Tuesday, July 31, 2012

Cantiknya Artis Indonesia Berjilbab

Assalammualaikum

    Entry kosong. Saja merabakkan mata kalian semua. Aku suka tengok mereka2 ni berjilbab. Cantik sangat2.

Marshanda
Oki Setiana Dewi

Risty Tagor

Desy Ratnasari


p/s : kadang2 tengok mereka bertudung lebih sempurna dari kita. 

Ajaibnya Ramadhan. Subhanallah

Assalammualaikum..

    Hari tu kan ade topik ni kat Semanis Kurma. Aku pun nak share dengan korang ape yang ajaibnya bulan Ramadhan ni seperti yang dikatakan oleh Ustazah Baiyah katekan. Oh. Sebelum aku terlupa aku suka sangat2 bila Ustaz Haslin mengaji. Ala2 hindustan. Tak caya meh sini tengok.

     Bulan Ramadhan datang setahun sekali je. Itupun kalau kita sempat nak bertemu ramadhan ni. Kalau dah habis nyawa? Mintak simpang. Sini aku share antara oeristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan :
  • Perang Badar
  • Pembukaan Kota Mekah
  • Perjalanan Nabi Muhammad saw ke Tabuk
  • Nuzul Al Quran
  • Khalid Al Walid meruntuhkan berhala
  • Penyerahan Bandar Taif
  • Pembukaan Andalus (sepanyol)
  • Tentera Islam mengalahkan tentera Mongol
     Jadi kita yang manusia biasa ni tak de alasan nak ponteng puasa & jadikan puasa tu alasan sebagai penat lapar & dahaga. Sesunggunya malam yang ditunggu2 oleh semua umat Islam adelah malam Lailatul Qadar. Subhanallah. Nikmat orang yang dapat merasai malam itu sangat besar bagi aku & tak terkata.
     Dalam semanis kurma tu ada cerita yang mana seorang perempuan ni disahkan tak boleh mengandung lagi. Tapi berkat dia berdoa sepanjang bulan ramadhan dia disahkan hamil pada 1 Syawal. Ajaib sangat2 bila ustazah tu cerita. Bak kata ustazah 'sambutlah kedatangan bulan ramadhan itu sebagai mana kita menyambut kedatangan kekasih kita'.
      Berkenaan isu 15 ramadhan di mana katanye akan datangnya suara dari langit itu belum tentu sahihnya. Bak kata Ustaz Haslin "yang takut pada semua benda itu hanyalah orang yang tak beriman saja. Malah lagi baik jika terjadinya di bulan ramadhan sebab ketika itu kita sedang bertaqwa kepada Allah". Kagum dengan jawapan ustaz. Semoga kita semua dilindungi
      “Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau jadikan hati Kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada Kami, dan karuniakanlah kepada Kami rahmat dari sisi Engkau; karena Sesungguhnya Engkau-lah Maha pemberi (karunia)”. (Ali Imran:8)
    10 hari permulaan puasa ku mengharapkan rahmat dari ALLAH, 10 hari mendatang ku mengharapkan maghfirah dan 10 hari di penghujungnya ku mengharapkan kebebasan dari api Neraka.
p/s : salam ramadhan yang ke 11 semua 

Monday, July 30, 2012

Tak Puasa

Assalammualaikum..

    Bertemu kembali. Bulan puasa kemain lembab otak aku nak berpikir nak update blog. Sudahnya biar berhari2 tak update. Tajuk hari ni tak puasa ya kengkawan. Siapa yang tak puasa? Perempuan? Lelaki? Kalau perempuan tak puasa bagi aku normal lah Allah dah kasi free cuti. Makan pun tak haram time bulan puasa ni. Tapi kalau lelaki tak puasa? Ok think positive. Gastrik mungkin atau sakit. Ya?

    Hari Sabtu hari tu aku berbuka kat Tesco Senawang. Elok je ade mamat tu curik2 minum air kat belakang pintu. Ingat aku tak nampak. Bagi aku, laki kalau tak puasa tanpa sebab nampak benar buruk & sangat tak macho even kau hensem tara mana pun. Berdosa lagi ada.



    Sedangkan perempuan kalau tak boleh puasa pun makan sorok2 tau. Ish! Aku yang segan bila tertengok kau tak puasa. Kalau pun dah tak larat sangat untuk berpuasa, rehatlah. Kot ye pun dah tak tahan sangat jangan lah nampak sangat yang kamu tu tak berpuasa. tak elok bila orang tengok. Sedangkan amalan berpuasa tak dapat dipenuhi apatah lagi amalan wajib yang lain. Wallahualam.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)

    Lelaki, kalau awak tak puasa even awak tough, hensem tapi hilang dah macho awak. Jangan jatuhkan maruah awak untuk menjadi seorang imam & suami kelak ye. Sekian. Salam Ramadhan yang ke 10 semua

Thursday, July 26, 2012

Bazaar Ramadhan & Kuih Tepung Pelita

Assalammualaikum..

   Bila tiba Ramadhan je mesti ada Bazar Ramadhan kan. time tu lah pun kaum2 lain berpusu2 join sekali. Kite kan 1 mesia. Haha. Btw aku kalau ke bazar ni memang blink blink mata tengok juadah2 ni nak2 lagi tengok kuih2 ni ha. Padehal boleh je nak buat sendiri kat umah kan. Saje nak habiskan duit kan lepas tu mula menggelabah nak habiskan lepas berbuka.

   Dalam kite seronok beli2 kat bazar ni kene hati2 ye.Hari 1st ramadhan maybe tak de lagi lah kes2 ni tapi dah seminggu 2 puase mungkin ada. Ingat tak tahun lepas ada kes keracunan makanan lepas makan ABC tak silap. Gara2 beli kat bazar ramadhan. So korang kalau nak beli kena hati2. Jangan ikut hati nanti mati. Macam mana nak tau makanan kat bazar atau mana2 pun pasar malam ke ape ke ok & tak memudaratkan? Sini aku kasi tips :

  • tengok texture, bau,warna & keadaan makanan tu
  • tengok keadaan & warna minyak bagi makanan yang bergoreng
  • yakin

     Kalau tengok orang jual kadang2 melampau2banyaknye kan. Tapi macam tak laku pun ada. Pernah tak korang terpikir makanan yang lebih2 terlalu banyak ni dorang buat ape lepas berbuka? Nak kate dorang makan tak mungkin sebanyak itu boleh habiskan. Ok think positif, mereka mungkin sedekahkan ke masjid atau surau buat makan lepas terawih. 

     Makanan bergoreng ni kalau korang tengok minyak die hitam sangat tu means die tak ganti minyak lain untuk menggoreng makanan. Suppose kene tukar kalau dah 2 kali pakai sebab minyak tu dah terlarut dengan banyak bahan2 yang tak sihat. Kalau minyak pun dah hitam kau bayangkan lah mane nye pegi zat2 dalam tu.


     Oh! Dah banyak bazar ramadhan yang aku pegi. Aku cari kuih Tepung Pelita tapi majoriti dah tak de yang jual. Yang banyak nye kuih Tako. Kenapa ya? Kuih tepung pelita tu lejen masa bulan2 pose ni kan. Peveret nyah! Ok lah sekian. Jaga diri jaga kesihatan time bulan pose ni ye semua. Salam ramadhan yang ke 6 semua.

Monday, July 23, 2012

Lelaki Metroseksual

Assalammualaikum..

    Hai semua bertemu kembali. Haha. Balik kampung minggu lepas sebab tu tak update. bertambah dengan malas. Oh btw syukur alhamdulillah ada yang pm bertanyakan pasal blog ni. Thanks sudi singgah blog yang tak semenggah ni. Jom bercerita pasal lelaki metroseksual. Sure korang tau metroseksual tu spesis jenis ape kan. Tak tau? Google sendiri

   Ok la. Lelaki metroseksual ni spesis yang jenis suka bergaya & sangat menjaga penampilan mereka. Contoh artis yang jenis macam ni macam Fahrin, Awal Ashaari, Nazim Othman & ramai lagi lah. Korang ade tak kawan2 sekeliling korang yang spesis jenis macam ni? kalau ada whats on your mind? Opss! Kat sini aku bukan nak kondem ke ape. Cuma nak share pengalaman aku sikit kenal dengan orang jenis metroseksual ni.


    Dulu aku pernah kenal dengan sorang mamat jenis macam ni. Kau tahu, sepanjang aku kenal dengan dia aku rasa macam keluar mana2 dengan artis. He was so fussy. Bukan apa, kalau kena dengan tempatnya tak pe, tapi kalau keluar setakat nak pegi tengok wayang je pun pakai serupa nak pegi amik award. Opss! Cuma mase aku keluar dengan dia selalu die cakap "esok kite pakai baju sama ye". Aku tak berapa berkenan sebenarnya.

    Bukan ape, cuma aku rasa laki jenis ni kalau nak bergaya, jaga penampilan pun biarlah :

  • kena pada tempatnya
  • not too too over
  • pandai mix & match mengikut kesesuaian diri
  • tak terlalu show off mungkin
  • tengok umur
     Aku bukan nak 100% kondem golongan ini tapi lebih sesuai kalau dikenekan ikut gaya, tempat & cara. Bukan main ikut dan je. Lagi bila dah bergaya macam tu berlagak lagi. Pernah beliau berkata " selalunya perempuan yang selalu kene tinggal dengan saya". Oh! He was the worst guy i ever met. Menyesal sangat kenal. Tapi tulah. Sekarang Allah dah kasi free balasan. 

    Kalau artis tu no wonder lah kan. Mereka ade nama, dah memang sinonim dengan diri mereka. Cuma bagi aku simple lebih baik. Tapi tak semestinya lelaki jenis tu semua nya tak best kan. Ada jugak yang best & tak semsetinya 24/7 bergaya macam tu. Dan aku tak berapa selesa dengan lelaki yang terlalu menjaga penampilan sampai keterlaluan sangat ni. Baiklah simple je janji sedap mata memandang. Sekian. Salam Ramadhan hari yang ke 3 semua
     
yang ini apa? Maaf, tak de selera. 
p/s : dah 2 kali mimpi kehancuran dunia depan mata. Takut & apa tandanya?

Thursday, July 19, 2012

ww 25- Tudung & Islam

Assalammualaikum

tengok gaya tudung sekarang & tengok gambar ni. Pikir kan.

Wednesday, July 18, 2012

Isu halal & haram dalam premis & produk makanan

Assalammualaikum..

    Sekarang ni banyak sangat2 kes yang kite dengar produk ini haram produk itu halal tak boleh makan semua then share kat fb tentang isu ni. Tapi pernah tak korang pikir baik buruk & kesan korang share bende yang belum disahkan lagi oleh JAKIM? Oleh itu, nak bace boleh tapi jangan mudah percaya. nak share tu pikir banyak2 kali.

    Aku pernah belajar pasal makanan halal & subjek halal ni jadi aku nak share dengan korang serba sedikit info yang aku tau dengan korang. Alang2 dah belajar subjek ni, gunekanlah prof yang ajar subjek ni untuk bertanye. Bes jugak subjek ni sebab ape yang merunsingkan & bikin kite konpius nak guna produk2 makanan ni kite dapat tau.

     Dulu macam2 kes pernah keluar pasal produk makanan tak halal kan. Contohnya mentega Golden Churn dan lain2. Setahu aku atas ape yang aku belajar dalam subjek ni & menurut ape yang prof aku bagitau hanya 1 logo halal ni je yang disahkan oleh JAKIM.


    1 lagi kite selalu was2 sama ada "eh restoran ni halal ke haram eh? Tengok ada logo halal". Nampak tak kat situ. Ape yang aku tau:
  • premis makanan mestilah ada sekurang kurangnya 2 pekerja MUSLIM yang tetap keje kat situ
  • logo & sijil halal mestilah disahkan oleh JAKIM sahaja
  • tiada unsur2 makanan yang tak halal disajikan & dijual
     Ape pun bende ni sangat lah sensitif. Kesimpulannya kalau kite was2 jangan pegi makan kat situ. Jangan beli produk tu. Ari tu aku nak beli lah 1 jenama produk cream cheese ni tapi tengok logo halal die macam lain macam je terus aku letak balik sebab aku was2. Aku tak yakin. Lebih baik tak payah guna kalau tak yakin. Nak2 lagi sekarang masuk bulan ramadhan banyak hotel2 yang offer iftar macam2 kan. Aku actually tak yakin sangat dengan makanan hotel2 ni. Opss!

     Soal macam ni kene tanya dengan orang yang lebih mengetahui. Jangan main pandai2 sendiri je buat fatwa kate itu haram ini halal. Kene rujuk jakim jugak. Bila jakim dah keluarkan notis sesuatu produk & premis makanan tu tak halal then barulah kite boleh kate itu tak halal. Ok bebeh.

    Aku sekalipun aku tengok ade orang islam bekerja kat kedai makan yang owner die cine ke produk letak logo halal ke aku tetap tak kan pegi makan kat situ. Berlambak lagi kedai makana melayu yang ada kan. Malah lebih yakin. Kalau nak tau lebih lanjut pasal halal ni korang boleh pegi website die sendiri kat sini. Diingatkan aku hanya share pengetahuan yang aku tahu berdasarkan ape yang aku tanya dari prof aku sendiri.  


contoh keratan akhbar

    Sekarang ni sekecil2 premis makanan pun kene apply sijil halal ni. Dan procedure die bukan mudah. Sembelihan binatang kene betul, orang yang sembelih kene tau hukum menyembelih & syarat2. Sebenarnya halal ni meluas kalau nak tengok dari sudut aspek dia. Contoh :
  • pengangkutan
  • packaging & bahan untuk pekkan produk makanan
  • sumber makanan
  • approved by jakim
  • banyak lagi
    Jadi korang jangan mudah sangat nak share ape2 yang tak sahih lagi kat fb tu. Peringatan buat kite juge. 

Tuesday, July 17, 2012

Result

Assalammualaikum..

    Oh hari ni aku sangat kecewa setelah dapat tau result aku Ape kes makin lama makin turun? Seperti yang dijangka masa aku jawab exam lagi.  Di saat ini baru aku nak terpikir

  • deserve to get that with my own tried
  • Allah's fate
  • silap aku
  •  lecturer, fakulti & sistem
   Tapi bila pikir balik tak sepatutnya kite sesalkan dengan ape yang kite dapat kan. Ape yang kite dapat setimpal dengan ape yang kite usaha. Mungkin Allah tak bagi rezeki untuk aku dapat yang terbaik tu sekarang kan. Mungkin lain kali. Tapi ape pun aku redha & kite kene redha dengan apa yang Allah bagi kat kite. Sama ada baik atau buruk.

    I try to think "kalau aku seteruk ini, ada yang lebih teruk dari aku mungkin". Think positif always and tried to accept as well. Selalu jugak aku tanye diri aku kenapa kalau dulu aku boleh buat tapi sekarang aku tak boleh? Mane silap nya aku? Ape salah nya aku? Tak baik aku salah kan takdir kan. Subhanallah. Mohon dijauhkan sebegitu. 

    Kite pun tak boleh nak salahkan ornag lain atas ape yang kite dapat kan. Walaupun pada hakikatnya terang terangan nampak tak adil kat situ. Tapi nak buat macam mana. Biarkan jelah. Mungkin ada yang lebih baik peluang aku. Korang tahu tak betapa kecewanya aku dengan 1 subjek ni. Aku berhabis duit & tenaga tak tidur 2 hari semata2 nak siapkan asigment subjek tu tapi last2 rasa macam tak berbaloi langsung dengan apa yang kite dah buat. See. Thats not good bebeh

     Ok dah la tu korang bace luahan hati aku yang merepek ni. Cuma 1 jelah. Aku kecewa. Sangat2 kecewa. Tapi sungguhpun begitu aku tetap bersyukur sebab tak kene repeat paper. Yey. Bersyukur  dengan ape yang aku dapat. Terima kasih Ya Allah. Ayat yang sama setiap sem "tak pe, sem depan boleh cuba lagi". Sekian. Tolong tenangkan aku please

p/s : tetiba aku jadi benci dengan fakulti aku sendiri. Fullstop. Selamat datang student baru fakulti aku di UPM

Sunday, July 15, 2012

Al fatihah untuk lecturer Fakulti Sains & Teknologi Makanan UPM - Prof. Dr. Yaakob Che Man

Assalammualaikum..

    Baru dapat berita dari classmate aku di twitter tentang pemergian salah seorang lecturer aku yang pernah mengajar Makanan Halal kat fakulti aku di UPM. Sebelum ni aku pernah masuk kelas die sekejap. Meninggal sebab kanser katenye. Arwah dikebumikan lepas asar tadi & meninggal jam 2.45 petang tadi. Kawan2 sedekahkan alfatihah ye. Terkejut sangat


    Beliau dah bagi banyak sangat sumbangan dalam industri halal kat Malaysia ni dan pernah dinobatkan saintis halal. Pengarah Halal hub kat malaysia. Aku bangga dengan dia. Bangga jugak dapat timba ilmu dengan beliau walaupun sekejap. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman. Amin
   

SUKMA & Accident

Assalammualaikum..

    Jumaat hari tu aku pegi kuantan. Niatnye nak tido umah akak aku & tolong die kemas barang pindah umah baru. But then abah plan nak pegi tengok sukma. Aw. 1st time tengok sukma live nyah. Teruja sekejap kat situ. Tapi kan sebelum sempat aku ke stadium darul makmur tu tetibe terlibat pulak dengan kemalangan.

    Alkisah abah nak belok masuk ke stadium tu then ade 1 kete viva yang sangat pandai ni pegi berhenti kat petak kuning & menyebabkan abah jadi sempit nak masuk. Time tu dah la jem. Tetiba elok slow2 abah nak masuk then ade 1 moto laju nak mampus terus langgar kete. Kau tahu aku rasa macam nak terberak terkedu kat situ. Takut!!

    Nasib baik tak de ape2 luka teruk kat mamat tu. Orang ramai berkumpul dah kat situ macam nak serang abah. At last tuan punye kete viva yang pandai tu bersalam dengan abah mengaku salah die. Kesian aku tengok mamat tu terduduk tepi longkang sakit lutu gamaknye. Abah tanye ok ke tak die cakap ok then abah pegi lah dari situ. Hasilnya. Plat kete abah bersepai, depan kemek. Puyo seram



   Dah siap buat baru terus pegi stadium tengok acara olahraga.



ok tersnap gambar sendiri pulak haha
   Then belah malam sambung tengok acara final olahraga. Ramai pulak yang datang. Bes woo sebab aku sokong classmate adik aku yang masuk acara 1500. Menang pulak. Wee





   Petang sabtu tu pegi SUKPA pulak tengok gimnastik. Acara paling aku suka. Aww seksi nyah adik2 ni dengan baju merelip2. 




   ok lah tu. Last but not least. 


    Datang kuantan semata2 tengok sukma. Menyokong sukan mesia ni. Haha. Kebetulan acara berbasikal lalu pulak celah2 hutan dekat umah baru aku kat Kemasul tu. Btw aku tengok atlet2 ni boleh tahan jugak. Lagi 2 tahun kat perlis. Jang pa yang dok sana pi lah tengok. Free

p/s : Atlet Terengganu yang menang lari berpagar Muhd. Ajmal Aiman tu hensem lah. Haha

Thursday, July 12, 2012

Its His Birthday, Abah!

Assalammualaikum..

   Nothing much to say. Happy birthday untuk abah tersayang. Love u.



  • may Allah bless u always & murahkan rezeki kita sekeluarga
  • thank u for being such a great daddy in the world
  • stay healthy & please dont get warded like few years ago
  • again,thank u for being such a sporting gila babas daddy for me & us
  • i love i love u i love u
p/s : happy birthday too for those yang sambut birthday hari ni ya

Wednesday, July 11, 2012

Petua Mama

Assalammualaikum..

    Semalam aku buat sambal belacan. Aku penah buat entry resepi sambal belacan aku kat entry ini.. Tengah syok2 menumbuk sekali terkene cili tu masuk mata. Jadinye aku praktikkan ape petua yang mama aku cakap untuk hilangkan sakit pedih ni. Jom sini aku share lagi lain2 petua dari mama aku @ lebih sinonim orang dulu2.

  • tenyeh kat kepala lutut - hilangkan pedih mata terkene cili
Memula aku tak buat lagi sebab tersangat pedih. Tulah orang nak memasak aku sibuk jugak. But then bila aku tenyeh mata ni kat kepala lutut after few minutes hilang rasa pedih tu. Really!



  • gosok berulang kali- terhantuk
Bila terhantuk tu mama selalu gosok berulang kali kat tempat yang terhantuk tu. Then hilang sakit.

  • letak ubat gigi - bila terkena minyak panas
Certain orang ade letak kicap kan. Tapi kate nye kicap boleh buat timbul parut. Mama selalu suruh letak ubat gigi. Memang pedih gila tapi lame2 hilang rase sakit kene minyak panas tu. Then basuh. Parut tu still ade sikit lah.

  • cari laki @ pasangan - yang 'setaraf' dengan kite
Setaraf kat sini bukan bermaksud harta pangkat tapi dengan kehidupan kite. Contoh, dulu aku pernah nak bercinta dengan mamat ni tapi mama cakap "kalau boleh jangan lah amik yang sebaya yang tak sama level belajar,nanti takut lepas kawin  timbul isu mengungkit. Sekarang memang la semua tak timbul lagi". Bukan nak kate nak bangge sangat level pendidikan tu tapi bila aku pikir balik ade betul ape yang mama cakap.

  • buat sambal kicap- letak bawang putih
Ade certain orang buat tak gemar letak bawang putih. Tapi aku selalu buat pakai bawang putih tapi sikit saje ye sebab rasa die kuat sangat nanti. 
  • ubat kudis buta - lumur dengan buah mengkudu
Adik aku dulu mase kecik kene kudis buta. Teruk 1 badan kene. Mak aku lumur 1 badan dengan buah mengkudu ni. Bau die kau jangan cakap. Busuk gila.


   Tu jelah. Kalau nak ikutkan petua bila memasak tu lagi banyak tapi tak sempat lagi nak menuntut. Hihi. Kalau korang ade petua2 dari mak korang ke meh la share sini. Same2 kite belajar & try. Orang kate petua orang dulu2 ni banyak kegunaan & berkesan pulak tu. So ape salahnye korang pegi tanye kat mak nenek korang tu. Boleh share.


p/s : lagi 1 mama pesan cari laki yang sayang kite lebih dari kita sayang die. Nanti kawin tak kedekut kasi bini duit

Tuesday, July 10, 2012

Resepi- Rainbow Cake Cincai

Assalammualaikum..

   Hari ni dengan yakinnye aku buat kek sendiri. Rainboe kek yang sekian lame aku nak sangat2 makan. Ape salah nye buat sendiri kan. Aku amik resepi dari blogger Fatin Suhana. Actually tak susah mana pun nak buat sebab aku pakai instant tepung kek tu ha. Jom sini aku share dengan korang resepi rainbow kek versi aku. Cincai punye. Nasiblah. Nak makan punye pasal. Dah la tak de mixer,kene pukul sendiri. Penat tahu!

Bahan2 :

  • Butter cake mix (dalam kotak yang instant)
  • 4 biji telur
  • buttercup
  • white coklat
  • coklat urai @ ape2 yang korang suka buat decoration
  • pewarna merah,kuning,biru,hijau,oren,pink & sebagainya (ikut suke korang)
Cara2 :
  1. Ikut step seperti yang ada di belakang kotak buttercake mix tu. Tapi aku buat aku pukul mentega dulu
  2. lepas tu letak telur & pukul sampai kembang.
  3. Baru campurkan tepung butter cake mix tu & pukul lagi sebati.
  4. Aku bahagikan kepada 3 mangkuk & letakkan berlainan pewarna. Aku letak 3 kaler je sebab tak de pewarna lain dah. Malas aku nak cari so 3 kaler tu je aku buat. Jadilah kan
  5. Sapu loyang dengan butter & tuang. Make sure loyang same saiz 
  6. Sebelum tu panaskan oven dulu pada 180 degree celcius. Bakar selama 20 minit. Aku buat 20 minit sebab adunan aku nipis. Kang hangus nanti.
  7. Bile dah masak biar sejuk dulu kek then baru sapu dengan white coklat yang dah cair tu.
  8. Aku buat double boiling. Sapu kan coklat putih tu lapisan demi lapisan
  9. Disebabkan white coklat aku tak cukup makanya aku tak salut pun whole kek tu. 
  10. Hias ikut suka
  11. Siap


   Senang je kan. Alhamdulillah. Lepas ni boleh buat lagi dengan kaler banyak2. Baru syok. dah siap bagi kat jiran2 tadi & luckily abah kata sedap. Yey. Thanks mama tolong angah! Orang kate rainbow kek kene tinggi & banyak kaler tapi aku buat ape yang ade je. Jadilah tu dari tak jadi kan. 

   Btw bahagian luar aku x salut sekali dengan white coklat sebab tak cukup. Ingat nak salut jugak tadi tapinye tak cukup,letak dalam je. Next time buat luar dalam sekali. 

Tips : kalau nak tau kek tu dah masak ke tak cucuk dengan pisau. tengok melekat ke tak. Kalau tak melekat maknenye dah masak. Ataupun 1 lagi cara tengok kalay tepi loyang tu kek die dah merekah,macam separate dengan loyang,masak lah tu.


p/s : Dugaan,baru nak masak kek blackout pulak. Nasib baik jadi. Lulus dah ni. Hihi

Monday, July 9, 2012

Wedding Irma Hasmie & Redza- Reception 7 July

Assalammualaikum..

   Kan aku kata wabak kawen irma ni tak habis lagi. Sempena aku baru update ni meh aku share dengan korang gambar resepsi kawen irma belah lelaki 7 July hari tu. Oh kredit gambar kat Moment Effect. Sweet2 je kaler baju mereka kan.

hensem tak hensem



   Lagi gambar sila ke page yang aku mention kat atas tadi tu. Aku sure mesti korang tak jemu tengok kan. Ok then. Bye

p/s : irma mekap ke tak ke sama je. Nak jugak please :)

Saturday, July 7, 2012

1st wedding of my best friend. Tahniah sayang!

Assalammualaikum..

    Baru minggu ni dapat tau yang salah sorang kawan baik aku mase kat mrsm gemencheh dulu nak nikah dah. Aku ade cite kat entri budak2 aku zaman dulu mase mula2 buat blog kat sini. Tapi kau jangan muntah baca entri tu sebab aku sendiri rasa macam nak ketawa bila bukak entry tu. Buruk!Sungguh! Aku rasa sangat2 sedih sebab member kacip nak nikah dah weh. Baru aku tau kenapa kawan baik akak aku nangis mase akak aku nikah dulu.

     Teringat mase sekolah dulu sama2 gelak ketawa nangis lalui macam2. Hari ni dah jadi suami orang dah pun. Penah dulu kitorang 10 orang 1 geng cakap "antara kite siapa yang kawin dulu eh?". Last2 Paha. How i miss that moment damn much! Congrates sayang. Happy for both of u.


zaman sekolah dulu

   Sekarang dah jadi bini orang


    Semoga kamu kekal hingga ke syurga,sayang. Jadi isteri yang solehah ye. Mintak maaf sangat2 tak dapat datang sebab tak de kenderaan nak ke sana. Nanti kenduri besar janji datang,kita buat reunion besar2 budak gmc kat sana ye. Sayang paha!

p/s : lagi membuak perasaan nak ke arah itu. Haha

Thursday, July 5, 2012

Tampil Berseri Macam Irma Hasmie- Petua

Assalammualaikum..

    Wabak kawin irma tak habis habis lagi. Sampai berbulan maybe. How sweet both irma & hubby. Habis meroyan semua rakyat jelata.Korang tengok irma muka die berseri je kan. Ape petua die eh? Jom sini aku share :

  • kurangkan pemakaian mekap yang terlalu tebal
Tak dinafikan mekap memang buatkan seseorang tu nampak cantik sangat. Tapi mestilah kene pade cara & orangnya kalau nak bermekap kan. Kalau mekap terlalu tebal sumpah tak cantik weh. Pernah dengar tak orang dulu2 kata "jangan pakai mekap sangat nanti bila kawin hilang seri". Irma pun kalau tengok jarang die pakai mekap tebal2 kan. 


Mungkin ada yang tak bersetuju dengan aku. Tapi tak pe, aku sendiri tengok time akak aku kawin. Mase die belum kawin kemain tebal mekap then bile 3 bulan dah nak kawin die kurangkan & tak pakai langsung mekap. Bile die nikah kahwin berseri2 muka dia. Tapi terpulang pada pandangan masing2.
  • amalkan minum air masak & selawat
Tau lah dahaga. Tapi selalu lah amalkan minum air beserta selawat. Banyak kelebihannya. 
  • cuci muka setiap hari
Oh! Ini memang sangat penting. Jangan seminggu sekali ye. Nanti berdaki2 muka tu. Cuci muka tu penting. Make sure pakai pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka korang.
  • berwudu'
Ape2 pun ambil air wudu' jugak yang berkesan. Nak tau berkesan ke tak try lah. Jangan pulak ambil wudu' semata2 nak kelihatan cantik. Lari niat dah tu. 
  • selalu senyum
Selalu lah senyum, kasi loose urat2 kat muka tu. Kalau tak, tak berseri nanti.
  • basuh muka dengan air basuhan beras
Aku selalu jugak buat bende ni. Tapi sekarang dah malas. Amik air bekas basuhan beras tadi. Jangan dibuang. Sapu kat muka 2 3 kali. Lembut berseri je muka nanti.
  • amalkan petua2 tradisional
Petua tradisional setakat ni memang terbaik. Selalu lah amalkan letak tomato, timun & lain2 lagi. Jarang pakai petua tradisional tak berkesan kan. Cume zaman sekarang ni kalau ada suplemen tambahan, amik lah. Jaga kesihatan sekali.

    Dah la tu. Kalau ada kurang korang tambah ye. Pesanan orang tua2 selalu berguna. Jadinye jangan amik remeh je ape yang mak2 nenek2 korang cakap ye. Macam mak aku memang tak bagi sangat selalu mekap2 bagai ni. Katenye hilang seri muka. Aku bukan nak kate salah bagi orang yang duduk mekap bagai ni, dah nama personal opinion. 

     Opss! Tak lupa, salam nisfu sya'ban. Maafkan aku kalau ade kata2 dalam blog ni yang menyinggung perasaan & hati korang ye. Kadang2 aku tak sedar. Semoga dengan terbukanya buku baru, akan mencatatkan lebih banyak kebaikan buat kita. Amin

seri bakal. Bakal? haha!
p/s : kecoh di fb,twitter & phone bertanyakan aku mahu bertunang. Oh, lambat lagi.Amin. 

Wednesday, July 4, 2012

ww 24 - Anak beranak katak hitam

Assalammualaikum


 

Radiusite - Shawl sesuai untuk tunang & nikah

Assalammualaikum..

     Banyak pulak keyword baju nikah tudung tunang naik kat blog aku. Oleh itu aku cadangkan korang pilih & beli kat Radiusite ni. Tadi aku ternampak Radiusite post shawl. Dan aku tetiba jatuh hati sangat dengan shawl mereka yang 1 ni. Jom tengok sini. Aku cadangkan kalau sape2 yang nak tunang & nikah ke amik shawl kat Radiusite tu. Cantik! Harga pun memang patut la sebab cantik. Tak pelah mahal sikit pun. Kualiti terjamin.

Shawl Shasmeen Sakura 





Shawl Shasmeen Design Ika



Cantik kan? Nak tengok lebih banyak lagi pilihan boleh la pegi ke Facebook Radiusite ni. Mesti terjuling2 mata korang tengok shawl2 ni sebab cantik sangat.

p/s : tak dinafikan perasaan ingin bertunang itu semakin membuak2. Haha!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Yang Wangi