Monday, July 30, 2012

Tak Puasa

Assalammualaikum..

    Bertemu kembali. Bulan puasa kemain lembab otak aku nak berpikir nak update blog. Sudahnya biar berhari2 tak update. Tajuk hari ni tak puasa ya kengkawan. Siapa yang tak puasa? Perempuan? Lelaki? Kalau perempuan tak puasa bagi aku normal lah Allah dah kasi free cuti. Makan pun tak haram time bulan puasa ni. Tapi kalau lelaki tak puasa? Ok think positive. Gastrik mungkin atau sakit. Ya?

    Hari Sabtu hari tu aku berbuka kat Tesco Senawang. Elok je ade mamat tu curik2 minum air kat belakang pintu. Ingat aku tak nampak. Bagi aku, laki kalau tak puasa tanpa sebab nampak benar buruk & sangat tak macho even kau hensem tara mana pun. Berdosa lagi ada.



    Sedangkan perempuan kalau tak boleh puasa pun makan sorok2 tau. Ish! Aku yang segan bila tertengok kau tak puasa. Kalau pun dah tak larat sangat untuk berpuasa, rehatlah. Kot ye pun dah tak tahan sangat jangan lah nampak sangat yang kamu tu tak berpuasa. tak elok bila orang tengok. Sedangkan amalan berpuasa tak dapat dipenuhi apatah lagi amalan wajib yang lain. Wallahualam.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)

    Lelaki, kalau awak tak puasa even awak tough, hensem tapi hilang dah macho awak. Jangan jatuhkan maruah awak untuk menjadi seorang imam & suami kelak ye. Sekian. Salam Ramadhan yang ke 10 semua

10 comments:

  1. huh sgt memalukan.kalau ye pon knp lah tak tgu balik umah.

    ReplyDelete
  2. eeee x malu betui. bughuk nau perangaiii...

    ReplyDelete
  3. kadang2 orang ni liat puasa tapi fardu lain buat pulak..macam2

    ReplyDelete
  4. memalukan je kan..
    sokong kak Anis ^

    ReplyDelete
  5. wah.. ada jugak yang sorok2 minum kat tempat terbuka tu?? baik tak yah sorok

    ReplyDelete
  6. teruknyer..kut yer pun tak posa jgn la tunjuk sgt....

    ReplyDelete
  7. malu nye laki xpose..akak tak pose pon segan na makan sebab org len pose kite x..huuu

    ReplyDelete
  8. saya plak nampak laki minum air kotak kat dalam kereta dengan gf dia. :/ emmmm kenapaaaa....

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Yang Wangi