Friday, August 10, 2012

RESEPI - Cookies Cip Coklat A'la Famos Amos

Assalammualaikum..

    Memandangkan hari ni aku nak balik kampung for sure aku tak update blog sampai ahad. So meh sini aku tepek entry kasi korang baca ye. Tadi baru je lepas buat kuih kesukaan aku. Tahun lepas buat sorang2. Tahun ni pun same. Sebelum tu aku amik resepi ni dari buku Saji yang mak aku beli hari tu.



Bahan2

  • 250g mentega (aku pakai buttercup)
  • 70g gula halus
  • 80g gula perang
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telur
  • 1 biji kuning telur
  • 60g kacang badam @ apa2 kacang pun (aku letak 1 plastik kasi lagi sedap)
  • 250g cip coklat (aku letak setengah bekas. Baru umpph)
  • 300g tepung gandum*
  • 10g serbuk koko*
  • 1/2 sudu kecil serbuk penaik*
  • 1/2 sudu kecil serbuk soda*
  • 4 sudu besar tepung jagung (ni aku tambah sebab adunan lembik sikit)
    Cara2
  1. Pukul mentega, gula, gula perang & esen vanila hingga sebati
  2. Masukkan telur & kuning telur. Kacau hingga sebati
  3. Ayak dulu bahan bertanda *. Masukkan campuran tepung perlahan2 & pukul.
  4. Campurkan cip coklat & badam tadi. Gaul sehingga sebati & rata. Aku pakai tangan je
  5. Sudukan jadi bebola kecik. Jangan besar sangat & jangan susun rapat sangat tau sebab die akan mengembang.
  6. Bakar dalam oven yang dah dipanaskan pada suhu 170 selama 20 minit
  7. Siap!

nota : korang boleh ubah suai resepi ni. Aku suka cip coklat & badam banyak so aku lebihkan. Tepung jagung tu aku tambah untuk lembut kan adunan

p/s : Maaf cookies aku mula2 jadi gemuk & leper ye. Tahun lepas punye lagi lawa Tapi tak pe janji enak. Selamat mencuba

15 comments:

  1. tq fara..akak amek resepi ni ye..memang nampak cam sedap..nyum nyum

    ReplyDelete
  2. snng tp lom ada mood nak buat lg ni..huhu.

    ReplyDelete
  3. thanks sharing dear..dah ada idea untuk biskut raya tahun ni. Wawa amek resepi ye..:)

    ReplyDelete
  4. sedap nih..mmg suka yang coklat chip!

    ReplyDelete
  5. fmly wt kueh ni gak..hee. cruchy kn.hee.tp ade skli wt temperature rndh..jd cm lemau2.ahaha

    ReplyDelete
  6. salam kenal dikk

    teringat zaman akk sekolah dulu .. cookies nie selalu buat , sbb masa tuu memang famous amos nie popular ;)

    ReplyDelete
  7. ALAHAI SEDAPNYEE .. nmpak mcm senang je buat .. tp asenye tak terdaya kot . haha

    ReplyDelete
  8. teringin nak blaja wat biskut ni gak

    ReplyDelete
  9. sedapnyaaaaaaa.
    tahun ni memang ramai yang buat biskut ni ye.

    ReplyDelete
  10. kalau da cuba lepas tu menjadi..confirm nak buat lagi ni..hee~

    ReplyDelete
  11. dah macam famous amos !!!

    http://nameeroslan.blogspot.com/

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Yang Wangi