Tuesday, August 14, 2012

Kahwin Awal, Nikah Muda

Assalammualaikum..


    Tahun ni ramai sangat2 aku rasa yang kawin kan. Dari artis sampailah ke artis blogger bagai. Tak sabar nak tunggu hujung tahun nanti aku listkan mereka2 yang kawen tahun ni. Tu pun kalau rajin nyah. Banyak dah aku baca post2 pasal kawin awal ni. And yes ada yang setuju & ada yang tak. Sini aku nak kasi pandangan aku sendiri memandangkan aku pun teringin jugak nak kawen awal tapi tak boleh ok.

    Mesti korang semua dah baca entry dari blog Fatin Liyana yang pasal kawin awal ni kan. Bohong sape tak bace lagi. Bila aku baca, aku ade 2 pendapat. Setuju & tak setuju. Aku tak lupa jugak baca komen2 orang ramai. Masing2 dengan pendapat masing2. Kalau korang tak bace lagi silelah pegi godek entry beliau ye.

     “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka, dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya“. [HR Ahmad, Nasa'i, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim]

     Bagi pendapat aku sendiri, kawin awal ni ada baik buruknya. Yelah kita tak tahu ape yang akan terjadi akan datang. Bab perkahwinan bukan hal yang kecik. Perlukan pengorbanan, usaha, tanggungjawab & macam2. Bagi mereka yang dah berkahwin tu kenapa kita nak persoalkan lagi? Dah jodoh mereka dah sampai, Allah catitkan bila & masa mereka bernikah. Kita sendiri tak perlu nak pertikaikan.

     Bagi pendapat aku sendiri antara kebaikan & keburukan kawin awal ni :
Buruk 

  • emosi remaja kita yang terlampau tinggi
  • kebolehan nak sediakan nafkah selepas kawin
  • komitmen dengan pelajaran
  • ego
  • kesabaran
Baik
  • elakkan maksiat
  • sunnah nabi
  • pelihara keturunan
    Dan banyak lagi. Bila dah kawin ni banyak benda yang kite kene pikirkan. Duit, belajar, rumah tanggungjawab semua. Aku pun nak jugak kawin awal, tapi bila pikir tanggungjawab yang aku kena pikul jadi student, isteri ni aku rasa yes i am not ready yet. Gatal kau nyah. See lagi 1 persepsi masyarakat. Tak payah masyarakat sangat lah cukup sedara mara jiran umah sebelah yang mulut longkang tu. "anak kau nak kawin jah, cepatnye. Dah tak tahan sangat lah tu". Amboi sedap mulut die kan. Rasa nak cili je.

     Remaja zaman sekarang ni terlalu ikutkan ego & emosi. Jadi pandai2lah control alam rumahtangga. Sebab tu aku pun pikir tak payahlah kawen dulu. Haha. Akak aku pun mood lepas kawen ni pelbagai kejap kang nak mengamuk je, kejap kang baik gila! See

      Kalau korang rasa dah mampu & sedia dari segi fizikal & mental, maka kahwinlah. Digalakkan dalam Islam. Macam kawan baik aku yang aku penah post kat sini dulu kan, die pun nikah awal jugak. tapi nikah gantung dulu. Pun tak pe. Islam itu mudah.

"Hai para pemuda! Sesiapa di antara kamu yang sanggup memikul tanggungjawab berumah tangga, maka kahwinlah! Kerana perkahwinan itu dapat menundukkan mata dan kemaluan (dari dosa). Siapa yang belum sanggup, hendaklah dia puasa, kerana puasa itu dapat menundukkan nafsu berahi." 
(Riwayat Sahih Muslim)

     Dalam Hadis pun ade sebut. Kalau dah mampu ape salahnye. Ni yang budak2 yang sekolah lagi yang dok ngade2 nak kawen pegi cakap kat mak "mak, nak kawen". Sape nak tanggung? Lainlah kalau dapat laki bisnessman kaya tahap dewa boleh support. kalau dah mak yang suruh, lain cerita. Ikut je. Restu mak ayah penting tau dalam perkahwinan. 

    Mak aku je yang tak setuju anak2 die nak kawen sebelum habis belajar. Mak aku cakap " selagi kau tak habis belajar selagi tu jangan cakap nak kawin". Aww garangnye mak. Haha. Yelah aku pun tak sedia lagi nak jadi bini orang. Bak kata mak aku " kalau dah kawin awal2, kang jadi ape2 padan muke. tak puas hidup muda". See mak aku mencegah sangat aku nak kawin awal. Haha. Tapi lepas graduate kompem aku mintak terus. Kesayangan pun dah keje jadi onlah. Haha

     Akak aku kawen umur 24. Dah sedang elok sebab akak aku dah keje. Aku ni kalau nak kawen mane nak cari duit. Nak harapkan duit kalau aku keje part time pun tak cukup. Nak harapkan duit abah mak, memang tak lah sangat sebab kesian adik2 nak sekolah lagi. Jadi, aku bersabar. Aku cakap kat nafsu aku yang gedik nak kawen ni sabar lagi 3 tahun. Opss!


     Jadi, kawin awal ni sepatutnya tak payah lah dijadikan isu sangat. Even korang tak setuju tara mana pun jangan lah kondem sangat. Biarkan mereka. Hidup mereka. Bila dah bersedia fizikal mental semua rancanglah perkahwinan. Tak elok dilambat2 kan kalau dah sampai seru. 

"Dari Ali r.a., sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda kepadanya: "..3 perkara jangan engkau tangguhkan, solat apabila tiba waktunya, mayat apabila telah sampai, bujang apabila ditemukan sekufunya" 
(Riwayat at-Tirmizi)

      Dan bila kawin :
  • bersederhanalah
  • jangan membazir
  • pikirkan masa depan selepas kawen
  • taat suami
  • jagalah maruah, jagalah rumah tangga  
    Aku cakap macam bajet aku dah kawen kan. Tidaklah. Cakap berdasarkan mata aku yang dah tengok & dengar banyak sangat pengalaman kawen kawan2 sedara aku ni. Jangan tersalah langkah ye. Jangan pulak kesal. Kalau free bacelah entry ni. Sekian. 

p/s : jangan terus terusan membantah & mengutuk sunnah Rasulullah s.a.w wahai orang2

20 comments:

  1. jodoh dan ajal adakalanya sukar untuk difahami...

    ReplyDelete
  2. itu lahhh ade nikmatnya ade buruknyaaa.kene pikir masak2 sblum kawen.nt tkut da kawen tbawak2 pulak khidupan bujang mase da kawen nt =.=

    ReplyDelete
  3. klu da ready. move on..
    tu yang terbaik kan? :)

    btw masa kamu akan dtg juga. nadh mendoakan. :D

    ReplyDelete
  4. 3 thun lagi. sme laaa kita T__T huhuhu :DD

    ReplyDelete
  5. hehe pasal kawen2 ni jijah tak sangka secepat ni boleh kawen.. mgkin org kata seru dah sampai..apa taknya amik masa 4bulan je untuk bertunang,nikah n majlis..

    jodoh,ajal maut datang tanpa di sangka.. sampai masa dan ketika semua orang akan kawen kan.. janji yg penting bila dah kawen tunaikan tanggungjawab sbg suamiisteri untuk mendapat keredhaan Allah moga Allah memberkati :)

    ReplyDelete
  6. wawhhh..best kan kawen tp kita lmbt lg..tnguu green light dr mama lmbt lagi..so? kayakan diri dlu hahahaha

    ReplyDelete
  7. ^_^ hohoho kite hnya mmpu merancang. namun ALLAH yg menentu kan..
    diera xkisah bila pon. asalkan dgn cara yg baik dan dgn hikmah serta rhmat yg melimpah ruah.insyaALLAh :')

    ReplyDelete
  8. berfikir dengan lebih matang dlm memilih jodoh .. kerana allah berikan akal dan fikiran ;)

    ReplyDelete
  9. cakap pasal kahwin memang seronok. tapi kalau cakap pasal tanggungjawab lepas kahwin, berat tu, kan.
    kahwin nanti jangan lupa jemput tau. haha. :D

    ReplyDelete
  10. Setuju dgn farah..:)..ttg kahwin muda and still belajar ni, kalau yg tsayang tu dah keje, xda mslah la kn nk tggung kita kan..dari segi kwangan blh kata ok..tpi jika kite masih sibuk2 study, kesian plak kat dia kn, tggungjawab kita tak tertumpu spnuhnya pd rmahtangga..tntu busy dgn sgala hal assgnmnt..takut2 tak dpt jadi isteri mithali..nauzubillah..pada mrk yg kuat, cekal dan tabah hati tu..mmg kite respect lah..roomate dulu pun dah kawen, suami dia pun dah keje..tapi kesian jgk tgk dia ulang-alik rumah tiap2 mggu..nmpak pnat je..tapi itulah pngorbanan dia sbg seorang isteri yg taat..

    Semoga mncapai impian farah! All the best!..:)

    ReplyDelete
  11. moga terbaik semuanya.. jodoh semua ketentuan ALLAH.

    ReplyDelete
  12. jodoh tu di tgn Allah.. bila terikatnya kite dgn ikatan perkahwinan, kena la pandai uruskan.. semua bergantung pd niat tu..

    ReplyDelete
  13. abis kn study dlu..bru fkir berumahtangga sygg..kawin byk benda nak fikir tau...dya pun bakal menamatkan zman bujang bln sept..skg dya dh usia 30series bru planning berumh tangga..lama x?sbb dlu ekonomi blm ok..skg alhmdulilah ekonomi stabil..

    ReplyDelete
  14. ok nak set balik mind..
    dah ad duit, dah stabil ekonomi, dah sedia zahir n batin..baru leh kawin :)

    ReplyDelete
  15. masing2 da rasional sendiri nak kwin awal or lnmbt

    ReplyDelete
  16. orang fikir kawen tu nak sedap je, tapi percayalah sedap sekejap tapi pening nk selesaikan macam2 masalah seumur hidup

    nak kawen lambat lagi almaklumla i baru lepas SRP

    ReplyDelete
  17. nak kahwin muda boleh tapi make sure kita kahwin tu bukan sebab trend atau terikut2 orang tanpa sedia mental dna physical. bg saya umur 24 kira nice untuk kahwin. awal dr umur 24, masih dikira kahwin awal.

    ReplyDelete
  18. siapa kata umur bwh 24thn tu terlalu awal utk kahwin?? sy kawin pada umur 20thn pada mas itu sy masih belajar dan mnjd ibu pada umur 21thn.. skrg sy umur 23thn dan masih belajar.. pd mulanya mmg takut klau tidak cukup makan minum dan takut klau tidak boleh menumpukn pelajaran.. tp alhamdulillah setakat ni kami sekeluarga cukup makan minum dan anak itu memberi semngat kpd sy utk berlajar bersungguh2 supaya dpt mmberi yg terbaik pda dia pada masa hadapan.. lgpun rezeki anak tu ada dimana, pokok pangkal nya niat kita sebenarnya..

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini