Wednesday, August 1, 2012

RESEPI- Tauhu Sumbat Bunga with Homemade Chilli Sauce

Assalammualaikum..

    Tadi petang buat tauhu sumbat bunga dengan mama. Inspired by Sheila Rusli kat Ketuk2 Ramadhan tu tapi aku ade modified sikit filling die. Senang sangat nak buat. Act aku tak tau ape name nak letak kat resepi ni so tibai aje.


Bahan2 untuk Inti

  • isi tauhu
  • daging ayam 
  • udang (dikopek)
  • 2 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih  (ditumbuk)
  • daun sup (dihiris halus)
  • daun bawang (dihiris halus)
  • garam
  • gula
  • lada sulah
  • lada benggala (optional)
  • sedikit ajinamoto
  • sebiji telur
Cara2 

  1. Gunting tauhu bulat tu jadi macam bunga & keluarkan isi die. Biar jadi macam gambar kat atas ni
  2. tumbuk ayam & udang sampai hancur.
  3. masukkan bahan lain diatas & gaul sebati
  4. season dengan garam, gula & ajinamoto
  5. masukkan telur & gaul sebati. Tujuan telur ni nak combine isi2 ni bagi senang.
  6. then masukkan filling yang dah digaul sebati ni kat dalam shell tauhu ni semula. Isi bagi mampat. Macam gambar kat bawah ni

     Ok sekarang kite proceed untuk buat sos die. Nak buat sos sendiri ni senang je rupanya. Sebelum ni ingat susah. Bahan2 yang korang perlukan
  • 5-6 ulas lada kecik. Tak kisah lah lada kampung ke cili padi ke. (tumbuk)
  • 1 lada besar (tumbuk)
  • garam
  • gula
  • sos biasa
  • air panas
    Caranya, tumbuk lada diatas then campurkan dalam sos. Letak garam gula then campur kan dengan air panas. Kelikatan sos tu ikut suka korang. Kalau suka pekat letak sikit je air panas. Kalau tak lebihkan sikit air panas tu. Siap!

 p/s : tadi berbuka dengan ni dulu sebab mama lupa tekan suis nak masak nasi. Sadis.

20 comments:

  1. yummy2..sedap nih..nnti nk try ugaklah
    terima kasih share resepi nih si cantik manis ^_^

    ReplyDelete
  2. ketuk ketuk ramadhan versi blogger nie.. boleh cuba nie..:D

    ReplyDelete
  3. wah, dap dap. boleh cube nie..hehe

    ReplyDelete
  4. wan tak makan tauhu..

    heheheh.

    nampak sodap!

    ReplyDelete
  5. oh..
    memang tekanan betul
    kalau terlupa tekan suis nasik..

    ReplyDelete
  6. terbaik lah kak. baru nak cuba buat lepas tgk ketuk ketuk hari tu.

    ReplyDelete
  7. hehe... simple ja kan... akak pon belajo dr ketuk2 ramadhan...

    ReplyDelete
  8. eh..tauhu tu blh btk gitu ea :) comel je..hahaha..khusyuk bt tauhu ni smpi tlupa dh nk tkan suis.adehhh. :)

    ReplyDelete
  9. ramai rupanyer yg dah copy buat resepi ni .. salam kenal dari KA n dah follow u ye 1916

    ReplyDelete
  10. syok nya masak dgn mak
    kite rindu nk wat mcm tu

    ReplyDelete
  11. wah sedap2... first time nampak tauhu bentuk bunga gini..cantik la pulak..

    ReplyDelete
  12. gulp...akan ku cuba !! tauhu sedap !:D thank u jihah..

    ReplyDelete
  13. fuyooo lazat nih... tak sabo nak cuba resipi :D

    ReplyDelete
  14. akak tak suke makan tauhu..hurrmm..seda[ nye kalau cucur udang sumbat kuah kacang..yum2..

    ReplyDelete
  15. so,ble ex rumet dtg jenguk u all,blh la dijamu dgn tauhu ni eah..kih3!!

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Yang Wangi