Tuesday, May 29, 2012

Pemilihan kos & Pointer - pengalaman

Assalammmualaikum..

    Hai awak semua! Alhamdulillah ramai yang bagi respon positive pasal entry lepas aku. Ok sini ade salah paham sikit. Act aku tak amik kos kulinari ke hotel ke. Aku amik food study. Bacelor Science of Food Study. So entry yang aku up lepas2 pasal masak memasak tu act subjek yang aku kene amik sem by sem. Not my major. Major aku Food Service yang mane aku kene amik banyak subjek more kepada praktikal than teori. Paham? Ok kalau tak paham nanti aku terangkan. Dan aku bukan lah keje part time ye. Ini salah 1 subjek yang aku kene amik untuk pass exam.

    Kos aku ade 2 department. 1 food management yang mane more kepada teori & 1 lagi food service yang aku amik ni more kepada praktikal. Aku pilih service ni sebab aku tak minat membaca & menghafal subjek haha. Tapi aku rase next time dah tak de dah kot kos aku ni. Tak sure.

   Aku ade dapat 1 komen dari sorang adik kot maybe . Die bertanye pasal ape kos yang layak untuk die yang sesuai dengan pointer yang die dapat mase lepas matrik dulu. Btw 1st sekali thanks sudi datang blog aku bace entry aku yang tah ape2 ni.



    Setahu aku zaman korang adik2 skarang ni kalau nak apply UPU dah ade tapisan kan. Contoh kalau kau nak apply kos medic tapi pointer tak lepas terus die akan banned dari apply kos tu kan? Thats what i am inforomed from my friend's sister. Kalau macam tu memang susah sikit lah bagi aku sebab ape je kos yang tinggal untuk kite nak apply kan. Ok do not wory ok sayang2.

    Act kalau korang nak pilih kos ni kene tanye betul2 diri korang bidang ape yang korang betul2 suka instead of ikut2 member. halo member kau lain kau lain hokeh. To be honest dulu mase matrik CGPA aku tak hebat mane pon. Betul2 cecah 3.0++ . Siyesly aku menangis bile tengok result aku sebab takut tak dapat u. Aku pon apply lah ikut bidang yang aku suka. Nak tau ape bidang yang aku apply time UPU dulu?

  1. Pengajian makanan - UPM
  2. Geomatik - UTM (nasib baik tak dapat sebab jauh!)
  3. Food Tech - UPM
  4. OSHA - UITM
  5. Microbiologi - UM (bajet hebat kan nak apply um)
  6. Dietetik - UKM
  7. tak ingat
  8. tak ingat
    Nampak tu? So aku dapat 1st choice aku. Act bile aku dapat kos tu mule2 aku suke gila sebab dapat UPM beb. Haha. But then bile aku tau indah khabar dari rupe kos yang aku dapat tu aku jadi down gila sampai 1 tahap aku nak tukar kos. Tapi bile naik sem 3 lama2 aku set dalam otak aku "i have to face this. I have to!". Sebab no point lah wei kalau nak patah balik. Kau ingat senang ke nak turun naik pejabat dekan tukar kos. Malas aku. Baik go on je dengan ape yang ada. 

    So sampai skarang aku go on aku tanamkan minat aku dari tak suka langsung bab bende ni sampailah aku jadi suka! Siyesly i told u aku suka sangat bidang yang aku amik skarang ni. Lantak pi lah mulut2 longkang nak kate ape pasal kos aku. Tu semua sampah. Ok nampak tak pengajaran kat situ?

    Semalam ade junior yang ngadu kat aku. "kak, sedih gila kami tak dapat amik kos akak lagi sebab dah ditukar kepada food marketing". Aku pon tak tau apesal fakulti aku nak drop kos aku yang food service ni. Si aku cakap kat dorang, bende yang pertama korang kene buat redha & cuba untuk terima. InsyaAllah minat tu akan datang dengan sendiri. Trust me!


    Ok jawapan buat adik yang bertanye kat aku tadi. Depends pade diri awak dik. Saye tak boleh nak decide kos ape yang awak boleh & patut ambil sebab tu bukan mase depan saye. Ape yang saye boleh tolong adelah bagi nasihat & tips je nak pilih kos. 1 je yang saye nak tekan kan kat sini. Pilih bidang yang betul2 sesuai dengan pointer awak. Jangan nak over estimate sangat konon pointer tinggi then nak apply kos yang high class. Merana awak nanti kalau tak dapat.

    Awak try survey dulu bidang yang sesuai dengan pointer awak tu. Then try bincang dengan parents awak ok. Ingat, bile awak dah apply, bile result keluar nanti awak kene terima sebab itu keputusan yang awak buat. Sentiasa bersedia. 

    Bagi aku kan, degree ni kementerian yang tentukan. Maksud aku tak semua orang kos yang dorang mintak. Aku ni at least bersyukur sebab dapat ape yang aku apply antara 8 dalam UPU tu. Ade member aku ramai sangat yang tak dapat ape yang dorang mintak tapi dapat kos yang langsung dorang tak apply. Lagi naya. Kalau still tak boleh go on tu aku rase baik korang pegi jumpe kaunselor. 

  Kalau korang tak berjaya dapat ape yang korang nak time degree ni sambung lah master. Ala macam blogger Man Yusoef tu.  Tu pun kalau kental lagi. Banyak alternatif lain. Jangan nak kecewa sangat lah.  Plan aku nak amik master dalam Food Safety. InsyaAllah. Aku minat sangat bidang makanan ni. Haha. Contoh terbaik aku boleh bagi adelah idola aku Eqbal Zack. Korang pegi kat blog die pegi tengok pasal diri die. He inspired me much. 

    Aku bukan student yang bijak pandai yang bajet terer nak bagi tips segala panduan kat korang. Aku cuma share dari pengalaman aku yang penah aku lalui mase dulu2. Pengalaman tu. Pengajaran buat aku. Cume 1 je, jangan pernah menyesal dengan ape yang dah awak buat & tentukan. Sekian. 

when u enjoy your works, it becomes play & u love it. Allah knows better. 
p/s : aku suka jaga deli sebab dapat makan & minum free. Iced coffe latte plak. Sedap! 

Monday, May 28, 2012

Secebis kenangan - Kelas Memasak Dr. Shahrim

Assalammualaikum

   Hai semua. Aku rasa rindu plak kat blog ni sebab macam dah terabai dah. Yelah dah minggu2 akhir ni bz sangat dengan semua bende. Aku nak cite pasal pengalaman aku memasak sem ni. Kalau dulu aku ade share dengan korang dalam entry ni. & ini

   Untuk sem ni lagi hebat & menguji kesabaran aku. Sebab:

  • kene masak dalam kuantiti yang banyak! up to 75-120 pax
  • kene jual & tarik orang supaya datang
  • kene maki
  • serve orang!
    Semua bende kat atas tak penah langsung aku terpikir aku akan buat dalam hidup aku. tapi bile dah habis subjek ni aku rase seronok & sedih pulak. Sebab semua tu pengalaman aku yang sangat2 berharga. Lepas ni tah dapat lagi ke tak. Aku yang tak penah2 buat sorbet ala2 aiskrim tu pon dah pandai buat. Ok bangge diri kejap. haha.

    Lecturer aku Dr Shahrim. Selebriti gitu. Baru2 ni dapat anugerah. Ok jom aku sjare dnegan korang gamba2 aku sepanjang aku amik subjek sem ni

klasmate yang bes

bz nye kat kitchen


time aku jadi host untuk itali

tu la dr shahrim & madam farah

group final aku. Thanks korang!

aku dengan masakan group aku. Macam budak2

chef jo datang rase & komen masakan

   Untuk subjek ni kitorang kene masak masakan ikut tema die contohnye Itali, Thailand, Spanish, Greek & Bugis. Kitorang jugak tukar2 department dari service ke kitchen. Dalam department tu jugak kitorang rotate job masing2. Yang aku dah penah rase jadi assistant manager, host, jaga deli & macam2 lagi.

   Dlu kitorang penah kene tibai dengan Dr Shahrim ni sebab ape tah. Memang teruk tapi apekan daye sabar jelah. Nak nangis nampak sangat cengengnye.




dr shahrim macam retis tengah sign buku die
   Oklah tu. Last but not least.



   Paling aku tak boleh blah bile ade dikalangan group member tu yang langsung tak de perasaan bertanggungjawab. Geram je. Dari sini baru tau perangai sorang2 manusia. Time aku final minggu lepas die tak bagi bawak resepi langsung kecuali dessert. Then die suruh bawak 1 bahan special. Bahan yang kitorang akan dapat di rahsiakan. Ha kan ke macam masterchef tu.
 
   Ape yang aku dapat time tu adelah salmon. Bersyukur gila! Mahal woo salmon. Then baru kitorang decide nak buat ape dengan bahan2 tu.
  • appetizer : deviled egg
  • main course : pan seared salmon, potato gratin, mixed vegetables with salsa sauce
  • dessert : triffle fruitti
   Pengajaran : enjoy your works & it will worth with u 1 day

Sunday, May 27, 2012

Twtupcampus with blogger Tina Kecik- UPM

Assalammualaikum

    Hari ni seghonok aku lepak dengan blogger Tina Kecik. Kitorang join program TwtUpCampus tu. Bagi aku ok je even agak membosan kan & tak banyak bende yang menarik. Tapi oklah at least aku dapat sticker, sign & semakkan banner dengan twithandle aku & beli baju, kitab terfaktab. Korang ade? Ahaks.

    Thanks kak tina belanje makan minum semua. Sayang lebih hihi.

tayang sticker


Tengah2 lepak dengan kak tina macam2 cite keluar pasal kolej kitorang la upm lah macam2. Gosip no 1 ok kitorang haha.

sebok semakkan banner ahaha




yang aku rembat

kak tina snap tengah2 aku belek baju

dengan penulis Sperma Cinta

with my makcik2 too 



Cukuplah tu. Hihi

Saturday, May 26, 2012

REVIEW : Men In Black 3 (Best!)

Assalammualaikum..

    Sempat jugak hari ni aku tengok wayang. Gian sangat nak tengok wayang sebab dah lama gila tak tengok wayang weh. Bz sangat. Well macam biasa lakonan Will Smith tak menghampakan. Bes gilos cite ni. Act aku tak tengok lagi MIB 1 & 2. Tapi bile dah tengok yang 3 ni for sure yang dulu2 bes kan.

    Aku bagi full star cite ni. Nasib baik tak menghampakan kalau tak aku bako panggung hahah. Jom aku cite sinopsis die.

Cite ni pasal Ejen J yang pade muleye tak tau yang Ejen K ni mati mase future tu. Then bile Ejen K tukar balik mase ke masa hadapan barulah Ejen J ni tau yang selama ni orang dah anggap dah pun Ejen K tu dah mati kene bunuh dengan Boris The Animal ni. So bermulalah misi Ejen J ni kembali ke zaman waktu muda2 Ejen K untuk selamat kan Ejen K dari kene bunuh.

boris the animal. Seram tengok die ni. 


aku suka griffin. Comel 
Selamat menonton :)

RESEPI - Deviled Egg @ Telur Berhantu

Assalammualaikum..

    1st time aku buat hidangan ni. Consider sebagai appetizer. The simplest appetizer. Memang senang sangat nak buat resepi ni. Nak try? Boleh tengok resepi kat bawah ni ye.

Bahan2 :

  • telur
  • mayonaise
  • dijon mustard
  • garam
  • pepper
  • lada/cili benggala warna merah & hijau (guna cili besar pun tak pe)
  • bawang
Cara2 :
  1. Rebus telur . Kalau nak texture telur tu cantik je letak sedikit cuka & garam. Jangan over tau!
  2. Bile dah siap rebus potong 2 telur tu. Amik telur kuning die satukan dalam bekas.
  3. Hancurkan telur kuning tu. Campur sekali dengan bahan2 lain yang aku nyatekan kat atas. 
  4. Adjust rasa ikut selera korang masing2. Aku suka lemak2 pedas sikit aku letak banyak mayonaise & cili.
  5. Pipe @ ambil 1 sudu kecik telur kuning yang dah dicampur tadi tu letak balik ke dalam telur putih tu. 
  6. Hias ikut kreativiti
  7. Siap!
   
    To be honest aku tak penah try langsung resipi ni sebelum ni. Kire berani mati aku buat untuk final. But the alhamdulillah got +ve komens dari Chef Jo, Dr. Shahrim & Chef Kadir dan semua lah. Syukur sangat. Orang kate tak try tak tahu kan. So selamat mencuba.

p/s : resepi ni korang boleh modified ikut rasa masing2. Letak lah ape pon janji sedap

Wednesday, May 23, 2012

Monday, May 21, 2012

Kebesaran Allah - Kepala Melekat Di Sejadah (Artis)

Assalammualaikum..

    Minggu lepas aku ade bace pasal kisah ni kat fb. Terkejut pun ade. Kebesaran Allah tak de siapa boleh sangkal. Berlaku kat artis Yatt Hamzah


Pelakon Yatt Hamzah terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.
“Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat.”
Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.
“Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat.”
Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.
Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka. Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.
“Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka.”
“Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung.”
Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.

Kredit dari Beautiful Nara

semoga kita juga dilindungi & sama2 memperbaiki diri

Sunday, May 20, 2012

Part 1 - Nikah

Assalammualaikum

   Penat sangat baru habis last event. Aiyo. Nak update pasal akak aku kawen. Tapi aku update per part hokeh. Kang juling mate tengok gambar banyak2. Akak aku nikah hari jumaat malam lepas isyak. Die pilih 11/5 sebab bufday die hari tu. Akad nikah pukul 10.30 camtu. Lambat gilos nyah.

the pelamin
the hantarans

mama yang gubah


abah yang nikahkan :)




all my makcik2s

sedare mare
all makcik & my kezen aww

Last but not least..

interframe kejap
Banyak kau gamba. Ahaks. Ok lah. nanti aku update Part 2 pulak ye. Maaf maaf maaf sebab lambat gilaaa update. Bz sangat nyah nak dekat2 habis sem ni. Adoiyai. Bye!

Sunday, May 13, 2012

UPCOMING ENTRY : Nikah & Kawin

Assalammualaikum

   Tak de mood lagi nak update banyak2 panjang2. Aku kasi tengok gamba je dulu ye. Penat sangat. Nanti dah ok aku update gamba kasi juling itu mata ye ahaks.

conteng muke adik untuk akak's wedding :)

Thursday, May 10, 2012

RESEPI- Kuih Tepung Bunga

Assalammualaikum

    Hari tu aku ade buat kueh kat umah member aku. Sangat2 senang. Name kueh tu Tepung Bunga. Bile aku buat aku musykil ape yang bunga nya. Rupe2nye bentuk die lepas celup dengan telur. Nak try? Jom sini. Kalau nak buat minum petang saje2 pon bole sebab simple je

Bahan2 :

  • 1 1/2 cawan tepung pulut
  • 3/4 cawan santan pekat
  • telur
  • minyak
  • garam
  • pewarna
  • gula 
Cara2 :

campurkan tepung pulut & santan 

uli sampai jadi doh. Nak letak pewarna sikit pun bole

amik sebesar 20 sen pastu buat macam guli

penyekkan macam ni

pukul telur & celupkan doh yang dipenyek tadi kedalam telur


goreng

taburkan gula tak pun salutkan dengan gula. Siap!
   Senang kan. Act aku baru 1st time try buat kuih ni. Alhamdulillah jadi & sedap haha. Selamat mencuba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Yang Wangi