Wednesday, July 18, 2012

Isu halal & haram dalam premis & produk makanan

Assalammualaikum..

    Sekarang ni banyak sangat2 kes yang kite dengar produk ini haram produk itu halal tak boleh makan semua then share kat fb tentang isu ni. Tapi pernah tak korang pikir baik buruk & kesan korang share bende yang belum disahkan lagi oleh JAKIM? Oleh itu, nak bace boleh tapi jangan mudah percaya. nak share tu pikir banyak2 kali.

    Aku pernah belajar pasal makanan halal & subjek halal ni jadi aku nak share dengan korang serba sedikit info yang aku tau dengan korang. Alang2 dah belajar subjek ni, gunekanlah prof yang ajar subjek ni untuk bertanye. Bes jugak subjek ni sebab ape yang merunsingkan & bikin kite konpius nak guna produk2 makanan ni kite dapat tau.

     Dulu macam2 kes pernah keluar pasal produk makanan tak halal kan. Contohnya mentega Golden Churn dan lain2. Setahu aku atas ape yang aku belajar dalam subjek ni & menurut ape yang prof aku bagitau hanya 1 logo halal ni je yang disahkan oleh JAKIM.


    1 lagi kite selalu was2 sama ada "eh restoran ni halal ke haram eh? Tengok ada logo halal". Nampak tak kat situ. Ape yang aku tau:
  • premis makanan mestilah ada sekurang kurangnya 2 pekerja MUSLIM yang tetap keje kat situ
  • logo & sijil halal mestilah disahkan oleh JAKIM sahaja
  • tiada unsur2 makanan yang tak halal disajikan & dijual
     Ape pun bende ni sangat lah sensitif. Kesimpulannya kalau kite was2 jangan pegi makan kat situ. Jangan beli produk tu. Ari tu aku nak beli lah 1 jenama produk cream cheese ni tapi tengok logo halal die macam lain macam je terus aku letak balik sebab aku was2. Aku tak yakin. Lebih baik tak payah guna kalau tak yakin. Nak2 lagi sekarang masuk bulan ramadhan banyak hotel2 yang offer iftar macam2 kan. Aku actually tak yakin sangat dengan makanan hotel2 ni. Opss!

     Soal macam ni kene tanya dengan orang yang lebih mengetahui. Jangan main pandai2 sendiri je buat fatwa kate itu haram ini halal. Kene rujuk jakim jugak. Bila jakim dah keluarkan notis sesuatu produk & premis makanan tu tak halal then barulah kite boleh kate itu tak halal. Ok bebeh.

    Aku sekalipun aku tengok ade orang islam bekerja kat kedai makan yang owner die cine ke produk letak logo halal ke aku tetap tak kan pegi makan kat situ. Berlambak lagi kedai makana melayu yang ada kan. Malah lebih yakin. Kalau nak tau lebih lanjut pasal halal ni korang boleh pegi website die sendiri kat sini. Diingatkan aku hanya share pengetahuan yang aku tahu berdasarkan ape yang aku tanya dari prof aku sendiri.  


contoh keratan akhbar

    Sekarang ni sekecil2 premis makanan pun kene apply sijil halal ni. Dan procedure die bukan mudah. Sembelihan binatang kene betul, orang yang sembelih kene tau hukum menyembelih & syarat2. Sebenarnya halal ni meluas kalau nak tengok dari sudut aspek dia. Contoh :
  • pengangkutan
  • packaging & bahan untuk pekkan produk makanan
  • sumber makanan
  • approved by jakim
  • banyak lagi
    Jadi korang jangan mudah sangat nak share ape2 yang tak sahih lagi kat fb tu. Peringatan buat kite juge. 

10 comments:

  1. btl tu, klu was², baik jgn makan..jgn beli..

    ReplyDelete
  2. yang penting ikut kata hati jugak kan.kalau rasa hati tgk pakaging tu ok ok lah.kalau ragu2 better leave it.

    ReplyDelete
  3. was2 jgn amik .. tak perlu tggung risiko kan.

    ReplyDelete
  4. Salam.

    Sekarang dah lebih berhati-hati. Walaupun teringin sangat, bila fikir halal haram, baik tak payah. Makanan tu jadi darah daging. Selama tak tau dah berapa banyak makanan syubhah yang dah masuk dalam badan pun.

    ReplyDelete
  5. makanan halal haram ni effect darah daging kot, so kena berhati-hati.. Kalau was2 baik tak payah makan terus

    ReplyDelete
  6. huhuhu..yeah...mknan kt hotel mmg ptot berwaspada...even nmpk bersih but kte xtaw ape yg sbenarnyaaa..
    btw, ni based on my own experienced la :)

    ReplyDelete
  7. sebenarnya zaman sekarang ni, bukan sahaja restoran. nak dapatkan daging yang halal pun susah.. pikir balik. dalam malaysia ni, yang konker ekonomi, termasuklah pembekal daging lembu, ayam , kambing, majoritinya adalah orang cina. Jadi, macam mana proses penyembelihan yang dorang lakukan kat tempat dia sebelum dibekalkan? adakah mengikut syarat2 yang ditetapkan utk orang Islam? Lagi2 kalau dorang ni hanya nak mengejar keuntungan je. sensiviti umat Islam tolak tepi dulu. yang penting dorang dapat untung. Kesimpulannya, kalau was2 tu, jangan lah pergi. Dan jika pergi kedai orang Islam pun, kita hanya mampu redha dengan apa yang kita makan..

    ReplyDelete
  8. Jarang makan kat restoran, kalau pergi pun restoran melayu tapi tu pun tak sure mana tahap kebersihan kat dapur diaorang kan, tawakkal je la.. lagipun sekarang ni ramai yang lebih fikir uuntung dan ada yang tak kisah bahan mentah tu ambil dari mana asal murah

    P/s : tentang share button tu boleh tgk tutorial kat link bawah ni ya:

    http://www.bloggersentral.com/2010/05/add-facebook-share-button-with-counter.html

    harap membantu!

    ReplyDelete
  9. selalu jugak tgk org share halal haram kt fb
    mls nk amik port
    simply share without check.
    aniaya org plk nnti

    ReplyDelete
  10. kalau nak lebih sure, call jakim terus d percaya rumors yg tersebar kt fb tu. kdg2 yg halal tu jd tak halal sbb orang sabotaj. yang tak halal jd halal....untuk sesatkan islam. kena hati2 benda gini.

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini