sekali sekala tak pe ini selalu kot!


    Kalau korang macam mana? Tapi biasanya aku sedaya upaya nak control marah & emosi bila datang time hilang mood ni. Semua orang pun macam tu kan. Cuma kadang2 sampai dah tak tahan nak marah ke nak control emosi memang time tu tak dapat bendung lah. Terus sembur je. 

    So, lelaki kalau agak2 kau tengok perempuan tu macam tak de mood je, jangan lah kau suka2 nak usik dia ke, nak main2kan dia ke nak buat lawak tak masuk akal ke. Nanti silap hari bulan kena sembur kena maki sentap pulak. Bukan lelaki je, perempuan pun sama. Yang lelaki kalau gf korang nampak dingin je tu paham2 lah. Ada something wrong lah tu. Ok then bye!


Wednesday, March 27, 2013

Pengalaman Membeli Di Zalora Malaysia

Assalammualaikum..

    Hai kali ni aku nak review pengalaman aku membeli di Zalora Malaysia ni. Hari tu aku ada dapat voucher RM50 dari Zalora. So aku yang baru pertama kali nak membeli di Zalora ni kekok sikit sebab aku tak tahu procedure dia.

   Aku tak tahu nak beli apa last2 aku decide beli beg. Pengalaman aku membeli di sini :

  • senang communicate dengan team Zalora. Aku tanya macam2 pasal benda ni & dorang sangat membantu aku. Thanks Zalora!
  • pernghantaran sangat cepat! Semalam aku order hari petang dah dapat
  • sangat puas hati
  • kualiti barang (beg) sangat best & puas hati

    Kalau dulu aku ada baca entry yang mengatakan  Zalora ni ada problem macam2. Sekarang aku rasa dorang dah upgrade service dorang. Yey aku eksited sangat nak pakai beg dari Zalora. Thanks Zalora! Mungkin lepas ni aku akan shopping lagi di Zalora. 


Food Study Course - UPM

Assalammualaikum..

   Hai! Rindunya kat blog aku rasa dah lama aku tak bw & tinggal komen kat blog korang kan. Maaf sangat sebab aku terlalu bz dengan banyak benda. Semua orang tahu result spm dah keluar kan. So adik2 macam mana result engkau orang? Ok? Yang ok alhamdulillah & yang tak berapa ok tu still alhamdulillah & mungkin bukan rezeki kamu.

   Terlanjur tu, ada jugak adik2 junior aku zaman sekolah dulu bertanya kos apa yang ok buat diorang & kelayakan semua. Ada jugak yang tanya pasal kos aku sekarang ni. Ok sini aku jawab apa yang korang tanyakan tu.

Q1 : " kos akak banyak belajar pasal apa ye"
A : semua benda aku belajar. Dari memasak sampai lah kaji makanan & create produk sendiri.

Q2 : "susah x kak nak skor & maintain pointer?"
A : semua kos pun sama je dik. Mana2 kos pun kalau dah malas belajar & tak rajin memang tak dapat lah nak skor & maintain pointer. Setakat ni alhamdulillah aku boleh lagi bertahan maintainkan pointer aku. 2 sem lepas result aku jatuh teruk tersangat2. 

Q3: "akak memang kena belajar masak2 ke"
A : hanya ada 3 kali lab kitchen je. Tak payah risau sebab kauorang bukan major perkhidmatan makanan. 

Q4 : "bes x kak kos ni?"
A: Dik, dalam apa pun yang awak buat awak kena ikhlas & enjoy. Kalau tak sampai ke sudah pun awak takkan rasa seronok nak belajar. So far best sangat!




     To be honest, aku mula2 bukan suka pun kos aku ni. Yelah tak pernah terlintas dalam fikiran aku selama ni aku nak belajar memasak semua benda tu. But at the end aku tahu Allah dah rancangkan sesuatu yang hebat buat aku. Lama2 aku enjoy dengan apa yang aku amik sekarang ni.Aku dah nampak masa depan aku so aku bersyukur sangat dengan apa yang aku belajar sekarang.

    Seriously, when u do something u have to enjoy & excited. Banyak benda yang aku belajar bila aku amik kos ni. Terlalu banyak sangat ilmu yang aku dapat. Dari aku tak reti memasak langsung sampailah sekarang ni at least aku tahu nak buat chocolate lava tu macam mana, nak handle makanan ala carte macam mana, semua bendalah.

    Sem ni aku kena buat produk development. Yang mana aku kena create biskut yang balance dari segi nutritional value & calories dia. Kau banyangkan tiap2 minggu kau bermain dengan bahan2 yang sama tapi kena alert dengan setiap kandungan protein, carbohydrate,fat semua tu. Bukan senang tahu.

    Yang aku tahu sekarang ni UPM dah bahagikan fakulti aku kepada 3 kos & 2 department.

  • sains & teknologi makanan
  • pengajian makanan
  • perkhidmatan makanan
    Kos aku nama dia Pengajian Makanan yang mana major dia aku amik service bukan management. Almaklumlah aku paling tak suka subjek management yang membaca ni so aku lebih prefer more kepada subjek praktikal tapi penat sikitlah. Bukan sikit tapi banyak. Tapi kan seriously fun!

    So adik2 yang minat dalam bahagian masak boleh terus apply Bacelor Perkhidmatan Makanan, kalau minat teknologi makanan boleh pilih Food Tech & kalau minat service,management boleh amik kos macam aku. Sekarang ni aku tak berapa pasti nama kos kat fakulti aku sebab pecahan dia banyak jugak bila kau dah masuk sem 3 nanti. Kau kena pilih. Aku pun pening dengan sistem sekarang.


    Sekarang aku tengah bz sangat dengan final year projek aku. Jadi harap korang faham lah kalau aku tak update blog berkurun lamanya. 

    Adik2 lepasan spm & stpm tu, apa yang aku boleh nasihatkan ialah think wisely. Pilih bidang ikut apa yang korang minat bukan ikut kawan & kata2 orang lain. Ingat 1 perkara ni. "mana2 pun kau belajar universiti mana sekalipun tetap sama. Yang penting niat,restu ibu bapa & ilmu yang kita dapat tu nanti. Sangat berharga. So berhentilah dari terus bandingkan universiti mana yang paling bagus"

    Aku kasi korang tips sikit untuk pilih bidang untuk sambung belajar ni :
  • think,think,think- ikut kemampuan & minat
  • always refer mak ayah dulu- tanya pendapat
  • tanya senior- tanya berkenaan kos yang korang minat tu
  • survey- tengok & teliti kelayakan kos & universiti yang korang nak amik tu
  • doa - mohon petunjuk Allah supaya dipermudahkan urusan
  • jangan ikut kawan
  • letak pilihan UPU dengan baik & hati2
  • decide betul2
    Tu jelah. Aku doakan korang berjaya dalam menyambung pelajaran ye. Ingat,ilmu tu yang penting. Bagi adik2 yang keputusan kurang memuaskan tu jangan sedih & kecewa sangat. Peluang nak sambung belajar tu banyak & terbuka luas lagi. Allah Maha Mengetahui. Awak tak berjaya sekarang mana tahu akan datang awak akan lebih berjaya. Who knows. 

     
aku carry on produk biskut butter pegaga tu



Eh sebelum tu, aku nak buat sesi penghabisan stok rumpai laut ni. 



    Semoga produk biskut aku & group aku akan dapat A dalam final exam nanti. Amin. Siapa2 yang nak bertanya pasal fakulti sains teknologi makanan UPM ni jangan segan2 boleh tanya aku atau emel je najihahnurfarah@yahoo.com

Thursday, March 21, 2013

Kesan Setelah Hampir 2 Bulan Menggunakan Rumpai Laut Collagen (PMC)

Assalammualaikum..

   Hai bertemu kembali. Cewah. Aku nak share dengan korang kesan aku guna rumpai laut collagen (PMC) ni lepas hampir 2 bulan. Aku rasa dah 2 bulan lebih. Tak ingat. Bagi siapa2 yang masih lagi ragu2 & banyak pertanyaan tentang pmc ni sini aku nak share perubahan yang aku alami sendiri lepas aku guna rumpai laut ni.Atau korang boleh tengok testimoni orang lain juga. Oh ya, aku pakai rumpai laut warna purple.


  • period kembali teratur
Maaf kalau ada yang tak selesa dengan point ini. Dulu period aku tak teratur langsung. Kejap awal kejap lambat kejap lewat seminggu. Then lepas 1 bulan lebih aku amalkan makan rumpai laut ni alhamdulillah period aku kembali teratur kepada tarikh asal. 

Act, testimoni ni dari kosmate aku yang mana dia dah guna pmc ni setahun lebih & dia kata berkesan stabilkan hormon & teraturkan period. So aku try lah & it works! Aku teruja nak tahu berkesan ke tak atas diri aku then aku try lah amalkan makan selalu. 
  • kulit langsung tak berminyak
Kulit aku ni jenis yang cepat berminyak. Aku amalkan letak masker setiap hari & makan jugak rumpai laut ni. Seriously memang minyak kat muka hilang slow2. Sekarang ni even tengah panas terik ke memang minyak dah tak de. Dulu kertas minyak tu aku tak pernah lupa bawak. Sekarang tak perlu dah.

Aku happy sangat dengan perubahan ini sebab memang aku cari banyak solution untuk hilangkan minyak kat kulit. At last jumpa jugak penyelesaian. Bukan aku je yang rasa perubahan ni. Supplier aku pun yang alami masalah yang sama pun ada perubahan terutamanya kulit berminyak.
  • kulit bersih
Aku terasa lah jugak kulit aku bersih even bila aku lepas solat tak payah letak bedak pun dah nampak bersih. So kesimpulan tak payah nak touch up balik mekap lepas basuh muka ataupun lepas solat. Tak percaya korang teruskan je pakai masker rumpai laut tu.
  • selesaikan masalah sembelit
Aku tak selalu kena sembelit ni tapi lepas dah lama pakai pmc ni jadi senang nak buang air besar. Lancar je. 
  • reshape kan badan
Aku kurus so aku tak nampak sangat kesan tu. Tapi kosmate aku yang guna pmc ni memang kata dia reshapekan balik badan dia. Aku pulak bila makan ni aku jadi bertambah selera nak makan. Memang nafsu makan aku menggila. Haha. Tapi jangan risau, pmc tak de pun negative effect ke apa. 

    Setakat ni itulah dia pengalaman & perubahan yang aku dapat share dengan korang lepas guna pmc ni.Memang aku admit rumpai laut ni memang bagus. Even pensyarah aku yang buat research pasal rumpai laut ni pun ada kata function rumpai laut ni banyak. Member aku sorang ada buat tajuk fyp pasal rumpai laut.

    Pak ngah & mak ngah aku pun guna jugak rumpai laut ni. Jeragat mama memang hilang lepas aku balik umah hari tu. Agak terkejut jugaklah dengan perubahan ketara kat muka mama. So, aku tak ragu2 lagi nak teruskan pemakaian rumpai laut ni.


saja letak

    Korang yang ada try pmc ni kalau nak share perubahan ke pengalaman ke silakan. Sangat dialu2 alukan. Bagi sesiapa yang berminat nak order pmc atau ada ape2 pertanyaan tentang rumpai laut ni boleh lah terus contact aku. Insha Allah aku akan balas.

Kita hanya berusaha,selebihnya Allah swt yang menentukan

email : najihahnurfarah@yahoo.com
call/sms : 013-4291922

Sunday, March 17, 2013

Telekung Travel

Assalammualaikum..

    Hai. Sekarang ni aku tengah mencari telekung travel pulak untuk senang aku bawak kemana2. Aku ada survey kat fb. Jumpa & aku rambang mata. Cantik dan murah sangat. Aku rasa setiap orang kena ada 1 spare telekung travel ni. Sebab menyenangkan. Senang untuk dibawa kemana2 sebab kecik & senang nak lipat.

   Ada yang bertanya "sah ke solat kalau pakai telekung berwarna-warni?". Sini aku sertakan jawapan Imam Muda Asyraf tentang persoalan itu.


    Sebenarnya syarat dalam pakaian sembahyang adalah cukup dengan menutup aurat dan hendaklah pakaian itu bersih dari sebarang najis. Bukanlah telekung berwarna putih itu menjadi syarat sahnya sembahyang.
Andainya seorang wanita itu berpakaian baju kurung atau pakaian yang menepati syarat aurat, walaupun ianya berwarna warni, maka tetap sah solat mereka. Menurut Jumhur Ulama yang diwajibkan wanita dalam solat adalah memakai baju dan tudung kepala. Maka Ibnu Munzir berpendapat, “Jika kain yang dipakai cukup luas lalu ia menutupi kepalanya dengan kelebihan kain itu, maka ianya dibolehkan.
Aurat wanita ketika sembahyang sama sahaja seperti aurat wanita di luar sembahyang. Sepertimana batasan aurat wanita yang digunapakai oleh masyarakat di Malaysia dengan merujuk kepada pandangan Mazhab Syafie iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Berasaskan kepada pandangan ini, tidak semestinya telekung sahaja yang boleh dijadikan pakaian sembahyang. Baju kurung, jubah, blaus juga boleh dijadikan pakaian sembahyang walaupun ianya bukan berwarna putih.
sumber dari sini 

    Bagi student & wanita yang selalu keluar mana2 telekung travel ni sangat diperlukan. Nak2 student macam aku yang kadang2 kelas sampai pukul 7. Nak tunggu turn guna telekung lagi,nak kejar ke kelas lagi. Jom sini tengok




sejadah lace


telekung travel cotton
Ada banyak lagi koleksi kat situ. Banyak kaler dah habis memang hot selling betul. Nak tunggu restok untuk kaler yang minat. Selamat menjamu mata.

Saturday, March 16, 2013

Perihal Owner Blogshop Baju Online

Assalammualaikum..

    Hai! Terlebih rajin pulak aku nak up entry lagi. Kali ni aku nak cakap pasal perihal owner blogshop yang jual baju ni. Sebab sekarang ni aku tengah mencari dress so macam2 blogshop aku pegi tengok. Macam2 ragam ada. Pernah tak korang ada masalah bila nak proceed pembelian dengan barangan baju online ni? Aku adalah juga tapi tak selalu. Tapi lately ni aku ada kesan 1 2 owner blogshop yang agak tak berapa manner dalam menjawab pertanyaan customer.

  • tengking customer
Aku fahamlah owner tu nak marah kalau customer yang sama tanya berulang kali & asyik cancel order. Tapi ini bertanya je pun "ada lagi x" tapi dibalas dengan "habis,cari dress lain". Terus hilang mood aku nak tengok2 dress lain kat blogshop dia. Potong stim nyah.
  • tak tulis sold out
Mungkin owner terlepas pandang kot nak letak sold out. Kalau hampir keseluruhan dress/baju dia tak tulis sold out kat situ then bila customer tanya dia nak marah salah siapa? Terjadi jugak kat aku. Pun potong stim. Tak pasal2 aku yang dimarahnya. Lain kali kalau dah habis semua delete album tak pun tempek poster SOLD OUT besar2
  • harga melampau2 mahal
Jenis aku suka banding2 dengan blogshop lain. Adalah 1 jubah ni aku berkenan sangat then aku survey memang majoriti yang jual harga dia RM50 - RM60. Bila yang murah tu dah sold out, aku trylah cari jubah yang sama tapi lain blogshop tapi malangnya harga yang dia letak melampau sangat tinggi. Ada yang aku tengok tu sampai 200++. Gila. Padahal dari segi material, pattern, colour semua sama. 

Jangan lah kejam sangat. Kalau custom made tu aku boleh terima lah harga mahal sebab buat sendiri & pattern memang pattern sendirian berhad. Tapi kalau yang sama dengan orang lain tu tak ke mengundang persoalan & possibility orang nak beli tu nipis. 
  • penipu
Dalam caption tulis lain, tapi bila pm kata lain. Sampai hati tau buat customer macam tu.

   Aku ni tengah mencari maxi dress/jubah online untuk wedding sepupu aku lagi 2 minggu. Tapi kebanyakkan yang aku nak beli semua nya sold out. So aku tak tahu blogshop mana lagi yang ada jual maxi dress/jubah yang cantik & harga berpatutan. Korang ada cadangan? Sila share dengan aku.

motif : saja
    

Friday, March 15, 2013

Sebab Blog Kurang Dapat Komen

Assalammualaikum..

   Lately ni aku memang jarang sangat bw ke blog orang. Aku hanya komen kat blog yang mana sempat aku singgah. Disebabkan itu jugak lah komen kat blog aku kurang. Antara sebab blog kita kurang/ tak dapat banyak komen ialah :

  • entry kurang menarik
Somehow readers ni kadang2 memilih jugak nak baca entry. Ada tu jenis yang scroll je sampai ke bawah tanpa baca & tak komen apa2 pun. So penyelesaiannya kita kene lah buat entry kita tu menarik untuk dibaca. Contoh olahan isi entry tu kasi umpph sikit ya.
  • tajuk entry membosankan
Tengok tajuk entry pun bosan apatah lagi nak baca isinya. To be honest aku seorang yang mudah tertarik dengan tajuk entry seseorang. Kalau tajuk entry blogger tu bagi aku macam menarik aku sukalah baca. Kita kene pandai tarik orang supaya jadi minat nak baca entry kita. 


Cuba ubah tajuk entry tu kepada yang lebih menarik baru lah orang akan terus nak baca entry. Tapi isi entry pun kenalah menarik juga. 
  • blog lambat/berat
Dulu aku ada dapat komen blog aku agak berat nak loading. Itu pun aku dah buang & kurangkan apa yang patut sampai aku rasa dah tak ada benda yang aku nak buang. Maybe depends pada kelajuan internet seseorang tu jugak. 

Kalau korang rasa blog korang berat sila lah buang apa yang patut contoh macam jam, lagu,gambar pakwe/makwe, gambar sendiri yang berpuluh2 kat sidebar ataupun refer mana2 blog yang kasi tips nak kurangkan berat blog. Sila timbang berat blog anda. 
  • tak mesra/sombong
Ni pun mempengaruhi jugak. Dah kalau sombong sangat dengan blogger lain nak orang lain je datang blog dia tak guna jugak. Peoples are watching & thinking. Jadi tak payahlah tunjuk lagak sangat ya
  • masa blogger
Maybe jugak ada readers yang tak sempat nak singgah blog kita nak drop komen. Yelah mostly visitor ramai yang bekerja bukannya  24/7 nak mengadap muka depan lappy je. Even student pun ada banyak lagi benda lain yang nak kena buat. Itu yang melimitkan nak baca blog tu.
  • kurang ping
Memang kebiasaan aku akan ping entry kat mana2 group blogger kat fb, twitter . Mostly banyak blogger yang buat macam tu. Kalau korang tak tahu nak ping kat mana korang taip je kat fb tu. Belambak2 group blogger yang keluar. Biasanya aku akan ping juga kat Ping Busuk & Gila Ping. 

Dari situ posibbility orang nak datang melawat & baca blog korang tinggi. Cubalah. 


   Banyak kemungkinan blog kita tak dapat banyak komen ni. Ala jangan risaulah. Tak matinya tak de komen. Yang penting teruskan berblog. Aku pun semenjak dah nak final year ni memang bz sangat2 dengan macam2 kerja. So, time aku nak berblog bagai ni jadi terbatas. Sebab tu aku jarang up entry. So trafik merudum komen pun seketul 2 je. Tapi aku tak kisah pun. Ok apa, yang penting ada jugak yang sudi melawat blog.

    Hanya tinggal 3 peket je lagi rumpai laut warna kuning/ gred AA. Cepat aku nak habiskan stok. 3 peket/300g aku kasi RM40 sekali postage. Siapa cepat dia dapat. Boleh contact aku 013-4291922/ najihahnurfarah@yahoo.com

Thursday, March 14, 2013

Nurse Kejam!

Assalammualaikum..

   Semalam aku terbaca ada orang post kat fb pasal baby yang berdarah2 kena cucuk jarum tu. Rasa nak menangis sebab tengok gambar baby tu mengerang kesakitan


   Tak semua nurse macam tu tapi kalau dah namanya bekerja, kerjalah dengan ikhlas. Baru hasil yang kita dapat Allah redha. Kalau lah anak aku yang jadi macam ni, mau aku buat report. Pagi tadi dalam bas pun aku dengar berita kat radio pasal tindakan KKM ke atas nurse yang buat kerja ni. Kesian baby tu.

Bila Lelaki Diam :

Assalammualaikum..

   Sebelum aku sibuk sampai tak tengok langsung blog baik aku update sekejap. Rindu kat blog tak yah cakap memuncak gila. Bf korang ke husband ke ayah ke pernah tak tiba2 senyap & diam? Mesti ada sebab kenapa tiba2 berubah macam tu kan.

   Menurut aku, banyak kemungkinan kenapa lelaki diam ni sebab ijam pun kadang2 selalu jugak diam tiba2. Sampai aku pun dah boleh tahu kenapa.

  • marah
Lelaki kebanyakkannya kalau marah suka pendam. Bila pendam suka diam. Macam ijam lah jugak. Bila tiba2 keluar dengan dia senyap je. Aku yang bercakap sorang2 mesti ada benda yang tak kena dengan dia. Sama ada dia marah dengan aku atau pun dengan orang lain. 

Setahu aku lelaki ni payah sangat nak marah unless yang betul2 baran tu. Sebab tu dorang lebih prefer untuk berdiam kot. Tapi awas lelaki jarang marah ni kalau sekali dia dah marah naya nanti.


  • merajuk
Pun sama. Lain orang lain cara merajuk dia. Kalau ijam merajuk dia lebih suka diam & cakap sepatah2. Bila aku tanya "tadi kelas ok x?". Mesti dia akan jawab acuh tak acuh "em biasa je". Tak ramah macam biasa. Kat situ dah nampak. Kalau orang lain aku tak tahu lah pulak. Lelaki ni pelik sikit. Payah nak duga.
  • hobi
Jenis kalau lelaki yang memang penyenyap memang selalu lah diam kan. Nak2 lelaki pemalu. Susah sangat nak tengok dia banyak cakap. Kalau banyak cakap pun mungkin sesama kaum dia je.
  • sakit
Yang ni tanyalah betul2. Mana tahu kalau lelaki tu senyap je mungkin dia sakit. 
  • sembunyikan sesuatu
Lelaki suka berahsia nak2 dengan perempuan.Bagi aku lelaki suka sembunyikan sesuatu dari perempuan kalau bukan dengan orang yang dia betul2 rapat. Even ijam pun kalau aku tak tanya tak de nye dia nak bagitahu aku masalah dia. 

    Bagi aku lelaki ni memang payah nak diduga. Sama jugak perempuan. Lelaki mesti akan cakap benda yang sama. Cumanya lain persepsi. Korang tengok, sendiri nilai. Bye!


p/s : promotion rumpai laut dah habis. Alhamdulillah next time insha Allah akan ada lagi promotion

Tuesday, March 12, 2013

Promosi Bulan Mac Pembelian Rumpai Laut Colagen

Assalammualaikum..

ENTRY MELEKAT!!

   Alhamdulillah dengan limpahan rezeki yang dikurniakan aku nak buat promosi bulan Mac untuk pembelian rumpai laut colagen (PMC) ni.

GRED AA (Kuning)

2 peket/200g : RM15 


GRED AAA (purple)
2 peket/200g : RM35 

**Termasuk postage!!

Siapa cepat dia dapat. Offer akan dibuka dari 5/3 hingga 12/3!

Bagi yang berminat boleh contact aku terus 

Text/call : 013-4291922
email : najihahnurfarah@yahoo.com


- testimoni pengguna rumpai laut colagen boleh baca disini

- cara penggunaan & masak rumpai laut colagen boleh baca disini

Monday, March 11, 2013

Breast Cancer

Assalammualaikum

   Nothing much to say. Kawan2, doakan nenek saya selamat & cepat sembuh dari breast cancer ya. Saya mintak maaf sangat2 tak dapat nak bw, balas komen & jejak kalian semua sebab terlalu banyak benda yang saya kena buat. Nanti bila2 free saya terjah semua ya.

 
nenek saya yang pakai tudung hijau tu

Allah takkan turunkan ujian kepada hambaNya kalau Dia tak sayang kita.


Hoping for the great miracle for her. Amin. Dugaan ini paling berat buat saya. Im not staying together with my family. I was stuck in the college struggling for my studies. Everythings. Menangis sorang2. Sama2 doakan nenek saya ye. Terima kasih

Sunday, March 10, 2013

Anak Aaron Aziz Menyanyi

Assalammualaikum..

   Dikala aku bosan & tak rajin nak buat kerja, asignment & proposal final year project, so aku buat entry video je. Nak menaip pun agak malas. teruk betul




comel. Geram je tengok.

Ucapan Najib Di Parodykan

Assalammualaikum..

    Hai. Selamat hujung minggu. Malas taip panjang korang tengok aje video ni. Lawak pun ada



Ok no heart feeling no politik ye. Happy sunday!

p/s : rindu sangat2 kat kawan2 blogger

Saturday, March 9, 2013

Kegilaan Rakyat Malaysia Membeli Powerbank

Assalammualaikum..

    Hai! Walamak bz dia tak hingat. Maaf kawan2 semua. Banyak sangat komitmen. Sudahnya aku biarkan blog ni merajuk.

    Aku perasan sekarang ni tengah musim orang beli powerbank. Yelah senang kalau henpon tak de bateri ke terus cucuk & charge. Zaman sekarang semua nak pakai semat pon je. Kat upm ada pc fair hari tu. Kau tahu baru hari 1st powerbank semua habis! Ada 1 booth aku pegi yang aku kira sangat murah, dia jual 30 unit dalam masa tak sampai 1 hari dah habis. Gila rakus rakyat upm beli powerbank ni.

   Tak ketinggalan jugak aku pun beli. Tapi aku beli kat The Mines. I wonder kenapalah benda ni tak femes lagi time aku rajin pegi camping dulu2 kala. Kalau tak seghonok je aku guna phone tanpa risau habis bateri. Aku guna powerbank jenama Yoobao yang kaler putih tu. Bagi aku sangat puas hati. Even saiz dia a bit besar tapi tak kisah pun.

macam ni lah power bank aku



Jenama : Yoobao
Capacity : 11200 mAh
Specification : torchlight, have all types of phone usb, long lasting, beautiful
Price : RM150

    Kenapa aku pilih powerbank yang ni?
  1. cantik
  2. capacity besar
  3. murah!
  4. boleh tahan sampai 2 minggu sebelum di recharge semula
  5. ada 2 tempat usb
  6. ada torchlight
  7. ada semua jenis usb henpon 
    Nampak tak banyak spesifikasi dia. Aku beli kat The Mines time tu beli sekali dengan handphone abah. Powerbank ni abah beli sekali 2. 1 untuk aku 1 lagi untuk dia. Memang lepas ni aku tak risau kalau bateri aku drain ke habis ke bila aku nak pegi mana2. Even pegi kelas pun aku bawak tapi kalau kelas sampai petang lah. Almaklumlah aku suka main game so bateri cepat drain. Aku pun tak mahir sangat bab gajet ni

    So bagi korang yang tengah mencari power bank ni, aku cadangkan korang survey dulu. Aku tak survey merata sangat sebab alang2 ada kat sana aku amik je terus. Kalau boleh cari yang lagi murah. Survey :
  • harga
  • capacity
  • special specification
  • quality
  • original
    Aku syorkan korang beli jenama ni. Memang tiptop & harga murah even korang boleh dapat yang lagi murah.  Puas hati sebab capacity besar boleh charged tab sekali. Kat pc fair hari tu 13000 mAh harga RM170. Murah kan. Sangat murah. Nasib baik aku dah beli kalau tak kompem aku rembat. Itu pun habis dah terjual. Rugi siapa tak beli

tinggal lagi 2 peket rumpai laut gred AAA (purple) & 4 peket gred AA (kuning) untuk di grab sebelum habis promosi. Siapa cepat dia dapat! Tengok sini

Thursday, March 7, 2013

Video Gadis Indonesia Menyanyi Daripada Pemalu Bertukar Jadi Awesome!

Assalammualaikum..

    Tak nak cakap banyak. Korang tengok video ni. Rare gila suara. Best



Kalah Najwa Latif kalah Tasha Manshahar,kalah Ainan

Wednesday, March 6, 2013

Kejadian Di Sabah, Politik & Maklumat Palsu

Assalammualaikum..

   Senyap2 aku follow perkembangan apa yang terjadi kat sabah ni especially bermula di Lahad Datu. Aku sebenarnya buta sikit pasal politik ni tapi bila aku follow kronologi yang berlaku di twitter, paper,blog & fb aku yang noob gila pasal politik ni terasa berpengetahuan sikit.

   Bagi yang tak mengikuti apa yang terjadi sini aku copy paste kronologi insiden yang berlaku di Lahad Datu. Sumber dari BERNAMA



KRONOLOGI PENCEROBOHAN KUMPULAN BERSENJATA DI LAHAD DATU

12 Feb - Sekumpulan lelaki berpakaian ala tentera dan dipercayai bersenjata yang menaiki bot pancung mendarat di pesisiran pantai Lahad Datu.

14 Feb - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis mengenal pasti kumpulan rakyat Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari selatan Filipina.

14 Feb - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan bagi menangani isu pencerobohan itu sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan
berkenaan.

16 Feb - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan terbabit bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah
terkawal.

18 Feb - Hishammuddin berkata kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasa bekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa pertumpahan darah.

24 Feb - Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Feb lepas.

26 Feb - Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.

28 Feb - Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.

1 Mac - Dua anggota polis, ASP Zulkifli Mamat dan Sjn Sabarudin Daud terkorban manakala 12 anggota kumpulan penceroboh terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan itu dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo.

2 Mac - Enam anggota polis terkorban dalam serangan hendap di perkampungan air Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna. Kejadian pada pukul 8 malam itu menyebabkan enam anggota kumpulan penceroboh terbunuh.

3 Mac - Mayat enam anggota polis dikeluarkan dari kawasan perkampungan air itu dan polis turut mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari kampung
itu.

4 Mac - Setiausaha Rendah Luar Filipina Jose Brillantes dan Duta Besar Filipina ke Malaysia J. Eduardo Malaya dilapor bertemu Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk mencari resolusi damai.

4 Mac - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menegaskan keadaan keselamatan di Kunak, Sandakan dan Semporna di Sabah adalah terkawal.

4 Mac - Polis mengeluarkan senarai nama enam pegawai dan anggota yang terkorban dalam serangan hendap di Semporna, Sabah.

5 Mac (7 pagi) - Pasukan keselamatan melancarkan serangan menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk ke atas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah diikuti tindakan susulan dan penggeledahan oleh pasukan
tentera dan polis di kawasan kampung itu.

5 Mac (8 pagi) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara sebagaimana yang dituntut rakyat memandangkan usaha kerajaan mengelakkan
pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.

5 Mac (11 pagi) - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menyifatkan Ops Daulat itu mencapai objektif yang ditetapkan.

5 Mac (1.30 tengah hari) - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam sidang akhbar bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan tiada kematian dan kecederaan di pihak pasukan keselamatan.

5 Mac (4 petang) - Ketua Polis Negara mengadakan sidang akhbar mengatakan operasi susulan dan penggeledahan masih diteruskan kerana polis percaya masih ada musuh di kawasan itu.

5 Mac - Sehingga pukul 7 petang, polis belum mengesahkan jumlah kematian, kecederaan atau tangkapan di pihak anggota kumpulan penceroboh bersenjata itu.

- Bernama
     Ada juga dikaitkan unsur kematian pejuang negara berkaitan politik. Aku tak nak komen apa2 sebab hanya mampu melihat & dengar apa yang berlaku di tv,paper,twitter orang kenamaan dan sebagainya.

    Lagi 1 pasal kematian pejuang negara yang kononnya hanya lakonan. Kau tak rasa kurang pandai ke cakap macam tu. Then semalam aku baru baca yang kononnya ada diantara mereka yang berjuang kena penggal kepala semua. Baca sini & sini. Untuk lebih lanjut boleh baca semua nya yang berkaitan di FB PDRM



   So,kita especially blogger ni jangan sesuka hati sesedap rasa je main tulis pasal benda yang tak sahih untuk kepentingan diri sendiri contohnya nak trafik lebih bagai semua. Kau tahu apa effect nya tak kalau orang lain percaya dengan cerita yang belum tentu sah betul tu. So, be careful ok semua.
   May Allah ease everything & protect them that tried their best to saved Malaysia including us from being harm by the enemies

WW - Sebelum & Selepas Habis Kelas

Assalammualaikum..


This is really2 true & 100% agreed.

Tuesday, March 5, 2013

Cara Lelaki Playboy Tackle Perempuan

Assalammualaikum..

   Hai! Ape kabar korang semua? Weh sory lah aku tak dapat lagi nak komen ke jalan2 kat blog korang sebab aku bz sangat. Aiya banyak benda yang aku kena setelkan untuk sem ni. Nanti kalau aku rajin kalau aku free aku bw blog korang ok.

   Topik entry aku hari ni memang dari pengalaman aku sendiri yang mana aku pernah jugak cerita pasal ni dulu kat entry aku yang zaman karat dulu. Siapa yang follow aku dari dulu maybe tahulah kot kisah aku. So sebelum tu aku mintak maaf lah kepada kaum adam yang rasa2 tersentap ke tersinggung ke apa lepas baca entry ni sebab minggu lepas ada yang komen "fuck" kat aku punya entry pasal lelaki. Question : Do i really care on what u're gonna say & comment about? Dont like just leave & dont ever visit my blog. Full stop.


    Berdasarkan pengalaman aku sendiri, ada lah sedikit sebanyak yang aku nak share dengan korang perangai si playboy tahap dewa ni. Kalau pengalaman korang aku tak tahulah. Lain orang lain pengalaman.
Ok nanti korang share dengan aku ye.

  • suka bandingkan kau dengan ex2 dia yang dulu
"baby tak macam ex b yang dulu suka keluar dengan lelaki lain". Ulang ayat yang sama dengan gf baru. Siapa yang suka bila diri dibandingkan dengan orang lain even buat kau tersenyum kan.
  • ayat manis gila/sweet talker
Kalau dulu mungkin aku budak lagi hingus lagi otak tak pandai nak fikir lagi aku percaya jelah. Dulu ex aku pernah cakap "nanti habis belajar b pinang baby". Nampak tak dulu kemain aku nak berbaby bagai. Bila aku ingat balik aku cakap sendiri "what a stupid me". Tapi biasalah zaman budak hingusan kan. Lama2 bila kena tinggal time tu rasa tak berguna punya jantan. Be careful ok.


  • janji setinggi langit
Contohnya macam janji nak jumpa mak ayah itu ini last2 habuk pun tak de. Haprak betul. Aku pun tak tahulah macam mana aku boleh terpercaya dengan janji2 dia weh. Somehow aku rasa macam kene pukau pun ade. Entah. Kisah lama.
  • umpan kau dengan benda/harta
"hari ni kita pegi jalan-jalan ye. Baby nak ape? B belikan". Masa aku dulu dia umpan aku dengan kereta & duit. Masa tu apa aku nak semua dia bagi. Aku yang time tu agak bendul pun sukalah. Siapa tak rasa bahagia bila kene payung macam tu kan. Perempuan. Mulalah kalau diumpan dengan benda macam tu terus lupa lagha semua. Macam tu lah aku. 


  • puji diri sendiri
Contohnya "dulu  b yang tinggalkan ex b. Tak pernah ex b yang tinggalkan. Ramai yang nak kat b sebab b ada kereta & bergaya. B selalu ulang alik pegi kl". Ayat tu sampai sekarang aku ingat dalam kepala aku. Paling aku tak boleh terima yang dia selalu sangat banggakan dia tu kononnya "budak bandar". Maksud aku dari segi dress up dia semua jalan2 kl bagai. Bila putus baru terserlah keburukan semua. Time bercinta semua manis elok dipandang. Oh syaitan.
  • suka cover
Agak2 kalau dah nak terkantoi tu mesti cepat2 dia akan cover depan korang. Macam2 lah alasannya. Tapi yang paling jelas ayat nak back up diri sendiri untuk nampakkan dia perfect di mata korang.

    Mungkin akan ada yang cakap aku ibarat mengaibkan dia kan. Terpulang pada masing2 nak pikir apa. Aku cuma share pengalaman aku yang pernah terkena dnegan playboy ni. Sungguh,time aku putus dengan dia aku hampir fail exam UPS masa matrik dulu. Memang hancur hati aku. Tu yang 3 tahun solo tu haha. Tapi sekarang dah ada ijam. Amboi!


    Bagi korang perempuan kat luar sana,tak payahlah nak terpesona sangat dengan lelaki yang ada rupa ni. Nak2 yang berharta. Kacak luaran tak menjamin apa2 pun. Semua tu bonus Allah kasi pinjam. Sampai masa Dia tarik balik. Lebih baik hargai orang yang sungguh2 hargai kita & terima kita. Tak payah nak bangga sangat pakwe kau hensem kaya semua. Itu kalau yang betul2 berguna,kalau jahanam? Diri sendiri tertonggeng kecewa.

     Alhamdulillah ada hikmah rupanya atas semua yang terjadi kat aku. Allah Maha Besar,Maha Kaya lagi Maha Mengetahui. Apa2 pun berdoalah pada Dia. Apa pun masalah insha Allah Dia akan tunjukkan jalan keluar yang mudah untuk kita.

    Aku selalu ingatkan kawan2 aku yang lain supaya kalau nak terima orang jangan hanya terima luaran. Kenal dulu dalam dia macam mana sebab aku tak nak perkara yang jadi kat aku berulang jadi kat kawan aku. Sumpah sakit hati weh. Pengalaman  yang banyak sangat ajar aku pasal benda ni semua. Bila tengah remaja semua benda kita terikut nak bercinta lah semua. Bila umur dah meningkat semua nya dah berubah. Kalau dulu aku kapel untuk suka2. Sekarang untuk aku berkahwin terus.  Jaga diri,jaga hati.

    1 more thing,i'm not saying that all men are same. Maybe some of them. So just be careful.  

p/s : sape tahu pasal Adwords?

Friday, March 1, 2013

Trend Pakai Braces Tiruan

Assalammualaikum..

    Pernah nampak kawan2 korang ke siapa2 yang pakai braces semata2 sebab suka2? Lagi pulak warna warni. Kan dulu ada berita pasal trend pakai braces tiruan ni. Siap beli online lagi dengan harga yang murah. Sanggup! Boleh baca sini.

    Bagi mereka yang betul2 pakai braces sebab nak betulkan balik gigi tak pelah tapi kalau yang untuk saja nak buat trend cantik ni aku rasa semacam je. Boleh pulak kan nak main2 trend. Ada effect jugak kalau pakai yang tiruan. Kalau yang braces original tu memang dikhaskan oeh doktor untuk betulkan gigi. Kalau yang tiruan ni berkemungkinan bahan untuk buat braces tu berbahaya & silap haribulan boleh effect kat kesihatan kita.

    Artis pun ramai jugak yang pakai braces ni. Antaranya.





 
    Siapa2 yang obses dnegan cantik tu hati2 lah. Jangan sampai memudaratkan diri sendiri. Nanti sendiri yang menyesal. Cantik tak semestinya perlu ubah semua. Itu fake namanya tak ori. Tak best.

     Kalau ikutkan gigi aku lagi tunggang langgang tapi pikir banyak kali nak pakai braces semua. Tak nak lah sebab aku takut sakit haha. Simpan jelah duit untuk yang lebih penting. Itu pendapat aku. Terpulang pada masing2. Terabur gigi aku pun still boleh bercakap.


p/s : tersangat sibuk dengan projek tahun akhir. Rindu kawan2 blog :(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Yang Wangi