Thursday, January 31, 2013

Kemuncak Setia Hujung Nyawa

Assalammualaikum..

   Setia Hujung Nyawa dah nak habis kan. Dan aku rasa nak bunuh2 Eriza & Hady tu. Episod tadi memang aku rasa nak sula si Hady tu. Dalam novel apa ending dia ya? Aku tak menyempat lagi nak baca novel ni.






Ape kesudahan cerita ni nanti? Sama2 kita tunggu. Gambar dari fb Setia Hujung Nyawa & fb Nelydia Senrose

Sape yang dah baca novel dia? Kasi tahu kat aku ending dia. Tak sabar nak tunggu. Thanks

Malam Berinai Liyana Jasmay Bertemakan Hindustan

Assalammualaikum..

   Kadang2 cantik pulak aku tengok kadang2 pelik pulak. Dah macam budaya kaum lain.








Gambar dari instagram Liyana Jasmay & Lisa surihani. Dan selebihnya gambar di Oh Bulan. 

bridesmaid LJ fitting baju. 


Wednesday, January 30, 2013

WW- Duckface

Assalammualaikum

   
From here

Tips : Cara Nak Gemukkan Badan

Assalammualaikum..

    Hai semua. Aku dah tukar segala kekanak-kanakkan yang ada diblog aku ni. Kalau dulu ada monyet love-love bagai yang menari kat post title aku ni sekarang aku dah delete. Rasa semak pulak monyet tu haha. Terasa nak tukar blog 360 tapi aku malas nak adjust sana sini lagi. Malas. So aku biar aje,tukar mana yang aku rasa nak tukar.

   Balik pada tajuk,aku tersangat nak gemuk. Ya,aku kurus. Kurus sangat kot. Semenjak azali aku dari sekolah menengah sampai sekarang orang cakap macam2 kat aku "kau ni macam papan lah,sekeping je","kurusnye ko ni,makanlah banyak sikit" and bla bla bla bla. Kau tahu aku mula-mula sakit hati bila dengar semua tu & lama2 aku dah jadi lali. Lali dengan suara-suara sumbang tu.


   Ok macam-macam cara dah aku buat untuk tambahkan berat badan aku. Aku beli itu ini makan banyak mana pun still tak jalan. Give up weh. Sampai 1 tahap aku try herbalife. Alhamdulillah it works. Tapi sekarang aku dah tak guna sebab aku tak ikut sangat jadual dia sebab aku tak suka rules & mahal. Nak boleh ke beli 1 set tu aku boleh beli baju ke seluar ke selama berbulan-bulan. Orang macam aku ni memang aku kata mahal sebab aku student,duit depends pada parents tak pun duit yayasan aku. Somehow aku rasa membazir pun ada yelah beli benda tu semua. Bukan apa,baik beli something yang boleh puaskan diri kan. Maaf lah kalau ada yang tak setuju dengan aku.

    Sini aku share dengan korang cara aku tambahkan berat badan aku :

  • makan banyak nasi,roti & protein
Nilah syarat dia kalau nak gemuk. Makan banyak-banyak nasi,roti & protein. Tu sumber tenaga. Protein tolong tisu dalam badan kita tumbuh. 

  1. Kalau aku, aku makan telur rebus dengan kicap. Kadang-kadang aku makan 2 biji sekali gus. Tak pun kalau aku lalu aku makan telur separuh masak dengan lada sulah,kicap masin & blackpepper. Sedap oi. 
  2. Makan nasi banyak kali. Aku selalu makan nasi dalam 3-4 kali sehari. Kadang2 kalau tengah malam aku rasa lapar aku masak aje nasi goreng telur. 
  3. Aku selalu makan roti cicah air. Tak kisah roti apa pun

  • makan supplement
Supplement ni ade banyak sangat. Aku tak makan sangat pun supplement. Baik aku beli supplement untuk kulit & kesihatan. Haha

Aku ade makan jugak Cocoa Collagen Power Plus tu. Sangat membantu untuk naikkan selera makan disamping membantu untuk kecantikan. 
  • minum susu full cream
Yang ni paling aku suka & tak boleh tinggal. Kat umah aku mesti ada 3 kotak susu full cream cap Dutch Lady. Tak pun yang tepung tu. Sedap sangat. Depends la pada korang. Kadang2 aku join adik aku makan milo cereal dengan susu ni. Susu ni penting untuk badan kita. 

Bagi yang tak suka minum susu tu aku tak boleh nak kata apalah. Macam ijam,dia akan muntah bila minum susu. Saja aku minum susu depan dia kasi dia loya haha. Aku tersangat sukakan susu. 


  • minum air masak 
Amalkan selalu. Sangat2 penting. Sehari kalau boleh 1 botol besar tu. 
  • makan fastfood
Tips yang ni mungkin agak tak elok. Tapi membantu. Kalau aku,aku suka makan kentang,ayam goreng,burger,sosej tengah2 malam. Memang heaven gila lepas makan tu tido. Ok jangan tiru. Sungguh tak sihat. 
  • makan banyak sayur
Aku jenis yang tak suka makan sayur sangat. Aku memilih sayur. Tapi sayur sangat penting dalam diet seharian kita ye. Ingat tu.
  • jogging
Jogginglah sikit2 dalam sebulan sekali ke. Aku memang malas lah nak jogging bagai ni. 
  • jumpa doktor
Yang ni last choice. Aku jarang jumpa doktor sebab benda ni. Korang kalau rasa nak jumpa pegilah. Tanya pendapat dia & supplement apa yang seseuai untuk kita amik ok

    Aku rasa ni jelah kot yang aku buat untuk tambahkan berat badan aku. Kalau dulu berat badan aku 39kg je weh. Seriously sangat2 kurus. Sangat! Then bila aku cuba itu ini & amalkan apa yang aku buat kat atas ni sekarang berat dah sampai 45kg. Nafsu makan aku sangat kuat sekarang ni. Tak tahulah kenapa. Bahagia kot.Haha. Alhamdulillah syukur sangat even still tak ideal lagi. Bersyukur 


    Aku ada tanya ijam "kurus sangat ke saya ni". Then dia cakap "tak delah,ok je". Nampak tak nak jaga hati. Hihi. Ijam selalu cakap "kalau dah sayang tak kisah awak gemuk ke kurus ke yang penting hati awak". Tak kisahlah janji ada yang sayang. 

    To be honest,aku tak concern sangat pun dengan semua ni. Aku yakin ada hikmah. Bagi korang yang mengalami masalah macam aku,kalau ada mulut2 puaka yang berkata2 tu korang buat bodoh je tak pun jawab lah balik. Ala benda kecik je pun. Dah lumrah manusia ni tak pernah nak puas hati dengan orang lain. Mana reti nak tutup mulut.

    Tak payah nak rendah diri sangat lah kalau korang kurus. Lantak lah apa orang ak cakap. Yang penting kurus kita kurus yang sihat. Ok sayang. Dont worry much. Apa yang penting teruskan makan,kalau ada lagi yang bising2 kat korang lempar aje pinggan tu kat muka mereka tu ye. Jadi kejam sikit. 

siapa kita nak menilai seseorang tu. Mengutuk & mengata fizikal seseorang itu sama macam kita hina kejadian Allah. 

p/s : kurus aku pun ada yang sayang. Awak yang mengata tu kurang kasih sayang ya.Kesian

MAKAN : Restoran Nasi Arab Damsyik,Senawang

Assalammualaikum..

    Aku dah lama dah rasanya nak buat entry pasal restoran ni tapi asyik hold je. Baru sekarang nak update. Sape2 yang duduk area seremban & senawang pernah pegi sini? aku rasa restoran ni femes. Jom aku share review aku.

    Rasanya dah lebih 10 kali aku makan kat restoran ni. At first abah lah kenalkan. "angah,abah nak bawak angah makan kat 1 tempat". Aku pun blurr. Mula2 tu aku rasa macam tak best je tempat ni sebab macam tak sedap & selambe aku je tanya "air lain tak de ke kat sini" since dia hanya promote certain teh & jus je. Then bila lepas makan nasi arab dia berpinggan2 aku tambah. See.

    Apa yang menarik tentang restoran nasi arab kat sini :

  • sedap! Sangat sedap
  • harga berpatutan
  • bersih
  • decoration restoran yang cantik & selesa
  • manager restoran yang sangat concern terhadap customer dia
  • waiter yang sentiasa alert & senyum je
  • open kitchen 
    Family aku kalau datang makan mesti order yang set Thalasa ataupun  Khamsa. Puas hati nyah makan bagai nak gila sebab sedap. Nasi tak muak. Sambal belacan die memang superb sedap. Aku suka ratah ayam cicah dengan sambal belacan tu. Dan yang sambal ke ape tah yang putih tu aku tak pernah makan. Tak tau rasa apa.

   Kalau pergi sini tak pernah tak ramai orangnya. Sentiasa full. Memang seronok tengok bisness dorang. 






My favourite

chicken kebab

    So kalau sape2 yang tak pernah pegi lagi kalau nak pegi boleh lah cari kat alamat ni  :

Nasi Arab DamsyikNo 1,Taman Bourganviellea,Jalan Senawang Paroi,70400 Seremban,Negeri Sembilan


    Blogger Cik Eka pun ade jugak pernah review pasal restoran ni. Boleh tengok opinion dia pulak. 

p/s : rating restoran ni aku kasi 10 bintang

Tuesday, January 29, 2013

Ketagih Nescafe

Asaalammualaikum..

   Ada sapa2 sini yang suka minum nescafe? Tak kisahlah nescafe ais ke,nescafe o ke shake ke. Kita 1 geng. Aku sangat suka minum nescafe. Mostly nescafe o. Aku pun tak tahu kenapa. Ok ramai sangat yang kata even mama pun kata tak elok selalu minum nescafe ni. Aku tahu & aku hanya sempat bertahan tak minum nescafe dalam 2 hari je. Dasyat kan.


   Kalau dulu masa matrik aku addicted gila minum nescafe 3 in 1 yang kaler kuning tu. aku rasa addicted sampai aku masuk upm 1st year. Then bila naik 1 kes kata nescafe 3 in 1 ni bahaya. Boleh rosakkan buah pinggang. Dulu aku nak beli nescafe ni then mama kata "angah,kau nak mati cepat ke nak hidup sihat? Pilihlah". Kejamkan.Terus sampai sekarang aku tak beli dah nescafe tu. Takut punya pasal.

    Sekarang aku hanya minum nesface o ais atau suam je. Kalau dulu aku suka nescafe ais tapi muak dengan susu. Alkisah aku memang suka dengan kaffein ni. Kecuali kopi hitam pekat tu aku paling tak suka. Kalau macam white coffee,cappucino,latte semua tu memang kegemaran aku. Yang nescafe 3 in 1 tu aku hanya minum sekali sekala je dalam sebulan. Tu pun bila aku rasa nak minum. Kalau tak memang aku elakkan. Mostly student amik dengan alasan nak stay up study kan. Bagi aku certain orang je boleh bertahan dengan nescafe ni unless dia tak pernah langsung minum nescafe. Yang tu memang kentang mata. Yang kat bawah ni semua kecintaan aku. Tapi tak selalu lah




    Lagi 1 dulu aku pernah baca kat 1 article kat mana tah yang kaffein ni boleh tingkatkan tekanan darah untuk orang yang ada tekanan darah rendah. Macam aku. Simptom tekanan darah rendah yang aku ada selalu pening bila nak berdiri bila duduk lama. Rasa macam nak pitam!

    Sejauh mana boleh membantu aku tak tahulah. Aku tahu bahaya minum nescafe ni selalu tapi bila aku buat kat umah aku buat cair je. Beza 3 kali ganda dengan order kat luar. Hitam pekat gila. Ada yang sedap ade yang pahit gila babas. Hopefully aku dapat ubah addicted aku ni dengan air lain. Kalau lah boleh ye.

    Korang kalau tahu pasal ni share lah dengan aku ye. Nescafe sedap nak2 yang ais tu. Walamak menggoda weh.


Monday, January 28, 2013

Open Letter To Fashionable Muslimah.Take Note

Assalammualaikum..



A beautiful Open Letter indeed. Please share this around!

Dear Hijabista, Hijabister

I am writing to express my concern over the portrayal of 'hijab' women in
your magazine. I believe in the concept of modesty accompanying the
muslimah attire (the hijab included) is a fundamental core one must
embrace. The Hijab is not a replacement of the 'hair' we cover. The hijab
isn't just a cloth or layers of cloth on your head. It comes with a
package. Of intellect, manners and adab. It is a symbol of the believing
women, her 'modesty'- A sign of dignity and pride. Your magazine bears no
sign of 'modesty' and I say this clearly, this is definitely very WRONG!

Portraying hijab women and "doll-ing" them up like models in Vogue but then
only to cover her hair is an absolute disgrace and mockery to us the
believing women. What more the women and cover girls who allow themselves to
be exploited as an object and fool themselves into thinking they are on
their 'Deen' and pleasing Allah by just covering their hair... How can you
even think you are pleasing Allah with all that make up, ridiculous styles
whilst purposely showing off your beauty and body.

Your magazine just as the likes of vogue and cosmopolitan has NO
intellectual nor spiritual dimensions to it except to brainwash and create
an unnecessary desire to the 'hijabisters' to own more and more stuff. In
reality, a real, true believing women DOES not need to display her
adornments to entice others. The believing woman has self confidence that
what is INSIDE her heart and MIND will indeed be of much more value than
all the silly bangles, sunglasses, shoes and handbags you bombard the
pages of your magazine with.

Your magazine corrupts young, sincere minds into foolishly thinking that
they are more beautiful with more shoes, accessories or ridiculous tudung
styles they do not need.

The best garments as the Quran states is Taqwa. And tell me where, in which
page of your magazine do you propagate this message? None, not one I'm
afraid. It is clearly a consumer driven magazine casting a spell with
women, where one will then start to wish on owning and buying or to 'copy'
the 'Photoshop-ed' girls you portray.

I am afraid you are only destroying the hijab sisters filling their minds
with superficial beauty. Please take a sincere step back and help many lost
sisters out there to care more about diseases of their hearts instead of
merely emphasizing a message of "what is important is how you look and tie
your tudung'

Sincerely,
A worried Muslimah
 Copied from We Are Beautiful,Allah Loves Us

    Betul. Setuju. Majalah yang hanya bertuliskan 'Hijab', 'Muslimah' tapi salah cara. To be honest aku kurang gemar dengan fashion turban tu semua. Nampak tak cantik. Maaf lah. Kadang2 kat insta, blog & mana2 pun tengok fashion sesetengah model,blogger muslimah agak terlampau. Sama2 kita fikirkan.

Cantik & Sihat Dengan Rumpai Laut Collagen- Testimoni Sendiri

Assalammualaikum..


    Korang pernah dengar kan rumpai laut ni. Pernah makan tak rumpai laut yang dah direbus? Aku pernah rasa dulu tapi aku tak suka sebab texture dia. Rasa dia tak de apa2 pun cuma aku rasa nak muntah bila kunyah benda tu.

   2 minggu lepas mama ada beli rumpai laut ni dari kawan dia. Then makcik tu tengok muka aku & adik aku ada jerawat. Dia recommend pakai jelly rumpai laut ni. Yang mama aku pulak dia bagi briefing pasal kecantikan & kesihatan dalaman bila makan jelly ni. Yang tu aku tak tahu sebab katanya sulit hanya untuk orang yang dah kawin. Ok aku malas nak amik port.

   Malam tu aku teruja gila nak pakai. So aku pakai lah buat masker selama 1 malam. Bangun pagi masa solat subuh aku cuci aku perasan kulit aku jadi lembut,halus. So aku teruskan untuk hari yang berikutnya & alhamdulillah jerawat2 aku yang tumbuh semua kecut. Sampai sekarang aku guna & kulit aku makin lama makin ok. No more jerawat kasar2 & halus,no more kulit kasar,no more kulit kusam & gelap.

gambar dari google. Lebih kurang macam ni lah jelly tu. 
    Cara guna :

  1. ambil setengah sudu kecil jelly ni & sapu kat muka buat macam masker. Jelly ni amik sikit pun dah cukup sebab nanti bila diratakan dia menyeluruh. Tak perlu amik banyak2.
  2. biar selama 15 minit ataupun semalaman. Bilas
Cara nak rebus benda rumpai laut ni aku tak tahu sebab mak aku beli yang dah siap rebus. Tinggal letak dalam peti sejuk je. Sini aku share kat korang hasil dari aku google :



    Mak aku amalkan yang gambar yang no 4 tu. Minum/makan dengan sunquick. Aku amalkan yang no 3 tu. Biar dalam bekas & simpan dalam peti sejuk. Time nak guna keluarkan. Mak aku beli RM15 sebekas. Terasa rugi tak beli masa kat MAHA dulu. Halal.

    Kalau korang nak beli cube cari dekat kedai2 jamu ke. Tak pun google je. Aku beli kat kawan mak aku je sebab dia tukang pengedar. Tengok muka dia kalah kulit baby weh. Gebu gila. 


   Lepas aku & adik aku guna mak dengan kakak aku tegur jugak perubahan. Dan lepas pada tu kakak aku rembat 1 bekas jelly tu. Dah nak dekat 3 minggu aku pakai dan terasa perubahan kat kulit muka. Alhamdulillah aku teruskan. 
   

p/s : lepas ni boleh feeling2 flawless,tak payah beli produk mahal2. Haha. Tenkiu ma

Sunday, January 27, 2013

Aksi Comel Penjaga Gol

Assalammualaikum..

    Minggu lepas aku ada tengok cebisan berita pasal bola. Yang South Africa punya. Tak tahu lah aku team apa tak ingat. Tapi yang pasti comel. Abah kata memang cara diorang macam tu nak raikan kemenangan.


Kelakar dorang ni. Tapi still,aku bukan peminat bola. Maaf.


REVIEW : The Impossible (Based On True Story)

Assalammualaikum..

    Korang dah tengok cerita ni? Bagi yang tak tengok lagi silalah tengok. Best & menyedihkan.


Sinopsis aku :

   Maria & Henry dan anak2 pergi bercuti di Thailand sempena krismas. Tengah seronok bermain dalam kolam,Maria terasa sesuatu yang pelik. Then lepas pada tu tsunami datang hentam mereka.Semua terpisah. Tengah2 struggle nak selamatkan diri dia terjumpa anak sulung dia,Lucas. Start pada tu dia survive. Lucas sedaya upaya jaga mak dia. Apa jadi dengan adik beradik Lucas & ayah dia? Maria selamat atau mati sebab dia mengalami kecederaan yang sangat teruk.

    Dah nak last cerita ni aku terasa sedih sebab ada part yang menyentuh hati. Tabik spring lah kat Maria sanggup bertahan. Tapi memang real tsunami tu haha.




the real Maria & her family
Filem ni dibuat berdasarkan pengalaman sebenar. Korang boleh baca kat sini . Nah
trailer



Coral Wonderland Melaka & Kedai Makan Paling Tak Bersih Di Dataran Pahlawan,Melaka

Assalammualaikum..

    Hai semua. Rindu nya nak update blog. Dapat jugak. Masa cuti Maulidur rasul abah bawak aku & adik2  pegi Melaka. Kebetulan akak aku balik. Mula2 pegi Taming Sari. 2nd time aku naik benda tu still aku gayat bagai nak gila. 1st time aku naik pegi dengan kawan2 aku. Aku memang tersangat takut pada ketinggian. Gayat gila. Even bangunan sekolah & shopping mall yang 4 tingkat pun aku tak berani nak pandang bawah. Seram. Tak boleh masuk Fear Factor ni.

   
the worst muka i guest. Time ni benda tu tengah naik. Scary



muka try jelly rumpai laut. Best!

Then lepas tu pegi pulak jalan2 Dataran Pahlawan nak makan. Aku pegi makan kat food court kat situ. Know what, that was the worst food court i ever had. Tahu kenapa? Tengok bawah ni punye gambar



  1. bakul makanan bersawang
  2. jantung ayam tak dibuang
  3. servis lambat sangat2.
  4. dapur tersangat bersepah
  5. mahal sangat2 - nasi tak sampai separuh penuh 1 pinggan RM2.50
  6. ayam hangus,tak masak & hangit
   Nasib baik lah aku tak order kat kedai tu. Kesian kat abang ipar aku,akak,adik & abah sebab tunggu lama gila nak makan. Dahlah tengah lapar sangat. Nak tak nak makan ajelah. Pakcik belakang aku siap sampai terlelap tunggu makanan dia sampai. Masa aku amik gambar ni semua pakcik tu tanya mama "kenapa?". Then ma tunjuk semua ni. Pakcik tu jawab balik "tak senonoh punya kedai. Pengotor!". Dan aku rasa budak kedai tu perasan. Biarkan. Tak haga langsung sensitiviti customer. Abang ipar aku sampai nak termuntah kot. Taubat tak jejak dah makan kat situ.

    Bila dah kecewa tu terus pegi coral wonderland kat Carrefour tingkat 4. Harga dia sorang RM 30. Tapi abah amik pakej family dapat RM205. Actually quite expensive tapi dah alang2 sampai jauh2 masuk ajelah. 

    Dah masuk dalam aku sangat2 teruja! Sebab dia ada touch area untuk kita pegang hidupan2 laut dalam sendiri. Sumpah best gila. 



    
    


teruja gila abah & ma pegang tapak sulaiman
eel section. Comel kan belut2 tu semua


stonefish.The most poisonous fish in the world.  



   Dah nak balik dah. Bes jugak duduk dalam tu. Berbaloi lah bayar mahal. Dia ada kasi kuiz kat kita suruh jawab. Bagus sebab dia suruh kita cari & baca fakta2 kat situ. Then nanti dapat keychain & kalendar. Oklah tu dari tak dapat apa2 kan. Bukan takat amik gambar & tengok2 je. The best thing is ada tempat duduk2 & explanation tentang semua hidupan kat situ. Seronok.

    Last but not least, tak rugi pegi. Teruja sangat.


ok bye

p/s : pagi tadi blog aku diserang komen anon lucah. Yang sangat lucah. Kat shoutbox pun dia ada tinggal jejak. Kalau korang rajin tengoklah. Nightmare gila 2 tahun berblog baru timbul anon tu. Lucah amat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Yang Wangi