Monday, July 23, 2012

Lelaki Metroseksual

Assalammualaikum..

    Hai semua bertemu kembali. Haha. Balik kampung minggu lepas sebab tu tak update. bertambah dengan malas. Oh btw syukur alhamdulillah ada yang pm bertanyakan pasal blog ni. Thanks sudi singgah blog yang tak semenggah ni. Jom bercerita pasal lelaki metroseksual. Sure korang tau metroseksual tu spesis jenis ape kan. Tak tau? Google sendiri

   Ok la. Lelaki metroseksual ni spesis yang jenis suka bergaya & sangat menjaga penampilan mereka. Contoh artis yang jenis macam ni macam Fahrin, Awal Ashaari, Nazim Othman & ramai lagi lah. Korang ade tak kawan2 sekeliling korang yang spesis jenis macam ni? kalau ada whats on your mind? Opss! Kat sini aku bukan nak kondem ke ape. Cuma nak share pengalaman aku sikit kenal dengan orang jenis metroseksual ni.


    Dulu aku pernah kenal dengan sorang mamat jenis macam ni. Kau tahu, sepanjang aku kenal dengan dia aku rasa macam keluar mana2 dengan artis. He was so fussy. Bukan apa, kalau kena dengan tempatnya tak pe, tapi kalau keluar setakat nak pegi tengok wayang je pun pakai serupa nak pegi amik award. Opss! Cuma mase aku keluar dengan dia selalu die cakap "esok kite pakai baju sama ye". Aku tak berapa berkenan sebenarnya.

    Bukan ape, cuma aku rasa laki jenis ni kalau nak bergaya, jaga penampilan pun biarlah :

  • kena pada tempatnya
  • not too too over
  • pandai mix & match mengikut kesesuaian diri
  • tak terlalu show off mungkin
  • tengok umur
     Aku bukan nak 100% kondem golongan ini tapi lebih sesuai kalau dikenekan ikut gaya, tempat & cara. Bukan main ikut dan je. Lagi bila dah bergaya macam tu berlagak lagi. Pernah beliau berkata " selalunya perempuan yang selalu kene tinggal dengan saya". Oh! He was the worst guy i ever met. Menyesal sangat kenal. Tapi tulah. Sekarang Allah dah kasi free balasan. 

    Kalau artis tu no wonder lah kan. Mereka ade nama, dah memang sinonim dengan diri mereka. Cuma bagi aku simple lebih baik. Tapi tak semestinya lelaki jenis tu semua nya tak best kan. Ada jugak yang best & tak semsetinya 24/7 bergaya macam tu. Dan aku tak berapa selesa dengan lelaki yang terlalu menjaga penampilan sampai keterlaluan sangat ni. Baiklah simple je janji sedap mata memandang. Sekian. Salam Ramadhan hari yang ke 3 semua
     
yang ini apa? Maaf, tak de selera. 
p/s : dah 2 kali mimpi kehancuran dunia depan mata. Takut & apa tandanya?

32 comments:

  1. aku tahu siapa yg dimksudkan..hehehe

    bialah bias2 aje tp membahagiakan :)

    ReplyDelete
  2. malas nak layan kalau metrosexual yg over...hhee

    ReplyDelete
  3. i pulak biasa kena tinggal dengan perempuan. ok, tak terasa nak mengayat saya?? hahahahhahahaa :P

    ReplyDelete
  4. laki oh laki..macam2 perangai ada

    ReplyDelete
  5. nak metroseksual ok tapi jangan l lebih2 sgt sampai nak tempek compact powder lebih2. hehe. gambar yang hujung tu ada yg selera ke ? hehehehe

    ReplyDelete
  6. xde manusia yg perfect.. ermm, btl ke??

    ReplyDelete
  7. boleh bergaya, tapi kalau dah melampau tu, kita yg jalan tepi dia naik segan.

    ReplyDelete
  8. haikkk,,..kemain poyo kan lelaki mcm 2..nk muntah lak nengok gmbr yg last 2 ha..haha

    ReplyDelete
  9. Humakaiii.. Tak pernah lagi jumpa laki cani.. Berlagak gila.. Sabo jelah..

    ReplyDelete
  10. kita xsuka anuar zain dr dulu.. :P

    xtau nape tp mmg xsuka..huhuhuhu

    ReplyDelete
  11. Omaik aih.
    ni kalau kite yg dgr ni
    mmg nk sekeh je kepala mamat mcm ni

    ReplyDelete
  12. nak ensem bergaya tak salah. dorang cuma nak nampak terbaik kan. tapi, kalau tempatnya tak kena, haaa, tu yg pelik. :)

    ReplyDelete
  13. kata kunci dia.. bergaya biar kena pada tempat dia.. kan kan kan..

    ReplyDelete
  14. Salam kunjungan,

    Lelaki metrosexual selalunya sgt menjaga penampilan mcm lelaki2 yg ditunjukkan di gambar itu. Dan, perwatakkan mereka agak "lembut" sedikit tp bukan pondan =)

    www.shahrulhairy.com

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini